Friday 23 January 2009

Allah lebih tahu



liyana: hi rajin hapdate blog nampak

puding caramel: hi. haah sekarang tengah cuti ni. nak lepas semua. dah lama simpan

liyana: berpada-padalah cik puding. banyak lagi menda lain boleh awak buat.

puding caramel: erk ok.

liyana: ingat, ape rancangan awak cuti ni nak buat apa?

puding caramel: ye saya ingat. saya buat jadual.

liyana: baguslah.

***

hari itu, aku berjalan-jalan ke belog ida smss [dulu beliau ini senior.so aku panggilnya kak ida]. dan dia ada post tentang career punya quiz. jadi aku pun cubalah. saja nak menduga. cewah.

dan resultnya:

ye. tak nampak kan. klik lah itu gambar kalau mahu lihat. aku terkejut juga sebenarnya.

1) music performance. - iya. aku juga tak sangka. apa lagi kamu, kamu dan kamu kan? seorang yang takut pentas jantung meletup bercakap depan khalayak ramai. adakah? mungkin kerja belakang tabir agaknya. periksa pembesar suara, sistem bunyi..

2) optomestrist - yang ini boleh tahannya. menarik juga. emak ada usulkan masa isi borang UPU dulu. tapi aku tak berapa minat.

3) dentistry - wah2 nasib kira top five. kalau tak. berhenti belajar okay? jadi performer.

32) math/ computer sceince - ini yang aku dapat dulu lepas matrix. no 32?

24) english education - ini mungkin ada kaitan dengan TESL. teringat masa dapat tawaran dulu. TESL di New Zealand atau Dentistry di Bandung.

kata ayah. keputusan di tangan aku. tapi, kalau boleh, keluarlah dari bidang pendidikan. mak guru, ayah pegawai pendidikan. mak teh, pak teh, pak jang, kak ira, tok wan, tok teh semua cikgu. [aku tulis yang terdekat saja]

masa tu serius aku keliru. kalau ikut, nak pergi luar negara. macam ayah. bukan senang. dah lama aku lupakan cita-cita sebenar. aku mahu menjadi seorang guru. lagi-lagi menabur ilmu, lalu digunakan oleh anak yang diajar. besar tanggungjawab itu. ilmu yang bermanfaat, boleh di bawa mati kan? guru pekerjaan yang sungguh mulia pada pandangan aku.

tapi aku tahu ayah mahu aku pilih pergigian. walaupun ini pada awalnya cita-cita aku. aku juga mahu menjadi seorang guru. macam mak. aku suka mengajar. aku suka tanda kertas soalan periksa anak murid mak. aku suka pergi pejabat emak. lihat perancangan mengajarnya. kadang-kadang mak pulang minta nasihat ayah tentang pengurusan dalam pentadbiran sekolah, aku dengar penuh minat. menarik. aku suka kanak-kanak. cuma kelemahannya, aku kurang sabar kalau ada yang tak kena.

aku masih ingat ketika interview TESL ini. bagi aku bukan mudah. ini interview pertama kali seumur hidup. nak pecah juga jantung. tapi aku berlagak yakin [bajet konfiden.] ada ujian bertulis. pelbagai soalan ditanya. secara jujur aku bukan diri aku. lebih kepada lakonan. berlakon sebagai seorang yang sangat yakin. berani. mesra. walhal, aku sangat gementar.

aku masih ingat aku punya sijil melukis, dan koir. mungkin itu mata untuk menjadi guru sekolah rendah. antara yang ditanya:

penyoal: saya lihat awak ada sijil melukis. awak boleh melukis?

aku: bolehlah sikit-sikit macam kartun.

penyoal: apa yang awak boleh lukis

aku: lukis doraemon. [actually aku rasa ini jawapan terbodoh. tapi ini yang terkeluar. bimbang disuruh aku melukis time tu juga. tapi doraemon paling senang kan? langkah selamat]

penyoal: ha ha ha. awak ada sijil koir. awak boleh menyanyi?

aku: [dengan yakin. walaupun itu kena paksa masa sekolah dulu] ya. saya ahli koir 5 tahun di sekolah. pernah naib johan untuk wilayah. [janganlah suruh aku nyanyi time tu. aku backup soprano je sebenarnye]

penyoal: apakah kualiti yang ada pada awak yang tak boleh ada pada guru?

aku: saya seorang yang perfectionist dalam sesetengah perkara.

penyoal: maksudnya? bukankah perfectionist itu bagus?

aku: sebagai seorang guru. saya sepatutnya punya timbang rasa. saya suka tugasan atau apa jua kerja di siapkan dengan tepat seperti yang saya mahukan. tapi kepada anak-anak yang baru mengenal erti hidup, bagi saya mendidik mereka yang berumur 7-12 perlu jadikan mereka kawan supaya mereka rasa dekat. lagipun kanak-kanak tak suka cikgu mereka terlampau strict dan garang kan? tegas tapi friendly mungkin lebih baik. [teringat bagaimana aku ajar zati matematik. sampai menangis. kata abang, aku sama seperti ayah. terlalu menekan. mahu perfect ikut cara aku =( keturunan mungkin ]
p/s: soal jawab ini dalam bahasa inggeris sebetulnya. teringat penyoal menegur beg tanganku sama warna dengan baju. sesuai katanya. adakah? aku malu sebenarnya. tapi buat-buat biasa.

entah apa aku goreng. aku pun tak tahu. tak sangka aku diterima. aku sangka aku tak layak. luluh jantung aku terima panggilan diterima masuk ke maktab di johor sebagai persediaan. segala persiapan ke bandung sudah dibuat. kata mak, aku masih boleh buat keputusan.

mengajar sekolah rendah untuk Bahasa inggeris. serius. aku sangat berminat mahu menjadi seorang cikgu sekolah rendah. ketika ini mereka baru mengenal erti belajar. di sini lah bermula membentuk seorang anak. kalau silap disini, bagaimanalah mereka menyambung ke alam remaja.

bukankah, bermulanya seorang individu itu belajar dari kanak-kanak lagi. dibentuk sedari kecil.

aku masih ingat kata emak tentang pelajarnya yang sudah tingkatan 3 tapi belum tahu membaca. bagaimana untuk menduduki PMR? kasihan bukan? belajar membaca sepatutnya di peringkat tadika atau darjah satu. dimanakah silapnya?

semua orang punya potensi untuk berjaya. itu semua terletak bagaimana dia menguruskan dirinya. hidupnya. ketepatan pilihannya. dari awal.

aku mahu mendidik anak-anak ini menjadi seseorang. serius. bahagia melihat anak didik berjaya. aku mahu rasa perasaan ini. ya aku tahu bukan mudah. inilah cabarannya. tiada apa yang mudah kalau nak diikutkan.

bersyukurlah sesiapa yang peroleh jalan ini. bukan sekadar senang mendapat kerja, pilih profesion ini. ikhlaskan diri. mengajar untuk mendidik anak bangsa. bukan mudah. tugas ini tugas penting. gurulah yang mendidik dan membentuk anak bangsa, membentuk perdana menteri, doktor, ahli korporat dan sesiapa saja.

aku kecewa jika anda memilih jalan ini kerana mudah mendapat kerja, mahu cuti lebih atau bekerja sekadar mahu gaji tetap. aku kecewa dengan guru yang tidak masuk kelas kerana bersembang di bilik guru. aku rasa inilah punca dari tidak sedar akan tugas pendidik.

ayah pernah berkata:

"jadi guru mesti sanggup dihantar ke mana saja untuk mendidik anak bangsa. ikhlas. jangan bila di hantar mengajar ke sarawak mahu bertukar ke kuala lumpur. kalau tak sanggup, jangan pilih langsung jalan ini."

aku sanggup. aku tak kisah.

aku punya rasa cemburu kepada teman-teman yang berjaya melanjutkan pengajian mereka dalam bidang pendidikan. di HAMKA aku berkenalan dengan seorang akhwat yang belajar TESL di Oakland. beliau juga dapat tarbiyah di sana. terdetik rasa cemburu. jika aku pilih jalan sepertinya, adakah aku juga sepertinya. belajar di negara asing, disertai juga tarbiyah yang mantap. kelak menjadi seorang muslim yang bekerja sebagai seorang guru. ya, guru.

ingin sekali dipanggil cikgu liyana.

"cikgu liyana."


*aku cemburu*

tapi bila aku fikirkan semula. Allah mahukan aku di sini. aku sepatutnya bersyukur bukan? hikmah dan cantiknya rancangan yang Allah dah tulis untukku, aku belum nampak warnanya.

mungkin belum

pasti ia akan hadir. tapi belum masanya....

p/s: maaf entri terpanjang. aku akan ke bogor. mukhayyam. cuti mahu dipenuhi dengan pengisian ruh. insyaALLAH. doakan aku berjaya. semoga Allah permudahkan.

p/p/s: aku tidak menyanyi koir. zaman itu telah berakhir.

4 komen disini:

Anonymous said...

Sangat terkesan bila membaca entri ini. Benar, tanpa insan bergelar pendidik siapalah kita semua...

p/s Puding caramel, semestinya setiap yang diatur oleh-Nya itu adalah yang terbaik buat hambanya...

Anonymous said...

Salam...

yana, benar, Allah lebih tahu..

eventho sy x yakin ngan bidang yg sy tempuh, sy yakin ada hikmahnya d'gerakkan hati saya utk amek bidang ni..

eventho sy lebih meminati bidang komputer & seni, sy yakin Allah lebih tahu hikmahnya sy terdampar di sini..

eventho performance x sehebat zaman dulu2 [mungkin krn kurangnye minat], sy yakin Allah sudah memperuntukkan jalan yg terbaik utk hamba2Nya. InsyaAllah, ameen..

juz hav faith in Allah, in whatever we do..

[aku t'dampar, bermain d pantai, dihanyut ombak kembali..]

p/s: sila abaikan mna2 part yg anda x paham.. =p

Anonymous said...

yana
housemate ku pulanglah cepat
ak rse kosong~

[diagnosed as..homesick symptoms]

Liyana said...

sangmentari: sama. bila difikirkan. kenpa lah ramai yang suka memandang rendah profesi ini.

benar. setiap yang ditepkan Allah adalah yang terbaik. rasa baik dan buruk adalah mengikut persangkaan kita sendiri

ana: tak sangka jauh benar kau melencong. minat art dan komputer. jalan perubatan juga kau pilih.

minat boleh dipupuk asal kau ikhlas. ingat belajar untuk mendapat redha Allah bukan? belajar juga satu ibadah.

kita mungkin berada dalam situasi yang agak persis. aku faham.

jueann: nantilah aku balik kita bfast sama ye? homesick sbab takde org kat rumah kot. mainlah PS2..kan kau baru belajar main gitar hero tu. macam menarik. tapi aku buta game. kalau kau ajak aku main sep tiang mungkin aku join!