Friday, 13 November 2009

puisidra

hahaha..
tak manis betul muqaddimah dengan gelak tiga dekah.

hari ini hujan. hujan yang basah. bukan hujan yang baunya dan suasananya di sukai. tapi suka juga sikit. [putar deyy~] cuma basah. beri effect besar juga kepada mood.

lepas itu mengundang kelkatu.

hari ini buat pertama kalinya. menjadi juri untuk pertandingan puisidra. tapi bahagian puisi. sebenarnya, dah gelabah ayam sebab bukannya pandai berbahasa. berbudi sikit-sikit boleh lah. ceh

disebabkan hujan. terpaksa meminta tolong diba hantarkan dengan motornya. nak naik ojeg. mak dah haramkan sejak jatuh di tengah jalan raya hari itu. izza dan fatinfarhana pula AJK. kena pergi awal.

yada yada..
dah happy sebab dah habis. memang pulun cari dan recall balik komsas dan gaya bahasa. recall cikgu asmadira selalu cakap apa. dan macam mana beliau komen sesuatu ayat. recall recall..

gramatis, diksi, metafora, personafikasi, err...teeettt! 4tahun dulu kot~

bagaimana saya nilai. erm saya lebih suka menilai bahasa. perlu tepat atau gramatis dan penyampaian puisi berkesan ketika saya baca dan berkesan juga ketika melihat pemuisi dan pelakon berlakon. keberkesanan itu senang kot sebab saya sensitif.

disebabkan saya melihat keseluruhan isi dan bahasa. saya dah senaraikan 10 point untuk diambil kira. setiap satunya 5 markah untuk markah penuh. rima, irama, kaitan antara baris, rangkap, penggunaan komponen sastera dan sebagainya. semua saya cari dalam setiap rangkap.

ketika penyampaian. saya tak baca puisi peserta. tapi menonton adakah apa yang cuba disampaikan itu berkesan. dan sama seperti apa yang tertulis.

puisi perlu beremosi. menyentuh jiwa dan bukan sekadar penulisan. hehe.. ini juri awam yang tak pandai mana tapi suka komen itu ini. orang suka komplen. memanglah suka komen. kan?

segala komen dan markah kena rahsia. tapi apa pun last sekali. baru kenal penulis belog "voice of my heart". selama ini baca je. tapi tak kenal penulis. beliau pun juri bahagian puisi juga.

"akak ini yang blog puding caramel itu eh?"

erk. monolog dalaman masa itu. serius nak tukar nama. tetiba terasa macam bagi nick bajet comel pula. haha. segan pula. senang juga bekerja dengan beliau.

dapat makanan free dan err apa pun kesimpulannya. pengalaman ini kira berharga, sebab tak pandai puisi dan bahasa tapi ada pengalaman ini. (macam ayat karangan KBSR pengalaman yang tak dapat dilupakan) walaupun pengacara majlis salah sebut nama. but tak apa. sebab sejak tadika orang selalu salah sebut nama. dah biasa dah.

apa pun, peristiwa klimaks hari ini

payung hilang.

cerita pagi
lab operative dentistry. sangat best. kami semua perlu preparasi untuk gigi premolar. gerudi cavity sebelum tampal. dr ayu selaku coordinator cakap jangan kejar markah. tapi buat kerja yang terbaik. jadi dentist biar pesakit cari sebab hasil kerja kita bagus. sampai bila-bila pun pesakit ingat.

suka lah dr yang bagi motivasi. baru seronok nak bekerja. tak kejar markah tapi practice.

lepas lab. periksa nutrition. heh. tragis betul. lepas lab 3 jam gerudi gigi. tetiba perah otak pasal micronutrient marmolecule segala. heh by the time tengah cuak nak tunjuk gigi yang prepared hilang semua nota yang dah baca sebab takut dengan dr ayu. nasib baik mood beliau okay hari ini. phew~

othodontic (cerita rabu)
nak tahu tak. bending wire kan belajar dari utube. sebab dah lupa apa lecturer demonstrate 3 minggu lepas. belajar dari utube boleh pause rewind foward. senang faham. lepas itu hantar. doktor kata salah. rupanya video youtube itu yang tahun 1976 punya. terkeluar silibus buat retainer. makanya. silakanlah puding. ulang semula semua wire yang di bend.

kulit jari dah macam kulit kaki dah. tapi tak apa. asalkan boleh jadi pandai. sabar. bersusah dulu tak apa jangan bersusah kemudian. cey~ cakap kat sini senanglah. time lab. tak boleh nak cakap apa stressnya.

symmetrical, halus. kire perfect la 98%.
bukan saya buat.


ini saya buat.
heh
huduh
semua salah playar
(ceh, in denial)

p/s: thanks to fatin farhana and izza. korang tahu kenapa ;) tiihihihi~

2 komen disini:

hatim a.r said...

aku tak dpt bayang ko jadik juri hahaha kalau puisi tu sedih giler mesti ko dh menonggeng menangis kt situ hahahahaha

~*puding caramel*~ said...

tak baik la ko ni hatim. gelak plak. aku profesional okay. tak adalah nak menangis depan orang ramai.

:P