Tuesday 16 June 2009

Senja Bertasbih di Alexanderia

title di atas adalah bab pertama dalam novel ketika cinta bertasbih.

ehem2..salam...


hai. nak komen sesuatu. tentang periksa. soalan hari khamis adalah yang paling mencabar. DSP3 yang merangkumi orthodontic, pedodontic, periodontic dan segala cabang dentistry yang ada dia nak sumbat dalam satu subjek. sudah berakhir. kertas 100 soalan yang sarat dengan persoalan tentang pergerakan, mechanisme yang berkaitan gigi dan rahang yang bermasalah dan normal. wah2 sungguh mencabar mental dan fizikal. mental sebab kena perah otak meluahkan segala nota yang di baca. fizikal sebab duduk begitu lama sampai sakit pinggang. kepenatannya macam berlari merentas desa. soalan-soalan lain. biasa saja. sebenarnya saya bukan nak komen ini.


straight to the point. saya dah tengok cerita ketika cinta bertasbih! la la la~ komen? hmm.. ha ha ha.. saya tak tahu lah nak cakap macam mana. ha ha ha saya tak baca bukunya lagi. ha ha ha tapi kan, saya gelak dari start sampai habis. sebenarnya tak lawak. tapi tak tahu lah kenapa. semua rasa lawak. alai suruh saya diam masa fadhil menyanyi di majlis perkahwinan tiara. itukan scene sedih. sebab cinta mereka tak kesampaian. tapi entah kenapa saya gelak. dua scene buat saya terdiam.


pertama. scene Anna Althafunnisa bagi satu puisi pasal cinta. pergh!!!! jiwang jiwang. okay setop. saya rasa aura kejiwangan ini patut dihapuskan sekarang jugak! serius sekarang! hmm.. tapi bestlah ayat dia. konon menghayati sebab berjiwa seni. eceyh~


kedua ketika Anna Althafunnisa tu terima lamaran furqan. dia bagi 2 syarat. syarat pertama, kena tinggal di kawasan pesanteren, tempat tinggal dia, yang kedua, sepanjang dia menjadi isteri furqan tak boleh kahwin lain. lepas itu berlaku perdebatan lah pulak keluar hadith ape benda semua. then, gadis ini berjaya meyakinkan semua orang sebab dia bagilah sebab musabab yang bukti keluar kitab semua. mantaplah! ha ha tapi berani..dia kata, kejap eh, saya ambil kitabnya. lepas itu dia bagi furqan baca depan semua orang. wahh!!! yang dia kata di atas, saya punya ayat. tapi lebih kuranglah.


cuba bayangkan, ketika melamar, depan mak ayah semua-semua. mak dan ayah dia dah tak senang duduk. furqan itu tak puas hatilah, ini macam nak mengharamkan sunnah nabi. lepas itu dia kata lah, dia tidak mengharamkan poligami, cuma macam analogi dia bagi syarat minta furqan tak makan (isi tempat kosong) [tak tahu apa mungkin sesuatu yang berbau] kerana dia tak tahan baunya. sama lah juga dia minta tak berpoligami sebab untuk kebaikan dia and anak-anak. eceyh. nampak sangat ada niat nak pasang lain lah tu. opps. eheh last ayat yang terharu:


hmmmmm argh tak ingat pula. tapi pasal fatimah dan khadijah yang tak dipoligamikan..pewitt [patut salin apa dia cakap] lepas itu dia pun mengalirkan air mata. menyayat hati lah. ada ke eh? biasanya bukan ke si gadis kena duduk dapur lepas itu bawak air keluar lepas itu masuk dapur balik. ha ha. drama.


lepas itu saya suka lah dengar mereka cakap bahasa arab. kata fatihah, nak cari pelakon perlu pergi audition dan kriteria mesti pandai berbahasa arab dan belajar di mesir. pelakon pun semua tak kenal. baguslah. tak adalah orang nak buat spekulasi macam ayat-ayat cinta. lepas itu pelakonnya tak lah terlampau cantik-cantik dan hensem-hensem. barulah real sikit. takkanlah semua orang macam muka standard pelakon kan. huhu~


sebenarnya cerita ini BERSAMBUNG. ha ha nak tergelak.


oklah itu saja komen untuk hari ini. sekian


saya terfikir sesuatu.....hmmm tapi saya harap, hm, nak cakap ke tak eh, hmm, oklah oklah..kenapa kan kenapa, kenapa kena fikir pasal kahwin....maksudnya..tak tahu lah..kan tengah belajar. tak boleh ke biar saja. apa kata tak payah fikir. belajar sampai habis lepas itu, bila terfikir, baru lah fikir. tak pun bila mak dah risau anaknya andartu. ha ha lepas itu, saya pun terfikir lagi. jodoh ini kan sesuatu yang misteri. kita pun tak tahu siapa. tapi kan semua ini dah tertulis. maknanya ada cuma masa dan siapa saja kita tak tahu. sabar sajalah. mantapkan diri dulu baru nak fikir perkara yang jauh terkedepan semacam ini. kan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. wallawei~ selagi terasa diri ini tak cukup baik nak dapat yang baik, maknanya tak payah fikir. kan?


baca sini dari blog duha


IPOH 14 Jun - Kementerian Pengajian Tinggi diminta membuat kajian terperinci mengenai tingkah laku pelajar-pelajar universiti yang dilihat lebih gemar bercinta daripada memberi tumpuan menimba ilmu di universiti. link klik di sini


ehh, haahkan..maybe sebab mereka dah lanjut usia. gadis itu pun dah master semua. oh, patutlah. mungkin dah sampai waktunya nak fikir pun. tapi betul juga, siapa tahu jodoh dia sampai waktu umur berapa tahun. okay tak pe. abaikan saja. mungkin saya seperti budak hingusan yang belum mengenal erti cinta dan berumah tangga serta perasaan aura jodoh dah sampai itu. pergh~ ha ha


fesyen baju yang kakak usrah belanja ada dalam cerita itu. ha ha tipu. tak perasan pun. tak teringat pulak nak observe. okaylah bersurai


blog ini semacam semakin kurang manfaatnya. malu pula pada blog kanak-kanak 10 tahun yang bercerita tentang video yang bermanfaat. perlu bertafakur sebentar. kenapa ini. hey hey dah habis periksa! okaylah. baik bersurai sekarang. nanti merepek dengan lebih dahsyat. pergi bagi somchan makan. ini bersurai betul-betul. tutup majlis dengan surah al asr dan tasbih kfarah.


10 komen disini:

ibnu yazid said...

bukak majlis pn x...

tp xpe, bc dpt pahala

Liyana said...

baru ingat nak unable komen. ttbe ade org komen. hah. lupa nk bukak majelis.

pencinta bahasa said...

salam kak..=D
saya tak tau kenapa, tapi saya kurang berminat untuk membaca buku2 seperti cinta bertasbih dan ayat2 cinta. mungkin bawah umur..huhu
kanak-kanak tadika pun sudah berfikir dan bercakap pasal kahwin, inikan pelajar ipt..hihi..

Ummu Afeera said...

adik ..akak tak tengok lagi citer tu..tapi serius akak rasa macam kelakar sangat lepas baca entri adik ni...

puding caramel said...

pencinta bahasa: oh, dulu masa skolah menengah suka baca novel2 alaf 21 nak senaraikan novel kegemaran, ada list hehe..but my advise, tak payah la baca..sebab macam buat kita suka berangan nak macam orang dalam novel...lagi2 gadis remaja kiki~ baguslah zati xbaca..dun start, nnti adicted

Liyana said...

ummuafeera: akak, sebenarnya cerita dia bagus dibandingkan ayat-ayat cinta. tapi saya pn tak tahu kenapa saya yang rasa kelakar. mood agaknya tak feel ^_^

cactus biru said...

waaa
kak yana dh tengok dulu??
nk bc novel dia plak ke?
oo, kak yana la plu cte nnti
ahahaha

kelakarlah bla fikir sal kawen.
kte muda lagi. xyah fikir leh x??
:p

Liyana said...

cactus biru:eheh..dah tengok dah, dengan fatihah sekali..novel dia ade pdf ni ha..baru screening..tak hayati lagi..eheh..

xde lah..sebenarnya, terfikir je..kan dari cerita yang sebelum ini pun pasal die pening pk nk kawin, yg ini pun die peninng nk fikir sebab xde calon. hmm camtu a..

Balqis said...

Wah, nak sgt baca yang ni, sambung esoklah, ya!

Liyana said...

silakan..haha~ aiya. tetiba menjadi produktif kepada entri yang banyak dalam masa yang singkat. rasa bersalah pula pada blogspot. sory bloggerspot~