hari itu balik dari kelas, tiba-tiba seorang kanak-kanak yang kurus, kakinya tidak beralas, wajah sedih dan sugul menghampiri.
kak, [bla..bla..bla] mau beli buku sekolah
ayat di depan tak dengar dan tak faham. tapi yang bab buku sekolah itu yang menarik perhatian. haih, sensitif sikit bab nak pergi sekolah tapi tiada wang ni.
sedikit pemberian dan flyers karnival sukan [sebab ahli biro sukan] di hulur. berpesan kepadanya supaya belajar rajin-rajin.
semasa seusia kanak-kanak ini. tak perlu meminta untuk beli buku sekolah, atau menuntut ilmu. emak dan ayah dah rancang sejak lahir. nak sekolahkan di mana. belajar apa. tak tahu erti mencari wang, jerih mencari rezeki. kanak-kanak ini entah ada wang untuk makan atau tidak.
ya Allah, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenang. dan terhadap orang yang meminta-minta, janganlah engkau mengherdik(nya). dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan (dengan bersyukur) [93:8-10]
bagaimanalah dengan masa depannya. ya Allah, permudahkanlah.
sudah tonton slumdog millionaire? terbayang cerita itu. adakah semua kanak-kanak yang mengemis senasib dengan salim dan jamal malik? siap tunjuk macam mana mata anak kecil itu dibutakan untuk mengaut keuntungan meminta sedekah. ah, tak larat tengok cerita itu. memang menguji minda dan emosi.
sekarang, bila tengok kanak-kanak tepi jalan, terbayang mereka ini ada agensi yang menggunakan merekakah? kejam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
setting tempat di sana. memang nampak real. saya tertanya juga, betulkah india semacam itu? kanak-kanan yang hidup di himpunan sampah yang memang dahsyat sangat macam bukit, makan tidak peduli apa pun. lagi satu, pergaduhan di sebabkan agama sehingga berbunuhan. emak jamal malik mati sebab itu. sedih
ahh amal kata, saya yang terlebih emosi tonton cerita itu. apa pun, di mana saya berada jauh lagi okay dari di india [macam dalam cerita itu lah. realitinya saya tak pasti] waaa!~ tertekannya.
bersyukur, bersyukur, bersyukur.
p/s: memang tak dapat nak bayangkan lagi time kanak-kanak itu di butakan mata. aaaaaaaaa~~~~
p/s2: semalam berenang dengan rakusnya sampai tak ingat nak balik. tapi yang paling best, takde orang dan TAK HITAM!!!! menggunakan goggle baru yang emak kirim. yeah!
p/s3: tercapaikah matlamat nak tere masak sebelum 24 tahun ni?
12 komen disini:
kesiannya..
lau d cni
pngemis smpai tarik2 baju..
sggup ikut smpai berpuluh2 meter..
paksa jgk kita tuk bg..
aduh!xsmpt g nk tgk slumdog 2..
org kte best..
syukur~
hummmmm...
tp ye..ciet slumdog sgt best!! huhu
lukpi: sini pun penah gak..tp skali tu je la..maybe sebab die da sangat terdesak xde duit nk bukak posa. [mase tu buan posa]
ju ibrahim: tgk la weh..best..tp klu bab love life die tataw a..aku rasa die cam bg pengajaran bab yg cemana die berusaha nak dpt somthing untuk teruskan hidp...
balqis: baguih a...
aaaa~~~~~ best tapi siriyes aku rasa kejam gile org dlm tu..da a jamal malik tu cumil tyme kecik xbleh belah~~~
mungkin cita2 terer masak takkan tercapai kalau tak masakkan something utk duha dalam masa terdekat ni :p hehhe..
huh? ala duha..tunggu abes karnival sukan ehh..
jangan ponteng sukan!!!! [semangat AJK biro sukan]
p/s: ahad ini. jum makan murtabak telur!
Isk, kesian...
lagi2 kalau anak kecil... nak sekolah takder duit, camna tuh?
tak dinafikan juga, mungkin ada agensi2 yang paksa mereka cari duit, wallahua'lam. Perkara ni emmang banyak dan selalu berlaku. kes2 budak hilang pun mungkin agensi2 ni lah punya kerja, wallahua'lam..
balqis: aa. kesian jugak. tapi bila kalau tengok pada sudut lain, pasti ada hikmahnya. Allah sudah menulis kisah hidupnya berbeza dari kita. tapi tak bererti kita tidak peduli. peduli dan membantu tiada salah.
ah, manusia. tak sangka wujud yang berhati haiwan. aduhai...
saya semangat sukan kak yana! pasti tak ponteng melainkan darurat..hehhe..
p/s:jom2..da lame ngidam!
duha: alah, ingatkan nak pegi sana malam ini tapi. tengok status ada ta'lim ehh? cemana tuh? esok saya ada game tengah hari. pastu malam kamu orang ada dinner..bizi je kamu orang nih~~~
Post a Comment