Thursday 11 December 2008

untukmu teman


Verily! You (O Muhammad ) guide not whom you like, but Allah guides whom He wills. And He knows best those who are the guided. [28:56]

***

terbaca blog nini marini tentang keluhan sebesar dinasour. baru aku perasan aku banyak mengeluh selama ini. setiap kali kesusahan menimpa. pasti keluhan ucapan pertama yang meniti bibir. kemudian baru terfikir untuk mengadu kepada ALLAH.

tiap kali aku dengar perkataan kesat dari teman terdekat buat aku berdoa dalam hati "ya Allah, peliharalah lidahku dari perkataan keji" dan alhamdulillah, sejak kecil walaupun aku bergaul dengan pelbaga jenis ragam manusia, aku berjaya. tapi baru kini aku sedar. betapa 'selfish'nya aku. sepatutnya aku doakan juga untuk temanku itu. "ya Allah peliharalah lidahku dan kau peliharalah juga lidah kawan ku ini dari perkataan keji"

sekarang, apa yang mengecewakan aku bila aku terdengar seorang kawan yang dekat denganku sedang marah. apa yang aku lakukan? aku lari. perkataan kesat dilempar. mungkin untuk meluahkan rasa hatinya. kenapa kita perlu bermusuh sesama saudara kerana sebab yang kecil. malah lebih kecil dari atom. melepaskan rasa dendam dengan mengumpat dan mengeji. selesaikah masalah dengan berbuat demikian?

teman, tak terfikirkah dikau tentang tindakanmu ini. aku yang bersalah kerana membiarkan kau terus dengan amarah. tapi apa yang harus aku lakukan? sebab, aku tahu, satu patah aku keluarkan untuk menegur. pasti kau memusuhi aku juga. betapa 'selfish'nya aku. lebih risau tentang marah kau kepada aku.

tahukah engkau apa maksud sebenar sahabat? sahabat sebenar ialah sahabat yang boleh membawa ke syurga. kita kan sesama muslim. kenapa perlu mengutuk sesama saudara. apakah kau lupa tentang makan daging saudara yang telah mati? tidak takutkah engkau azab kerana memutuskan hubungan sesama islam?

peliharalah tutur katamu. jangan sampai menyakiti hati orang lain. pernah terbayang di fikiran, bagaimana rasanya sekiranya engkau disakiti begitu? Allah itu maha adil. mungkin kau lupa Dia memerhatikanmu. mungkin kau tak sedar Dia melihat. mungkin kau lupa janjinya.

fikirlah secara positif. cuba fahami apa yang dia fikirkan. kenapa kau marah. dan adakah tindakan kau ini satu penyelesaian yang terbaik. fikirkanlah kepada orang sekeliling. kalau kau rasa tak penting fikir tentang orang lain, sekurang-kurangnya fikirkan tentang dirimu. puaskah hati kau sekarang? gembirakah? seronokkah? berfikirlah secara matang. ingatlah. diri ini bukan lagi kanak-kanak. berbalah dan mengadu domba.

dan Allah telah ciptakan sifat sabar. gunakan sifat itu.

selesaikan segalanya seperti dewasa. kau pasti boleh lakukannya. kerana aku yakin, kau boleh lakukannya. kau seorang yang bijak. dan aku tahu, kau adalah seorang yang baik dan lembut hatinya.

Allah berikan kita akal untuk berfikir. hati untuk kau rasa. lidah untuk bertutur baik. mata untuk melihat. telinga untuk mendengar. terpulang bagaimana kau uruskan anggotamu. secara baikkah atau sesuka hati. kau punya akal. fikirlah yang terbaik.

aku berdoa dan berharap. ALLAH sejukkan hatimu. kerana marah, mudah syaitan meracuni fikiranmu.

Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafan (kesalahan) orang. ALLAH menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. [3:133-134]


Sesungguhnya marah itu dari godaan syaitan, sedang syaitan diciptakan dari api. Dan api bisa dipadamkan dengan air. Oleh karena itu bila seseorang di antaramu marah maka cepat-cepatlah berwudu.

HR. Ahmad dan Abu Dawud

kini aku pasrah. sekiranya kau marah padaku. aku terima. marahlah sekiranya kau rasa aku salah. tegurlah aku jika kau rasa aku silap.

***


5 komen disini:

Nini Marini said...

salam liyana..

sahabat sebenar ialah sahabat yang boleh membawa ke syurga.

tersentuh hati saya dengar awak tulis ni..buat saya merenung jauh diri saya balik,adekah saya telah menjadi sahabat yang sebenar itu.

saya faham apa yg sedang awak lalui.dan saya yakin dengan hikmah yg ada pada awak,awak mampu utk bawa sahabat2 awak kpd jalan yang kita inginkan.

selamat bermujahadah yea di sana.

masa jumpa awal2 dulu,awak pendiam sgt tau.buat saya segan.=)

Anonymous said...

Biasanya, kalau cepat marah, cepat pula sejuk. Kalau susah nak marah, sekali marah saja ambil masa lama nak sejuk.

Memang susah nak kawal amarah,kan? Patutlah namanya jihad paling besar.

Cuba kau jumpa dia, dan berkongsi rasa. Perempuan senang rapat berbanding lelaki.

~$#ef@# =)~ said...

salam yana..

ko knape..da org mrh ko ke..cian ko..dah lme ko x cte ppe kat ak..nway ak prcy ko mmpu atasi..ko kan kuat..ak bngge mmpunyai kwn cam ko..punya self confident yg tnggi..cylah yana..smoge ko mmpu atasi smenye ngn bek..La Tahzan!!!

chayok2 dear..

artsoul said...

bile terbaca entry ni,sejuk hati sy yg sedang marah ni...thanks a lot

salam kenal..

Liyana said...

"Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku.Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri.Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur dalam suka atau duka.Jika aku dapat, aku akan setia padanya- IMAM SHAFIE