Sunday 14 June 2009

diari: dia suka kerbau

di atas ini gambar depan bilik jueann. dia sangat suka gambar ini kerana ada haiwan kegemarannya iaitu kerbau tihihihi kalaulah dia baca ini. internet rumahnya rosak~. ini masa orang tengah bajak. bila padi dah tumbuh. cantik. kabur sebab zoom paling maksimum. bestlah sebabnya, bukan senang nak jumpa semua ini. kampung dekat kedah tak ada pun padi. ada pokok kelapa saja. kampung di kelantan tak ada juga sebab dah lama tak balik dan macam dah tak ada kampung sebab sejak tadika mokwo n tokcek di sana dah tak ada lagi. T_____________T

pernah baca if you could see me now? tulisan cecilia ahern. ini penulis p/s: i love you. mantaplah ceritanya. tentang imaginary friend kanak-kanak. padanlah kadang-kadang tengok adik kecil bercakap sorang-sorang.

ini buat saya recall balik adakah saya juga ada imaginary friend macam ini. TAK INGAT LANGSUNG. tapi yang saya tahu, saya selalu anggap saya ada kembar. eh betul. saya selalu rasa macam ada kakak kembar. dulu saja lah. ha ha. tak tahulah betul ke tak ini semua secara psychologi.

okay setop. tadi buka buku catatan daurah yang tahun lepas. terjumpa ini:

TIME MANAGEMENT

ada satu jadual aktiviti harian. yang di pecahkan beberapa bahagian. dan ada tips:

  1. cuba enjoy apa pun yang kita lakukan
  2. berhenti menyesal dengan kegagalan, tapi cuba belajar dari kesilapan itu
  3. bila tersedar yang kita sedang bertangguh masa, tanya diri sendiri "what am i avoiding?"
  4. set kan deadline untuk diri sendiri
  5. buat long term goal dalam minda.
  6. reward diri sendiri bila berjaya selesaikan sesuatu mengikut plan yang di buat terutamanya sesuatu yang sangat penting
weekend ini sebenarnya ada daurah di jakarta. ustaz datang. waa bestnya. saya, kena berkampung di sini sebab periksa. tak apa. tak apa. belajar juga dakwah T_T semalam kakak usrah bagi dengar daurah melalui telefon tapi tak jelas. so, dengar rakaman je lah...kut.

study awal. ingat awal-awal. boleh pergi mana-mana bila-bila.

kesimpulannya jangan bertangguh kerja. jangan study last minit.

he he tulis ini selepas study prostodonthic. ini ialah satu cabang dalam pergigian untuk replace gigi yang dah tak ada [senang cerita gigi palsu]. ahh apa saja yang berkaitan dengan orang yang tak ada gigi. nak pakai bridge dan segala.

jadi kena belajar tentang kalaulah ada orang itu gigi dia tak ada, cek jenis dan klasifikasinya, dan struktur gigi palsu dan cangkulan pada gigi nak letak dekat mana. cangkulan itu fungsi nak cangkuk gigi palsu pada mulut. semua ini kena tepat dan betul supaya. pesakit selesa dan, gigi palsu tak terjungkit. pernah tak tengok orang yang pakai gigi palsu masa dia makan, bercakap, gigi dia bergerak-gerak macam nak tercabut. ahha! itulah kesilapan masa buat gigi palsu ini. kena cek sudut dan tekanan setiap gigi. perlu seimbang.

eh, baru perasan bila musim periksa, peneman untuk study, selalu makan makanan ringan. saya baru jumpa satu makanan ringan yang best

singkong itu ubi kayu. dah dekat dua tahun baru tahu. apa itu singkong yang orang nyanyi lagu "aku anak singkong" $%&*%$ amazing lah. balado itu mungkin berlada...agaknya.



coffeeeeeeeeeeeeeee......macam wajib ada. coffee ini kan, sebenarnya boleh stain gigi. tapi tak jumpa penerangan saintifiknya lagi. yang saya tahu caffein boleh menghalang adenosin dari bind dengan adenosin reseptor otak. adenosin ini yang perlahankan impulse otak, buat kita mengantuk. so, kita pun tak ngantuk lah. lagi satu, dalam caffein ini ada dopamine yang boleh meningkatkan mood, cuma dopamine ini boleh buat kita addicted. -tutup cerita coffee-

dan, tulisan pada nota perlu cantik dan kemas. tulisan tak cantik, tulis dengan pen magic nampak ceria pula rasanya. baru bersemangat nak revise balik bila nak periksa. dan semangat juga nak conteng-conteng di sebelahnya.

abaikan nota dermatology di atas. periksa dah lepas T____T hey hey..study for life okay, bukan untuk periksa! yela yela.. okaylah sambung bekerja mek.

p/s: rasanya apakah kriteria post yang tak boleh komen?

p/s2: internet laju. best betul upload gambar.

12 komen disini:

Balqis Riza said...

comel ape kerbau..altho aku lg mnt lemboooo..hahaha

nway, kwn2 farmasi aku yg laki tu ada imaginary fren..namanya babat..ahaks

pencinta bahasa said...

salam..
cantik betul pemandangannya.. begitu menenangkan sekali.. kamu pun minat buku2 cecilia ahern ya??dia antara penulis kegemaran saya untuk kategori Eng..=D

Liyana said...

Balqisriza: mumu comellah..teringat masa kat cikuda nak pegi kelas lalu jambatan cincin yang ade kebau lalu..

diorang ada kawan nama babat?? wahhhhh aku tak sangka!!!!

Liyana said...

pencinta bahasa: ahha, saya suka baca buku-bukunya. buku pertama saya baca love rosie/where rainbows end. kemudian if you could see me now dan akhir sekali p/s i love you. sebab susah nak dapat, selalu habis. cecilia ahern ini masih muda tapi mampu menulis buku yang sweet. bestlah juga. kira thumbs up lah untuk seorang penulis muda.

pencinta bahasa said...

owh..p/s i love you merupakan buku pertama beliau diikuti dengan buku where rainbows end. buku pertama yg saya baca, a place called here. semua bukunya best2. ya,28 tahun umur yang agak muda utk penulis yg menghasilkan buku yg best. bagaimana pula dengan penulis meg cabot dan mitch albom?? pernah baca??

Liyana said...

pencinta bahasa: ahha, tapi buku p/s ilove you selalu sold out, lepas itu cuba beli yang lain dulu..huhu..tapi best juga. meg cabot belum pernah tapi mitch albom pernah baca buku for one more day. pinjam dari kawan. ahh sungguh menyentuh jiwa..sangat-sangat.. nipis tapi terkesan T______`T. menarik dari segi kekeluargaan....hargailah ibu anda.

jueann^^ said...

ehem2..
sejak bile la kn jueann ske kerbau
amboi2..tho tenet umah rosak tenet hosp ade lg taw..ahaha
btw, i just want to enjoy d beautiful scenery tuh ngn ko
(cntek ke..tp cm cumil kerbau ngn swh padi wif d peoples)..

i noe ull miss me=)

xoxo

jueann
subangjaya

NiZaWa^^ said...

kerbau oh kerbau...
lalalalala~
caiyok2 kornk!!^^

Liyana said...

jueann^^..haha tetiba je panggil aku suro tgk kerbau..adeke..kiki tp bestkan tgk ayah org tu cam aja anak die bajak sawah..

hey2 ikan cam xlalu makan..somchan dah jadi pendiam sekaran [padahal xpenah cakap pun]

kirim salam org subang jaya!

Liyana said...

nizawa: tQ nizawa!!!!!!! hey2 ibu datang nk kemas bilik...tp ak xbukak lagi bilik..

jueann^^ said...

tp kn org subang rse nk tggu org shah alam..hakhak2..maen2 saje ok..tata

Liyana said...

jueann^^: kejap eh. kejap...org sh alam? ape ? org sh alam? k selamat