Friday, 4 December 2009

pelajaran semalam



melihat dunia dengan mata hati

pelajaran semalam
dilahirkan tanpa apa-apa, buat kita rasa mahu berusaha mendapatkan sesuatu. akhirnya, rasa bahagia yang diperoleh itu bukan pada hasil. tapi pada nikmat usaha itu.

biarlah berada dibawah dari bila berada di atas buat kita lupa hakikat diri sebenar dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada

seseorang itu lebih menarik di pandangan mata, bukan pada apa dia ada. bukan pada harta berjuta, tapi pada kerendahan hatinya dan tahu bahawa segalanya bukan miliknya yang mutlak

;)

sunset belakang rumah sangat cantik. sawah padi yang ditengahnya ada pondok kecil untuk petani berehat itu. permandangan yang begitu cantik ini buat diri terfikir. benda yang simple ini pun boleh buat hati tersentuh. tak perlu berusaha keras untuk buat hati terasa. tapi hanya melihat sekeliling.

telitinya Allah itu menyusun segala sesuatu. Dia tahu, bila waktunya matahari patut terbenam. dimana letaknya bayang-bayang awan dan pondok. tona warna yang terindah untuk waktu senja. bila waktunya padi patut menguning dan dituai. segalanya mengikut kadar dan urusannya. segalanya perfect. subhanallah..subhanallah.

ketidak sempurnaan dimata kita, adakah sama di mata Allah?








p/s: tringat post hatim pasal, tak perlu lihat sejadah berdiri kalau nak tengok kebesaran Allah. :p

6 komen disini:

Iliana said...

betul betul~
saya suka ayat bukan hasil tapi nikmat. uhh~ memang betul~

Balqis Riza said...

betul..tak perlu byr mahal nk tgk bnde yg indah..
semua bnde yg dijadikan Allah itu indah..
hal kecik yg mampu buat hati senyum tenang tu la yg plg mahal..=)

thx yana

hatim a.r said...

wah yana thanx utk peringatan ini..siap ade peromot nama aku part last tu yg takbley blah..weh ada petua surah yg spesifik tak nk bagi rasa tenang?aku nk exam ni biase ah glabah sket plus emo tak pasal

~*puding caramel*~ said...

iliana: :) :)

~*puding caramel*~ said...

balqis: kau selalu buat aku tersenyum dengan status ko yang kdg2 kelakar tu. td aku ak nmpk ko. gigi ko ok je. and yeah, thanks sebab menceriakan hari2 org lain :)

~*puding caramel*~ said...

hatim: same2 ;) haha post ko yang itu kan, kelakar itu mmg klakar. dan aku cm tersedar juga part ko ckp xyah tgk sejadah bediri pun xpe klu nk tgk kebesaran Allah. hehe

baca surah al insyirah. tgn kanan pegang dada kiri tmpat ade jantung. tgk maksud surah itu especially ayat 5 n 6. apa yang susah sure ade senangnya. selawat. ko kan cool je hatim klu nk banding ngan aku ni. :p