Monday 22 December 2008

mencari sinar dalam gelita [tak tahu nak bagi tajuk apa]

"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana sengaja lupa."

aku terpempam.

baru pulang dari bermusafir empat hari. berjalan di atas Bumi Allah ini. banyak yang aku sedar kewujudan yang hanya di atas sekeping gambar tapi aku lihat secara live. bagaimana ombak lautan pasifik yang berlumba menghempas pantai. angin yang menderu memukul wajah. berbaur dengan hujan yang sederhana lebat. aku kesejukan.

langit yang terbentang luas kebiruan. sang mentari melabuhkan tirai siang. di kala senja menjelma, langit yang tadinya biru berubah keperangan. sungguh indah ya Allah. kemerduan desiran ombak cukup menenangkan. subhanallah.

makhluk laut yang Allah cipta. cukup cantik. cerun batuan karang yang sangat dalam. seperti ada satu alam lain jauh dibawah sana. sempurna. di luar batasan akal manusia. kombinasi seluruh alam ini Kau cipta. memang Kau lah yang maha berkuasa. Maha Besar.

dan aku sedar kini kekerdilan diri. memang tak layak untuk aku pertikaikan apa saja yang Kau berikan kepadaku. rahmatMu yang kudamba.

terima kasih ya Allah. buat aku berfikir. sayang bagi mereka yang tidak sedar. tidak endah. tidak peduli atau apa saja perkataan yang sesuai. masih sombong kalau kau berkata "Kau doakan aku mendapat hidayah dari Allah" siapakah engkau wahai teman. siapakah kita? adakah hidayah Allah boleh ditunggu bergolek. adakah redhaNya kau anggap semurah itu?

aku kini masih berfikir. merenung diri. angka usia semakin meningkat. masa terus berlalu. apakah yang aku lakukan untuk mendapat kasihMu? sudah cukupkah amalku? sudah cukup baikkah ibadahku?

menunggu pulang yang penuh simpang siur. hidup ini sementara. dan ianya persinggahan.

tapi aku masih disini. merenung diri. sepi. sendiri.

6 komen disini:

Ibnurashidi said...

Manusia hidupnya fitrah begitu..kadangkala di atas..kadangkala di bawah..kadangkala meliuk ke kiri dan ke kanan..semuanya hanyalah sementara..

Semoga Menjadi Wanita Solehah..

Nini Marini said...

subhanallah...

puitisnya awak hari ni liyana.indah sungguh susunan bahasa.tak terkata saya.serious,saya amat2 suka.

Selalulah menulis begini.meresap jauh ke dalam hati. Teruskan ya ukhti.

=)

Liyana said...

ibnu rashidi: ameen...terima kasih. fitrah manusia. kalau jalan yang sentiasa lurus. takdela corak kehidupan ini. ye x.

nini marini: hehe..mood jiwang karat kadang-kadang. laju je otak susun ayat.

terima kasih. insyaALLAH. semoga ilham yang ALLaH beri ini digunakan sebaiknya hanya untukNya.

Anonymous said...

ada orang kata "saya tak jiwang" lalala~

Anonymous said...

syahdu m'dgrnya wahai yana..^^
moga diberi petunjuk Ilahi dsepanjang p'jlnan hidup ini..

p/s:yana mkin jiwang..^^
lalala~

Liyana said...

dr: xde2 xjiwang. memulangkan paku buah keras nampak.

nizwa: thanks izza nizwa. kamu mmg sorang sahabat yg sweet..sayang nk tinggalkan ko wpon hanya seminggu.

p/s: aku tak jiwang okeh!