Saturday, 11 April 2009

cantik 2


di negeri cinta,
bangunlah rumahmu tempat semayam,
ciptakan zaman baru
berkilauan subuh dan malam

-syeikh muhammad iqbal-

sambungan dari post cantik 1[klik]
apakah rahsia? Wallahua'alam.. (ha ha. saya mana tahu) mungkin mereka meletakkan harga diri bukan pada penampilan, tapi otak yang cerdas, idea yang matang, antusiasme dan kepedulian yang tinggi. secara analoginya golongan metroseksual [M] ini ibarat gelas yang digilap manakala yang uberseksual [U] adalah gelas yang berisi air manis [hmm, siapa saja boleh buat analogi]

maka, boleh dilihat perbezaan disini, golongan M selalu cuba menarik perhatian melalui penampilannya manakala U sangat menghormati wanita, tapi yang hebatnya mereka memilih lelaki sebagai sahabat-sahabatnya. jadi dapat disimpulkan M setia pada dirinya, manakala U setia kepada prinsipnya.

tapi, dunia telah berubah. manusia juga berubah. citarasa dan pandangan juga telah berubah. kelak kita akan hadapi dalam perjuangan menegakkan agama ini. tapi bagaimana mahu berjuang kalau terlampau mengambil berat soal kulit yang akan hitam dan melecet.

tapi ada juga mereka yang begitu memegang teguh prinsipnya namun belum kenal bagaimana mentauhidkan Allah A'zzawajalla. apa yang kita nampak dari mereka ini? mereka ini adalah golongan yang bukan bimbang kulitnya melecet, tapi mereka yang kukuh karakternya meskipun tidak dibesarkan dalam nilai-nilai islam.

bersambung...

p/s: hari ini ada training volleyball dan MERENTAS DESA. oh, saya tak lari. saya AJK.

p/s2:ketua saya sudah marah sebab tak sempat nak bincang tentang proposal pergi buat dental health promotoin itu. tak pasal-pasal pula kena di telefon semalam. cuti selalu lebih sibuk dari weekdays. huu~

5 komen disini:

Balqis said...

Salam...

Ada yang faham, ada yang tak, hurm... perlu tunggu sambungannya ni, huhu...

Liyana said...

ini sambungan dari yang first... ^^

dolat said...

aku faham yang ketua tu je.
yang pasti ketua tu bukan si J dalam pos terbaru ak.
Si J agak hebat.
hihihi~

Liyana said...

bacelah cantik 1. ini kan yang sambungan aparra...

ohhya..bukan si J..beliau takkan call dan memarahai ak yang sedang di buai mimpi. kalau aku ngamuk nasib dia mmg tak baik. nasib baik aku cuba insaf untuk emo lepas bgn tido..

Liyana said...

pembetulan..*tidak emo selepas bangun tidur