aku pohon janganlah,
kerana mazmumah,
binasa iman,
hancur ibadah,
musnah pegangan.
masih adakah lagi,
senggang cinta itu,
buat abdi,
yang cela ini.
[klik]
pernah tak kamu merasakan sedih yang teramat sangat di kala sempit
fikiran berkecamuk. sepi.
kemudian kamu menangis dan meminta kepada Dia
kerana kamu tahu segalanya milikNya dan Dia tempat meminta
Dia mendengar
sekejap Dia memberi
tenang
lalu..
kamu kembali lupa
kamu lakukan silap
lidah tidak di awasi
tindakan tidak di jaga
culas mengawasi gerak geri
terasa juga seperti tidak disukai masyarakat sekeliling
kamu tidak setenang dulu
pujuk diri
berteleku dan terjumpa satu teguran halus
dan apabila manusia ditimpa bencana, dia memohon (pertolongan) kepada Tuhannya dengan kembali (taat) kepadaNya; tetapi apabila Dia memberikan nikmat kepadanya dia lupa (akan bencana) yang pernah dia berdoa kepada Allah sebelum itu, dan diadakannya sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. katakanlah "bersenang-senanglah kamu dengan kekafiranmu itu untuk sementara waktu. Sungguh, kamu termasuk penghuni neraka" [39:8]
ayat yang begitu jelas lagi nyata.
teguran yang buat kamu terjelupuk merenung
aduh, mudah sungguh kamu
ralit dengan keasyikan
terpana
cantik bukan teguranNya?
Dia masih melihatmu
masih peduli..
kembalilah...
kamu tahu Dia boleh membolak hati
berusahalah kukuhkan percaya
teguhkan iman
tarbiyah tdzatiyah..
kamu tahu kan?
hayatilah kalamNya
kejarlah kasihNya
jaga hubunganmu denganNya
tak perlu bimbang hubunganmu dengan sekeliling
kini kamu rindu..
yang entah pada siapa..
jiwamu kosong
hatimu menginginkan sayang
kasih agung yang sering di ucap orang taqwa
cinta itu yang tidak perlu di lafaz
tapi ianya di rasa..
[ini bukan puisi]
p/s: ingat menelan dan bercakap itu senang ke mekanismanya? jangan pandai telan dan cakap saja. ok?
p/s2: esok presentation. lab. hari yang panjang dan penat. harapnya bertenaga!
p/s3: saya harap boleh menjadi pekerja yang rajin dan tidak banyak mengkritik. sabar menerima cemuhan orang lain. macam arisa dalam DMA. eheh~p/s4: tak sabarnya nak balik. lagi 2 bulan. erk kerja kakak bagi tak siap lagi lah.
p/s5: kadang-kadang apa yang terzahir itu tidak seperti yang tersirat. jadi, jangan hakimi seseorang dari apa yang kita lihat dari luarannya. hanya dia tahu hatinya. bukan kamu. faham?
11 komen disini:
saya pernah merasa sebegitu juga..
saya mmg pelupa..short n long term memory lost!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaa
ya Allah,ampunkan daku '-_-
tq for the post~
jom jumpe lagi..tadi jumpe kejap sgt..
hanya sempat cakap "hai..lama tak jumpa..bye" 0_o
duha: sama-sama.. ^^
entahnya..nampak cam terkocoh-kocoh tadi, itu yang biar je tu..kiki~
jumlah jumpa lagi~~~
ya la..
lagi2 semasa buat dsp3.
tertekan sungguh neuron2 aku.
sampai penyek mereka.
mujur Dia mendengar rintihan hatiku.
donut: aku dah tahu cemna..kalau isnin, xyah bind report tu dasat2. sebab nnti after present nnti cegu akan bgtau apa yang perlu tambah semua. baru tahu mereka ada silibus. point2..kdg2 tu yang takde dlm blok book pun kena tmbah2 cam td, abnormal in masticaation pun kne ade padahal, xde dlm blok book pastu tu cam utk next topic. adoiyai~
mata panda sepanjang 6 minggu. @_@
Salam,
Sabar ya..sabar itukan indah..indahnya selepas bersabar cuba kita renung balik apa yang kita sabarkan..pasti ada rasa senang.
wsalam,
terima kasih ustaz. terima kasih kerana mengingatkan saya.. :)
aku tahu aku rindu siapa..hehehe
humm..DIA yang membolak balikkan hati~
baguihla cemtu.. :)
hi ding caram. saya nk bagi comment ni. hehehhee.
jom buat kerja dsp 3! lalala.
nurul amalina: taknaklah!
Post a Comment