Saturday, 1 November 2008

baca kalau nak..


kali ini aku mahu post tentang sesuatu yang memberi ingatan..untuk akulah basically. tentang usrah. ahha..mesti taknak teruskan baca sebab sudah pasti isinya memboringkan dan memang bosan!

aku masih ingat, dulu ketika di sekolah. aku baru dikenalkan dengan usrah. ape yang faham tentang usrah ni? kita buat satu kumpulan untuk catat dan dengar kakak senior sebagai naqibah memberi pengisian. pelbagai pengisian. kemudia balik. boring. seriously, boring dan aku tak tahu apa motif ianya dilakukan. mungkin aku ni sedikit rebellious dulu. setiap apa yang diberikan, aku rasa, kalau aku baca dalam buku pun ada. sombong bukan?

bila aku masuk matrix, ada juga usrah. hari rabu untuk pelajar lelaki dan perempuan di surau. sabtu, untuk pelajar perempuan sahaja, basically tentang feqah wanita. kali ini aku pergi dengan niat untuk mencedok ilmu yang diberikan. mungkin time ni aku dah 'matang' sikit. tapi, aku still ponteng juga.


sekarang, bila aku disini. aku sedar, yang aku sangat-sangat perlukan pengisian. aku tak tahu dari mana datangnya perasaan itu. bukankah ini yang aku mahukan selama ini? hidup bebas....tanpa ditegur oleh sesiapa. mungkin kerana aku rasa tak terjaga. tiada ibu dan ayah. susah berpegang kepada diri yang pendirian bukannya betul sangat.


disini, aku berusaha ke ceramah, daurah dan sebagai. hinggalah satu hari, aku ke satu daurah yang seriusly membuka mata aku. tentang kenaikan dan kejatuhan islam dulu. aku tak tahu kenapa aku menangis. hahaha~ emo
dan selama ini AKU TAK PERNAH PEDULI

well, dan baru aku tahu, USRAH PUNYA MATLAMAT. matlamat yang sangat besar. bukan sekadar untuk mencedok ilmu setiap kali perjumpaan, kemudian balik. next week datang lagi, cedok dan balik. definitely tak. usrah adalah untuk membentuk INDIVIDU MUSLIM. muslim yang berkualiti. seorang individu yang punya matlamat hidup yang pasti. kemudian, kepada keluarga muslim, masyarakat muslim, kerajaan islam, negara islam, empayar islam dan last ustaziatul alam iaitu tamadun islam. kita bina semula kegemilangan islam. start dari mana? dari SEORANG INDIVIDU MUSLIM.

ohh baru aku faham.


selama ini, pasti ramai yang ingat usrah itu untuk:
  • orang yang alim
  • orang yang nak tunjuk baik
  • AJK biro agama
  • orang baik-baik
  • orang yang nak dilihat sebagai orang baik [macam same ngan point no 2.haha]
jangan silap. itu semua bagi aku dulu. dan aku memang seorang yang prejudis. dari mana datangnya sifat itu, aku tak pasti. dan pasti kita tak suka pergi usrah sebab:
  • perkara yang dibincangkan untuk tegur apa yang kita buat
  • nak tegur tentang couple
  • nak tegur tentang pakaian
  • nak tegur tentang dating
  • nak tegur itu ini..
siapalah yang suka ditegur cara hidupnya? bikin panas je telinga..ye tak?

bila start pergi, minda aku lebih luas, ukhwah lebih erat, dan sebagainya. apa maksud individu muslim? seorang yang hatinya benar-benar beriman. anda pasti kalau tiada sebarang tarbiyah, iman akan semakin meningkat dan kekal di level yang tinggi?


dan, bagi aku, kalau seseorang itu nak berubah, dia akan berubah dari hatinya. bukan dengan teguran bertubi-tubi. bila faham. pandai-pandai fikir sendiri. tak perlu orang suruh atau paksa.
"couple itu haram"
ya, aku tahu itu. tapi aku tak sanggup nak lepaskan semua ini. aku xmo pergi usrah, confirm akak usrah tu suruh aku clash.

hmm, kamu silapla. usrah tu tak macam kat sekolah dulu.

aku juga terfikir, kalau aku lahir sebagai seorang muslim, pasti aku mahu mati sebagai seorang muslim.


mati, sungguh subjektif untuk diperkatakan. sesungguhnya perkara yang paling dekat dengan kita adalah mati.

terfikir tak, kalau kita mati dalam keadaan kita sedang berhibur yang melampau-lampau. dengan berbekalkan iman yang tipis, bagaimana nak berdepan dengan kematian.


aku pernah merasai sakit yang aku rasa seperti mati. sangat sakit. ketika itulah tiada apa yang aku ingat selain Allah. aku fikirkan, aku punya ibu bapa pun tak dapat menolongku, aku punya kekasih pun tak dapat menolongku, kawan-kawan juga. aku menyebut nama Allah berulang kali. hingga aku tak sedarkan diri.


tiba-tiba aku sedar. aku masih bernafas. kalau itu bukan mati, maka saat mengahadapi sakarat itu lagi sakit dari apa yang aku hadapi. Alhamdulillah..Allah beri peluang kepada aku untuk merasai hidup.


sejak itulah aku mula sedar tentang hanya Allah sahaja yang dapat membantu. kasih Allah yang paling hakiki, melebihi kasih sayang ibu bapa atau sesiapa saja.


ohh aku terpesong. aku nak cakap pasal usrah. usrah ni juga mengeratkan ukhwah antara ahlinya. kakak naqibah aku sangat baik. ikatan antara kita memang mesti kuat! bagi aku, usrah memang penting.
"aku belum bersedia pergi usrah. aku tak suka orang paksa aku pergi usrah atau buat something"


usrah ni bukannya macam nak kahwin perlu kesediaan. haha aku rasa agak lawak bila dengar orang cakap macam ni. pelik, kenapa kita suka menjauhi sesuatu yang baik. untuk menjadikan kita lebih baik. macam cerita itik. [klik kalau nak baca kisah ini]

aku tak terfikir pun aku ke usrah untuk menjadi seorang alim ulamak. tapi, tujuan aku adalah untuk menjadi seorang individu muslim yang faham matlamat hidupnya. dan yang pasti adalah untuk....
Mencapai keredhaan Allah

0 komen disini: