semalam saya ke pertandingan kultum [kuliah tujuh minit]. ini pertama kali saya ke sana. macam-macam cara penyampaian ada. kreatif juga. ada yang siap bagi resepi buat kek sebagai analogi. munari [bukan nama sebena], hebatla kamu! Has juga tak kurang. comel pula. nampak tak saya yang berbaju pink duduk belakang sekali sebab lambat? tu sokongan padu tu. duduk belakang tinggi sikit. silaplah tak bawak banner untuk kamu orang. ha ha ha.
tajuk kultum semalam ialah kesyumulan islam. saya teringat tentang usul 20 yang saya pernah dapat. jadi, saya mahu kongsi sikit dalam 20 dasar pegangan seorang muslim (usul al-fahmi al-islami al-mu'asir),
di sini usul pertama yang menyatakan
islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek kehidupan. ia adalah daulah dan tanah air ataupun kerajaan dan umat. ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun rahmat dan keadilan. ia adalah pengetahuan dan undang-undangataupun keilmuan dan kehakiman. ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun usaha dan kekayaan. ia adalah jihat dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. sebagaimana juga ia adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama sahaja di sisi kita.
daripada usul di atas dapat di dijelaskan tentang pentingnya memahami islam yang syumul. firman Allah SWT
dan (ingatlah) pada hari (ketika) Kami bangkitkan pada setiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri, dan Kami datangkan engkau (muhammad) menjadi saksi atas mereka. Dan kami turunkan kitab (al-quran) kepadamu untuk menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk, serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (muslim) [16:89]
dari ayat diatas. diterangkan bahawa kitab al-quran yang menerangkan segala sesuatu. yang bermaksud syumul. menyeluruh.
dari hadith (seerah nabawiyah: ibnu kathiir:2/163-169)
sesungguhnya agama ini tidak akan ditegakkan melainkan oleh orang-orang yang mengambilnya dari semua sudutnya
di dalam al-quran disebutkan semua bidang hidup manusia iaitu hukum Qisas [2:178] puasa [2:183] perang [2:216] jual beli dan hutang [2:282] riba [2:275] undang-undang [5:49] tidak lupa dunia [28:77]. ayat-ayat ini boleh di semak sendiri dalam alquran. banyak lagi kalau ikutkan.
di atas dasar sifat-sifat islam yang tetap dan tidak berubah inilah al-mursyid Hasan al-Banna r.m telah membicarakan asas yang pertama ini. beliau bertujuan menjelaskan sebahagian daripada perkara-perkara yang terkandung dalam islam. penjelasan yang dibuat oleh beliau ini diperkukuhkan lagi oleh al-Quran; dalam al-Quran kita temui ayat-ayat yang berkaitan hukum, solat, muamalat, kehakiman dan sebagainya.
sebenarnya penerangan tentang usul pertama ini telah diterangkan mengikut point-pointnya dan isinya telah di jelaskan. saya tidak pandai menulis tentang ini semua. tapi insyaAllah, saya boleh terangkan serba sedikit apa yang saya faham. kepada kawan-kawan terdekat. bolehla berjumpa saya kalau anda berminat ya. saya tak mahu kedekut. saya akan berusaha sedaya upaya menerangkan dengan baik. insyaALLAH..
jadi di sini saya tidak mahu kedekut. saya sertakan laman download buku usul 20 sekiranya mahu baca.
download
kalau macam saya, saya lagi suka hardcopy. kerana saya suka membaca dalam pelbagai posisi. tambahan lagi, saya dapat buku ketika daurah tempoh hari. tahun lepas agaknya alhamdulillah..sudah lama. tapi saya tak kongsikan. saya pun tak tahu kenapa.
oh ya, copy yang lebih kurang sama dengan buku yang ada di tangan saya boleh la tengok di sini
klik.
apa yang diterangkan lagi dalam usul pertama ini, bahaya kalau kita memahami islam secara silap. ini adalah ibarat kisah orang buta dan gajah. tahu cerita tu? try baca disini klik. ini pun saya google up saja. yang saya baca dari tempat lain.
dari penjelasan dalam buku yang versi panjang, ia juga ada menerangkan bentuk-bentuk penyelewengan dalam memahami islam dalam masyarakat dan kesannya, sekularisme dan bahayanya. dan akhir sekali dapat disimpulkan bahawa islam adalah kamil, syamil dan mutakamil. (sempurna, menyeluruh, saling sempurna)
tentang penerangan secara detail. saya rasa lebih baik berbincang menggunakan buku berbanding saya tulis disini. mungkin tidak begitu produktif.
kawan-kawan, saya mahu menambah sikit dari buku yang saya baru saja habiskan. katanya:
di samping mengupayakan faktor-faktor kekuatan, mujahid juga harus menghilangkan faktor-faktor kelemahan; kelemahan kemahuan, kerisauan, kesedihan, tidak produktif, ketidakberdayaan, malas, minder, pengecut, bakhil, kurang percaya diri, tidak merasa bangga dengan agamanya, dan lain sebagainya.
Rasulullah SAW mengajarkan sebuah doa agar terhindar dari faktor-faktor kelemahan tersebut,
"ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kegelisahan dan duka cita. Aku berlindung kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan. Aku berlindung kepadaMu dari kepengecutan dan kebakhilan, Aku berlindung kepadaMu dari dililit hutang dan didominasi orang lain."
(bekal dakwah, Syaikh Mushthafa masyhur page 231)
akhirnya, habis juga buku tu. lama kan saya baca? terasa juga sikit dengan ayat di atas. huhu~
okaylah. saya harus belajar sekarang. rasanya saya dah semakin lalai.
facebook ini telah merisaukan saya. lepas ini saya akan bersantun serta tidak rakus mereply wall disitu. ini kerana ayah saya sudah ada facebook dan beliau telah meng'add' saya semalam.
saya rasa ayah belum tahu tentang blog ini.
maaf saya melalut. selamat membaca ya!
akhir sekali jom renung ayat-ayat dari Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna
"zaman akan selalu melahirkan peristiwa-peristiwa besar dan kesempatan akan diberikan kepada amal-amal besar. Dunia sedang menunggu dakwah kalian; dakwah kepada hidayah, keberuntungan, dan keselamatan untuk membebaskan bumi dari penderitaan-penderitaannya. sekarang adalah giliran kalian untuk memimpin umat dan mengendalikan bangsa. demikianlah hari-hari itu Kami (Allah) gilirkan diantara manusia, dan kalian mengharap pada Allah apa yang tidak mereka harap. kerana itu bersiap-siaplah dan bekerjalah, sebab mungkin esok kalian tidak dapat bekerja lagi."
wallauhua'lam...
9 komen disini:
munari tu mcm kenal jer?
hahaha
ko kenal ke? die memang feymes pun..salut ah..
hahaha
bagusler...saya x mmpu pn nk tulis blog sepnjang itu...penuh dengan ilmu pengetahuan dan maklumat
salam buat kamu ^^
terima kasih atas entri yang begitu bermanfaat ini...semoga setiap yang membacanya akan bertambah iman dan ketaatan pada-Nya...dan semoga usaha yang menulis akan diberikan ganjaran yang berganda juga dari-Nya ^^
tigris: terima kasih ya
damai: kak damai, terima kasih atas sokongannya..pasti akak sedang menghitung hari utk pulang ke tnh air sekarang ini kan?
ape pun..semoga anda terus menulis juga. saya pun rajin singgah ke sejadah hijau..sma2 berkongsi apa yg boleh ;)
assalamualaikum kak yana..
wah, kalo dari awl lagi kak yana postkan pasal nih, leh gak cedok idea dr sini sikit2..heeee
sy nmpak kak yana! bole nmpk dr tmpt kultum tu.time kasih byk2 ye sbb dtg bg sokongan padu. n kata semangat tu, xkan xdilupa..terharunyer...
:))
eh2, xkan dilupa laa..bkn xkn xdilupa.error..:)
waalaikumussalam has..
cewah..cool la has..hahaha
but anyway, nanti mintakla fatin bagikan usrah pasal usul ni..byk lagi act. boleh tanya banyak2 kat die. die penah dapat same2 ngan akak time daurah =)
Sila teruskan menulis entri bermanfaat begini..semoga Allah berkati..
Post a Comment