Tuesday 24 November 2009

terasa macam dah lama juga tak buat laporan harian kat sini. banyak sangat benda kena buat. hari itu sabtu, saya pergi dinner di hilton dengan TPM. heh. tak ada gambar. tapikan tak best pun. sebab pada malam itu banyak betul perkara-perkara sedih berlaku. tapi tak nak lah tulis di sini. buat malu saja.

tugasan juga banyak. saya pun tak tahu nak bahagi masa macam mana. sebab segalanya bertindih. periksa dan presentatation serta lab yang ada 5 itu. dawai terutamanya. adam's clasp sudah 8 dirijek. tapi tak apalah. saya taknak mengadu banyak tentang sekolah di sini. sebab saya tahu boring. lagipun ini macam normal.

fb pun saya deactivate, hehe. bukan sebab konflik dalam diri atau apa. saya rasa terganggu saja. tapi nanti dah stabil activate balik.

dan err.. macam random saja isi kali ini. saya terfikir. nanti bila dah habis belajar dan kerja, adakah hidup saya akn jadi macam ini. sampai dah tak ada masa nak kemas bilik yang betul2 kemas macam mop cuci toilet yang betul-betul cuci itu. sekarang setakat sapu pagi-pagi sebelum pergi kelas saja.

buku cerita pun tak sempat nak habiskan.

sebenarnya saya tak pernah sepenat ini. semalam balik lab, bersiap pergi ceramah korban. masa nak balik, nak jadi cerita, adalah satu makhluk ini yang saya agak cuak juga. masa itu pukul 10 lebih malam. tetiba makhluk itu macam euphoria semacam excited nak dekat-dekat dengan orang. saya dan menyorok belakang izza, pejam mata.
tabbat yada abi la habiwatab

yana, dah la. dia dah pergi. tuan dia panggil.

ceh buat malu saja. ketua saya, ketua biro sukan tetiba ada kat situ masa itu. saya dah ada pengalaman buruk dengan makhluk seekor ini dulu. hah taknak ingat. balik saja menoneng-noneng. dah 12 malam lebih. kerja presentation kena siapkan. bangun jam 330. lepas solat subuh dah tertidur atas lantai. kelas pukul 7.

apalah nak jadi. masa dan makan pun dah tak teratur. mata pun dah macam mata panda. memang penat sangat masa lecture tadi. ada lebih kurang 20 penyakit nak kena ingat untuk kelas tadi.

apa pun tetiba class pukul 12 cancel. tapi tak terus balik. lawat kawan sekelas admited hospital sebab hepatitis A. semoga dia cepat sembuh. then balik. qada tidur.

usrah. sekarang tengah tulis ini. walau begitu, saya ada juga berlegar-legar baca blog orang. banyak benda nak cerita. tapi nanti panjang. macam syok sendiri pula. sekarang masa itu macam sangatlah cepat berlalu. sempat ke nak kejar.

oh ya, untuk raya haji nanti banyak sangat plan dalam kepala. harap dipermudahkan segala urusan.

bosan kan?

ching

2 komen disini:

hansuke said...

eh, takde tajuk entry ni.

bidang professional memang penat. awak ni bakal jadi doctor kan? semestinya la penat. well, we don't want anyone getting treated by the wrong medicine do we?. hehe~ so keep up the good work, at the end of the day i bet it's worth the hassle.

p/s: byk sgt aktiviti kamu, manenya tak penat, tapi layari blog takde la penat plak kan? :)

Liyana said...

haah saje tak letak. macam random sangat. tak tahu nak bagi tajuk apa.

ada juga terfikir, mesti doctor2 kat sini rasa lagi teruk. sebab tu jadi specialist. apa pun. sabar tu kunci. nak istiqamah sabar tu yang susah.

hehe. tula. baca blog. tak pulak.. :p