Thursday 16 April 2009

cantik 3 [last]


sambungan dari cantik 1 dan cantik 2

two road diverged in a wood, and I-
i took the one less traveled by,
and that has made all the difference

-Robert Frost, the road not taken-

dari sejarah islam kita punya banyak teladan tentang golongan uberseksual. contoh yang paling dekat adalah Rasulullah SAW yang penampilannya menarik. tapi bukan penampilan menarik idea utama yang mahu di tekankan. yang jauh lebih menarik adalah baginda merupakan seorang imam di jalan pejuang yang penuh prinsip.

kita punya pilihan. terserah kepada hati. kata-kata seseorang yang dekat di hati,

"kita sering cuba mencapai sesuatu yang tidak pasti. tapi kita selalu mengabaikan sesuatu yang kita tahu ianya pasti"


maksudnya? manusia ini terdiri dari ruh dan jasad. kita tahu yang kita akan di hadapkan di hadapan Pencipta kita. dan ianya pasti. adakah kita berusaha untuk mencantikkan ruh kita ketika di hadapkan di hadapanNya nanti? yang di pentingkan adalah cantikkan jasad yang dibuat dari tanah. lebih mementingkan penampilan di hadapan manusia lain. tapi adakah kita berusaha cantik di hadapan Allah?

tapi tak bermakna terlampau jumud sampai tak ambil tahu langsung dengan kehidupan dunia. seimbang tapi tahu apa yang patut di utamakan. satu pepatah arab:

*dunia itu ladang akhirat*

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia, dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di bumi.” (Al-Qasas : 77)


yang ini panjang untuk saya terangkan lagi. post lain lah. :)

dan ingatlah tanak lah terlampau kejar akhirat sampai dunia di lupakan pula. zuhud itu bermakna mengambil secukupnya dari dunia dalam mengejar keuntungan ukhrawi yang hakiki. Dunia jangan ditinggalkan.

akhir tulis tentang ini. satu lagu yang pernah saya belajar di satu daurah di Malaysia tahun lepas;

"Di mana di cari pemuda kahfi
terasing demi kebenaran hakiki"


adakah?

p/s: idea dari buku jalan cinta para pejuang. dan sedikit dari kata-kata sisters. :)

p/s2: sengaja bagi bersambung. kalau sekaligus tulis nanti macam panjang sangat sampai tak terbaca.

p/s3:entah kenapa terasa sangat asing di dunia sendiri. nurani oh nurani.

p/s4: kamu, maaf sekiranya saya tersalah kata.

6 komen disini:

Balqis Riza said...

road not taken tu, literature kite mase form 5 ke ek??

Liyana said...

tak ingat form berapa tapi kita belajar..

aku suka perenggan tu.

Farid Rashidi said...

Ya cantik...

Balqis said...

Salam Liyana,

Saya suka juga puisi robert frost tu, maknanya mendalam, kan?

Rasulullah SAW cantik dalam segala segi...

Terima kasih kerana berkongsi apa yang kamu dpt dari jalan cinta para pejuang.

Er, siapa pengarangnya, ya?

Liyana said...

farid rashidi: cantik. :)

Liyana said...

kak balqis:

ya betul. banyak kisah baginda yang menyentuh. sajak itu pun saya suka semasa belajar dulu. makna yang mendalam dan buat saya berfikir.

pengarangnya salim a fillah