Tuesday 19 May 2009

syok sendiri

hari ini saya... waaaa~ okay2 cool2..tulis dengan tenang yang paling [harapnya. ayat pun dah caca marba]


situasi pertama

fatin farhana minta tolong topupkan kredit sebab dia cuti study week tak keluar rumah. dalam perjalanan balik kelas bahasa sunda tadi pukul 5. bagi nombor je kat pakcik topup tu. senang je. yang susah bila salah bagi nombor telefon. what?! pak!!! sedut balik kredit tu. oh nooo!!! 100 ribu rupiah beb! ibarat seratus ringgit. masuk ke nombor fatin nadirah. okay. nasib baik housemate. boleh kawtim. careless mung ni liyana.


situasi kedua

terkocoh-terkocoh kejar asar. bersiap-siap nak pergi jumpa permata2 hati. rindu sangat lepas daurah hari itu. tak tahulah saya syok sendiri ke apa. tapi biarlah. saya rindu pada mereka. nak berkongsi sesuatu juga. ada matlamat. janji solat maghrib bersama dan saya dah set MESTI habiskan sebelum isyak sebab mereka nak periksa dah, ada grup discussion juga.

okay2 sambung balik. saya ambil alternatif nak cepat sebab dah dengar orang mengaji kat masjid, ambil kenderaan awam yang common iaitu ojeg. laju wei. serius. nak dijadikan cerita. ojeg ini menyelit sebelah lori entah macam macam bergesel dengan lori putih bawak kambing [agaknya]. eh, bukan lori itu. lori kambing dah lepas. ini lori lain. orang ojeg tak dapat mengawal kenderaannya, terhuyung hayang kejap. lepas tu tumbang dan terseret di jalan. saya? oh, saya apa lagi jatuh berguling seperti ayam golek. beberapa struktur anatomi terasa trauma juga. tapi tak kisah lah. datang seorang gadis membantu saya bangun. uish, saya boleh bangun alhamdulillah. berdiri dan mengucapkan terima kasih berkali-kali.

dalam fikiran macam nak jalan kaki. tapi naik juga ojeg tu balik. mata dah berair dah sebab terkejut. tapi tak nangis lah. sebab sikit je tu kan? apa pun saya rasa sangat bersyukur masa jatuh itu, perkataan pertama saya sebut Allahuakbar. kan ini tindakan refleks. tak sebut adoi! woi! bawak elok2 sikit boleh tak? menyumpah seranah segala. alhamdulillah mulut tak buat camtu time ditimpa musibah. kan? uish, adalah itu hikmahnya. tak tahulah kambing-kambing dalam lori itu nampak saya ke tak sebab kambing-kambing itu dalam lori yang lagi satu. sebelum lori yang kena tadi. rupa kambing2 tu macam rupa llama pun ada actually. [tak ada kena mengena]

lepas itu, macam nak langgar motor lain depan gerbang. saya pun sound la pembawa kenderaan itu. "hati-hati sikit kang!". aish. sibbaik saya tak peduli sangat pasal jatuh saham ke apa. saya risau lambat je sekarang ini.

sampai kat masjid tak ada orang pun lagi. fuh, boleh la tenangkan diri kejap sebelum jumpa mereka. dibuatnya menangis. ish2!!! kuat2 cool2..

situasi ketiga

tengah solat. baru lepas niat. tetiba "pekkk!!!" anak cicak jatuh betul-betul depan sejadah. dalam banyak-banyak makhluk, cicak adalah spesis yang paling geli di dunia. geli gila. saya tahu cicak anti saya sebagaimana saya anti dia sejak sekolah menengah.

ya Allah..ya Allah..ya Allah...

pejam mata kuat-kuat. kamu kan tengah solat! aaaaaa~ khusyuk wei!

ibrah yang saya dapat hari ini.
bersyukur sebab tangan kaki kamu masih okay. terkejut sikit saja. sangat bersyukur sebab tak tergolek sebelah jalan ada kereta. tangan, aset penting pelajar pergigian selamat tak patah atau apa-apa. excersice lah sikit. jalan kaki. kalau takut lambat, rancang masa dengan baik. kreatiflah sikit. rasanya saya lemah bab menguruskan masa agaknya.

cubalah menyayangi cicak sebagaimana makhluk lain. erk geli wei serius geli!!!!!


lain-lain. biarlah saya simpan sendiri.

lepas jumpa dan berkongsi. balik itu, jueann sapukan ubat pada calar-calar. sikit je. wuwu~ terharu. jueann bersifat keibuan dan bergaya. terima kasih.


okaylah bye. nak kena melakukan sesuatu. post ini ditulis dalam masa 36 minit. nampak sangat rakus nak meluahkan kekejutan. tak ada dalam jadual pun nak menulis sekarang ini.

p/s: kang=panggilan untuk lelaki dalam bahasa sunda.

p/s2: jangan bagitahu mak saya ok?

20 komen disini:

Balqis Riza said...

haha..sian gile yg part cicak tu..
sabo la ek..
belajar la syg kt cicak..kah3

Balqis Riza said...

haha..sian gile yg part cicak tu..
sabo la ek..
belajar la syg kt cicak..kah3

Liyana said...

entah a. memang dia anti aku sejak sekolah menengah aku rasa. selalu cari pasal.

Balqis said...

Liyana...

dah macam baca laskar pelangi jer entri kamu ni tau tak...

best2...

suka gaya penulisan camni - trus kluar dari hati...

erk, takde kene mengene...

saja jer Tuhan nak uji tu, huhu...
apa pun take care yer lain kali...
biar lambat asal selamat. Erk, boleh pakai ker peribahasa ni?

Anonymous said...

assalamualaikum yna...1
kamu ni...
nk kata tlg brhati2 mcm en.ojeg itu je yg brsalah
apa bole buat
knderaan express mmg ada risikony bukan?
smoga kamu ok2 saja
sila jaga 'aset' kamu tu
yg 2nd hand di pasaran tidak sama mutu dan nilaiannya...
smoga trauma itu tidak mnghantui...

munnamu yg anggun

Anonymous said...

kamu jatuh liyana?
nsb bek xde pape..
owh kamu ke sane ke ari ni?
maaf la xtau pun..
wah sy sgt sedih hri ini..
slm mlm~bye..

Liyana said...

BalQis: kak balqis..terus keluar dari hati..he he

baiklah..terima kasih. alahai saya memang selalu terkocoh-kocoh. tapi kali ini terkocoh-kocoh yang membaca bahana.

boleh guna kot peribahasa tu. kadang-kadang. he he

Liyana said...

anonymous: itula, memang rasa taubat taknak naik dah mende tu. lepas ini apa pun jadi, jalan kaki je la..saya tak trauma pun sebenarnya..sakit pinggang pula bangun pagi ini..kurang stamina agaknya.

Liyana said...

anonymous: saya memang tak sempat nak hubungi kamu. saya tak ada kredit, terpaksa korbankan duit topap saya untuk ganti fatin farhana punya. kamu pun tak pergi kelas bahasa sunda. tak jumpa la.

NiZaWa^^ said...

wah..
nape ak xtau ko jtuh ngan bgitu tragic..
huhu..
tabahkn diri yep!
musim jatuh kot skrg nie..
b'hati-hati slalu ye kwn2..
if jatuh gak,fasobrun jameel..

p/s:everyone has their own "bad day" ^^
later on it will be such a funny and (sweet???)memory..
mine has got already..

Liyana said...

nizawa^^: saje tanak bagitahu sebab dah malu, masa kamu jatuh moto ngan diba ari tu aku gelakkan kamu kan..so aku balik senyap2 je..lagipun tanak la kacau kamu setadi.weee~ sibbaik cool je..lek la..bukan ape sangat kan...

duha said...

kak aisyah!

huhu~ saya pun sdeyh melihat sluar kamu yg kotor smlm..tapi tak tahan nak gelak sbb gaya penceritaan yang amat lawak dan bersemangat..ahahha~

takpe, banyak ujian n dugaan..lebih besar pahala iA :D

p/s:kamu tak syok sndiri~ kami rindu kamu juga :)

p/s2:hati2 di jalan raya..sound je pak cik ojeg tu dengan behikmah..agar lenkali tak buat lagi..

p/s3:kambing seperto llama?? oh no..no..no..kambing lbeyh cute dan comel..llama adek bradek unta..hahha

p/s4:jgn salahkan kambing jika benar sekalipun lori yg terlanggar tu adalah lori kambing..huhu~

Liyana said...

ai shhh...segan a plak semalam...sebenarnya tanak cerita sebab takdelah apa sangat. tapi tetiba MC yg misteri xpasal pulak bukak cerita suro cerita.

p/s: uish sibbaik tak bertepuk sebelah tangan ^^

p/s2: dah tak ingat muke die dah. aisey patot amik no plat..

p/s3:tp siyes spesis kambing tu muka cam llama..he he.. atau mata saya yg kero..

p/s4: yela2 kmbaing tak salah pun..dia saksi kalau betul lah itu lori kambing

cactus biru said...

kak humaira..=)

setuju ngn duha, xtahan gelak bla diceritakan balik..haha
tapi, alhmdulillah xde papa kan..
syukur2..
terima kasih sebab merindui kami.hehe
saya juga sama..
kamu xsyok sendiri kok!
=))

SangMentari said...

Haha.. situasi kedua itu benar-benar buat gusi saya tidak kering. Teringin nak naik suatu masa nanti.

Liyana said...

cactus biru: wee~ sibbaik tak berpetuk sebelah tangan lagi..
ho yeah..masa cerita tu control macho je hehe..lagipun tak delah apa sangat..alhamdulillah tak ada apa2..
kamu semua wajar dirindui...

Liyana said...

sangmentari: di sini di mana-mana ada saja ojeg ini. kalau nak naik tunjuk jari telunjuk satu. nanti dia faham..hehe

duha said...

berpetuk? apakah? hahahah

Liyana said...

bertepukla..salah eja sikit..perfeksionist la duha nih

MC misteri said...

kak aishah humaira..
hebat kamu..cerita sedih leh btukar jdik crita x sedih..

tapi sungguh..bila dberitahu pasal nih..hati mmg sedih

sungguh terharu..ditambah ngn semangatmu yg berkobar

terima kasih kami ucapkan..semoga semangatmu itu myebarkan cas2 positif-mnjadi pencetus pada yg lain tuk sama 2 berjuang

sesungguhnya kami menyintai dirimu..

Ya Allah..seandainya jalan ini jalan yg terbaik buat kami..maka KAU kekalkanla kami di jalan ini
kurniakan kami kekuatan..Engkau suburkan ikatan ukhwah kami..sesungguhnya Ya Allah hanya REDHAMU yg kami harapkan
amin