Sunday 15 November 2009

rindu waktu itu 2

"tiada sesuatu yang membuat kami bersikap seperti ini,
selain rasa cinta yang telah mengahru biru hati kami,
menguasai perasaan kami,
menguras habis air mata kami,
dan mencabut rasa kantuk dari pelupuk..
kami adalah milik kalian wahai saudara-saudara tercinta..."

(hassan al banna, da'watunna)

sambungan dari rindu post ini

tadi ketika liqa', satu naskah kertas salinan muqaddimah zilal dibincang. belek-belek, banyak kesan coretan hilighter, dan nota kaki tepi-tepi kertas. satu perenggan ada tertulis kat tepi die "E mesti baca ni!: --> dengan anak panah.

teringat lagi, salinan muqaddimah fi zilal ini pemberian kak E kepada saya. ini sebenarnnya kepunyaannya. semasa beliau datang kerumah. tahun lepas. satu buku siti khadijah ada pesanan juga di muka depannya. teringat ini buat saya rindu.

melihat coretan kiri kanan, buat saya teringat banyak pesanan dan banyak perkara. *sigh* ruginya kalau saya lupa.

ada satu lagi daurah di lembah klang. saya minta izin dari emak dengan ayah. yang paling terkejut. ayah saya. sebab pelik. selama ini minta izin nak pergi keluar jumpa kawan-kawan tengok wayang, main-main, shopping, makan. tak pernah minta pergi program dua tiga hari. memang betul-betul insist pula itu nak pergi. kebetulan ayah nak balik kampung kedah masa itu.

saya macam nak merajuklah. sebab saya minta izin sejak sebulan, masa dekat bandung lagi. haha. semangat betul

tapi jujur, sebenarnya saya pun tak tahu kenapa semangat nak pergi sangat. sebab best ke. sebab dapat kawan baru ke, sebab apa?

tapi memang nak pergi. kat sini saya jumpa dengan ramai student dari jepun kebanyakannya.

pelik tak, kenapa kak E nak saya betul-betul kuat. bergaul dengan orang-orang hebat. ambil tahu dan ambil berat. padahal saya bukan siapa-siapa.

bersambung...

2 komen disini:

Anonymous said...

salam liyana..
apa khbr?..

haah daurah tu liyana jumpa dgn ramai student jepun kan..termasuklah akak...kalau liyana nak tau sebenarnya, kami2 yang dtg waktu tu sgtlah hijau lagi dalam tarbiyyah ni..

Alhamdulillah setahun dah berlalu, macam2 jadi..mungkin dulu ada burung yang bersayap dua..tapi sekarang sayapnya tinggal satu, terbangnya tidak seimbang..mengharap satu lagi sayap kembali padanya..

uhuh..faham ke dok eh apa akak tulis ni..hihihi..

ok liyana

moga thabat!

-saya yg dapat kertas ciri2 liyana time ice breaking

wassalam

Liyana said...

wsalam. kak R. saya masih ingat akak, kak A dari kobe dan N dari tokyo. ceh. saje nak rahsiakan identiti

walaupun akak kata kalian masih setahun jagung, ketika pmbentangan planact, boleh nampak semangt di situ.

sayap t5nggal satu, sayang kalau biar burung tak terbang. mungkin sayap yang satu pergi kerana tahu sayap yg tinggal kuat dan boleh berdikari tanpanya.

saya tulis ini pun sebab nak ingat balik permulaan saya. sebab terasa macam ade sesuatu yang tertinggal

“Kelesuan selepas bermujahadah adalah kerana kerosakan di permulaan.”

al-fatratu ba’dal mujahadah min fasadil ibtida’

apa pun semoga kalian semua istiqamah dan thabat. doa saya dari kejauhan. ^____^