Saturday 12 December 2009

kawan

kawan baik. saya masih ingat. kawan baik pertama saya masa tadika. umur 3 setengah tahun nama dia nik baizura. kedua nadiatul farhana. saya boleh bercakap awal, itu pasal masuk tadika pun awal. ramai ini nak senaraikan. sebab tadika asyik tukar-tukar.

sekolah rendah pun ada juga.

semalam. seorang kawan saya invite group sekolah rendah dulu. haha kelakarlah. baru jumpa ramai kawan-kawan lama yang satu geng dulu. wah, semuanya sangat-sangat berubah!! ada yang pernah study group bersama dekat rumah dulu (UPSR pun study group?) , ada yang dulu pernah share cerita, duduk sebelah masa lawatan sambil belajar, ada yang satu team volley, netball. yang pernah accident kena langgar sama-sama masa nak pergi handball training. ahha, yang naik basikal pergi sekolah agama. excited lagi. sebab berubah totally!!! muka juga lain. ahha, dah lama sangat tak jumpa. jaw growth ubah bentuk muka manusia sikit-sikit. application growth and development DSP3.

sejak saya masuk asrama. memang sedih lah juga tak sama sekolah dengan kawan satu geng. lepas itu, kalau pulang bermalam. selalu nak jumpa dekat pasar malam. ahha, kalau nak pergi pasar malam. MESTI ayah suruh pergi dengan pembantu rumah. itu pun kalau dia nak teman. kalau dia malas. tak boleh pergi.

lepas itu lama-lama. semua pun pilih haluan sendiri.

apa pandangan saya tentang persahabatan. sebenarnya, saya selalu rasa sedang kita berjalan atau berlari dalam hidup ini, kawan datang dan pergi. tapi tak bermakna kita lupa kawan yang pernah singgah dalam hidup kita. ingat birthday, tapi tak boleh nak wish. tapi itulah hakikat. sebab setiap orang akan pilih jalan sendiri. tak mungkin akan berjalan seiring dengan kita dalam hidup ini. saya ingat je birthday seorang seorang yang rapat masa sekolah rendah. tapi tak wish.

ini pendapat sekarang. dulu selalu rasa sampai bila-bila pun kawan baik itu adalah selamanya kawan baik. cuba, jumpa balik kawan baik masa sekolah rendah dulu. sure awkward.

ada satu kisah. adalah satu kawan baik ini. saya betul-betul baik lah dengan dia. share cerita sama-sama. semua. saya betul-betul sayang dia la kan. semua benda pun dia cerita kecuali kisah percintaan. sebab dia tahu saya tak berapa suka cintan cintun ini (masa itu). nak bagi nasihat percintaan apatah lagi. dia pun share cerita cinta dengan orang lain.

tapi memang kami cloze sangat. kami layan pink, blink 182, puddle of mudd, ja rule, ashanti. banyak lagilah. selalu belajar sama-sama. makan chocolate dengan sudu sama-sama. share cerita. langgar rules semua sama-sama. tetiba dia ada masalah. dah la dia memang tengah jiwa kacau sebab macam-macam berlaku pada dia. masalah paling besar. saya tahu. tapi saya tak tanya. sebab saya tak tahu macam mana nak tanya. rumit juga. sebab cuba bayangkan. macam mana nak tanya? sebab ini memang rumit. jarang kami jumpa. dengan jadual masing-masing yang ketat. then, lama-lama dia kena panggil ke bilik kaunseling. lepas itu dia pindah sekolah. masa itu memang sedih sangat.

lepas keluar. dia masih contact melalui telefon. masa itu, tak ada handfon lagi. so kena call telefon rumah. dia tak suka chatting pula. mak, kalau sembang lama-lama sangat tak boleh. dia tak suka. tapi kita pula dah rindu kawan itu kan. haih. itulah rasa nak memberontak sikit (jiwa remaja). tapi akur je la.

lama-lama lost contact. sebab semua pun busy. exam besar. tapi serius. lepas lost contact ini kan, rasa sangat menyesal. kali terakhir kami keluar bersama ke mid valley. first, sebab saya rasa saya tak tinggalkan satu kenangan yang baik pun untuk dia. saya rasa. especially masa dia susah. saya selalu rasa kawan yang baik. dia akan sentiasa lekat dalam memori kawan dia itu. saya tahu dia dapat straight As then pergi sekolah yang jauh lebih bagus.

satu hari. tengah dekat gate nak naik flight kat airport. tetiba cuba teka, siapa saya jumpa? dia lah!! serius tergamam gila. dia pun. dia memang dah lain. dulu macam tomboy2 sikit. skater girl, baggy pants. hip hop. sekarang dah rambut panjang. feminin. cantik. then the first thing, dia kata "kau dah kurus" "kau pun...dah feminin."apa-apalah. but then macam awkward gila. saya tak tahu nak cakap apa. dia pun.

then sampai situ je. bila kena naik flight. kami jalan ambil haluan sendiri.

sampai situ je.
sampai situ je.

dia pun sudah ada life sendiri yang lebih baik. mungkin. tahu apa saya belajar dari semua ini? kawan itu, bila kita terima dia dalam semua segi. dengarkan saja. share. mana tahu, pengalaman dia akan jadi pedoman buat kita. kita pun kadang-kadang bukan baik sangat. terimalah apa pun. dan hargai waktu-waktu bersama. itu yang paling penting.

dan lepas itu, betullah teori. kawan singgah sekejap. bagi kita belajar something. bila-bila masa dia boleh pergi. sama ada pergi terus dari hidup kita. atau pergi tapi keep in touch. tak boleh simpan sangat dalam hati. nanti sedih bila ingat balik. susah pula nak cerita kat sini. sebab macam-macam pengalaman dah saya belajar dalam persahabatan. tapi kisah yang satu ini yang bila teringat, saya rasa sedih sikit.

tak apa tak apa. hargai kawan yang kita ada sekarang. teruskan perjalanan. nanti kita akan jumpa lagi ramai orang yang akan ajar kita tentang hidup.

13 komen disini:

Balqis Riza said...

kwn baik pertama aku nama dia alia ayuni..
n mcm kisah ko..
kami kwn baik masa sekolah rndh..
then pndh tak lagi ctc..

smpai la aku berumur 17thn aku jumpa dia kt mid..
ayat first 'alia..lama tak jumpe'...
ayat dia 'bal..sjk bl suke pink?'

then tuka number..tp tuka je..msg nye tak..
spt kau ckp, awkward gila n mcm tatau nk ucap apa..
wpon persabahatn tu mmg best..main jongkang jongkit, main raounders, main guli..tp tu la..dh bsr..dh ade life lbh baik..

now even ade kwn yg bek yg melalui puberty ngn aku pon, kdg2 kami gado n ade mslh..tp kwn tetap kwn kan n memory tetap ade..

sdh lak baca entry ni~

hansuke said...

salam.

lama rase tak comment blog kamu ni.
ade je singgah tapi kepala tak berapa tenang nk bagi comment asik migrain je sb exam. hehe~

tertarik sbrnya ngn tajuk kamu kali ni. sy pon penah ade kawan baik mase kecik2. seingat sy kami selalu lepak sama2 sb duduk sebelah rumah. pastu dia pindah, jumpe balik masa form 4, pastu menghilangkan diri lagi pastu jumpe balik raya tahun ni. 10 tahun tahun x jumpe, tapi mase jumpe aritu takde la awkward pon, sembang cm hari-hari jumpe je haha, maybe budak laki lain kot..:)

sy setuju kawan datang dan pergi, people move on in life, sy pon dah byk berubah, tp masih ada juga kawan yg nk sy seperti dulu2, tapi sy dah tak bole, sebab sy tak suke live in the past, coz sometimes the past hurts..:)(poyo je bunyi nye hehe~)

bagi sy, lama2 awak akan biasa gak jumpe kawan2 lama, tpi kadang2 awrward tu datang la jugak, especially bila jumpe, dia dah ade pasangan bersamanya, ataupon mase tu kena bagi ucapan minta maaf sebab tak dapat hadir majlis perkahwinan diorg, lagi2 la awkward jumpe2 dia dah dukung anak..(jgn takut sume org akan lalui benda cmni..hehe~)

sbrnya persahabatan ni memang sesuatu yg baik dan kita tahu ia suatu hari mungkin akan berakhir sebab haluan hidup masing2, kadang2 kita sedih ia tak seperti dulu, kadang2 ada yg tak mahu 'let go', tapi apa nk buat, hidup harus diteruskan. "people come and come, thats the hardship of life, its fate"

kenangan bersama tu sbrnya yg paling penting, mungkin ade serba sedikit masa kita bersama mengajar kita pahit manis kehidupan, maybe pengalaman yg dilalui itu bole kita kongsi dgn org len pada masa akan datang atau pon dapat membantu org lain dalam kesusahan dgn pengalaman kita tu tadi. who knows?..:)

p/s: awak bukan nya dalam study week ke? rancak je tulis blog..hehe~ sy pon dalam exam week. 15hb ni paper last.

pencinta bahasa said...

salam kak..
kawan baik zati pun selalu tak cerita bab cinta2 ni kat zati..sebab nanti zati akan membebel..haha..

khairiFMJ said...

slm..liyana,akak housemate balqis..selalu jgk baca blog ni..tapi x pernah komen..but this post really touch me deeply..tq...=)=)..keep up good writting k...

Liyana said...

hansuke: wsalam
wah2!! panjangnya!!! ( 3 kali tanda terkejut)

saya rasa lelaki lain kot dengan perempuan. lagipn, pengakhiran kisah kami agak tragis. saya tak tulis lah yang tragis itu. lagipun, bila jumpa. maybe dia igt saya dah xsekepala dah kot dengan die. dulu mmg kami byk similarity. sekarang terang2 dua2 pun nampak berbeza. tp saya tahu, dia masih ada dia yang dulu. saya tahu. cuma, sebabnya..itulah yang tragis saya tak cerita itu la.. hehe

past hurts. betullah juga. lagi2 kalau ada smthng yg kita xnk pun kita buat dulu, tp kita dah buat. tp serius. entah lah kan apa pendapat kamu pasal ini. tapi ada smthng yg dlu boleh buat kita selalu rasa bila tringat, rs sgt menyesal. bila teringat je, rs nk ubah. tp mmg xboleh la kan. tp saya suka igt kisah dulu2 yg best. :)

yikes! yg dukung anak tu..woh...part yg bw pasangan, minta maaf xpegi mjlis perkahwinan. saya tak rasa lagi...tapi macam takut je.. xke rs lonely gila..

kenangan bersama adalah paling penting. itu lah yang saya belajar. sekurang-kurangnya dia pernah mencorakkan hidup kita. sesiapa pun sebenarnya. pengalaman yg dilalui boleh dikongsi. bukan untuk bantu org lain saja, malah bantu diri sendiri juga.

p/s: study week next week :) act jadual exm pelik skit.tp betulla last week exm. oish, saya suka tulis. thats y kot. ;)

p/s2: thanks sebab selalu tulis komen yang begitu membna selama ini. dan sudi berkongsi saya begitu hargainya. ini betul2 serius. :) komen anda menceriakan hari saya ^___^

Liyana said...

pencinta bahasa: zati. sama dengan akak la. haha tapi akak tak membebel la. akak selalu akan kata camni "klu ko tanya nasihat aku, sure ak akan bagi pendapat negative" hehe

Liyana said...

khairiFMJ: wasalam kak khairi :)
terima kasih sebab sudi singgah dan baca walaupun saya selalu juga merepek. hehe

thanks kak khairi..insyaALLAH..tp saya tak tahulah lagi...

Liyana said...

balqis: aku ada pengalaman dgn kawan juga. mcm tu. tp ini kwn yg macam lain. dia kata la kat aku, kitorang buat secret handshake, janji akan pakai tudung tak buka dah pasni. mase tu f3. ko tau, time tu la aku br blaja pki tudung sepenuhnya.

tp ak tataw kenapa ak lekat pakai tp start bukan sebab pasal aurat la. tp sebab promise dlm frenship. haha mcm budak2 kan. tp last2 kawan aku tu xpakai pon bla dah habis sekolah. then dia minta maaf. but aku xkesahlah. tp bila ak fikir balik. making such promises using frenship handshake. seriusly buat aku fikir 53 kali juga. haha. tp tu budak2 punya cerita. in a good way, itu start utk aku istiqamah la pakai tudung. hehe. alhamdulillah. sebab lama2 da biasa.

kita pun dah semakin besar boleh fikir sendiri. macam2 jenis orang. sedh tu mmg sedih bila ssh nak let go. tp aku pun buat satu kesimpulan. apa2 jangan simpan dalam hati. kita tak boleh bg expectatation, kkita bagi 100% pada org, xsemestinya kita akan dapat exact value. maybe less maybe lebih.

balqis. sedih pula aku ttbe bila reply komen ko ni haih~

hansuke said...

Nobody said it was easy
It's such a shame for us to part
Nobody said it was easy
No one ever said it would be this hard
(lagu colplay - the scientist)

it's a shame that this is the end of a great idealist. i hate saying good byes.

it's been fun reading ur piece of mind.

disebabkan entri last kamu takleh komen, i tot i just say farewell here.

semoga apa yg ingin dalam hidup tercapai. insyaAllah.

all the best.

Liyana said...

im no good in replying ur comments

thanks

Liyana said...

hold it! kang salah interprate plak

ill be around.

cumanya, menulis untuk diri sendiri, tak tahu lagi..

thanks sangat2 tu je. segalanya kembali kepada anda. nak reply lebih baik, tak mampu.

:)

Amar san said...

salam

ada survey yg saya tak ingat sapelah yg buat survey itu, tp dari sumber2 yg boleh dipercayailah, kata lebih kurang macam ni lah, yg kita buang kawan2 kita dalam 5 org setiap thn. 5 org ke 10 org, saya tak berapa ingat lah plak. eh eh, macam tak berapa memberangsangkan jer fakta saya ni, dahla tak ingat source pastu tak ingat figure pulak. ok back to the point, kita mmg akan selalu bertukar2 kawan bergantung kepada suasana, keadaan dan tempat kita. kawan2 yg dulu dekat, tp bila dah pindah, mungkin setahun dua rapat lagi, tp lepas2 tu masing2 pun dah makin buat hal masing2 dan tak serapat dulu. mm.. cuba kita check balik, apa yg dah jadi kat kawan2 yg rapat masa zaman tadika dulu, yg rapat masa zaman skolah rendah dulu, yg rapat zaman skolah menengah dulu.. kalo yg still contact pun maybe just via facebook jer.. itulah.. susah jugaklah nak stay close bila dah berjauh.. walaupun ada idiom kata "distance makes heart goes fonder" tp bagi sayalah, fond itu maybe bertahan setahun dua until we meet new people..

Liyana said...

amar san:

wsalam. ahha, betul2 yg dulu macam cloze sgt pun setakat fbook je. tp ade la yg still cloze juga wpon melalui fb je. kwn sek menegah kebanyakannya.

yg seklah rendah xyah cakap la. dah mmg jauh sgt. wpon add fbook then recall kenangan lama2 but mcm br kenal balik. maybe sebab xjumpa almost 8 yrs jd camtu kot.

btw, survey tu macam penah bace gak. tp xigt :p