Friday, 20 November 2009

geram

what whut?
ceh, title nak exaggerate aje dia.

oh, hi.
pernah tak rasa macam. masa sekolah dulu. ada presentation atau group discussion. balik dari discuss rasa sangat geram. bukan dengan orang lain. tapi dengan diri sendiri sebab tak bagi yang terbaik.

atau

kita tahu tapi kita tak boleh nak explain. dalam kepala ni banyak sangat nak terangkan. tapi tak boleh keluar. geram tak? tak? ceh tak supportive langsung. geram ahh!

lebih-lebih lagi, ada orang lain yang macam pandai explain tapi kita tahu dia tak study sangat. sebab kita dengar. apa yang dia cakap itu semua orang dah tahu. cuma cara dia cakap macam confident. dan nampak macam kita sangatlah tak pandai. geramnya. okay dah. habis mood geram.

lepas itu kan. cuba cari punca. kenapa nak geram pula. itu sebab kita tak mampu nak explain. tak cukup latihan lagi. asalkan kita tahu. biarlah orang lain. heh. haaa...apesal nak geram? ni mesti sebab nak orang nampak yang kita sebenarnya pandai ape? oh, nak riak dengan apa yang kita tahu eh?

lupa ehh dulu-dulu pernah tulis pasal pentas dunia. diam tak bererti tak pandai. diam itu buat kita lebih banyak mendengar. dan berfikir. tiba masanya, gunakan lidah untuk berhujah. berjalan biar tunduk. bukan mendabik dada untuk mempamer bestari. luahkan kepada semua kebolehan akal. tak2. bukan cakap pasal kamu, atau kamu. saya sedang cakap dengan saya.

jangan nak terasa.

jangan memperbanyak perdebatan dalam semua urusan walau dalam bagaimana cara pun kerana mempamer kepandaian dan apa yang dinamakan riak itu tidak akan mendatangkan kebaikan. *wasiat imam HAB*

sekian. sila terasa kalau nak.

eh, satu kebaikan menjadi pemerhati bebas lagi ialah, kita akan jadi pendiam sekejap sambil berfikir. dan menganalisa. contohnya lah kan. contoh. setelah membaca kembali post sebelum ini tentang kenormalan human behavior pada diri sendiri. baru terperasan sesuatu.

ya, betul lah kata kamu. tentang berbaik sangka dengan diri sendiri serta orang lain. dan lagi satu. sifat mahukan diri sempurna di mata orang lain. itulah agaknya. dan ya lagi satu. hmm.. itu sajalah.

lepas nampak itu, ada dua perkara nak buat. pertama, nak delete post itu dan sembunyikan diri sendiri. kedua, biarkan post itu tersemadi dengan aman di sini tapi bertindak. at least berfikir sesuatu juga. keputusan dibuat dengan pilihan kedua. insyaALLAH.

kembali kepada tentang geram tadi, nak berkongsi tak apa. tapi bukan untuk nak buktikan kita paling betul antara semua. kalau rasa macam ada lain macam dengan hujah, cari jawapan sama-sama. buka buku sama-sama. heh tiada siapa betul tiada siapa salah. sebab bukan kita yang mengkaji, kita pun gali dari buku yang orang lain tulis. entah betul entah tak.

okayla. tu je nak cakap.

saya akhiri dengan peribahasa melayu yang tak berapa feymes untuk diri sendiri, tapi boleh lah sikit-sikit.

*Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh*


sekian untuk kali kedua. wassalam.

14 komen disini:

+black.angelz+ said...

Hmm,btul gak..
Tp,kdg2 slalu org slh tafsir bler kita lg senang diam dr menjawab..

Nooreena said...

Selalunya akak jadi silent reader je, tapi hari ni akak 'bersuara' because i decide it is so. ;) Bukan untuk riak atau apa-apa jua alasan yang mungkin relevan di fikiran. Niatku untuk meninggalkan secebis ayat agar kamu bisa terkenangkan daku yang jauh di Tanah Melayu. Cewahh~ *ayat-tak-tahan!* keh3.. xD

PS: Enjoy reading your stories! *siyes* :)

Balqis Riza said...

setuju sgt!

ayah aku selalu ckp jgn riak..dia ckp, hatever u do, dont congratulate yourself too much..u’re not that good...

~*puding caramel*~ said...

black angle: hehe.betul juga.

~*puding caramel*~ said...

kak erin: haha akak ni xboleh belah la. selalu buat ayat2 macam ini. tak2 tak riak pun. komen kak erin menceriakan hari-hari saya! ^___^

tQ sebab visit. really appreciate it evetho merepek jugak kadang2

~*puding caramel*~ said...

balqis: dont congratulate urself too much because u are not that good. nice quote though. ^___^ nak pinjam!

hansuke said...

kadang2 jeles tgk org lagi bagus dari kita bole buat kita lagi nak buat yg terbaik. kalu dah jumpe confident dalam diri dah bole berckap dgn bersahaja dah tak perlu dah nk tgk bagus org len tu.
maybe it wasn't ur day, kalu hari len maybe u could of done better?..:)

manusia yg riak sbrnya tak berpijak pada dunia yg nyata. dia lupa akan pencipta, siapa yg memberi. hopefully kita tak tergolong dari org yg sedemikian. InsyaAllah.

~*puding caramel*~ said...

betul2. cumenya, macam terfikir. kenapa nak perlu rasa macam stress pula bila kita tak boleh nak voice out apa yang kita tahu. but then xpuas hati juga dengan orang yang ulang balik apa yang kita cakap tapi bila dia macam ckap confident, nampak mcam. ah, u know what i mean. ceh

but then, alahai. sabar je la. maybe ure right it wasnt my day. i should try harder next tyme. thanks! ^___^

hansuke said...

haha. i know what u mean. u're just disappointed in yourself thinking that you should of done better because know u can. everyone is an equal being. don't let people make u feel u're less better than they are.

actually everyone feels like that once in a while. it's natural to feel down. but it's most important to realize our weaknesses and then at later days we can approve ourselves to become a better person.

silence doesn't mean u don't know things right? i think that quotes is from your post. u should bear that in mind always..:P

~*puding caramel*~ said...

well i must say i agree. sometimes we see something in little ways, like when our plans is not up to our expectation, and we discover that everything we really want is there actually.

i should take it as a learning process right?

haha u sound like my father. it makes me feel much much better. dont take this the wrong way. :p but i really appreciate it. ^__^

Balqis Riza said...

*Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh*

suka ayat ni~

~*puding caramel*~ said...

peribahasa tu. aku baru je jumpa dalam kamus dbp haha. macam make sense juga letak untuk entri ni. jarang dengar kan.

hansuke said...

"i am your father". (dialog movie star wars haha)

well, everything is a learning process i guess..:P

~*puding caramel*~ said...

haha.. :))

think so. everything happens for a reason