bila kau ada dua dunia berbeza
disini dan disana
disini dan disana
di sini kau rasa pakaianmu sudah cukup besar diantara semua
tapi bila
disana kainmu belum cukup di antara semua
disini kau rasa dirimu sudah cukup baik
tapi bila
di sana dirimu bukanlah yang terbaik
disini kau rasa kau sudah usaha sehabis baik
menghafal ayat suciNya
tapi bila
di sana kau yang jauh ketinggalan
di sana..
setiap hari kau mahu menjadi seperti mereka.
menjaga diri
mendidik diri.
mengisi jasad dan ruh dengan manfaat
disini..
kau tak tahu di mana harus kau kais.
tak tahu apa patut kau ubah.
tak tahu apa patut kau cari
tak tahu apa patut kau ganti
kau hilang dalam ramai
bimbang diasing dalam dunia disini.
khuatir disisih dalam dunia sendiri
takut dibenci dalam dunia yang ini
kau paksa diri
butakan mata dengan kesalahan
tulikan telinga dengan kebingitan
kau sama seperti semua!
lupa kau bukan seorang
kau ada mereka di sana
lupa kau ada Dia
tarbiyah dzatiyah itu mesti
itupun kalau kau mahu kuat
itupun kalau kau mahu kemas
tidak boleh tidak
tapi
acap kali kau letah
kau abaikan apa yang patut
kau lewakan apa yang perlu
apa kau lupa?
apa kau alpa?
sunnatullah seorang gharib
tamat
7 komen disini:
mari kita buat usrah.
bile nak start usrah?
dunia kita di sini sama, ya sahabat...
capek deh..=(
Semoga Tuhan memberkati kamu dengan tulisan indah ini... ameen
Salam buat kamu...
Semoga tulisan ini terus saling ingat mengingati ya..
ain: teruskan berjuang walau penat manapun kamu ok?
sangmentari: ameen..terima kasih
ibnurashidi: wsalam..insyaALLAH
dunia kita hampir serupa..
ko fkg ak fk..
cuma bezanya 'g" dibelakang...
hehehe
salam dr 'sana',
1 post yg sgt menarik wal best!..kami di'sana' sentiasa rindukan kehadiran yana dan kawan2 dan pasti akan sama2 menolong utk kita sama2 menghirup 'udara segar' dan meneguk 'beningnya air' NYA...
searching the 'real' islam in the 'real you'..
-'sana'-
Post a Comment