skip to main |
skip to sidebar
assalamualaikum..
aku ke kulim melawat tok..lagi-lagi ada kenduri arwah..jadi anak-anak tok semua pulang untuk uruskan kenduri..
dalam perjalanan ke kedah..ayah,mak,aku dan adikku berhenti di sungai perak untuk mengerjakan solat asar di sana..
dalam surau, aku letakla stoking kat tepi tempat duduk dalam surau..surau macam ok jugak kat sungai perak nih..banyak renovation dah dibuat..
nak jadi cerita, usai solat..aku pi la nak ambil semula stoking..nak pakai..tetiba..stoking tersangkt kat handbag sorang makcik ni..aku pun cam..ehh..ehh..sebab tersangkut..aku tarik stoking..mak cik tu pulak tarik handbag..but then berjaya leraikan stoking dan handbag..fuh~ at last..ape daa...but kami pun berbalas senyuman..sedekah..
kejadian ini diperhatikan oleh sorang lagi mak cik..aku yang tengah pegang stoking ni cam kaget la gak..dia senyum kat aku...then dia cakap "tu stoking saya"
aku agak segan gak la...ehehe..dah la bergelut amik stoking..rupanya..orang lain punya pulak..si makcik ni bukan nak cakap awal2..dia tengok je..kan aku da malu..aku pun cakapla...
"ehh yeke..maaf ye" pastu berlalu sepantas kilat..round satu musolla cari stoking..baik hilangkan diri cepat-cepat sebab dah segan..
adik aku dah selesai solat pon cakap dia letak stoking aku dalam beg selepas aku tanya...bukan nak cakap!! tapi cammana nak cakap dia kan solat...haihh..banyak betul perkara berlaku hari tersebut..selain burung yang tak puas hati ngan aku time bawah pokok..haish..
nasib...taqdir..taqdir?
hari ini aku ingin bercerita tentang taqdir..
"dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap hari sesuatu iaitu menentukan keadaan makhluk itu dengan ketentuan taqdir yang sempurna" -AlFurqan:29-
Allah telah menciptakan alam semesta berdasarkan undang-undang alam semesta. setiap taqdir yang ditulis oleh Allah adalah mengikut ilmuNya dan kehendakNya. tapi tak semua mengikut kehendakNya. kita diberi peluang untuk pilih Islam atau sebaliknya 2:256 ayat yang menerangkan tentang kebebasan beragama. tapi telah jelas antara jalan yang benar dan jalan yang sesat..pandai-pandai la pilih.
seperti yang kita tahu, rzeki, ajal, syurga, neraka, jodoh pertemuan segalanya telah ditetapkan dan sudah ditulis di loh mahfuz kan? rezeki dan ajal sememangnya telah ditetapkan oleh Allah dan tidak akn dapat diubah oleh kita. ianya mengikut undang-undang yang telah Allah tetapkan..
but
syurga neraka dan amal...yang ini kita diberi pilihan.. Allah telah menciptakan manusia berbeza dengan makhluk lain..bezanya ialah manusia punya aqal fikiran.. dengan menggunakan aqal inilah Allah mahu kita memilih yang mana untuk kita
but
sebelum kita pilih, Allah dah tahu lebih dulu apa yang kita nak pilih..
analogi yang dapat dikaitkan dengan perkara ini.. contohlah seorang pesakit..then doctor pon periksa pesakit tu dan berdasarkan keadaan pesakit..kita pesakit tersebut akan mati dalam 2 hari lagi..
bagaimana kita tahu?
melalui ilmu yang kita pelajari dan Allah sudah tahu apakah kita akan pilih..ilmu dari mana? ilmu Allah yang diajarkan kepada kita..
"Dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas sekelian hambaNya dan Dialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mendalam ilmuNya" -AlAn'am:18-
syurga, neraka dan amal..perkara-perkara inilah kita perlu pilih. kalau kita mahukan yang terbaik dan mahu tunjuk betapa bernilainya kita di mata Allah pastilah kita mahu pilih yang terbaik kan? dan xpatutlah kita nak kata Allah itu tidak adil atau ape2..
satu analogi yang dapat dibuat;
ibu mahu menghadiahkan sebuah kereta kepada Amin..then tetiba Amin kata nak tukar hadiah..mahu kereta..tapi memang ibu Amin nak beri kereta pun..tak tukar pun..taqdir Amin dapat kereta seperti yang diidamkan la maksudnya..
lame analogi nih..
lain2..kalau macam result exam..kalau Allah dah tetapkan result itu pada kita..memang itulah resultnya..cuma kita saja yang tak tahu apa yang telah ditetapkan..
kesimpulannya taqdir kita nih..memang tak dapat diubah..hanya Allah sahaja yang maha mengetahui..semua yang Dia tetapkan adalah yang terbaik untuk kita..dan janganlah kita sombong sangat macam tahu semua then nak salahkan taqdir..
"Dan Allah itu berkuasa terhadap urusanNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuiNya" -Yusuf:21-
jadi
janganlah menangisi sesuatu yang menimpa kita atau terlampau happy dengan rezeki yang kita terima..
sebaliknya
berserahlah kepada Allah..fikirkan..segala yang berlaku pasti ada hikmah atau sebab yang hanya Allah yang tahu
setiap perkara dan kejadian ada hikmahnya, tetapi hikmah itu adalah suatu hikmat ghaib yang amat mendalam dan mungkin tidak ternampak kepada pandangan manusia yang singkat:
"kamu mungkin bencikan sesuatu, sedangkan Allah menjadikan padanya kebajikan yang banyak" -AnNisa':19-
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan kamu mungkin sukakan sesuatu, sedangkan ia lebih buruk kepada kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" -AlBaqarah:216-
ada jugak dalam surah dhuha yang cakap pasal kita kena bersyukur..(suka surah ni lepas kak eka ceritakan)
segala yang Allah tetapkan itu adalah yang terbaik sebab..
"sesungguhnya Kami ciptakan segala sesuatu itu dengan ukuran yang rapi" -AlQamar:49-
jadi ingatlah..
"sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia mengadakan jalan keluar untuknya dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka sangkakannya dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah Dia akan memberi pertolongan yang cukup kepadanya. Sesungguhnya Allah berkuasa melaksanakan segala urusanNya." -AtTalaq:2,3-
sekian..
p/s: sampai kat kulim singgah restoren nasi kandar..ade wifi!!!!huahaha...ape lagik!! online ah...baguih betui
2 komen disini:
tambahan..terjemahan qadha dlm aliran ahli sunnah ialah apa yg terjadi pada kite...qadar(taqdir)ialah sesuatu ketentuan allah sejak azali lagi..
makasih... =)
Post a Comment