Wednesday, 26 August 2009

diari: buku drama


semalam pergi usrah. lepas itu ada banyak isu semasa yang diperkatakan. termasuk kes kartika sari itu. orang yang jarang sekali membaca surat khabar ingat itu brownies di bandung. sekali kat rumah ayah sebut pasal kes ni. dengan yakin boleh bagi opinion sendiri walaupun tak baca surat khabar tapi tahu berita ini. bagus juga perbincangan kecil dalam usrah ini. saya tahu pasal drama bersiri je. tihihi~

bab nur kasih dan cinta sempurna tak pun bukan bidadari yang tengok separuh. tak larat tengok kisah suami isteri. jiwa kanak-kanak masih menebal. tak sesuai di tonton

eh. hari ini tengok cerita queens of langkasuka dengan izzati. cerita epic. suka cerita yang macam ini. cumanya. ada sesuatu yang bermain dalam fikiran. tak tahulah cerita ini real ke tak pasal sejarah dia. tapi berminat sebab ada masuk pula orang tanah melayu yang ada kaitan. CEH. ye, agak membosankan. tapi saya suka. tapi tengok beberapa minit saja. tak boleh nak tengok berterusan 2 jam depan TV.

ahha. homework mutabaah ibadah.yang paling tak boleh nak buat lagi ialah belanja orang lain berbuka. ada pula dalam senarai tugasan ini. nak ajak orang berbuka datang rumah. tapi macam tak jadi. hm.

perlu ke cakap semua ini? errr.

buku. ada lah juga beberapa buku dah habiskan dalam masa cuti ini. tapi kalau nak senaraikan semua tak sesuai rasanya. sebab ada yang tak berapa bagus. tapi habiskan juga.

buku the monk who sold his ferrari. nipis. tapi bagus.
buku rooftop rant. mungkin ada orang kata cerita in boring sebab unsur percintaan sangat sedikit dan macam tak ada. tapi bagi saya. ini buku yang paling best penulis ini tulis. buku tulisan fatimah syarha. sahabat seusrah suruh baca. hm, tak minat sangat pasal kisah percintaan semacam ini. tapi oklah juga. sebagai pedoman.
buku agama? tak baca buku. baca article saja. yang syed qutb tulis. tentang madrasah rasululullah. itu pun semasa daurah di serdang. buku yang kena baca buku nipis tulisan mustafa sibai' itu. baca separuh kemudian bagi kepada sahabat seusrah semasa ziarah beliau di kelantan. ada bawa balik buku "saksikan aku seorang muslim" tapi belum habis baca. entah kenapa buku ini berbeza sedikit dari "jalan cinta para pejuang" atau "agar bidadari cemburu padamu." start dengan pendekatan tentang yahudi dan monopoli terhadap dunia. lepas itu start kehidupan islam.
itu je lah dulu. yang lain-lain. lain kali cerita. buku senang. baca dalam LRT pun boleh. kalau movie atau drama. jarang sekali boleh spend masa beberapa jam duduk depan TV fokus pada cerita. macam lah tak ada kerja lain nak buat.

p/s: apsal terasa macam tulis blog setiap hari? errk.

p/s2: sifat pembaca ini: membaca buku secara bertangguh. beberapa buku baca separuh sahaja.

0 komen disini: