Thursday, 30 October 2008

adakah kau lupa

aku baca satu blog post tentang apkah peranan kita. serta mampukah aku?

ya aku bersetuju dengan penulis tentang peranan kita pada masa sekarang. ketika umat islam dan agama yang setelah berkurun bertapak di Bumi Allah ini seperti sudah kembali ke zaman jahiliah dimana kebanyakan umat manusia tidak sedar bahawa mereka telah lebih mementingkan kehidupan dunia semata. tidak sedar bahawa setiap hari dilakukan dengan aktiviti yang sama berulang-ulang tidak ubah seperti robot. bangun pagi, bekerja, kadang berhibur untuk melepaskan lelah, tidur. esoknya aktiviti ini diulang dan diulang. sampai bilakah kita meneruskan kehidupan seperti ini? adakah sehingga kita dijemput malaikat izrail nanti? ketika malaikat munkar dan nakir bertanya, "apakah yang kau telah lakukan untuk agamamu?" apakah jawapan yang akan kita jawab? bolehkah kita mereka jawapan skima yang sering kita gunakan ketika dalam peperiksaan di sekolah dahulu?

aku masih ingat, dulu ketika aku melukis target masa depan. aku mahu belajar bersungguh-hingga aku berjaya capai cita-citaku. punya pekerjaan yang bagus, gaji yang lumayan. aku lupa, bagaimana apabila aku sudah capai semua itu, setakat itu sajakah matlmat hidupku. walhal aku tahu penghujung hidup adalah mati. sampai matikah akanku bawa gemgaman ijazah, pekerjaan yang bagus, gaji lumayan? bisakah aku bawa bersama hingga ke liang kubur. adakah malaikat akan bertanya berapakah gajimu di dunia ?

bila orang bertanya "sayangkah kau dengan agama mu?" jawapan skima yang sering kita jawab.

"ya, aku sayangkan agamaku. agama yang dibawa oleh Rasulullah." tapi bagaimanakah kasih sayang itu kita salurkan kepada agama kita yang tercinta ini? pernahkah kau terfikir akan semua ini.

apabila aku lihat sekelilingku, aku sedih. kerana aku tahu peranan ku, peranan aku, apa yang aku peroleh, aku sampaikan kepada orang sekeliling. tapi apa yang aku lakukan? aku simpan. simpan sorang2. terdetik didalam hati, apakah pandangan mereka kalau aku sampaikan semua? aku teringin ceritakan semua. tapi, masa, kesibukan manusia yang tiada batasan. terkesan dengan kata-kata orang sekeliling. sebut saja usrah atau kem ibadah. bagai ejekan hinggap di gegendang telinga.

aku kesal. aku tak jalankan apa yang patut aku lakukan.

bila berpergian. jauh untuk menuntut ilmu. orang kata;" perlukah pergi hingga 200 km jauhnya untuk menuntut ilmu..macamlah kat sini tiada."

kalau ada..tunjukkan pada aku. aku betul-betul dahagakan pengisian rohani yang selama ini kutinggal dan tidak aku endahkan. aku malu kepada Tuhan ku. aku malu. selama aku berteleku di tikar sejadah. aku terfikir betapa aku mementingkan diri sendiri. duduk berdiam memikirkan nasibku di akhirat kelak, tapi saudaraku sekeliling aku biarkan begitu saja.

dimanakah misi Rasulullah dan para sahabat.. menyebarkan risalah ke seluruh pelusuk dunia. di mana semua umat manusia tunduk dan patuh kepada Allah. misi ini seperti tidak di pedulikan lagi.

aku melihat ke langit. betapa luasnya ciptaanNya. tapi siapakah yang bersyukur atas ciptaan ini. siapakah yang sedar. aku? aku juga sering lupa. ingatkah aku padaNya? tidak setiap masa.
kalau lah Dia tunjukkan kuasaNya, azab di turunkan serta merta. tiap kali kulupa, langit terhimpap di atas kepala. tiap kali kaki ku melangkah ke lembah dosa, serta merta petir menyambar. tapi Dia tidak buat begitu kepada kita umat Rasulullah.. betapa sayangnya Dia pada kita...mengampun dosa bila kita bertaubat..terima kasih ya Allah kerana peduli akan doa hambaMu..

tapi sejauh mana kasih dan sayangnya kita padaNya.. melebih-lebihkan kedustaan dunia..

lebih mementingkan kasih manusia yang tidak tahu sampai ke mana..walhal kita tahu cinta hakiki tanpa penghujung di depan mata

lebih mementingkan keenakan tidur dari sujud kepada pencipta yang tidak pernahh meninggalkan kita

mendambakan keseronokan di dunia ini dari mengharapkan kebahagiaan di akhirat..
perintahNya sering diabaikan..walhal, sudah termaklum agama islam adalah agama yang mudah tapi bukan untuk dipermudahkan.

lupakah kita pada janjiNya...

astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah....

Rabbi yassir wala tua'ssir..

1 komen disini:

Anonymous said...

jangan risau liyana.kita tidak lupa dan tidak akan lupa, insyaallah.moga dipermudahkan.

ur dying to tell people what u know,but u just cant.at least u still have that desire.

some people who have the opportunity to tell people of what they have learnt,they simply ignore it.

maka bersyukurlah.dan keep on holding to it.moga Allah beri jalan buat liyana =)