Wednesday 11 November 2009

rindu waktu itu

suka hujan.
tapi bila hujan tak basah
suka baunya
suka suasananya

suka malam
tapi malam yang 'terang'
bukan yang gelita kiri kanannya
bukan yang gelap sekelilingnya
yang tenang dan cerah dalam tersiratnya

suka ramai
tapi ramai yang aman
bukan ramai yang gegak
tapi kosong isinya

suka juga sendiri
sendiri tapi terasa dilindungi
disayangi dan dihargai

sejuk aku tak suka
tapi tak bermakna aku senang bila panas.
yang sejuk hatinya beku
yang panas lancang katanya

bila nampak senang
tak bererti suka dengan semuanya
lafaz biar disimpan
hipokrit kepura-puraan?
aku lebih senang begitu
dari zalim menjadi laku
[ini bukan puisi]

teringat waktu itu. semasa saya baru saja kenal ukhwah. okaylah. cerita dari awal. saya mula tersedar kosongnya hati ketika Allah tunjukkan nikmat sabar masa sakit. kali pertama kenal islam sebenar masa pergi program sejarah. hati terbuka dan terfikir betapa ruginya diri sebab lambat. lambat tahu semua ini.

lepas program ini. kenal dengan kak D. beliau kenalkan dengan kak E yang masa itu belajar di ireland. masa itu baru kenal dengan kak E. start itu dah suka dengan kakak ini. lama-lama kami pun buat usrah online. dengan kawan lain. ingat lagi. liqa pertama kami tentang rahmat Allah. kan waktu ireland dan indonesia berbeza jauh. beliau masa itu dah clinical. kerja. balik kerja malam itu. terus buat usrah online dengan kami.

masa itu dah start rasa dekat dengan kak E bila dia bagi liqa yang seterusnya tentang surah duha. tak terfikir pun maksud tafseer surah itu sangat mendalam. since itu surah duha jadi favourite.

macam pelik. sebab suka usrah. happy pula tu. padahal dulu. sanggup menyorok bawah katil masa kat matrix. lari ikut pintu belakang sebab nak lari. geli gila dengan diri sendiri yang pelik bebenar. lagi suka penat lari dari pergi je duduk dalam surau. pelik kan? padahal bukan susah pun.

then, lama-lama.. balik cuti final dua bulan. contact kak E kat malaysia. then kami pergi daurah kat malaysia sama-sama. masa itu tak pernah jumpa. tengok gambar je dari ym. then die jemput kat rumah. ingat lagi masa awal-awal dulu dia kata "yana tak takut ke akak colek yana ni. percaya ke kat kak E?" i was like...huh? haah ehh..apesalla aku ikut akak ni selamba je, kena jual ke kang. kenal dari ym je kut. aku bukan suke pecaya2 kat orang ni. (monolog dalaman) wondering..she's really something ah kiranya.

pastu kami pun pergi daurah. sampai-sampai je. memang dah...wooo~ ape pasal suma orang pakai tudung labuh nih. tapikan tak ada seorang pun ignore atau pandang slek. tapi macam baik sangat-sangat like kawan baik masa sekolah rendah dulu. phew~ entah lah kan. rasa senang sangat. tak lah rasa insecure or apa-apa. sebab dari dulu macam ada satu perasaan. yang macam. orang yang 'baik-baik' tak suka kawan dengan orang yang bising and hoohah. perasaan prejudis itu macam dah pudar lah sikit.

masa itu yang join, student yang study dekat UK ire mesir jepun rusia france yang cuti. so macam kenal-kenal je la. then dengar daurah. but nak jadi cerita. mula-mula rasa macam seorang. tapi tetiba rasa macam adik beradik pula. yang paling ingat, masa tidur. tak ada selimut. tapi bila bangun, tetiba ada selimut. ada orang selimutkan. tak tahulah nak cakap apa. magic. terharu gila kut. yelah, cuba secara logic la kan. ade ke orang yang baru kenal. tetiba concern sampai orang ini tidur berselimut ke tak. pastu siap selimutkan. tapi sampai sekarang tak tahu siapa.

masa ini saya baru kenal kak N sebab satu group masa kelas bahasa arab. nanti cerita pasal kak N. pengisian yang diberi masa ini banyak pasal pengisian hati. bukan ilmu. agak-agak orang yang baru lepas terbuka hati dapat shahadatul haq tetiba dapat pula pasal ghozwul fikri pula, macam mana semangatnya.

bila kenal dengan semua. macam..entah tak tahu nak cakap macam mana. masa ini dah start rasa sayang dengan semua orang. baru tahu manisnya ukhuwah itu. bila solat bersama terasa dekat. entahlah. tak pasti ini kah ukhwah kerana Allah orang panggil itu. rindu waktu itu. sesungguhnya. perasaan bila berkumpul rasa nak solat sama-sama lagi. nak dengar kakak imam itu baca surah macam misyary lagi. merdu sangat. nak baca matsurat sama-sama lagi...ini ke ukhwah dan kasih sayang kerana Allah itu?

bersambung...sebab dah set masa...

6 komen disini:

hatim a.r said...

aku suka bau hujan baru turun atas tar hehe.
alhamdulillah i like the new yana haha.tapi kalau kurang cuak dan menangis fuh boleh jadi tokoh maal hijrah taun depan

Hakim Hamid said...

Bau pasir kena hujan pun sodap.haha

Balqis said...

Alhamdulillah. Maniskan?

Jaga elok2 ukhwahnya. Sayang once terbuang.

lama tidak singgah ke sini. Rindu juga alahai, pada zaman-zaman membaca dan menulis komen di sini. Tentang gigi. tentang Somchan (ada lagikah dia?). tentang indonesia. dan ya, paling seronok, tentang kamu dan rakan-rakan.

terus menulis ya Liyana. ^^

Liyana said...

hatim: best kan bau hujan.
haha sengal la.. boleh plak tokoh maal hijrah.

erm. akan cuba kurangkan insyaALLAH. huwu~ sebab nak jadi tokoh maal hijrah. :p

Liyana said...

hakim hamid: kesimpulannya bau hujan best lah ^__^

Liyana said...

kak balqis: dah lama sangat akak macam berdiam diri. rindu sangat. semangat nak menulis pun dah berkurang bila dah semakin ramai blogger yang baik macam semakin perlahan penulisannya. ada yang berhnti terus. kak balqis jangan lah berhenti ok..

somchan dah gemuk sangat sekarang, tak tahu lah apa yang dimakan sampai sihat sangat macam itu.

terima kasih sebab selalu memberi semangat :)