Wednesday 14 January 2009

aku menulis..


aku menulis untuk aku
aku menulis untuk kamu
aku menulis untuk kita
aku menulis untuk siapa sahaja

kata pujangga malam
persetankan kepada siapa
hanya engkau tahu dirimu

aku menulis
dengan melihat hidup
itu mendidik

aku menulis
dengan mendengar manusia
itu mengajar

aku menulis
dengan apa yang aku rasa?

sang qalbu mendengar, melihat, merasa
lahir coretan
terkadang penuh khilaf

aku menulis
untuk apa?
menuding kamu, kamu mahupun kamu?
melumur lumpur di muka dia, kamu, mereka?
akhirnya terpalit di muka sendiri
terhiris jantung yang sakit
perit

luas akal mentafsir
langgas hati terguris

kerana aku menulis
bukan untuk seorang kamu

tapi juga untuk diriku

tamat

12 komen disini:

dolat said...

puding.
aku terharu.
bebaskan dirimu.
pede aja dong.


skang da pandai eh tulis2 sajak2~

zamrie said...

kata abang ramli sirap dalam lagunya 'aku menulis bukan kerana nama'

setuju aku dengan donutcoklet.... bebaskan diri mu... jiwa yang merdeka

walau bagaimana pun orang, aku tetap aku, walau bagaimanapun aku, orang tetap orang... tak begitu???

zamrie said...

lupa hehehehehe.... Assalammualaikom

Ekin said...

teruskan perjuangan dlm bentuk menulis yana..
lets bygone be bygone..
=)

nur_amalina said...

yana amboi hebat no hang menulis sajak~ hehe ape2 pun teruskan usaha!!!!

Anonymous said...

salam alaykum..
walaahh..

hebat si pujangga menyusun bait kata..

dari minda ke qalam maya ke jejaringan ke qalbu pembaca, inshaAllah..

tRuskan uSaha..
*saLudos*

alhamdulillah.

Anonymous said...

go yana go!!
pndi bersajak..pewitt!

ain said...

salam~
aku pun suka letak 'tamat' dekat akhir sajak...mcm that is the end to what i try to convey...hehe

ok2,that is not the point
sajak serius best,kne menuntut ilmu bersajak kat ko pasni...
jalan berjuang dan berdakwah yangb terbentang, jgn kita sia-siakan...
selagi niat dan usaha kita betul, InsyaAllah diredhaiNya...

[exam mode]~doakan aku...=)

salam

Anonymous said...

Teruja saya membaca setiap bait sajak kamu.

p/s Teruskanlah menulis kerana hasilnya itu adalah lambang pemikiran dan ketamadunan setiap penulisnya sendiri...

Liyana said...

donutcokelat: thanks. aku sedang membebaskan diri.

zamrie: wsalam :) ya. orang tetap orang. aku tetap aku. tak siapa boleh memuaskan hati semua.

cikin: mekasih cik ekin. let bygone be bygone

amalina: ini bukan sajak pada mulanya. aku ingat nak tulis biasa je. ttbe jadi camni pulak

ana: awak buat saya malu sendiri pulak. insyaALLAH..

dib: aku tahu ini engkau. mekasih.

ain: ye. aku pun tak tahu aku mahu nokhtahkan luahan dengan tamat. taknak ungkit lagi. biar sampai situ. titik. haha all the best ok! ko pasti bisa. jgn jadikan periksa satu fitnah dalam jalan ni k...cewah

sangmentari: penulisan melambangkan peribadi si penulis. bimbang cacat penulisan melambangkan kecacatan penulis. *cuba yang terbaik*

Nini Marini said...

sesungguhnya saya envy pada insan2 yang dikurniakan kebolehan untuk bersajak.hehe,tapi saya tahu.masing2 punya logam sendiri kan?

*saya suka sajak awak yana.

Teruskan menulis, untuk saya.=)

Liyana said...

nini marini: terima kasih sister..

saya akn cuba menulis untuk anda. anda pun tau..saya peminat tegar penulisan anda. walau panjang mana..saya bace.. :p