Friday, 28 November 2008

hari ini hari jumaat.. aku baca paper lagi


mood: serius

berita satu

Rejim Zionis menembak kanak2 di Gaza.

Khamis, 27/11/2008 -Askar-askar penceroboh Israel Rabu lalu telah menembak secara membuta tuli terhadap sekumpulan kanak-kanak berhampiran lintasan sempadan Semenanjung Gaza di utara Beit Hanun (Erez). [baca lagi]

berita dua

18 tahun penjara kes dera Nirmala

Surirumah Yim Pek Ha dihukum 18 tahun penjara selepas didapati bersalah mencederakan dengan parah pembantu rumahnya Nirmala Bonat empat tahun lalu. [baca lagi]

berita tiga

125 terbunuh serangan di Mumbai

MUMBAI 27 Nov. – Seramai 125 orang terbunuh, manakala 287 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata melancarkan serangan ke atas dua buah hotel mewah, hospital, stesen kereta api dan beberapa kawasan tumpuan pelancongan di bandar raya ini sejak malam tadi. [baca lagi]

ingat anak kucing ke bunuh sesuka hati. dimanalah sifat kemanusiaan seorang manusia...*sigh*

berita empat

Ahli PAS batal usul kawal arak

Seorang ahli PAS yang merancang membentang usul mengawal jualan arak di Majlis Perbandaran Klang (MPK) membatalkan hasrat itu di saat-saat akhir semalam kerana tidak mahu ia menjadi isu politik. [baca lagi]

orang tak jual kalau orang tak minum..

mood serius bertukar biasa-biasa aje. hari ini hari jumaat. tiada kelas. tapi banyak perkara yang harus aku selesaikan.

banyak kerja hari ini. kat mana hotel mutiara bandung? aku pun tak tahu. tak familiar dengan bandung lagi. mak kirim barang pada kawannya yang datang melancong ke sini.

kena beli barang untuk majlis esok. seriously aku berdebar jugak sebab aku risau macam mana aku dan kawan-kawan nak uruskan semua.

nak dekat-dekat majlis pelbagai konflik timbul. tapi rasanya ini perkara biasa. saat genting akan disertai dengan konflik yang bermacam. terpulang kepada orang yang menghadapinya, adakah mereka tegar? adakah mereka sabar? adakah mereka bijak menguruskan segala yang berada di depan mereka?

setiap orang berbeza pendapat, setiap orang berbeza pendirian, tak semua orang boleh memuaskan hati kita kerana semua punya cara pemikiran tersendiri.

fikir positif. sabar. berbincang. fahami. tanam sifat kebersamaan. elakkan perselisihan.

*sedang melatih diri untuk berfikiran positif dan sabar*

6 komen disini:

nizwa^^ said...

org kata tuk mndpt sesuatu,
pelbagai dugaan yg harus kte tempuhi..
pelbagai rintangan yg harus kte lalui seblom smpai ke garisan penamat..
xpasti samada berjaya atau tidak tatkala smpai di sana masih lag mnjadi persoalan..
moga dipermudahkan segala urusan..insyaAllah..
segala dugaan dn cabaran mndewasakn dn mematangkn fikiran..
buat diri yg hina dan sering mlakukn kesilapan..
maafkn daku ats segala kesilapan yg zahir ataupn batin..

itsjustme~ said...

ucapan slmt ari raye
buat sanak saudare tchenta di kmpg halaman
maaf dhulur duit raye dpohon..

owh nih bkn tmpt tuk salm perantauan ke?..ahaha
ucapan dtujukn buat yg d atas..

buat renungan bsame:

"wahai org2 yg beriman! bersabarlah kamu dan kuatkanlah ksbrn kamu dan bersedialah serta bertakwa lah kamu kepada ALLAH, supaya kamu berjaya"
[ali imraan, 200]

nizwa^^ said...

erks~
buat org yg diats(hurm xpasti dbwh ke pe..)tu ucapan rasmi sempena hari raya haji ^^
huhu
rase sedey+gembira buat mama ngan ayah..
moga dikurniakan kesempurnaan dlm beribadah..
insyaAllah..

tuan Donut yg budiman said...

nak jugak ucap selamat hari raya..
selamat hari raya buat ayah, mak, dan abang. maaf xdapat balik...

huwa...
bley jadi tempat curhat x kat sini..

~*puding caramel*~ said...

pinjam periuk nasik...

itsjustme~ said...

periuk nasi tuh tuk ape cik kak???