Wednesday, 17 December 2008

solat jemaah.



*salam. hari ini sudah start cuti. sebelum aku bertolak ke pangadaran esok pagi jam 3. suka untuk aku publish satu post yang dah lama aku tulis. rasanya macam dah berzaman. tapi tak mengapa. hehe..semoga Allah lindungi sepanjang perjalanan kami. ameen.*

solat jemaah. masa solat terawih aku selalu juga ke surau dekat-dekat sini. first time aku solat disini aku terkezut gak la. sebab, solat jemaah teramat sangat paling laju aku pernah join. serius. tahun lepas aku selalu ikut imam malaysian. kali ini aku saje je tukar-tukar.

wallawehh~ memang cepat gile. imam baca al-fatihah dengan satu nafas without waqaf (berhenti) aku rasa. kalau terlambat memang tak sempat. tapi ikut je la. surah-surah yang dibaca pendek juga. kat sini biasa 20 rakaat sejam je. so pukul 8 malam (maghrib kat sini +/- pukul 6) dah boleh balik even di tengah tu imam akan bagi sedikit tazkirah. solat isyak dia punya kelajuan biasa je. tak lah laju. maybe sebab nak buat 20 rakaat so dia pecut la 96km/j.

tak sempat nak bercakap pun. tak sempat nak tanya, "ehh ni rakaat ke berapa?" kalau tak, xboleh kejar imam untuk sambung terawih seterusnya.

satu lagi, saf, ikut sejadah, satu sejadah seorang. macam yang selalu aku lihat, kan solat jemaah kena rapatkan bahu ke bahu antara jemaah. but ini memang jarak la. biasanya, aku dan rakan-rakan akan rapatkan saf jugak. sebab besar benefit rapat-rapat saf. aku rasa ini macam saf tak dipedulikan lagi

kat sini ramai gila sangat kanak-kanak. time imam bagi tazkirah pendek, aku nampak ada yang salin-salin dalam buku khas. aku tanya la untuk apa buku ni. kata seorang anak kecil (skema) dia kata guru besar dia suruh buat sinopsis tazkirah imam pastu mintak signature imam. buku tu memang buku khas ibadah bulan ramadhan. waah kagum aku. tak pernah lagi jumpa kat mesia. tapi yang tak best nye. tau-tau je la. bila ramai kanak-kanak ni. bising sikit. lagi-lagi imam habis baca al-fatihah..makmum sambung "ameeen" kuat gila.. macam sedikit jeritan yang agak tak sedap didengar. slow2 sudeyh~

lepas tu habis tazkirah je suma balik sebab dah ada sinopsis. hahaha..pastu lompong saf. ade ke. ade sekali tu, ade sorang je dalam satu baris pastu kat belakang ade 2-3 orang. nak rapatkan saf, jauh gile!! time tu dah start solat. for sure solat yang begitu laju, tak sempat nak rapatkan saf.

ada satu yang aku kurang senang. ialah time imam bagi tazkirah. semua yang ada nak bagi tazkirah sendiri-sendiri juga. so ada satu time tu, tak dapat dengar apa yang imam nak sampaikan. ini aku agak geram la. sebab mengganggu! at least hormatla orang cakap kat depan. tak nak dengar tutup telinga. tidur ke. janganla ganggu orang yang nak dengar. nak aje aku cakap "SHhhhhhhhhh...kua a kalau nak bising." [cewah..bajet je lebeh] tapi satgi satu kampung balun aku. xbalik mesia kang..sape yang susah. PLEASE DONG!~ buat lah ceramah sendiri kat tempat lain.xpon ganti imam kat depan. isk~

ape pung ehh pung? pun.. aku dan rakan-rakan selalu gak solat kat surau ni sebab boleh solat 20. tapi cepat namun penat. atina's term : aerobik.

p/s: soalan cepuk emas = mana lagi baik...solat sendiri tapi khusyuk atau solat berjemaah tapi tak khusyuk? *renung-renungkan..selamat beramal*

ditulis pada 30.10.08

2 komen disini:

Ibnurashidi said...

Solat jemaah itu lebih aula dari berseorangan. Kalau di Mesir saf kalau tak rapat bukan nama arab Mesir.


P/S : Kalau ada masa jemputlah ke blog saya ya..

~*puding caramel*~ said...

maksih..akan ke blog anda insyaALLAH