Friday 12 June 2009

ichi bento


ichi bento

bilik saya nombor 7 (bukan nombor sebenar) menghadap sawah padi tingkat atas. rumah kami 2 tingkat. sebuah rumah kuning 4 bilik atas, 4 bilik bawah. di ulang TINGKAT ATAS. rumah kami selalu sunyi. iyalah kata bizi macam CEO syarikat makanan segera. [uiks poyo di situ]

satu malam. waktu maghrib. suasana sunyi. angin di luar sepoi-sepoi bahasa. sejuk sebab hari ini mendung dari pagi. hujan pagi tadi. saya masih bertelekung. nak tunggu isyak. tiba-tiba kting ting ting..skru terbang dari kipas yang berputar ligat. tutup kipas cepat-cepat. bimbang meletup. tak ada apa-apa. hah. saja buat havoc kipas ini.

tiba-tiba...

ketukan bertalu-talu yang begitu lemah lembut macam dengar tak dengar. saya tahu bukan semut kuning (bukan nama sebenar) sebab kalau semut kuning ketuk macam menerajang pintu. tapi ini macam bunyi tak bunyi. saya syak itu nizawa. so saya kata la ha, masuk. tapi senyap je.

pelik

then saya pun pergi la kat pintu. misteri betul. kejap ye. saya buka pintu. ingatkan kunci. pintu dibuka. sekujur tubuh di hadapan saya betul-betul buat saya kaku. dia memandang. MAKHLUK ASING!! depan saya ada makhluk asing. ada pesan ichi bento ga? bersuara seperti spesis XY. hah. lelaki. orang asing.

kaget gila. watte...ichi bento? hah. ini salah rumah ke apa. culture shock. ape kes. lelaki. LELAKI. masuk rumah orang sesuka hati. naik tingkat atas. main masuk je. bisu beberapa saat. errrk...ichi bento tu apa? eh tak. katanya kamar 7 (bukan nombor sebenar) pesan.

ehh, persoalannya bukan ichi bento, tapi macam mana orang ini ada di sini, masuk ke sini, berdiri di sini!

ketuk pintu bilik jueann banyak-banyak kali. wei kau ada order ichi bento ke. hah? tak de. suara jueann dari dalam bilik. sebenarnya berharap jueann muncul. tapi tak berharap dia buka pintu (putar dey!) yela, takut jueann tengah tak tutup aurat ke. cuak wei. orang asing tu masih berdiri depan saya. lepas itu dia terus meluru ke tangga dan turun dengan laju. peh. yang peliknya dia tak pakai uniform ichi bento pun. dia berfesyen sempoi gaya grunge [kot] bergelang-gelang hitam. eh mungkin gothic [erk]

nasib baik pakai telekung. ape kes dalam rumah sendiri pun kena rasa terancam macam ini.

mungkin ini lah yang seorang kakak maksudkan apabila perkara yang salah dah jadi macam biasa.. tak nampak dah mana salahnya.

teringat rumah rumah lama last year selalu nampak pagi-pagi ada lelaki keluar dari bilik perempuan bawak comforter. memangla mereka berkawan baik. maybe bagi sesetengah orang itu adalah biasa.

bila perkara yang salah tak nampak macam salah

serius bersyukur. tak expired dengan makhluk asing. ini kali kedua selepas kes yang dengan pak Agus tu. [ya Allah lindungilah aku]

bilik yang begitu misteri kedudukannya itu juga yang dia ketuk.

p/s: life is like a dream tempat si puding tulis pengalaman terkejut gila juga

p/s2: suspicious sungguh. tak nampak pula dia pegang ichi bento. hmm

p/s3: TAK BOLEH BUKA EMAIL!!!! tak tahu kenapa.

p/s4: oppss kejap, bacalah berita ini. satu jemaah ditembak dalam masjid. sedih tapi doakan semoga roh-roh mereka dirahmati Allah. tapi serius. sedih.

tulis: 30 minit.

14 komen disini:

Balqis said...

Serius seram...

berani nyer liyana buka pintu...
wuhu..

take care!

p/s: Rumah yang kamu describe nampak mcm best... harap suatu hari boleh letak dalam blog, nak sgt tgk...

nampak sawah padi, wah rasa sungguh tenang belajar!

ibnu yazid said...

salam,

btul ke itu orang atau "orang"? hehehe..

apepun ichi bento nampak cam sedap giler.

ichi = satu [jepang]
bento = mungkin nama makanan itu

satu bento?? haha

Liyana said...

kak balqis: berani sebab ingatkan kawan, sebab dalam rumah..sebab tu terkejut. sebab orang tu masuk dalam rumah...

tapi takde siapa pun perasan dia masuk. serius misteri orang ini;

p/s: insyaALLAH..bila2 saya letak ;)

Liyana said...

ibnu yazid: orang apa? hah orang la tu..kaki jejak tanah...hmm rasenye..xperasan..

ahha.. tu restoren makanan jepun yang delivery. huhu~

bento = box of lunch org jepun...kut.

cactus biru said...

oh, ini ke yang berlaku..
seram2..
lain kali kunci pintu utama kt bwh..
huhu
main redah je pokcik tu.
ish3

Balqis Riza said...

creepy...abs sbnrnye sape pnye ichi bento tu?? hahaha

sabor la ye teman..

nway syg oi..jeans anda dan buku anda masih ada pada saya..
gimana ni??
nnt abs exam aku kesana yaaa

SRISUFI said...

Salam puding,

wah...terus jatuh cinta mahu membaca sampai noktah akhir. sungguh berseni sekali ceritanya...bilik no 7...ichi bento...mai lah kasi sri satu.

=)

pencinta bahasa said...

salam..
wahh..pelbagai pengalaman di perantauan.. Semoga sentiasa baik-baik sahaja di sana dan berada di bawah perlindungan-Nya.
nk pinjam buku??boleh je..
ingat nak tanya sikit kt ym. hihi..=D

Liyana said...

cactus biru: nk kunci nanti kang orang nak keluar masuk kacau plak...

tu lah pasal..dah berani masuk pastu naik tingkat atas tu yg xtahan..huuu~

Liyana said...

balqisriza: ahha...satu rumah tak order..maybe rumah hijau kut..

ahha..aku pun dah lupa pasal jeans tu. igt buku je..eh dah abes bace ke?

ahha..xpe..aku ade disini sampai 29 hb..lama lagi

Liyana said...

SRISUFI: terima kasih kak sri..
ichi bento tu rasanya biasa saja..saya pasti akak boleh masak sendiri.

sangat berharap agar dapat kembali menulis ...

Liyana said...

pencinta bahasa: ahha, itu sebab kita terkadang berbeza cara pemikiran dan cara hidup buat kita rasa satu pengalaman baru

ahha...sebenarnya setiap kali kamu tinggalkan mesej, saya tiada di meja...maaf sangat2!!!!!!

dolat said...

aku rasa ichibento tu pervert ar.
da la ttb je.
xnmpk pon bento die.
die tipu weih!!!!

Liyana said...

donutcokelat: entah a weih.. tapi memang terkejut die berdiri tegak depan pintu bilik muka selenge gila. cam serius je. tapi ape pun aku dah lupa muka dia cemana.