Friday 22 May 2009

flora dan fauna

salam!
sebelum apa-apa. saya nak kata. saya adalah manusia normal.


hari khamis yang lalu saya dan beberapa kawan berkelah ke taman bunga dan ke safari. khamis cuti. saya pun tak tahu cuti apa. cikgu bahasa sunda kata indonesia ini banyak cutinya. sebelum ke sana, malam itu beberapa chef dari grasela datang rumah buat nasi lemak. lab partner buat kuih cekmek dengan burger malaysia. saya tolong sikit-sikit je. ye la, nak bertolak awal. kena prepare awal.

taman bunga
di taman bunga yang tak banyak bunganya. bunga matahari tak ada. kuciwa. di mesia pun ada kan? tapi sini macam lagi besar. ada american garden la, taman perancis lah, taman mediterranian, taman err..banyaklah taman lain. ada tempat piknik. panas sangat masa ini.




yang ini tak ada dalam agenda. tapi semua teruja nak cuba.


orang yang dua orang dia belakang itu sedang ambil benih bunga. kami nampak! kami nampak!!!!







di safari
safari di sini, tengok dari dalam kereta dan boleh beri makan. sebelum sampai kami beli setandan pisang dan seikat lobak [bahasa sini:wortel]. saya tak pasti haiwan di sini faham bahasa apa. tapi kami hentam saja bahasa mesia. mula-mula saya taknak pergi sini sebab ingat macam zoo kat mesia. boringlah sejak sekolah rendah pergi lawatan ke zoo.

makanlah ini

apa pandang-pandang?

comel. mungkin dia nak pisang.

teka ini apa

llama! macam rupa kambing yang dalam lori hari itu.

woot! woot!

tak boleh bagi makan pada mereka. lagipun mereka tak makan carrot dengan pisang. tapi amalyn kata mereka ini dah jadi vegetarian sebab nampak ada harimau makan daun.

manja kan harimau putih ini? dia macam dah ngantuk.

gaduh kejap dengan 'orang' ini. nama dia ameng. umur 3 tahun 6 bulan. nak berkenalan?

makan jagung bakar di puncak

sejuk.sangat.

sakan kan? ya, saya pun rasa macam tu. tak sangka saya ikut walaupun jumaat ada kelas. mereka kata dah 9 kali saya ulang ayat 'tak sangka keluar walaupun esok ada kelas.' wuwu~ sebenarnya saya risau.

bila tengok semua ini. teringat balik post somchan.

sekian saja untuk hari ini. wassalam.

p/s: bestnya upload pagi ini. internet laju pelik.

p/s2: ada orang clumsy pakai tudung terbalik masa nak keluar sarapan lepas itu orang clumsy jatuh tangga sebab terpijak paper bag. banyaknya kemalangan yang berlaku pada orang clumsy dalam minggu ini.

12 komen disini:

Nisa Tarmizi said...

best nye tempat ni.. aku suke~ bile la nak gi tempat ko ni.. byk tol dugaan

Liyana said...

best la gak..kalau panas terik cm ari tu..aku malas nk main sangat..ak lagi suka amik gmba..huhu~ tp kawan2 aku main suma mende

Anonymous said...

haha..
memang panas yang teramat kat taman bunga tu,
tapi sy bersemangat tengok bunga..
hoho..

nak tau kenapa saya komen nih?
[bukn snang nih]
nape masukkan gamba org tgh makan jagung dgn rakus?eish,xsenonoh rupe die..haha~

Liyana said...

anonymus: hehe..gambar ini yang paling blurr..nak rahsiakan identiti si pemakan jagung actually.

tahniah kerana berjaya mengomen..saya bangga dengan anda

Balqis said...

Liyana!!! (suka guna tanda seru lambang saya amat teruja dengan entri kamu)

bestnya, safari itu. Eh, haiwan2 itu semua bebas berkeliaran di mana2 kah? Takut2... saya takut sedikit dengan binatang.

harimau itu? Warghhh kawan kamu memegang harimau!!! harimau putih pula tu!

kasihan tudung kena tarik dengan Ameng. Dia suka kamu agaknya tak? haha...

Selalu juga pergi berjalan tetapi esok ada kelas, lambang selamba habislah esok di kelas kalau tak sempat baca, hehe...

memang seronok blogging kalau internet laju, haha.. bersyukur, maknanya entri hari itu dirahmati Tuhan 9wah, pandai2 saya sahaja)

Siapa orang clumsy itu? Kamu ya? hehehe..

Sorry tulis banyak sgt, lambang teruja terlampau2...

Liyana said...

kak BalQis!! haha tak tahu macam mana nak membalas dengan penuh keterujaan.

saya pun tak sangka safari di sini macam ini. haiwan-haiwan tu berkeliaran. kita duduk dalam kereta sambil jalan dalam kereta. cuma di tempat singa dan harimau kena tutup tingkap sebab takut kena terkam. saya pun takut. masa bagi makan tu macam cuak juga nanti kena gigit. tapi best lah mereka sangat jinak. macam dah biasa saja di beri makan.

ahha, saya pn ada bergambar dengan harimau putih itu. tapi memang ketar jugak!! serius besar!! tapi cool sangat. rilek je kepala dia landing kat riba orang. maybe dah dilatih cool agaknya.

ameng itu. nakal!!!sebenarnya aksi tarik2 tudung tu berulang beberapa kali!! dia suka tudung saya agaknya. hehe..

kena confident kalau keluar sebelum kelas. ha ha..kalau tak memang cuak lah.

alhamdulillah. semoga kak balqis juga dirahmati. hehe..

si clumsy itu dah segan pakai tudung terbalik. terpulanglah siapa pun..ehehe..

hahaha lawak la kak balqis nih..

nurul amalina said...

puding! awak pegi taman bunga dengan safari ke! bestnya! kenapa x ajak saya. wuwuwuw. hehe.

ameng tu kelihatan pervert. berhati2. dah lah suka menggigit org. nasib baik baru 3 tahun.

harimau putih kelihatan manja~ i like!

Liyana said...

nurul amalina: awak tidur lagi malas nak kejut. bestlah juga..

ye..mulanya saya pun rasa dia seperti pervert. haah. kasihan atina digigitnya. kalau saya kena gigit. siap ah.

harimau putih memang manja. badan saja besar.

p/s:blalala~ amalyn. ko ade kat sana kan. jgn nak blakon

nurul amalina said...

ala. nk belakon pun x boleh. x sporting lah liyana.

weh. kenapa bgtau atina digigit. nnt ada lah pula manusia lain sibuk menanyakan ttg hal itu. hoho.

nak jumpa si harimau putih lagi. comel~

Liyana said...

haah kan..isk.. lupa nak letak bukan nama sebenar. tak pelah..aku rahsiakan hal ini.

haah kan..lupa nak minta no fon dia ari tu.

kak sarah said...

salam.yana..subhanallah..cantik ah tempat tu..katner ek?

Liyana said...

wsalam kak sarah. ni dekat bogor. rasanya..taman bunga dan safari. sejam lebih jugak dari bandung