Wednesday 2 September 2009

semalam


semalam pergi masjid untuk solat terawih. sistem kat masjid ni, solat terawih 4 rakaat lepas itu tazkirah pendek lepas itu sambung lagi 4 rakaat terawih dan solat sunat witir. seriusly semalam adalah hari mengantuk yang teramat paling. dua kali lah juga pergi toilet ambil wudhuk. sebab tak tahan sangat. kak suhana dengan zati solat di tingkat atas. mak solat di saf depan. jadi, kiri kanan duduk sebelah makcik makcik yang tak dikenali.

bila start tazkirah, dengar suara penceramah jemputan semalam serius tak tahan sangat. bukak ma'thurat. baca apa yang patut sambil pejam mata. ngee~ tapi dengar lagi apa penceramah tu cakap. dia ada juga promosi buku dia. itu tak kisah lagi.

but..

ada something yang buat saya rasa sedikit itchy. bila dia kata tentang toyol masuk rumah. bila tampal poster dia, toyol tak masuk rumah. macam poster itu tere boleh mengelak toyol masuk rumah..

atau toyol yang dimaksudkan lain. bukan makhluk hijau yang mencuri yang tak tahu kesahihan wujudnya makhluk ini. atau toyol maksudnya nota jawapan yang di bawa masuk ketika peperiksaan secara haram. atau apa saja maksud selain dari itu.

walau apa pun. saya yang tak dengar atau salah dengar. tapi masa dalam kereta mak pun ada sebut juga. mak kata itu syirik. apa-apa je lah.

walau apa pun. if nak elakkan bencana ke apa. bukan sebab poster atau apa-apa jenis objek. macam dah salah bunyinya. mungkin penceramah itu sedang membuat jenaka. (jenaka? lama tak guba perkataan ini)

semalam ayah ada majlis berbuka dengan rakan sekerja. makanya, yang ada mak, kak suhana, me dengan zati. yan dan hasif dah balik hostel. sunyi sekali sekarang ini. dan sedih pula. CEH. ayah selalu ingatkan supaya menghargai dirinya iaitu kaum yang hampir pupus. seorang saja jejaka di rumah. CEH lagi sekali. lagi beberapa hari akan pulang ke bandung. sedih bertambah. tak tak. sebab nanti balik raya. tihihi~

selamat berpuasa dan selamat bertarawih!

4 komen disini:

hatim a.r said...

kalau nk distract toyol gune kacang hijau la..x tau la syirik ke tak hehe

hansuke said...

sama la tempat sy, pas 4 rakaat stop dulu bg laluan tuk tazkirah, tp tahun ni yg dtg sumenya bace text, boring..last year sume yg best dtg tp taun ni ape dah jadi..huhu~ kalu nk tipu org kampung ngn poster tu bole la, yg menjadi masalahnya ade lagi org kampung yg percaya, mentang2 yg 'berkata' tu bernama seorg ustaz..hm..ape dah jadi ngn org Islam m'sia..neway, selamat berpuasa n terawih..=)

Liyana said...

hatim: ahh, memandai je ko nih. kacang hijau die buat bubur untuk moreh

Liyana said...

hansuke: itulah. kadang2 org kampung selalu menjadikan mereka sebagai sumber rujukan yang terpercaya.

selamat berpuasa n bertarawih kembali :)