Monday 22 June 2009

wanita itu

sebelum apa-apa. ada satu soalan, siapa mahu ibu cuci baju dan kemas bilik?

satu malam jam 8 setengah kut. aku, donut cokelat dan lab partner dalam perjalanan pulang dari favorit kedai roti canai. sungguh best. teman si donut yang seperti hilang punca kesunyian. iyalah rakan-rakan yang lain keluar membeli belah..LAGI. tinggal kami. aku, dnut dan lab partner tinggal di rumah yang berlainan. di sini jam 830 itu semacam sudah gelap dan tak ramai orang. kedai-kedai juga kebanyakannya sudah ditutup.Justify Full

sedang kami berjalan sambil bersembang hal-hal yang aku juga kurang pasti butir isinya. di depan kami sedang berjalan seorang wanita yang tidak terurus gayanya. rambut tidak diikat kemas. nampak menggerbang sedikit. tidak beralas kaki. jalannya terenjut-enjut. kakinya tidak sempurna.

tiba-tiba dia menegur..

neng...

aku dan yang lain-lain mulanya mahu lari. siapa tak cuak. jalan laju-laju. dia memangil lagi

neng...

ahh aku tewas. aku hentikan langkah. yang lain juga ikut sama. huh? ya? dia menghampiri kami bertiga. ada mahu di kasi kerja cuci ga?

maaf ibu, saya dah ada ibu cuci.

terima kasih neng. tak sangka jumpa orang baik macam ini. selama ini semua orang lari. ibu bukan orang jahat. ibu sangat perlu wang. anak ibu sakit. ibu ditinggalkan suami. ibu tak jahat, cuma kaki ibu cacat.

tiba-tiba mata bergenang. mata ibu itu.

kami hanya diam seribu juta patah kata. errr.. ibu, nanti insyaALLAH kami tolong tanyakan pada kawan-kawan. tapi ramai anak malaysia dah nak balik bercuti.

kalau ada, ibu selalu ada di sini sampai jam 11 malam. kadang-kadang kalau hujan ibu akan ada juga disini. basah-basah.

lepas itu kami orang pun balik sambung bersembang. tapi tentang ibu ini. pelbagai persoalan timbul. sebetulnya aku pernah nampak ibu ini berlegar-legar di sini seorang di sini. masa itu aku nak print report di CC. biasalah last minit punya kerja. print malam sebelum dateline. dah seorang mestilah aku jalan buat tak nampak orang sekeliling. tapi aku nampak dia dengan seorang kanak-kanak kecil.

hah. sian ah. cumanya kenapa dia ada setiap malam sampai jam 11. tetiba rasa nak sedekah baju zaman jahiliyah dulu bagi anak dia ke kan. buat penuh wardrobe saja. bukan pakai pun. tapi seriuslah. kenapa hati terasa itchy sangat nih. nak tolong tapi tak tahu macam mana.

lepas itu, lab partner kata, orang sini kuat kan. semangat nak cari nafkah itu tinggi.

betul. aku? tak perlu mencari nafkah untuk hidup pun, tapi nak kumpul semangat untuk bekerja pun separuh mati. itu baru nak kumpul semangat. aku sering di uji perasaan semacam ini. ah, perasaan yang aku pun tak tahu nak cakap macam mana.

neng=panggilan untuk gadis slim bergaya

*dialog dah di translate mengikut ikut sedap gaya bahasa puding. dan ringkaskan sedikit untuk elakkan jadi satu cerita panjang penuh dialog pula. namun, isinya dikekalkan keasliannya. Allahua'alam
**oh, saja try tulis cerita guna kata ganti nama aku

6 komen disini:

Balqis Riza said...

humm..sory..dh ade ibu cuci..
ibu slh timing aa..
humm..mybe nnt mase bdk2 jr 09 msuk, die leh la dpt keje..huhuhu

Balqis said...

Huhu, sedihlah...

x ske, tgk orang tua-tua susah-susah ni. dah tu kena kerja plak tuk anak-anak. dah tu cacat plak. dah tu org tak layan plak. Adeh! malang bertimpa-timpa.

Orang miskin itu ujian buat kita kan? Yang taklah kaya, tapi bolehlah hidup...

Neng... kamu dengar?

dolat said...

uhuk2.i was there. cuak doink.
saya udah ada ibu cuci baju. tapi ibu cuci bilik mmg saya xmaw.
nnt spt sangat malas. cuba berlatih jadi perempuan sikit.kih3.
bukan seram sbb ibu tu kaki xsempurna ke ape. cuma dia ttb nangis2 tengah2 malam.(eh baru kol 830 kan). seram jugak. dah prepare nk cabut lari. kalo jalan sorang2 konfem aku buat2 xdga je.
lalalalallaallalalala~

Liyana said...

balqis riza: maybe la jugak. tapi aku rasa dia sangat susah sekarang ini. nak tunggu lagi 2 bulan junior 09 datang. itu pun ade ke student nk dtg sini lagi? but aku pun tak tahu bila lagi nak terserempak dengan dia. adakah aku kena tunggu malam ni.. huwu~

Liyana said...

kak balqis: betul betul betul!!! kasihan sangat2 dan buat kita termuhasabah melihat orang yang kurang dari kita. bukan tak nak layan..cuak je..

yer..dengar bu!

Liyana said...

donutcokelat: aku pernah terserempak ngan dia sorang2. but aku memang tak fikir apa2. yang aku tau nk kena print kat beeon! tak siap repot abes ah. oh ya, tapi memang kaget pun bila melihat dia seperti menangis dan tidak meminta apa2 dari kita tapi berterima kasih kerana menyahut panggilannya..uish~