post ini mungkin agak panjang. tapi taknak tulis dengan panjang lebar. tapi letak visual bagi senang faham. ramai yang macam tak percaya gigi berlubang (caries) boleh menyebabkan kematian. adalah seorang ini bertanya macam mana caries itu boleh buat bengkak dalam rongga mulut kemudian menghalang pernafasan dan sebagainya. inilah puncanya:
kemudian. abcess dalam gambar di atas yang mengandungi bakteria akan tersebar ke tisu-tisu berdekatan. bagaimana ia boleh menyebar? sebab dalam pulp ada salur darah yang membawa darah ke mana-mana di dalam badan. jadinya infeksi ini akan bertakung di spaces yang berdekatan gigi. lalu berlaku inflamasi, lalu membengkak. spaces yang terlibat seperti sublingual spaces, submandibular spaces (ini yang common). bila berlaku pembengakakan bawah lidah dan di salur pernafasan di trakea. ia menyekat udara masuk. lepas itu pesakit tak boleh bernafas. nak tak nak terpaksa buat bantuan pernafasan seperti menebuk bahagia tekak seperti dalam televisyen yang kita selalu tengok.
memula ingatkan seperi double chin biasa. tapi sebenarnya ia adalah infeksi.
kawasan berwarna biru, kawasan infeksi yang telah terinflamasi. lalu beri tekanan kepada lidah dan menutup salur pernafasan.
apa pun sekiranya anda seperti rasa sakit, demam, rasa tak sedap dalam mulut, gusi bengkak dan kemerahan, dan banyak lagi tanda-tandanya, silalah berjumpa doktor atau dentist berdekatan.
makanya kalau gigi berlubang, jangan tunggu hingga 8 tampalan dan 3 rawatan akar baru nak pergi jumpa dentist sebab dapat diskaun kalau tampal sekali banyak. ianya berbahaya.
itu sajalah post ringan sebagai pemanasan otak hari ini. sekian.
2 komen disini:
owh i tot antara geniohyoid dgn mylohyoid xde space.hehe kantoi blajar x abes lg huhu
haha ade2..ak pun br tau masa blaja penyakit ni.
Post a Comment