Friday, 14 August 2009

more than words


"abang, hari tu kakna pergi bla bla.."

"..."

"lepas tu bla bla bla.."

".."

"dengar tak kakna cakap apa?"

" . "

"abang!!"

"hmm"

annoying sekali kalau nak sembang dengan dia ni. selenge [tak tahu nak eja]

pagi tadi jam 5 pagi pergi KLIA. hantar abang.

sampai rumah walaupun tak rasa sunyi. sebab abang memang tak bagi kesan pun. dia kan pendiam plus mulut ada emas plus tak suka cakap banyak plus antisosial. memang bernasib baik kalau dia nak berbual. tapi rasa macam ada space yang kosong dalam satu suasana. baru perasan. kehadiran seseorang dalam kehidupan itu dapat dirasai tanpa perlu dia mengexpose diri dengan kata-kata. cukuplah dia ada. dan kita tahu dia ada.

"kakna cuba nyanyi. yang verse 1 tu je."

helaian score dan lirik dihulur. erk..dia dah start goreng gitar. melodi intro dah masuk. gua panik. lagu more than words. wa goreng je ala-ala band extreme. tak mampu nak tiru franky J. ceh. layan~ nanti dah nak fly. dah lah dia tak balik raya.

sambil tunjuk gambar kereta kemalangan dalam surat khabar berita harian. abang kata:

"cuba tengok gambar ni. apa yang kak na nampak?"

"erm. kereta yang ada banyak sampah? pesal? abang nampak ape?"

"kerete kak suhana."

"ceh. ha ha. asbetosisengal"

dia buat muka tak ada riak. sardin. (kak suhana jual tin kosong. meniaga katanya. misteri pelik)

tadi nampak mak dah berair air mata tengok abang masuk gate.

more than words.. betullah..more than words..

sekarang rasa kurang..

nak makan malam, pinggan nasi kurangkan satu, gelas pun, tak ada lagi orang yang habiskan ice cream vanilla kak na beli dan tak ada lagi orang yang kak na nak habiskan ice cream vanilla dia beli guna duit sendiri. rasa hilang orang yang habiskan chocolate syrup dan whip cream dalam fridge.

ye lah. more than words.

p/s: kak suhana, u're so funny.

11 komen disini:

dolat said...

hahha. kena perli.
abang ngah aku pon same la. mulut emas.tanya sepuluh baris. jawab 1 perkataan je.ciskek

Suraya Sajoli said...

tbe2 rase sedih...

syazwan ade contact kakna?

puding caramel said...

dolat: ha ha

aku rasa anak kedua memang camni kot

puding caramel said...

suraya sajoli: same here..

tak dapat ape2 pun..dia tak mesej sesapa pun. even mak..xdapat number lagi kot..

[S]itie [B]Um [B]Um said...

org yg diam xsemestinye kosong.. =)

NiZaWa^^ said...

yana..^^
adik msuk u mne?

p/s: huhu ak pon xdrive sgt..jadi penumpang je hihi ^^

puding caramel said...

[S]itie [B]Um [B]Um: hehe betul. sebab diam lebih banyak dengar dr bcakap...

somehow..social skill itu sangat penting

puding caramel said...

nizawa: haha ko memang...ade driver boleh la ckp.

adik aku dapat uni....rahsia..

mieza said...

aku suke lgu more than words jgk. syazwan pg mne? baik ko gtau!!!!

~*puding caramel*~ said...

mieza: aku pun!! aku tak sempat nak record nyani ari tu before die pegi

ehehe..ade la..hahaha

izzati(ciz cake) said...

sedih la...
zati pon rase cam tu tapi nak buat camana abg dah pegi..

setuju, zati pon tak ade kesan pon kalau abg balik ataupon tak.ade satu je kehilangan dekat rumah tanpa abang alah jeng3 BUNYIAN GITAR bunyian gitar itu hilang.ade lagi iaitu perfume buah abg pon ditinngalkan dirumah.tapi dah tengok perfume tu dah hilang..

hari2 zati tengok gitar tu..selalunya dekat ruang tamu depan.umm tu je la

p/s:zati rindu kat abg.

O M G !!! terlebih sudah...