Tuesday, 25 August 2009

hamper

talifon tak ada nak buat alarm bangun pagi. rosak. tapi tadi tetiba terbangun sendiri. itulah, lain kali jangan berharap pada alarm clock. cuba guna biological clock. berdoa dengan sepenuh mengharap bangun pukul 4 pagi, tepuk bantal sambil berdoa dan pejam mata kuat-kuat supaya boleh bangun dengan sendiri tanpa dikejutkan oleh anasir-anasir elektronik yang kadang-kadang tak boleh di harap. [hah apa kamu merepek ini]

sekarang dah subuh. hah semua orang tidur. baru boleh guna ini komputer. merajuk dengan zati sebab dia buat perangai. dia buat perangai sebab kata kakak dia si punca. nak dijadikan cerita. pada suatu hari. masjid dekat dengan rumah ada buat karnival hari keluarga. sempat juga membeli belah baju sehelai dua. eh, jangan terpesong. lepas itu. dah tengah hari. panas gila ajak zati balik. kami dua je yang pergi. zati ah ni. nak sangat pergi lepas itu tak ada siapa teman lepas itu kakak sulunglah kena teman. ceh. zati kata nak tunggu cabutan bertuah yang entah bila. then pujuk die makan cendol sebab nak balik juga. confirm tak dapat punya lah.

dah lah tensen, masa daftar game tiup belon sampai pecah. nak daftar nama zati ah. sekali kakak yang tulis nama itu cakap camni " mak dia pun boleh masuk juga. acara gubah bunga telur"

watte.. ape? mak dia? MAK? gubah bunga telur? GUBAH BUNGA TELUR??? haiya. muka dah standard muka seorang ibu kanak-kanak sebelas tahun. tak boleh nak kata apa dah ah. duduk rumah lipat baju sambil tengok drama bersiri je ah. ceh. CEH.

tapi bajet cool saja. jadi photographer orang tiup belon. kanak-kanak kiut bernasyid, ustazah sekolah agama, orang tua cek darah, orang cek resdung. ha ha.

sambung balik cerita.

sekali...dah beberapa minit kat rumah. kawan zati call cakap dapat hadiah pertama cabutan bertuah. siap ambil gambar tunjuk kat dia. apa lagi..mengamuklah kanak-kanak 11 tahun itu. hah.. kak na telah dipersalahkan. kawan dia pun satu. siap ambil gambar lagi. entah apa motif.

ayah pun kata pasal rezeki. kalau bukan rezeki kita, kita tunggu pun belum tentu kita dapat. maknanya tak ada rezeki lah tu. ahh, dia tak peduli. menangis bergolek-golek.

kakak dia cakap sorry sambil makan cendol. habis itu, nak buat apa. tapi sebenarnya rasa bersalah juga. sampai sekarang nak ungkit.

tapi buat tak tahu. dah tak ada rezeki dengan hamper hadiah pertama. mana tahu rezeki dekat hadiah peti ais cabutan bertuah tahun depan..

p/s:kakak pun tak matured sama macam adik.
p/s2: malas nak berdebat pasal boikot barang. semua nak cari gaduh. ((^^$$#@$&^*&$!!!!

10 komen disini:

izzati(ciz cake) said...

habistu yg kakna nk ungkit pasal topeng.jadi kakna la yg ungkit benda tu kat zati.

kalau kakna balik, zati nak kakna beli hamper paling besar. zati tak kira.

izzati(ciz cake) said...

habistu yg kakna nk ungkit pasal topeng.jadi kakna la yg ungkit benda tu kat zati.

kalau kakna balik, zati nak kakna beli hamper paling besar. zati tak kira.

MAKIMAN said...

such a child...
gedik tahap gaban..

yeah~

~*puding caramel*~ said...

izzati: yela sorry.. tak yah ganti. tapi belikan baru lagi empat k..

~*puding caramel*~ said...

makiman: watch ur words bro. heh

terase immature di situ

sesape jer ah!! said...

lek ah..
you should pujuk your adik ..
buy her some sweet ker..

sesape jer ah!! said...

lek ah..
you should pujuk your adik ..
buy her some sweet ker..

Anonymous said...

hahahaha.. i remember this part..sangat sweet sbnarnye bile pk2 balik... haihh...

~*puding caramel*~ said...

sesape je ah: haha da tau dah trick tu. xpakai dah sekarang. kanak2 sekang dah terer

~*puding caramel*~ said...

anonymus: sweet tang mana? hehe