Friday, 20 February 2009

selamat pagi 1 [tak tahu nak bg tajuk apa]

hari ini saya bangun pukul 530 pagi sebab semalam saya tidur jam 2 pagi. saya mimpi sangat pelik dan menakutkan. ade banyak serangga macam semut yang berbisa keluar dari saya punya superior lacrimal papilla. mungkin ini petanda saya kena jaga mata. banyak guna mata untuk perkara tak berfaedah agaknya.

semalam saya siapkan kerja sekolah yang bertimbun-timbun. saya minum indo cafe [minum ini sejak dah boikot nescafe], kononnya nak tahan mengantuk. last-last tak boleh tidur langsung. dah siap study sikit saya buka blog. blog kepada blog, buka facebook. saya terbaca satu blog ni. tak kenal siapa punya. tapi tentang bekas penyanyi nasyid yang zaman sekolah rendah dulu selalu tengok kat NTV7 masa orang solat jumaat.

vokalis tu dah berubah sangat-sangat. dulu nyanyi nasyid. sekarang macam dah ada konflik identiti. [bukan konflik dalam diri mcm saya ye kawan2]. dia masuk audition reality tv yang nyanyi2 tu.

sekarang ini, i tune list masih lagi keluarkan lagu-lagu dia nyanyi.

lepas tengok tu rasa sangat terkejut dan sedih. bukan sebab saya minat dia ke apa. tapi sebab saya sedih dulu dia bawa dakwah melalui nasyid. sekarang boleh berubah 360 darjah. kasihan.

nampak sangat yang Allah itu Maha kuasa. Allah pegang hati-hati manusia ini. sekali Dia kata mahu ubah iman seseorang, bila-bila saja boleh berubah hati seseorang itu. astaghfirullah. saya sangat takut. doakanlah kita sentiasa berada dibawah redhaNya. insyaALLAH.

saya terfikir. sebab itulah kita nak mantain iman, kena sentiasa beringat. saya nak masukkan sikit tentang buku bekal dakwah yang masih belum habis. ada disebutkan, ibadah2 harian kita ini punya bekal. kawan-kawan juga merupakan bekal. itulah pentingnya kawan yang boleh mengingatkan.

dulu masa saya baru sampai sini. saya rasa sangat kosong. sedih. sampai ada seorang kakak ym saya. saya baru saja berkenalan dengan dia time tu. ada seorang sahabat yang kenalkan. pesanan kakak tu saya simpan sampai sekarang.

sudah menjadi fitrah, setiap yang kosong perlu diisi. sama juga dengan hati. hati yang terasa kosong perlu diisi. bagaimana untuk mengisi hati? berzikir dan sentiasa mengingati Allah.


masa tu saya masih lagi belum kenal apa itu dakwah, apa itu shahadatul haq, apa itu usrah yang benar-benar usrah. ukhwah apatah lagi. betul katanya, hati yang kosong perlu diisi dengan nama-namaNya.

masa itu lah saya mula mencari. mencari apa-apa saja aktiviti yang boleh buat saya rasa 'terisi'. saya jumpa kawan sekelas. katanya nanti ada program agama macam kem ibadah 3 hari di sini. saya pun minta dia masukkan nama saya. ini adalah program agama pertama kali seumur hidup saya join. ceramah di sekolah tu tak kira.

masa program ini lah yang buka mata saya kepada skop lebih luas apa itu islam sebenar-benarnya. islam itu sangat indah kalau umatnya ikut apa yang telah digariskan. tapi lain pula yang berlaku sekarang

tentang hati dan akal. bila teringat saat-saat itu semua buat saya nak nangis. masa tengok video reveal tentang umat masa kini. saya menangis. mungkin saya sensitif sangat atau cepat tersentuh. tak tahu kenapa. mungkin kesal dengan apa yang berlaku sekarang. sedih mengenangnya susah payah Rasulullah saw dan sahabat-sahabat menyebarkan islam yang sebenar-benar islam. bagaimana baginda membentuk negara islam. tapi kini senang-senang je dimusnahkan. sebab? apabila kita tidak belajar islam menggunakan hati.

tentang ini semua saya akan sambung lain kali. kalau cerita sekarang. panjang. pagi ini saya cuba buat bingka ubi. kelas pukul 1. saya buat pukul 7 pagi tadi. tapi tak tahu jadi ke tak. harap-harap jadilah. menyesal tak belajar dari emak masa kat rumah. ini pun tengok resepi internet.

ok nak berhenti sekarang. saya nak study sikit sambil tunggu bingka masak. anyong!~

p/s: guna kata ganti nama diri 'saya' pula. mahu kurangkan sifat ke'aku'an dalam diri yang semakin rakus dan ganas.

11 komen disini:

dolat said...

siapekah?
ade yang lain selain faizal tahir?
aku cuma tahu itu.
bagi la link blog

dolat said...

siapekah?
ade yang lain selain faizal tahir?
aku cuma tahu itu.
bagi la link blog

muniri said...

saya tahu..
vokalis kump saujana...
itu lah nama manusia..sentiasa xpuas apa yg ada sanggup melawan kehendak Allah

hanafijaafar said...

ini sgt mengejutkan, namun ada yang mengatakan beliau mmg begitu, agar dicepatkan mendapat hidayah. jgn jadikan ruang ini sebagai ruang gosip.

Liyana said...

sebenarnya, bukan kisah penyanyi itu yang mahu di hilite kan. tu sebagai contoh Allah memegang hati hati manusia.

yang banyak cerita pasal bawah2 tu..

ape pun saya harap post ini tak memberi sebarang perkara tak baik. sama2 perbaiki diri. ambil semua sebagai pengajaran.

Anonymous said...

Bila guna ungkapan 'saya' tu, rasa lebih sayu bila membaca blog ni.. aduh, lagi-lagi entri tentang masalah-masalah ketidaktetapan iman nih... astaghfirullah... moga yang dimaksudkan itu segera ditemukan hidayah... insyaAllah

fsue said...

yana, yea. aku pun ada tengok gmbr the guy yang dimaksudkan. muka xberubah, cuma penampilan. pelik, bukan dia seorg doktor ke?

duha said...

mari sama-sama mengisi masa lapang kita dengan memberi makan pada rohani, bukan tengok cerita korea,cina atau makan pudding caramel..hoho.. :D

p/s: conflict dlmn tu kdg2 perlu untuk mengajar kita mncari siapa diri kita sbnarnye..tapi perlu panduan agar tak terpesong..kalau mak turut yg terima ape saje yg disuap pun bahaye jugak utk jgke mase akn dtg..hehhe..hidup islam!
:)

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) said...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Persahabatan dari Abu Luqman

Liyana said...

sang mentari: terima kasih atas pendapat anda yang saya kira ikhlas.
terima kasih ya!~

fatin surayya: haah dia general doctor..entahla.aku pun tak tahu nk cakap ape sebab aku tak abes terkejt lagi

duha: dush3~ terasa beb! hahaha but anyway, tq3! betul kate anda cik duhe..

betul juga.. kdg2 kite perlu berfikir dan cari panduan. yg penting panduan tu mstila berdasarkan aQ n sunnah ye x..hidup islam!

Liyana said...

abu luqman: waalaikumussalam wbt..salam kenalan kembali..terima kasih singgah rumah buruk saya ini.