Friday, 24 April 2009

perubahan


saya tak berapa suka perokok.
ya, katalah apa saja.
saya ini, pengganas, prejudis, tidak menjaga hati. apa saja, katakanlah!
lebih-lebih lagi yang merokok itu tahu dan belajar phisiology, pathology dan morphology satu sistem dalam badan yang boleh di rosakkan oleh rokok.
lebih membencikan dia tahu kesan kepada orang yang menghidu asap rokok yang di hisap. tapi masih merokok di tepi padang permainan di sekelilingnya ada wanita mengandung, pelajar universiti, datuk orang, bayi kecil, gadis muda, nenek tua, budak kecil yang sedang makan ais krim dan lain-lain. eheh~

saya pernah tulis kisah ini di blog friendster di awal saya menulis.

pada suatu hari. sedang saya duduk di bangku sebuah taman tema dan rekreasi di sini. saya memandang sekeliling. melihat anak-anak kecil bermain dengan gembira, ibu bapa yang membelanja ais krim untuk anaknya, kanak-kanak yang sedang melompat gembira. saya suka melihat manusia. macam corak. lagi-lagi kanak-kanak comel. setiapnya mempunyai behavior dan personality yang berbeza.

tiba-tiba, seorang lelaki separuh botak membuang puntung rokok yang baru dihisap. masih berasap. rokok itu terjatuh di celahan batu marble lantai.

saya dah tak tahan. terasa macam nak ambil puntung rokok tu. tonyoh pada dahi si lelaki tadi.

tapi, yang mengejutkan saya seorang anak kecil berskirt polka dot. datang dan mengorek celahan batu itu untuk mengambil puntung rokok tadi lalu di buang dalam TONG SAMPAH.

tersentuh. tapi membara. pertama, hisap rokok di taman tema yang penuh kanak-kanak. kedua, membuang sampah di taman tema. ketiga menunjukkan sikap buruk ini depan kanak-kanak.

bila kanak-kanak lebih bermoral dari si dewasa. saya terfikir. kalau ini contoh yang diberi kepada si kecil, tak mustahil kanak-kanak tadi boleh menjadi seperti si dewasa tadi. yang tahu ethic tetapi tidak bermoral. secara psychologi nya, kanak-kanak membesar selari dengan pertumbuhan otak dan kematangan akal fikirannya. kalau dia ini dikelilingi dengan susana dan keadaan sebegini, tidak mustahil dia akan mewarisi sikap yang sama dengan orang dewasa yang berada di sekelilingnya dalam tempoh pembesarannya. [mungkin kanak-kanak tadi belajar di tadika agaknya]

ah, kasihan.

dunia oh dunia. macam satu putaran.

mahu kata saya ini hanya pandai berkata tapi tak mahu memberi solusi? ahhah!! kalau kamu sayangkan diri dan orang sekeliling. adakah kamu sanggup melihat mereka menghidap penyakit berbahaya. jawapannya ada pada kamu.

cakap senanglah sebab saya di lahirkan dalam keluarga yang tidak merokok. alhamdulillah. harapnya tidak bertemu jodoh dengan perokok [ameen~ ini berdoa dengan bersungguh-sungguh] tapi saya sedih melihat teman yang merokok dipengaruhi dengan keadaan sekelilingnya.

macam saya cakap tadi, satu putaran hidup. bermula dari ayah, kemudian anaknya, lepas itu, anak kepada anak, lepas itu anak kepada anak punya anak. [err..nak teruskan lagi ke?] kat sini pertama kali saya lihat wanita bertudung merokok. [argh culture shock. tapi, cuti hari itu terserempak di bangi wanita bertudung hisap rokok belakang restoran. hmm, dah tak shock sangat]



putaran tak putaran, anda mampu mengubahnya jika anda mahu. tak kisah lah pasal rokok ke apa. setiap ilmu yang tak di amalkan, jadilah macam pokok yang tiada buah. daun pun macam tiada zat [hiperbola pula]

..sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah (sendiri) apa yang terdapat di jiwa mereka.. [13:11]


sama juga kalau kamu ini seorang pelajar jurusan agama, tapi membuat perkara yang seperti tidak belajar semua itu atau kamu pelajar pergigian tapi kamu makan candy banyak-banyak dan tidak menjaga kebersihan gigi. bila ilmu yang tidak di basahi feekrah. pasal ini bila ada masa saya cerita ok? lagipun, saya tulis ini untuk mengingatkan diri yang menulis juga.

google : klik

p/s: teringat ketika sekolah rendah. cikgu suruh simpan sampah dalam poket kalau tiada tong sampah. hm, didikan awal.

p/s2: maaf kalau ter offence sesiapa. saya tak sengaja. sebenarnya nak cakap pasal ilmu dan feekrah tapi tercerita pasal rokok pula. isk~ tengok dah banyak merepek ni. remeh-cemek.

p/s4: zalim tak kalau kita melalukan sesuatu yang boleh memberi kesan buruk kepada orang lain? zalim kan? kan? sila bersetuju. grrr~ [bernada garang]

Firman Allah swt. yang bermaksud: Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. [3:57]
p/s4: hari ini tiada kelas. nak pergi dental treatment. kakak dentist kata dia ada patient lepas itu suruh suami dia ganti. what? what? taknaklah!!!

9 komen disini:

Balqis Riza said...

wah..gila bguz bdk tu~
makayah die didik kot..
hum~
tu la manusia..takde otak nk pk agaknye..certain la..hik3..

nway, aku tak bnci perokok..tu mereka yg bodoh tak reti bhsa bl org ckp rokok tu bhya..
aku ksian kt dorg sbb bodoh sgt~

dolat said...

cerita da lama ko cerita kat aku.
cuma baru publish kan?
ni kalo xsilap mase kat dufan eh.?

Anonymous said...

mmg perokok camni patot disound direct...
tapi tak sume jugak smoker x betimbang rase..ade yg tau bile dan dimane yg appropriate utk nk rokok...bkn nk defend smoker la...mmg dh terang2 smoke ni sesuatu yg xde manfaat pon
kalo dh kat tmpat family outing sebuk nk nyale gak tu mmg nk kene pang!! skali aa..
to balqis: jgn la label dorg ni bodos sgt..mereka tau dan sedar..its the same as other habits cam shoping atau makan belebih ke...once u're hooked...hanya diri yg merase je taw susah senang nye nk lari dari habit tu...
juz givin my 2 cents...neway.love diz blog...byk info...gaye penceritaan pon x bosan...keep bloging ye puding keremel :))

Anonymous said...

sala yana...!
me stuju banget ng ur post
trkadang ad ayah yg memebri makan
itu memberi hidup
tapi pd masa yg sama dia merokok
dn mnghembuskn kepul2 asap itu
tepat pada wajah si anak...
itu memberi maut namanya...
so?
lu pikirla sndiri bak kata nabil...
p/s: skrg irg pmpuan mcm bangga mrokok dpn khalayak
brtudung atau tidak...
ini suatu kegilaan...!

Liyana said...

baLQis: aku rasa dia belajar di sekolah tadika agaknya. atau parents ajar..

Liyana said...

donutcokelat: ya betul. lama jugak. agaknya dah setahun. time ini masa aku demam. tak larat nak join korang main lagi. yang aku tidur kat bangku kat situ

Liyana said...

anonymous: terima kasih. bila fikir balik terasa kejam pula menyalahkan sepenuhnya pada mereka. tapi sebab pengalaman. di mana yang saya jumpa. mereka tak berapa nak hormat orang sekeliling. hembus asap sampai kena muka orang. tu yang rasa nak marah sangat2..isk~

but anyway tQ~ ^^

Liyana said...

anonymous: muna, betulla..yang first time tu nampak perempuan tu pakai tudung pastu tengah bawah walker anak die yang baby tu. isk~ huduh betulla. pastu saya tak sengaja kibas2 asap depan muka. act tu tindakan luar kawal tp nmpk rude bg si perokok. dah la tuan umah saya kt sini. kiki~ dia pmpuan a yg pasti.

Balqis Riza said...

anonymous..
sorry to say..
but u hv brain to think..
so, ................

oh n, u hv choices..
dh tau cmni, dont involve sjk mule la..
atas apa sbb mula merokok??
n kalu atas alasan yg biasa, pengaruh kwn, terikot sape2 yg merokok, tu cm slh sndri la kan??
tak ke nama nye bodoh??

oh ye..tak lah benci perokok..ok je ngn dorg..ramai je my fren merokok..
tp spt cerita yana atas ni, nk ckp yg, kalu nk merokok pon, biarlah bijak..bertempat, buang rokok tu leklok..
kalu nk merokok, sndri nk mati dh la..apsl nk ajak org len??
kan??
tu lagi satu, bodoh namanye..

hehe..ni pndpt sndri..rileks sudah..
i hv the rite la nk pk ape pon kt dorg..so, ..............

hehe..peace