Sunday 15 February 2009

ini bukan tag

hari ini sejuk

nampak kolam ikan belakang rumah dah semakin maju. ada ikan keli yang banyak. semalam pak kemas datang buat pantauan. tingkap bilik hamba menghala kolam. sebab tu perasan ada pak kemas. dia suka bercakap dengan kuat.

kenapa tak buat swimming pool wahai pak kemas. tak perlulah kami ke alma'soem yang jauhnya kena tukar 3 angkut walaupun dekat. sikit.

semalam aku masak nasi. pak agus tiba-tiba muncul di belakang. tak puas hati pada pak agus kerana selalu berlegar-legar di ruangan belakang rumah. nak pergi dapur pun kena berpakaian formal. sebab ada lelaki. pak agus itu lelaki. iya. dia lelaki. betullah.

semalam makan nasi dengan kicap dengan serunding tambah sikit pepper. makan dalam mangkuk ala2 korea. tiba-tiba sayu. makan sambil tengok american idol. serunding mak bagi ini sedap pula. nad kata masa dia ambil serunding kat rumah aku tempoh hari, mak nampak dah kurus. aku yang dengar risau. mak makan tak proper kah? dayet kah? tapi kalau mak tahu nad
kata dia dah kurus mesti dia happy.

semua orang keluar. aku seorang saja di rumah.

  • nazee keluar beli kasut
  • fatin nad keluar tak tahu kemana
  • diba keluar berkelah bersama ptut
  • amal keluar jumpa doktor gigi
  • atina keluar makan
  • fatin farhana balik malaysia
  • izza balik malaysia

tak mengapa. dah biasa. bila seorang2, aku makan cepat-cepat supaya aku tak sayu mengenang ibu di kampung halaman. jadi aku tengok american idol kasi distracted walaupun tak berapa faham sebab tak ikuti dari episod satu.

siapa yang buang pokok bawang dan karot yang aku tanam sudah dua kali menjadi misteri. apa ingat senang ka mahu tanam itu pokok. walaupun campak saja dan siram.

aku tersilap tarikh. ingatkan presentation antifungal itu next week. rupanya lagi seminggu. penat saja aku gelabah ayam sejak hari jumaat hari tu.

tapi apa salahnya buat awal-awal en? lagi-lagi orang yang suka gelabah. seperti...ptut [dirahsiakan nama]

Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang sabar. (2:155)

ayat di atas sesuai untuk orang yang berduka nestapa. mungkin kerana tiada wang atau rindu keluarga di kampung. aku terbaca pagi tadi.

kepada ahli group tersisih. mari bincang antifungal sama antiseptic awal-awal ok. anggap saja kita bentang topik-topik itu minggu ini.

4 komen disini:

muniri said...

"siapa yang buang pokok bawang dan karot yang aku tanam sudah dua kali menjadi misteri. apa ingat senang ka mahu tanam itu pokok. walaupun campak saja dan siram"

aku buat..
hahaahha..
sabar la yana duduk umah sorg2...
nasib kita serupa

Anonymous said...

salam ya uhkty
haha..tercuit ati bace post2 enti
ana balik msia nnt
kak Dina pelawa g Fateh
alhamdulillah
atleat
xdela tkut sgt terfutur nnt
hehe


kalo nak tau,yg buang pokok bawang tu sebenarnye ana.
bukan buang,ana curik sepokok,then cincang2 campak dalm cekodok tepung...haha

Anonymous said...

weh. kite da tuka name group la. bukan lagi tersisih. tp group cemerlang! dgn rasminye kau ketua group, ketua klas dan ketua pelajar. (gila pangkat). hahaha.

Liyana said...

muniri: banyak la ko..patotla suma da tadek!!!!

zati: hehe buat cekodok plak ...bukan nk hulur.

amalyn: apsal ak tataw pon? korang sisihkan aku ea?