Tuesday 8 December 2009

semoga dia cepat sembuh

post-post sejak semester ini, apa yang saya perasan, penuh emosi. serius (ye la sangat) dan macam kurang menggembirakan.

saya cuba baca tulisan lama-lama. rasa seronok pula. ingat balik apa yang berlaku sebelum ini. tentang pak agus ketuk pintu bilik sebab nak minta sewa rumah. tapi sebenarnya nak marah sebab tak ada privacy, tapi cara ekspresikan itu. exaggerate semacam. tentang harijadi izza yang kelakar. omei kucing kakak senior yang suka makan makanan orang. kisah pergi kebun haiwan (safari) pergi taman bunga, pergi pantai. belajar main ombak setelah 21 tahun baru tahu macam mana main ombak. somchan kesayangan, dah gemuk! dan.. dan.. oh, kisah pendapatan orang jual pisang ijo dan.. ah, banyak lagilah.

sebenarnya ini post emosi juga. tapi saja bagi muqaddimah ingat kisah sebelum ini yang menggembirakan. saya kasihan dengan blog ini. life is like a dream. dah segan. nama saja seperti gembira. tapi tuannya, selekeh. comot. tak jaga baik-baik.

saya nak mula kisah hari ini...

tadi, baru balik kelas. terus siapkan kerja DSP6 untuk kes bentang esok. tiba-tiba...

"selamat pagi cikgu! selamat pagi cikgu!!!" bunyi ringtone mesej masuk. ketua kelas upin dan ipin.

SMS dari Intan, tasha kena admited hospital. di bandung. saya terkejut la kan. sebab baru semalam kami bincang tentang surah duha. dental anatomy. tentang terengganu kena taun. tentang macam-macam. memang masa itu, dia dah demam. demam malam saja. tapi still ok. maybe thyfoid. saya agak je. lepas itu nasihatkan dia cek darah. dia kata dah tapi result tak keluar lagi masa itu.

pastu dah risau sangat-sangat. cepat-cepat siapkan kerja. then call cab. google map hospital itu kat mana. mula-mula ingat nak pergi sendiri je. malas nak susahkan orang. tapi tetiba fatin nad offer nak teman. on je lah. solat maghrib, cab sampai. sejam lebih baru sampai hospital. sebenarnya, saya minta nasihat fatihah. tQ fatihah.

sampai saja. nampak dia pucat. berselirat wayar jernih menyalurkan air jernih juga. dekat hidung pun ada juga. semalam boleh cakap. hari ini nak cakap sepatah pun kena ada kudrat yang berat. saya jatuh...........tak, bukan jatuh betul-betul. saya tak tahu nak describe macam mana. perasaan jatuh. entahlah. perkataan apa yang sesuai. tapi camtulah. mata dia macam dah berkaca. 1st thing saya tanya benda yang inappropriate. diagnose ini tipu je kan? tak confirm kan? (nak sedapkan hati sendiri sebenarnya) tak. infection. jantung dah bengkak sebab ada fluid. pastu dia dah nak nangis. saya pun rasa, sedih tengok dia macam itu.

then, cakap benda yang distract dia dari sedih. kita kan dah discuss pasal surah duha semalam kan..ingat itu okay? senyum. maksud saya dia angguk dan senyum. cakap pasal lain. lagipun dia tak boleh nak bercakap sangat.

saya tak pandai nak express perasaan macam ini. tapi, tak tahulah kenapa lepas dapat SMS itu, dah tak fikir apa-apa lagi. memang nak juga pergi hospital itu. biar kelas pukul 7 pagi esok. biarpun tak sampai setengah jam jumpa. tapi bila dah tengok sendiri. saya rasa lega tapi saya risau juga. tak apa, asalkan dah tengok sendiri.

maybe dia kena minor surgery esok. mak dia pun dah sampai dari malaysia. saya minta sangat-sangat sesiapa yang tersinggah kat sini dan terbaca ini...

tolonglah doakan dia cepat sembuh. sembuh macam biasa.

dia seorang yang petah dan lancar bicaranya macam debater ala parlimen. bila dia nak cakap pun susah tadi, sayu pula. intan kata dia asyik nangis je.

perasaan ini macam masa mak kena operate dulu. saya nak pergi tengok dan jaga mak, tak boleh. exam. nak dengar suara mak pun tak boleh sebab dia tak sedar. lagi okay, kita nampak dia sakit depan mata. dari kita jauh. dan tak boleh tengok. dengar suara pun tak boleh.

hm, tadi saya betul-betul berserah. macam masa cari hotel kawan mak seorang diri dulu. tak tahu hospital..alhamdulillah pakcik cab baik. jalan juga lancar. alhamdulillah..alhamdulillah..

pukul 8 dah depan rumah. alhamdulillah..

Allah permudahkan jalan..supaya saya sempat balik study..

okaylah..dah exceed time limit. seminit saja lagi...

walau siapa pun dia di mata saya, ya Allah, lindungi tasha. ameen.

:(

7 komen disini:

Tieyrratieyrra said...

Subhanallah Maha suci Allah yer kak..
Dia permudahkan kelancaran trafik tuk akak..
semoga kawan akak sembuh secepat mungkin & sediakala..
Tersentuh hati kalau ade kwn yg mcm nie..
Akak jgn sedih2 lagi..

Tieyrratieyrra said...

Subhanallah Maha suci Allah yer kak..
Dia permudahkan kelancaran trafik tuk akak..
semoga kawan akak sembuh secepat mungkin & sediakala..
Tersentuh hati kalau ade kwn yg mcm nie..
Akak jgn sedih2 lagi..

Iliana said...

Lenyapkanlah kepayahan daripadanya, duhai Tuhan manusia! Di tanganMulah penyembuhan itu, tiada yang dapat melenyapkan penyakit itu melainkan Engkaulah saja!

Ya Allah, Tuhan manusia, wahai Tuhan yang menghilangkan kepayahan! Sembuhkanlah dia kerana Engkaulah penyembuh, tiada penyembuh lain melainkan Engkaulah saja, suatu penyembuhan yang tiada meninggalkan penyakit. (Riwayat Bukhari)

sama-samalah lakukan solat Hajat untuk kesejahteraan dia ya~

Liyana said...

+black.angelz+ : alhamdulillah sgt2 sebab selalunya sini malam akan jam teruk. tapi tiz tyme ok je walaupun hujan lebat masa itu. itulah, Allah permudahkan kalau kita betul2 berserah pada Dia

dia dah lepas operate. dah kuarkan 375 fluid dalam jantung.

Liyana said...

kak illiana. Terima kasih dengan hadith di atas. sangat-sangat sesuai dah menyentuh. alhamdulillah.. doakan untuk setiap kali lepas solat dan befor tido. tak pernah lupa. mahu dia sihat seperti sediakala.

Balqis Riza said...

smoga cpt sembuh...=)

Liyana said...

ameen...