Friday, 7 November 2008

ke 'sana'



sebelum ini aku ada menulis tentang matlamat hidup. pasti ada yang terkeliru. kalau begitu, lebih baik menjadi pendakwah, tabligh yang mengetuk pintu setiap rumah ke rumah untuk memberi kan ingatan dan ingatan atau apa saja untuk agama. tidak perlu lagi belajar untuk menjadi seseorang yang dicita-citakan (jurutera, ahli diplomat, doktor dan sebgainya). bukan kah itu semua ilmu dunia semata?

kawan, jangan tersilap maksud aku. Ya, tujuan hidup kita di dunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah. bagaimana untuk mendapat keredhaan Allah? beribadah kepadaNya.

tentang matlamat..segala apa yang kita lakukan diniatkan kerana Allah SWT, apa yang kita lakukan menjadi satu ibadah. bukannya kita belajar adalah untuk mendapat A. belajar untuk graduate dan menggembirakan semua orang, menjadi seorang yang dihormati. apabila kita berjaya capai semua itu, setakat itu saja kah cita-cita kita? ingat yang kita berjaya bukan kerana kita berusaha keras. tapi segalanya Allah yang tentukan. ada yang berusaha keras tapi, tak berjaya seperti apa yang diusahakannya. kan semua telah ditentukan?

"Allah melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). mereka bergembira dengan kehidupan dunia padahal kehidupan dunia hanyalah kesenangan (yang sedikit) dibanding kehidupan akhirat." (13:26)

tugas sebagai khalifah mengajak manusia ke landasan ibadah kepada Allah terpaksa dilupakan sebentar sebab kita masih belajar. bukan kah itu semua boleh dilakukan ketika kita sudah capai cita-cita nanti? bila sudah bekerjaya, sibuk dengan mencari rezeki, xpe..kita buat bila kita sudah pencen nanti, sampai bila? kita tidak tahu hidup dan mati kita bila.

sekarang? bagaimana?

jangan risau. ada banyak cara untuk berdakwah. belajar juga bukankah salah satu dakwah? berjaya mencapai cita-cita bukankah satu dakwah?

sedar tak yang hakikatnya dakwah Islamiyyah akan dapat diterima oleh ramai manusia sekiranya kebenaran dan keadilan Islam dipersembahkan sebagai sebuah model masyarakat dan negara. Dakwah tidak memadai dengan hanya menyatakan teori-teori dengan kata-kata indah.

tapi disamping itu, jangan lupa pentarbiyahan hati. jadilah seorang yang berilmu tidak kira apa jenis ilmu pun yang bermanfaat. lebih-lebih lagi ilmu akhirat. kerana itulah ilmu yang menjamin kebahagiaan yang kekal di 'sana'.

0 komen disini: