saya pernah kata dulu, saya agak takut dengan kanak-kanak. sebabnya, saya takut mereka menangis, menggigit, mengamuk, dan sebagainya. sebelum kita boleh uruskan seseorang, kita kena faham mereka dulu kan? ha, saya tak faham mereka. tapi, sejak dental health promotion di sekolah rendah di sini dulu, barulah saya macam suka juga bergaul dengan mereka. comel. ini post tentang pengalaman itu klik.
saya senang bergaul dengan golongan emas. entah kenapa, saya ingat lagi dulu-dulu. saya belajar di kulim kedah selama setahun. dekat sangat dengan rumah tok. balik hujung minggu mesti nak balik kampung. naik bas tongfong 70 sen sampai depan rumah tok. heh. hebatlah. sangat best. bas itu tak ada aircond dan tak tertutup. alah, macam bas mini dulu-dulu. bunyi enjin, sebatu boleh dengar itu. tapi yang best, sepanjang perjalanan nampak rumah-rumah kampung, padang hijau pekan kecil. cantik.
selalu yang naik bas masa itu, golongan emas. bawa payung. kenapa hi lite bawa payung. saya pun tak tahu. mungkin memang saya selalu nampak mereka bawa payung. tapi masa itulah saya terfikir. satu hari nanti, saya takkan biarkan emak dan ayah bawa payung naik bas tong fong. insyaALLAH.. saya cepat tersentuh melihat orang-orang tua.
masa cuti dua bulan lalu. ayah dan emak kerja. sibuk. jadinya, kesempatan cuti saya, ini ayah
inilah satu-satunya nenek yang saya ada sekarang. dulu masa kecil, tok inilah juga yang masak makanan kegemaran gulai ketam bila cucu nak balik. nenek ini juga yang mandikan di telaga dekat kampung. nenek ini jugalah yang bersugguh belahkan kelapa sebab cucu nak minum airnya. ajar pakai kain batik. dulu, masa dia masih sihat. sekarang, hargainya sebaik-baiknya.
sepanjang bersama tok saya. memang betul kata mak su, tok dah berubah. dah lama sangat saya tak jumpa dengannya. lebih sensitif, cepat marah. maksu kata dah sampai fasa yang behaviour dia akan kembali kepada zaman kanak-kanak. saya tahu tok saya walaupun garang. hatinya baik. kalau taknak kena marah. ada tips yang perlu dipatuhi
jangan cakap dia lupa. kalau barang tak jumpa atau hilang. jangan sekalipun kata dia lupa letak tempat lain. tapi tolong dia cari tanpa sebarang omelan atau mengeluh. cari. ya, memang kena sabar. tapi ingat. kita juga nanti akan begini satu hari nanti.
teman dia. apa pun yang dia lakukan, tanam bawang, duduk dapur, sapu sampah. kita mesti take part. jangan tok tengah sapu sampah, kita dalam rumah tengok tv. tengok tv sama-sama dan bersembang bersama. saya tahu dia perlu perhatian. terlalu lama sunyi.
masa bersembang. tok saya orang kedah. kadang-kadang saya tak dapat tangkap apa yang dia cakap. tapi jangan banyak tanya. dengar saja. buat-buat macam faham. senyum tapi dengar. haha. ya, memang lawak. kalau dah pekat sangat, susah nak tangkap butirannya. tapi layan sajalah.
jangan biarkan dia buat kerja banyak. macam benda remeh pun kalau kita boleh buat. biar kita yang buat. macam cuci pinggan. sapu rumah. bersihkan toilet atau apa saja. masa dia penat, dia akan tidur. masa itulah kita buat sesuatu.
jangan buat perkara yang dia tak suka. tok saya tak suka betul kalau orang perempuan pakaian tak semenggah. ataupun anak dara bangun lambat. makanya, jangan buat. "jangan jadi anak dara penyegan". heh ini ayat dia.
adab. walaupun dah biasa, cuba jaga adab dengan orang lebih tua. masa nak lawat dia, walaupun nenek sendiri. belikan sesuatu dia suka. at least sesuatu. nenek saya suka mangga, buah delima, kacang rebus, kuaci. heh pilih nak bawa yang mana. kalau tak sempat. beli saja di R&R. ini nasihat ayah. tak kisah sesiapa pun. ini dah masuk silibus adab pergi lawat orang. bawa sesuatu. jangan bawa perut je.
rancangan televisyen juga. tok saya suka drama melayu. tengok sajalah walaupun drama astro dah ulang 8 kali. tapi bila ulang, dia akan komen yang sama. tak cakaplah dah tengok 8 kali. tapi layan saja. haha rasa macam lawak. sebab saya pun sama layan.
kalau dia marah. jangan cakap apa-apa. dengar saja. dan, kalau dah tahu diri tak pandai masak. belajarlah dengan orang macam ini. banyak tips berharga dia akan kongsi. serius. dia akan suka bila kita ambil tahu dan mahu belajar.
kakinya selalu lenguh. walaupun tak reti mengurut. ambilkan ubat. at least cuba bantu. kalau dia pening. ambilkan air dan ubat. papah dia bila berjalan. care.
bila jauh. tanya khabar.
kadang-kadang semua ini walaupun sikit je. boleh buat dia percaya kepada kita dan sayang kita. boleh share rahsia juga. pendapat kita, dia akan dengar. jarang tahu orang tua-tua nak dengar pendapat orang muda. walaupun saya balik jarang sekali, saya dapat rasa tok sayang saya. bila saya balik, mesti dia berusaha nak masak walaupun dia tak larat. masa itu, mak dan ayah balik nak ambil saya balik. tok saya macam tak bagi. dia nak hantar sendiri. fuh. haru juga. tak pasal-pasal pak njang kena turun KL.
paklang kata. tok saya dah semakin tak ingat. dia tak ingat orang lain, tapi dia ingat saya. saya terharu juga. semalam, saya telefon emak. semua dah ada di kampung. sebab ayah bertugas di penang. alang-alang melencong ke kulim. beraya.
eh, terpesong. ada suara yang tanya, saya dah jumpa semua gigi ke belum. haha soalan itu pula yang ditanya. saya dengar tok saya tanya, saya makan apa. then, saya jawablah. roti. tengah tengok korban. katanya, tok nak buat korban seekor lembu hari ini. saya katalah: waaa tok kaya ah.. then semua macam gelak. suka dengar suara semua orang.
adoi~ homesick pula.
dan yang pasti. tok saya satu-satunya insan yang panggil saya ana. walaupun saya tak suka. saya senang. ana ada sebutan macam bunyi utara sikit. heh. serius tak suka kalau orang lain panggil nama tu. entah kenapa.
mood dengar classic music dah datang balik. lagu atas ini lagi prefer instrument punya version.
p/s: kena virus sebab naive sangat pergi klik link ym. T__T tak boleh hilang pula.
p/s 2: terharu dengan donut. kau memang pandai mengambil hati.
p/s 2: terharu dengan donut. kau memang pandai mengambil hati.
8 komen disini:
gambar di atas terlalu indah.
suka senja. indah bukan
kredit untuk encik google
emosional je post kali ni?
siap ade lagu lagi..:)
tapi music ni mmg best.
best kan lagu ni?
sesuai la tu post emosional..
err betul ke post ini emosional? :p
haha.
bole tahan la.
dengan gambar dan postnya diiringi lagu yg sentimental..:P
perasaan rindu pada org2 tersyg mungkin jadi penyebab, tambah lagi duduk jauh. maybe la kot. huhu~
waaa.da rindu mek ngn cek kat rumah.terima kasih keran buat orang lain homesick juga.tp tips diatas sangat bernas.terpaksalah balik untuk summer ni.orang perempuan pakaian tak semenggah,ape maksud dia?ambo ore kelate.maaflah
hansuke: yeke. ingatkan dah habis sembunyikan perasaan dah. :p tough lagi ni.
yela, dengar takbir mlm tu biasanya tolong mak buat ketupat..sini xde ketupat palas..waaa~~
hakim hamid: saya half kelantan.(ade ke?) tp panggil mokwo ngan tokcek.
tak berniat pun nak buat orang lain homesick sebenarnya. sabar ya. telefonlah rumah.
oh, itu maksudnya orang perempuan pakaian xsopan.
Post a Comment