Wednesday, 2 December 2009

diari: :)

hari ini tragis betullah lab ortho. playar dan dawai. sebab tangan tak kuat. kali ini pegang dengan kuat, lepas itu, masa nak bend. dawai diameter 0.7 itu tergesek hujung playar yang ditekan kuat. tercucuk jari telunjuk dengan playar sekali. jari berdarah dengan rakusnya, padahal sikit je. maybe terkena arteri. sebab tak picit pun dia keluar juga. pastu dah bengkak warna biru. hah, hemangioma!! taklah. saja hiperbola. tapi betullah bengkak dah sekarang. tapi lab mesti diteruskan. dah la ketinggalan. adam's clasp akhirnya diterima dua hari ini. dalam masa 3 jam 2 saja diterima. tak apalah sebab last week satu je diterima. apa pun tq kawan-kawan bagi tisu n plaster.

tadi masa kelas radiology. tengok rajah panoramic radiograph. case pesakit. tetiba doctor tanya, apa benda yang macam tajam kat muscle pipi. kami pun teka lah, maybe itu restoration ke, guta perca ke. tapi rupanya itu susuk. ingatkan susuk ini macam serbuk, sapu-sapu kat muka je. scary ah, main susuk2. kena infection baru tahu. metal toxicity ke.

semalam punya semalam

mak call tanya nak kirim apa-apa tak. bestfriend dia nak datang sini. tak ada, sebab tak boleh fikir. haha. tapi taknak lah menyusahkan mak pula.

semalam
cik ha call sebab dah sampai sini. dia tidur rumah anak kawan baik dia. macam friendship tiga segi. mak-->cik Ha-->mak kepada kawan yang belajar di sini juga. rupanya dia tinggal depan rumah je. la tak sangka.

tapi macam terasa macam terharu sangat. dekat cik ha dengan mak. ni macam kes yang hari itu masa cikgu ana datang sini sebab mak kirim barang. tapi masa itu dia kat bandung. tahun lepas. kali ini, sibbaik depan rumah je. dah la tahun 3 ni, nak pergi beli groceries pun kena curi masa. weekend jangan harap nak rilek. dapat tok punya daging korban dengan serunding. sure mak kalut nak goreng semua2 ni. susah2 je.

call mak ucap terima kasih. heh buat susah sajalah. mak cakap, hasif kata, sure kakna menangis punyalah. haha memang pun. tah apa-apa. kakak sulung memang macam ini. semua orang pun dah tahu.

tadi
lepas lab ortho terus pergi jatos cari buah alpukat sebab mak suka itu dengan kerepek. lepas itu rasa macam tak sedap la pula orang datang tak bagi apa-apa. so, beli la something. dengan tool box 8kg memang nak tercabut juga clavicle.

then straight pergi sake sempena birthday atina. makan kat situ. mereka dah ada. nak balik dari sake, cerita pada wx pasal tragedi masa nak lintas jalan pasal motor dengan lori yang nak langgar sebab motor langgar peraturan. lintas sebelah motor yang nak lintas. pastu dia nak pintas. so terpaksa berhenti. ada lori yang dah dekat hon2 tengah jalan. rumit nak cerita sebab kena lukis. heh. pastu dia tanya kenapa u pergi seorang susahkan diri? tak lah. tak susah pun. padahal nak cerita je pasal struktur jalan itu tak praktikal langsung. sampai orang terpaksa cross macam itu sekali

masa itu terfikir, kalau kita nak pergi satu tujuan, apa-apa pun side-side disepanjang perjalanan ke arah tujuan itu tak perasan pun. sebab sayang.

pergi beli topup kat kedai pakck kiut. fotostat refference, yang lain dah balik. langkah je kaki keluar kedai. hujan turun lebat gile. payung pula hilang masa jadi juri hari tu. tak pasal2 jadi watak sampingan cerita hindustan. T__T balik terus buat kerja. sebab W nak suruh submit before pukul 5.

pergi jumpa kawan mak. sembang-sembang sikit, sebab dia dah nak balik pagi-pagi esok. balik buat kerja. dengan kad birthday girl. suka betul buat benda-benda kraftangan ini. lagi-lagi krayon.

penat pula. pukul 12 lebih baru tidur. 330 pagi bangun siapkan kerja lagi. bila lah nak pergi bersukan. tahun ini langsung tak ada time nak swim. berkarat lah skill cikgu berenang ajar dulu. eceyh. tu yang cepat penat agaknya. kurang stamina. ye la tu kot. setiap hari kehidupan semakin mencabar. maybe sebab kehidupan yang didepan itu lagi mencabar agaknya. oh, dah bulan 12. lagi 2 bulan..lagi dua bulan orang itu nak tambah setahun lagi usia dia. apa pasal rasa macam tua tapi jiwa kanak-kanak? rasa macam semalam baru lepas main masak-masak dengan jongkang jongket. *in denial* T__T

4 komen disini:

Balqis Riza said...

kirim aa roti canai..
aku rindu roti canai =(

~*puding caramel*~ said...

roti canai frozen tak best

sejak favourit dah tutup, dah xde dah roti canai dekat2 sini.

donutcokelat said...

aku bagi tisu. haha.. aku pon penah bedarah tapi kua 3 titik je. aritu aku mengamuk sorang2 dalam lab. haha. emosi. abes koyak ketas kuning aku tertusuk tang. hahaha. sorry lectuer

~*puding caramel*~ said...

kalau ko emosi, aku takkan duduk dekat. haha tak pasal aku kena sembur karang.

thanks untuk tisu.