Saturday, 30 August 2008

tinta terakhir sebelum keberangkatan

assalamualaikum pembuka bicara...

Ramadhan begitu hampir..aku perlu mempersiapkan diri untuk bulan yang mulia..bulan keberkatan..bulan untuk umat Rasulullah SAW mengumpul segala amal sebanyak mungkin...

azam ramadhan tahun ini

  • puasa dengan seikhlas-ikhlasnya
  • memperbanyakkan amal lebih dari tahun-tahun yang lepas
  • cuba menjaga lidah dan mulut dari keceluparan atau kata-kata nista
  • menjaga langkahku dari tempat-tempat yang tidak memberi manfaat kepada yang memberi kebaikan kepadaku
  • menjaga tingkah laku ku..supaya segala apa yang aku lakukan diredhai Allah
  • memperbanyakkan amal dan kebaajikan..ya aku akui memang ramai 'pengamen' di sana..aku akan cuba memberi yang termampu
  • menjaga kesihatan supaya dapat melakukan lebih banyak kebaikan insyaALLAH
  • tidak boros
  • tidak membeli makanan berbuka mengikut nafsu
  • belajar dengan lebih tekun
  • menjadi seorang yang lebih sabar dari tahun-tahun sebelumnya
  • mengingati orang yang tidak berkemampuan sebelum berbelanja
tetiba aku sebak pulak...aish..emosi tak stabil!

sebelum aku berangkat pulang ke Bandung...ingin sekali aku mengucapkan maaf kepada
  • emak emak emak ayah dan adik-adik atas ke khilafan sepanjang berada dirumah
    • emak dan ayah..maaf sekiranya telah membuat hati kalian terguris secara tidak sengaja atau tidak...aku berasa sangat berdosa
  • adik-adik..maafkan kakak sekiranya memarahi kalian tanpa niat..semua itu adalah tujuan untuk mendidik dalam sayang..mahukan kalian menjadi seorang yang lebih baik dari diri ini..
  • maaf aku teman-teman sebab tak sempat berjumpa...
    • aku sememangnya seorang yang lemah dalam merancang masaku sebaik-baiknya walaupun suka merancang..
    • kepada nisa' :maaf kerana tak dapat ke konvo fair yang ko ajak tu..terharu sebab masih teringat untuk mempelawa diri ini walaupun sudah sekian kali tidak berjumpa..maaf kerana tiada disampingmu ketika kamu dalam kesedihan
    • kepada shefah : maaf sebab tak dapat berjumpa...dalam masa dua bulan aku bercuti..tiada langsung masa kita bersua walaupun sesaat cuma
    • kepada mie z: terima kasih sebab meluangkan masa datang ke rumahku walaupun ketika itu masa ko agak suntuk..siap bagi sourvenir OZ...makasih...dan maaf sebab selalu kutuk ko tyme chat
    • kepada eika: sorry beribu-ribu sorry..tak tau kenapa but sorry...and thank you sebab sudi juga meluangkan masa bertegur sapa di YM
    • kepada dib: maaf dipinta sebab aku tak dapat nak meluangkan masa untuk ko...sepanjang ko berada di malaysia..
kepada sesiapa saja...maafkan aku dan terima kasih atas segalanya...doakan diri ini selamat sampai ke destinasi 1 ramadhan ini..doakan aku mendapat kejayaan untuk mencapai cita-cita yang selama ini ku bina..dan siap untuk berjuang...syiarkk!

selamat menyambut al mubarak

peace!~

2 komen disini:

Anonymous said...

ko da balik bandung yea??? bgos! xla aku jeles!!! ko balik x raye nanti?

souvenir aku tu ntah pape je kan... sorila. adik aku da rebut sume brg time aku sampai. hehe. tp purse tu kaler pink kan! ko mesti suke :)

ko ajar aku mncarot... cepat mintak maaf kat aku!

xtau nape.everytime kena tuls word verification ni, aku mesti salah tulis. hish!!!! geram!!!!!!!!

aku sgt bizi skrng.. tension. naseb ade blog ko. bole aku release2 tension sikit.

cheers!!! hv a good day

Liyana said...

ak da blk la..ak blk kot ry..huhu~ actually kan..ak rs asek blk cm xbest a plak...baik xyah std jauh2..huahua..eleh tu pon nk jeles...

haah pink..makasih...cmne ko tau aku suke pink? hahaha...

da agk da..ptt la ak nye souvenir cm yg da laskopek je...but ok...haha...sedap x mi grg aku wpon masak tuk ko tyme posa...huahua..

salah tules? mate ko kan memang kero sikit..mmg a..xberubah2..hahaha

dr ari tu ko bizi..student civil engine ni...

aku takde tenet lagik!!!!!xbest tol..