teringat masa itu (tak ada kena mengena dengan muqaddimah di atas).. ayah tanya, apa maksud batuk? kami satu famili tak berfikir panjang. batuk itu yang kong kong kong itulah. ayah maksudkan batuk yang dalam peribahasa "melepaskan batuk di tepi tangga" maksudnya kan orang yang buat kerja sambil lewa atau tak selesai kan? macam tak kena. orang yang buat kerja sambil lewa, ibarat berbatuk-batuk di tepi tangga. macam tak make sense. haha..
lepas itu dengan semangatnya, ayah buka kamus dewan bahasa edisi ketiga maksud batuk itu :
apakah?berbatuk mengeluarkan nafas dari paru-paru dgn keras dan bising bunyinya
lepas itu cari ejaan batok pula maksudnya:
1. tempurung; 2. Id sukatan beras (lebih kurang satu kal); ~ kepala tengkorak.
orang zaman dulu nak masuk rumah, ada tangga. ada tempayan berisi air basuh kaki dan pencedoknya adalah tempurung. lepas itu orang yang nak masuk rumah, yang pemalas..dah basuh kaki, campak tempurung di tepi tempayan, tak letak elok-elok. itulah, melepaskan batuk di tepi tangga. bukan-bukan. melepas batok di tepi tangga. barulah make sense kan? tengok cerita p. ramlee nujum pak belalang pun dah boleh nampak aktiviti basuh kaki tepi tangga rumah sebelum masuk rumah.
apalah dia ini merepek. ini adalah pemikiran mengikut logik. iyalah. takkan orang yang terbatuk-batuk kong kong kong di tepi tangga, macam orang buat kerja tak selesai. haha..saja.. nak berfikir. sila jangan percaya.
tapi orang eja batuk, batuk macam batuk itu, bukan batok. makanya, semua orang ikut. sampai sekarang. seperti taqlid buta. macam kita buat sesuatu main ikut saja. tak kisahlah dalam ibadah mahupun kehidupan harian. itulah, kadang-kadang itu, kita kena juga cari apa pasal kita melakukan sesuatu itu.
ha ha okay okay. sila drop the topic sekarang juga!
saya ada kerja rumah melukis oral radiology. macam kerja sekolah dulu-dulu. tapi lukisan kali ini bukan lukisan pasu bunga atau permandangan rumah saya. tetapi lukisan hitam putih satu set gigi manusia.
tapi baru lukis separuh. maknanya saya sedang melepaskan batok ditepi tangga. (sengaja nak aplikasikan)
pagi ini buat nasi goreng. dengan kicap pedas dan tabur telur scramble. dengan nugget semalam. saja tambah side-side dishes sebab nasi goreng begitu simple tak ada sayur langsung. (dah terbiasa dengan ayah yang begitu cerewet tentang makanan. kalau goreng nasi, mee atau bihun atau apa saja mesti ada sesuatu sebagai tambahan. tak kisahlah apa, telur, nugget atau apa2 sebagai side) dengan hot choclate van houten bawa balik dari malaysia. minum 2 bulan sekali saja sebab kena jimat. ada 8 paket saja satu kotak. ha ha. kedekut sungguh.
merepek saja pagi ini. menghilangkan stress. kawan-kawan sudah keluar pagi-pagi lagi dengan urusan masing-masing. sebenarnya ada kerja lain.
okaylah selamat pagi. dan bye.
6 komen disini:
ko ingat ko karam singh nk buat peribahasa sendiri?
weh weh ko makan kicap pedas jugak ke?aku suke weh tapi aku suke yg blend cili api+garlic+kicap. sedap woo
eleh, karam singh tak karam singh. test bakat peribahasa haha
weh!!! same ah.! camtu lah aku wat blend suma tu.. tapi aku tambah picit limau nipis. bagi masam sikit. n bau limau sikit. haha ni resepi mak aku bagi..
sedap giler kot kicap pedas tuh.kat sini susah nk jumpe limau so x letak ah.tapi kalo ade kicap tuh nasik kosong ngan ayam goreng kunyit pown bole smpai 2 pinggan
ko tanam je pokok limau. nanti test ah letak limau. aku rasa die kurangkan sikit bau bawang putih. haha tak sangka ko suke. sebab aku 1st tyme n selalu makan mak aku wat je.
eh..aku rase la kan, ko br siap separuh, taleh kot nk bg peribahasa batuk2 ni..lain la kalu ko dh siap tp cincaiii gilaks..hihi..
dh jwb dh pertanyaan ko kenapa ko sdh n lonely..
thanks. da bace dah jawapan ko..tq balqis. terharu seyh huwuwuwuwuwu~
aku smpai ari ni xsiap2 lagi.haha
Post a Comment