Showing posts with label aku bukan aku. Show all posts
Showing posts with label aku bukan aku. Show all posts

Tuesday, 8 December 2009

"The Lanyard" by Billy Collins



The other day I was ricocheting slowly
off the blue walls of this room,
moving as if underwater from typewriter to piano,
from bookshelf to an envelope lying on the floor,
when I found myself in the L section of the dictionary
where my eyes fell upon the word lanyard.

No cookie nibbled by a French novelist
could send one into the past more suddenly—
a past where I sat at a workbench at a camp
by a deep Adirondack lake
learning how to braid long thin plastic strips
into a lanyard, a gift for my mother.

I had never seen anyone use a lanyard
or wear one, if that’s what you did with them,
but that did not keep me from crossing
strand over strand again and again
until I had made a boxy
red and white lanyard for my mother.

She gave me life and milk from her breasts,
and I gave her a lanyard.
She nursed me in many a sick room,
lifted spoons of medicine to my lips,
laid cold face-cloths on my forehead,
and then led me out into the airy light

and taught me to walk and swim,
and I, in turn, presented her with a lanyard.
Here are thousands of meals, she said,
and here is clothing and a good education.
And here is your lanyard, I replied,
which I made with a little help from a counselor.

Here is a breathing body and a beating heart,
strong legs, bones and teeth,
and two clear eyes to read the world, she whispered,
and here, I said, is the lanyard I made at camp.
And here, I wish to say to her now,
is a smaller gift—not the worn truth

that you can never repay your mother,
but the rueful admission that when she took
the two-tone lanyard from my hand,
I was as sure as a boy could be
that this useless, worthless thing I wove
out of boredom would be enough to make us even.


Saturday, 5 December 2009

hanya dengan diam

doc macam mana mahu preparasi untuk gigi ini satu suara bertanya

bur tapi tidak terlalu dalam. di tepinya bikin bevel.

bukan seperti contoh ini ya?

bukan. buat bevel di sini.

ohh buat bulat suara lain.

bukan bulat!! bevel bevel bevel!!!

coba, apa itu bevel???! mata tepat menikam orang yang berada ditengah.

tersirap. terkejut dijerkah. aku tahu apa itu bevel tapi apa pasal aku yang kena. mood dah goyah dah. aku tahu. cuma yang aku nak tanya, kenapa contoh lain dari arahannya.

terpempam. diam.

biasanya aku suka melawan. sekarang tidak lagi. dah lama tak kena. baru tahu, dah berubah rupanya orang ini.

orang yang nampak kasar luaran. tak semestinya dia itu gagah. yang kasar itulah yang paling fragile hatinya.

yang paling lemah lembut jangan sangka lemah. biasanya orang yang lembut inilah yang paling kuat dan tabah orangnya.

oh, nama sebenar bermaksud kelembutan dan kehalusan. entah kenapa ayah pilih nama ini. mungkin bukan lembut secara zahirnya. tapi lembut jiwanya.

serius. satu hari, jika aku seorang guru. mungkin aku akan jadi seorang yang strict. kerana aku sukakan kesempurnaan. tapi bukan yang tidak mengajar lalu mengkritik. bukan yang menengking. bukan yang membuang jauh hasil kerja anak murid dan menganggap mereka pandai segala hal. takkan aku biarkan mereka menangis kerana merasa diri terlalu lemah akal untuk semuanya. aku tahu bagaimana rasanya masih merangkak tapi orang menganggap kau sudah boleh berdiri teguh dan berlari.

ya, bukan mudah mengawal emosi. sekarang bolehlah bina azam. aku tak marah lecturer. tak. aku marah sebab lain. aku marah sebab aku nampak senyuman. wajah tenang bukan selayaknya. jangan cuba menduga jiwa manusia. rumit. biar tiada yang faham. biar jadi rahsia.

adalah. taknak cakap.

*diam*

Saturday, 28 November 2009

gambar: raya dan sepanjang seminggu dua ini

dinner dengan TPM




iftar dan ceramah

tak ada gambar.

solat raya
khutbah


tengok korban


open house di grasela





tahun ini tak masak apa-apa pun macam tahun lepas. heh. dah setahun dah rupanya. apa pun, kawan-kawan memang penting. suka duka bersama. tak boleh celebrate dengan keluarga, meriahkan sendiri-sendiri dengan kawan-kawan. sebab kita kongsi rasa rindu yang sama. suatu hari, bila kita sudah pilih jalan sendiri. takkan lupa semua ini.

walaupun masa terus berlalu. sekali terluka. hati tak pernah lupa. teruk kan? tapi itu kenyataan. teori orang lupa seiring dengan berjalannya masa, ternyata salah, harga diri dan keegoan tidak boleh seiring. dan ia langsung tidak sama. ingat itu.

***

kad raya dari ihsan. terima kasih.

Wednesday, 18 November 2009

ini normalkah?

kalau anda rasa sifat dan situasi ini seperti psycho. silakanlah.

saya punya satu sifat yang cepat menggelabah. kadang-kadang boleh jadi kritikal juga. saya tak pasti apa puncanya. mungkin saya suka berfikir sesuatu perkara dengan begitu mendalam agaknya. atau saya cepat bimbang. anxiety disorder? eh, tak kot. tak.

jadinya, kalau ada satu program yang ada persembahan. jangan bagi saya tugas jaga lampu atau ajk bunyi. habislah persembahan.

contohnya, ini contoh. saya tulis sesuatu di wall facebook sahabat baik saya. selepas beberapa lama saya rasa seperti dah segan walaupun bukan ada apa pun. saya rasa macam saya jiwang. saya rasa macam saya entah apa-apa.

ini normalkah?

adalah satu situasi, pada suatu hari, masa itu baru balik dari beli jus dan fotostat nota. lepas itu singgah di kedai runcit pakcik kiut (memang kami panggil pakcik ini kiut. tak tahulah kenapa) kawan saya masuk kedalam kedai. sebab dia nak beli sesuatu. saya tunggu di luar sebab kedai itu agak sempit kalau semua orang masuk. sedang saya tunggu sambil pegang jus. tiba-tiba datang seorang berkaca mata saya namakan.. hmm.... yuyu. okay. yuyu. yuyu pun tunggu di sebelah saya sebab tak muat nak masuk.

tunggu lama punya lama. tiba-tiba ada satu perasaan inferiority spontan. self esteem merudum jatuh tak tahu kenapa. suasana macam lengang. suara orang dalam kedai saja sayup-sayup kedengaran. jadi, dari luar kedai, keadaan lengang. timbul satu atmosfera yang buat saya rasa tertekan. entah kenapa. mula bermonolog dalaman:

hmm... nak buat apa balik ni. siapkan kerjalah.

haih bilik tak kemas lagi. ada ke masa ni. kerja banyak. (start gelabah dengan kerja)

eh, kedai pakcik kiut ni boleh tahan banyak barang dia. *distracted* (sambil letak buku dan kertas fotostat kat bangku depan kedai sambil tertoleh di tepi)

ehh pesal dia ni pandang-pandang plak nih. pegilah tempat lain. tunggu dekat sini plak.

entah-entah dia pandang selipar pink striking tak kena langsung dengan baju. tak pon sweater geli. argh~ ahhah! tudung ni terbakar kat tepi ini.

ehh tak2. mesti dia ingat budak nerd mana lah yang berdiri depan kedai ini. lepas itu bawak barang penuh tangan kiri kanan.

ehh kenapa pakai spek grunge ini. alahai~ seluar koyak dekat lutut. memang sah! dah lah pakai seluar tidur.

eh, bukan lah! bukan! alamak entah entah dia tengok stoking.

ahhah!! entah-entah stoking koyak. segan gila kalau stoking koyak. habislah jatuh reputasi. asbestos. spiritus. kuvet besi hitam! argh~


perasaan tegang. dah tak selesa dengan diri sendiri.

tetiba...

pekkk!!!
(bunyi bekas air jatuh)

jus dua-dua terjatuh, tumpah. satu jus mangga satu lagi jus oren. housemate kirim pula. tercuak-cuak tak tahu nak buat apa. berderau darah naik ke muka. panas je rasa. sambil angkat plastik yang jatuh dengan jus tumpah. sekarang, bukan yuyu saja. malah semua yang ada kat kedai dah pandang. minta maaf pada pakcik kiut sebab kotorkan depan kedainya. tak pasal-pasal pula.

kan dah.. lagi malu dari stoking koyak. atau seluar koyak.

tak tahulah situasi seperti ini sering di alami oleh semua orang atau tak. biasanya ini monolog saja. adakala saya boleh sembunyikan apa yang tersirat dalam fikiran. tapi adakala tak. kadang-kadang orang tak perasan. kadang-kadang orang perasan. tapi..tapi..tapi..entah-entah saya psycho!

err...ini normal kah?

p.s: saya bukan saya sebenar.

Wednesday, 21 October 2009

orthodontic: angan-angan yang harapnya boleh jadi kenyataan



bila tengok video di atas mudah, senang dan bergaya saja orang itu bermesra dengan dawai yang pelbagai diameternya. tapi secara realiti, jangan harap nak siap selama 5 minit. berjam-jam untuk membengkok dawai. tangan tak terluka, tidak sah. pasti ada tusukan dawai satu dua. jauh sekali untuk bercita-cita mempunyai tangan lembut dan tulus seperti iklan losyen bayi. setiap hari bergelumang dengan gypsum aka plaster of paris aka simen yang orang buat balut tangan atau kaki yang patah. muka bertempek-tempek simen. uish selekeh sekali. simen ini nak buat model gigi seperti video diatas.

hampir juga berputus asa untuk melanjutkan pelajaran hingga specialist bahagian orthodontic. kenapa orthodontic? secara jujur.

  • tidak mahu terlalu sibuk tapi boleh caj rm4000 satu pesakit.(actually it based on the complexity of the treatment and the material used during the treatment..haha im not that cekik darah)
  • pergi klinik ketika ada appointment saja supaya lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga. mahu memasak sendiri dan mencuba resepi terbaru di televisyen setiap hari di rumah (cewah!!! kononnya tidak mahu mengabaikan keluarga)
  • tidak mahu on call. sebab itu tidak mahu dental surgery.
  • juga mahu mensenaraikan diri sendiri diantara muslim terkaya juga. (sungguh keduniaan. tapi tak apa..alat..ALAT..jangan lagha)
  • mahu kalahkan oprah. tak perlu jemput Dr. Oz yang jewish untuk melariskan rancangan tentang kesihatan. oh, sungguh racist sekali. (erm.. ini tipu saja)
  • mahu memastikan orang biasa boleh tersenyum dengan yakin tanpa rendah diri kerana gigi terkeluar, berlapis, atau bercakap selalu tempias terkena orang lain dan dapat menutup mulut dan mengunyah dengan betul.
  • mahu melihat orang yakin dan gembira dengan diri sendiri serta boleh tersenyum nampak gigi dengan gembira. orang lain gembira, hati menjadi puas.
  • mahu membayar kembali hutang pengajian kepada ibu bapa supaya mereka boleh mengerjakan umrah berkali-kali dan menunaikan hasrat emak yang mahu mengusahakan perniagaan telur masin di kampung halamannya, kelantan dan tinggal di sana di hari tua bersama ayah walaupun ayah orang kedah. sungguh comel perancangan mereka. (tak tahu kenapa telur masin, emak ini pelbagai..biarlah, asalkan mereka bahagia.)

okay, tak jadi berputus asa. membuat dawai ini perlu latihan. bak kata lecturer: ianya ibarat sukan menembak atau memanah. bukan sekali tembak dah kena sasaran. ia perlu latihan. makanya. mulai hari ini. ingin berlatih bersungguh-sungguh. insyaALLAH.. biarlah tangan tidak selembut bayi seperti dalam iklan, asalkan boleh mencapai cita-cita. huahua.

perjalanan masih jauh. sila berusaha dan bertabah! nak senang di hari muka perlu bersusah di hari belum muka (ini untuk diri sendiri)

sebenarnya ini hanya pandangan ketika belajar. padahal, modal membeli "dental chair" juga sudah beratus ribu. apatah lagi barangan-barangan lain. makanya, 10 tahun pertama perkerjaan, harus makan tempe setiap hari dan menaiki LRT atau berbasikal saja jika mahu kemana-mana. perlu merancang kewangan juga. haih. tiba-tiba tak jadi. nak belajar sampai habis saja sekarang. (matlamat jangka pendek)

okay. cukup dengan angan-angan jangka waktu 20 tahun akan datang. pergi belajar.

*be a good muslim by seeking knowledge*

Sunday, 18 October 2009

kisah cinta yang tak semestinya berakhir dengan kebahagiaan

hari ini saya tak akan bercerita tentang kehidupan saya di sini atau apa. ini hanyalah sekadar tulisan dan pendapat peribadi saya tentang cinta. percaya atau tidak saya sudah tonton cerita ketika cinta bertasbih 2. kalau ikutkan pendapat kawan-kawan. mereka merasakan seperti mengapa orang atau golongan yang "alim" bagi mereka seperti terdesak mahu berkahwin? saya tak salahkan penulis atau pembikin cerita kerana jangka waktu yang panjang tapi disingkatkan kepada lebih kurang 1 jam lebih menjadikan watak dan cerita memberikan fokus tentang seseorang yang begitu teringin berkahwin.

tapi bagi saya dalam kehidupan biasa pun, kalau emak suruh nikah. hari-hari emak desak tanya pasal menantu segala. siapa tak tensyen. kan? lagi satu, gambar ini


dari seorang individu muslim bergerak setapak lagi untuk bina baitul muslim. jalan dakwah untuk mencapai ustaziatul alam. baitul muslim yang menggabungkan 2 individu muslim yang betul-betul faham. tapi perlu ingat, "di jalan dakwah aku menikah", bukan "di jalan menikah aku berdakwah." itu dah silap pandang.

dan saya kurang senang bila penyampaian cerita itu yang sepatutnya beri kesmpulan yang pernikahan tanpa berpacaran (ceyh perkataan tak boleh belah) adalah lebih membahagiakan berbanding dengan perhubungan percintaan sebelum berkahwin yang sering bermain perasaan lepas itu bila gaduh saja agak emo. sakit hati atas sebab yang kecil. ye la, saya tahu, dengan orang yang rapat atau orang yang begitu dekat dengan jiwa, lebih mudah terkecilkan hati kita berbanding orang lain. let say, tak SMS kejut waktu pagi satu hari pun nak terasa sebab tiap hari mesej pagi-pagi tetiba hari ini tak mesej. maka akan berlaku merajuk sedas dua. lalu kena pujuk ( watte...ape hal bagi contoh tidak relevan ini)

lagi satu, mungkin sebab pelakon dalam cerita itu masih baru, jadi ekspresi wajah dan erm perasaan agak lawak juga. haha. tapi kali ini serius saya tak gelak sangat macam yang pertama hari itu. saya kesal saja. sebab saya tahu apa yang cuba penulis sampaikan. tapi tak sampai kepada penonton.

yang pasti, setiap orang mempunyai filosofi tentang cinta yang berbeza. termasuklah saya. saya rasa tak perlulah saya cerita panjang lebar apa pendapat saya sebab saya rasa macam tak penting dan agak segan juga. tapi senang cerita, saya senang dengan cerita hlovate: rooftop rant. saya suka cara dia tulis. tak ada orang hensem, kaya jiwa-jiwa dan ayat cinta satu muka tak habis. tak ada. ada orang kata itu cerita boring tapi itulah cerita yang bagi saya, adalah saya. boring sebab tiada kata cinta yang penuh perasaan dan jiwa-jiwa? yeah, sejak sekolah menengah hati diberi makan dengan novel percintaan yang begitu sweet dan penuh angan-angan. inilah jadinya. hidup juga penuh angan-angan. macamlah matlamat hidup adalah mencari pasangan yang hensem bergaya dan kaya raya serta bersifat gentleman, sweet dan memenuhi citarasa seluruh gadis di dunia. lepas baca. sigh sekejap sebab terfikir, adakah kisah begitu dalam kehidupan kita.

bila saya baca balik buku-buku tu semua, saya rasa. maaf untuk katakan..erm agak geli juga. saya akui juga, bukan mudah untuk menjadi seperti aminah qutb dan sajaknya dengan pengorbanannya. cuba baca kisah beliau sebenarnya itu lagi sweet dari cerita p/s i love you tulisan cecilia ahern, atau the notebook atau a walk to remember tulisan nicholas sparks, twilight yang walaupun tak logic tapi ramai suka edward cullen. atau hah! tulisan aisya sophea. cukup buat pembaca kecewa lepas baca sebab kisah hidup sendiri tak seindah novel. haha saya agak nakal juga kadang-kadang. tapi saya rasa, rahsa hati itu tak siapa yang tahu. tapi kan orang suka judge seseorang sesuka hati. sungguh saya tak gemar.

saya tak suka sangat tulis panjang lebar sebab lebih banyak merepek berbanding point sebenar. baik saya berhenti sekarang dan erm TAK boleh komen juga sebab ini post terbuka yang agak memalukan..saya rasa.

p/s: point sebenar nak bagi komen pasal KCB2. haih. terpesong pula. baca tulisan ini (klik) buat saya terkesan juga. ini semua sebab chat dengan tanty pagi tadi. haih~ ini tulisan kang dimas. pernah jadi lab assistant lab bio masa 1st year dulu.

Aneh... Melihat orang pacaran
Kenapa "berbuka" sebelum waktunya?

Aneh...
Karena toh jodoh sudah ditentukan
Kenapa pilih jalan yang salah
untuk meraihnya?

Tapi yang lebih aneh
kulihat para "aktivis"
yang katanya anti pacaran
yang selama ini dijadikan panutan
dan contoh untuk ikhwah lain
dan adik-adiknya

Terus-menerus mencuri pandang
padahal...
menundukkan pandangan
jauh lebih suci dan menenangkan

Terus-menerus mencari perhatian
Sembunyi-sembunyi SMS ini itu
padahal isinya tak perlu
Tak ada pulsa (kredit telefon)
telepon genggam teman pun disambar

Kadang juga terang-terangan
chatting dengan si dia
Bilangnya sih ada yang penting
padahal terselip niat agar bisa mendekat
Bilangnya sih ta'aruf
tapi nyaris tak ada beda (beza) dengan pacaran

Merekayasa (mereka-reka) kebaikan bagi si dia
Titip ini...(kirim ini)
Titip itu...(kirim itu)

Sangat antusias (enthusiastic) begitu menyangkut (berkaitan) dia
Tapi begitu berat
saat amanah dakwah menanti

Lupakah antum
masih banyak amanah da'wah yang
harus dipikul?
Lupakah antum dengan penderitaan
saudara-saudara kita?
Kenapa pikiran hanya seputar dia?

Tidakkah bisa antum bersabar?
Menunggu saat berbuka kelak
dari 'haraman fahisyan ke halalan thoyiban'

Bukankah masih banyak objek dakwah
yang menanti?
Mengapa menghabiskan waktu
untuk si dia?
Yang belum tentu tulang rusuk antum, ikhwah!

Bukankah dakwah harus berjalan di jalan
yang lurus?
Bukankah harus di atas
embun-embun keikhlasan?
Di tetes-tetes ketawakalan
dan di atas kesucian hati?

Bukankah dakwah hanya dapat ditopang (supported)
oleh pengembannya yang lurus
dengan sucinya hati?

Dakwah adalah sesuatu yang suci
Qod aflaha man zakkaha (Beruntunglah orang yang membersihkan diri)
Wa qod khoba man dassaha (Dan celakalah orang yang mengotori dirinya)

Sehingga orang yang berhak
dan akan bertahan dalam jalan ini
adalah orang yang niat ikhlas
membersihkan dirinya
Dia ikut tarbiyah dengan keikhlasan
Bukan karena ingin menikah
dengan akhwat berjilbab
atau ikhwan berjenggot

Dia beraksi dan berdemonstrasi
untuk menyuarakan yang haq di depan penguasa yang zholim
Bukan ingin ketenaran (fame)

Dia berdakwah ingin menuju Jannah-Nya,
Bukan ingin mendapatkan jabatan
fans atau lainnya

dush2!! ambik kau!

Friday, 16 October 2009

please stop being rude

situasi 1

aku suka makan ikan keli

erk..ko suke? euw~ groooowss

apesal?

geli ah ikan keli ikan longkang..euw huk huk

*muka ketat*

situasi 2

T_T

ek eleh, ko ni.. itu pun nak terasa..emo ah..sensitif melampau.

T_____T

***

dalam situasi pertama itu, rude. tak suka senyap sajalah. kadang-kadang manusia ini tak sensitif langsung dengan perasaan orang lain. tapi jika orang lain beri provokasi. tahu pula nak melenting.

situasi dua pula. sila faham orang lain berbeza minda dan jiwanya. cara seseorang mengenterpretasikan sesuatu juga berbeza. jadi, jangan fikir orang lain fikir sama dengan kamu. itu juga rude.

sekian.

Today before you think of saying an unkind word
Think of someone who can't speak

Before you complain about the taste of your food
Think of someone who has nothing to eat

Before you complain about your husband or wife
Think of someone who's crying out to God for companion

Today before you complain about life
Think of someone who went too early to heaven

Before you complain about your children
Think of someone who desires children but they're barren

Before you argue about your dirty house didn't clean or sweep
Think of the people who are living in the streets

Before whining about the distance you drive
Think of someone who walks the same distance with their feet

And when you are tired and complain about your job

Think of the unemployed, the disabled and those who wished they had your job
But before you think of pointing the finger or condemning another
Remember that not one of us are without sin and we all answer to one maker

And when depressing thoughts seem to get you down

Put a smile on your face and thank God you're alive and still around

Tuesday, 15 September 2009

esok balik


esok balik mesia. tak pack lagi. perkara yang paling tidak rajin dilakukan, pack barang untuk mengembara. eceyh. bunyi macam begitu adventure sekali. tak bawa balik kerepek, kuih muih mahupun brownies. bawa badan sahaja. tapi mungkin beli brownies esok sebelum ke airport.

hari itu, naik teksi. cuaca panas tak boleh nak cakaplah. bulan ramadhan. tetiba pakcik teksi keluarkan satu botol mineral yang besar. lepas itu cakap camni

maaf ya, saya ga puasa.. * bunyi air diteguk berteguk-teguk*


tengok dashboard, nama nur ahmad. erk. tak mungkinlah bukan muslim kalau dah nama nur ahmad. kalau nama masjoko agusti budiono bambang boleh diterima. mana tahu kristian. dahsyat gila. kalau ye pun. consideratelah sikit. minum depan-depan orang muda belia. buat malu saja. dulu masa kecil mak kata, makan depan orang puasa, akhirat nanti kena berenang dalam aliliur orang puasa. euw. tak sanggup. eh, tak patut tak patut. puding, mungkin dia ada masalah perut. husnuzzon. husnuzzon.

memang tak wajib puasa untuk orang bawa kereta setiap hari ke? mungkin dia gastrik.

oh yang tentang pasar baru itu. rasanya tak jadi nak tulis. dah tak ada feel. makcik-makcik kat sini baik aje. sesetengah yang pelik-pelik saja nak buat havoc depan pasar baru, ajak konco2 menyanyi lagu matta ada yang marah lepas itu cuit2 kami dengan jari. geli gila. (bukan geli yang geli hati itu. ini geli yang bermaksud perasaan yang menjengkelkan terhadap sesuatu.) sambil gelak-gelak. sayup-sayup cakap pasal keamanan dengan nada sinis. campur dengan bahasa sunda. eleh ingat orang tak faham ke. (memang tak faham pun) semua ini disaksikan orang di tangga depan pasar baru macam grandstand. orang dari tangga teratas nyanyi ramai-ramai. seorang tu datang cuit-cuit buat muka berlakon gedik-gedik macam nak menganyi kami 3 orang. dah la ramai-ramai kat tangga itu tengok. kang ramai-ramai itu baling batu ke, baling mercun atau pukul ke kan. tak balik raya. padahal puncanya. kami taknak naik teksi. lepas itu dia dah angkat barang masukkan dalam teksi dengan rakus. macam paksa. ergh~ orang kata taknak, taknak ah. jangan ah paksa. boleh imagine tak, kami 3 orang saja. di ketawakan dan dikacau orang ramai yang ergh taknak describe.

eh tercerita pula. padahal tak jadi cerita. tapi memang benci ah dengan laki itu. nasib baik puasa. rasa nak ambil gigi kapak dia buat lab nanti. sedih dan marah pun ada. pelik sebab kena jadikan kami macam elien. elien workshop. padahal muslim. duduk atas planet yang sama. berjalan guna kaki bukan guna tangan. kulit pun bukan kaler hijau atau purple. yang chinese layan lagi okay dari yang muslim. itu pun sedih juga. kata je muslim bersaudara. lagi nak cerita. lagi sedih. dengan tak puasa nya dengan gediknya. boleh tak berfikiran jauh sikit.

dah la. jangan ungkit lagi. jangan sebab seorang dua yang pelik kita nak cop semua orang sama. ingat itu. semoga mereka berfikiran matang cepat sikit. baca paper bukan paper local yang berat sebelah, baca semua jenis paper seluruh dunia. buka internet, google news. cari kebenaran, bukan ikut perasaan. assabiah sangat pun sampai buat kita berfikiran tak rasional baik tinggal kat hutan. tetiba mood bertukar nak marah. kang terkeluar perkataan pelik pula. **&%%&#&%**(*(()

berbalik mood nak balik malaysia esok. lalalala~

oh, kena study. ada exam 4 hari selepas balik raya. gigi tak dapat cari semua lagi. lagi-lagi gigi incisors. mana ada orang cabut gigi kapak yang perfect. nak taknak memang kena beli pasaran gelap. gali kubur. ergh~ sekarang ini pandang orang, nak minta gigi. dahsyat dah ni. kronik. lecturer lab konservasi kata tak boleh masuk lab kalau tak bawa gigi. huwu. tertekan. strict sangat lecturer yang satu itu. kalau muka demonstrator lab disection hatim macam gwyneth paltrow dengan liv tyler, lecturer lab konservasi saya macam muka allahyarham yasmin ahmad. fuh, serius sangat

p/s: ayah kata macam melancong. 2 minggu saja lepas itu balik beraya. uish, kawan-kawan semua balik, takkan xbalik pula.

p/s2: esok balik sendiri dari LCCT. berbuka dulu disana. bas ke KL central ade ke yang malam?

Thursday, 10 September 2009

penat je beli penampal periuk bocor tapi periuk hilang.


tajuk agak panjang dan tak ada kaitan. maaf, sudah kering idea nak letak tajuk.

semalam berjalan balik dari beli jus. tetiba tak pasal-pasal orang yang tengah melepak di tepi jalan bangun bila kami menghampiri dan berkata dua patah perkataan yang tak berapa nak best di dengar kepada kami. huwu~ dah berjalan penuh sopan pun kena maki juga. adeih. sape baca paper tahulah sebab apa tak pasal2 kena maki sebegini.

(haiwan) (perlakuan yang tak best)

contoh bunyinya begini : @&)!&& *^(!&&

tak apa. itu tak sakit pun. lainlah dilempar mercun lalu terkejut badak sehingga mengakibatkan tachycardia. ini kan bulan ramadhan. bertabahlah. azam untuk menjadi pendiam dan tenang harus diteruskan. lagipun mak pun pesan jangan lawan. buat tak tahu lebih baik.

alhamdulillah selesai juga presentation yang hari tu. hip hip hoooray! opp opp sila bertenang. sebenarnya kerja presentation ini berlarutan sehingga akhir semester ini. mencabar sekali. tentang 5 lab itu alhamdulillah. saya sangat mensukai orthodontic kerana lecturer yang baik hati dan kerja yang tenang. penat itu tak dapat dinafikanlah. tapi kalau penat tapi lecturer baik hati dengan senyum yang tak lekang di bibir. penat pun tak terasa sangat.

lab partner kata rasa nak menangis sebab terharu. iyalah, spiritus pun orang lab tu nak tuangkan. tak pernah kami di layan sebegini baik. barang lab yang diberi setiap seorang pun telah tersedia tersusun. tunggu kami ambil simpan saja. watte)(*^%%^&*(&^%^& aneh sangat!!! serius rasa nak menangis sebab terharu. macam tipu tapi ini betul!

yang terpaling the best. jadual setiap hari adalah penuh hingga petang. yeah. ini bunyi sinis sedikit. ha ha. setiap hari ada lab kecuali selasa kerana ada presentation dan mini lecture yang begitu menceriakan hari-hari seterusnya. oh, ini pun bunyi sinis juga. haha

oh internet. berjaya mendapatkan nombor telefon pakcik yang tolong belikan modem baru sekali. wah lega. kalau tak, memang tak sempat nak keluar cari kedai. sini mana ada macam strymx yang pergi daftar terus dapat modem in package. CEH.

prostodontic juga menarik sekali. entah gigi siapa saya dapat. tapi lab pertama perlu membuat jacket crown. bau gigi yang di asah seperti bau tulang terbakar. apa pun sesiapa yang nak sedekahkan gigi satu set masih diperlukan okay. pakcik jual gigi tak buka kedai kuih sebab bulan puasa. pakcik jual kuih yang jual gigi itu. macam pelik kan? tapi ini tak tipu. tak percaya tanya donut.

okaylah. sebelum saya merepek dengan lebih lanjut. lebih baik saya berhenti.

ching!

p/s: harapnya cik cekodok tidak lupa seperti peristiwa sebelum ini.

p/s2: somchan sihat! purr pun dah gemuk

Wednesday, 2 September 2009

semalam


semalam pergi masjid untuk solat terawih. sistem kat masjid ni, solat terawih 4 rakaat lepas itu tazkirah pendek lepas itu sambung lagi 4 rakaat terawih dan solat sunat witir. seriusly semalam adalah hari mengantuk yang teramat paling. dua kali lah juga pergi toilet ambil wudhuk. sebab tak tahan sangat. kak suhana dengan zati solat di tingkat atas. mak solat di saf depan. jadi, kiri kanan duduk sebelah makcik makcik yang tak dikenali.

bila start tazkirah, dengar suara penceramah jemputan semalam serius tak tahan sangat. bukak ma'thurat. baca apa yang patut sambil pejam mata. ngee~ tapi dengar lagi apa penceramah tu cakap. dia ada juga promosi buku dia. itu tak kisah lagi.

but..

ada something yang buat saya rasa sedikit itchy. bila dia kata tentang toyol masuk rumah. bila tampal poster dia, toyol tak masuk rumah. macam poster itu tere boleh mengelak toyol masuk rumah..

atau toyol yang dimaksudkan lain. bukan makhluk hijau yang mencuri yang tak tahu kesahihan wujudnya makhluk ini. atau toyol maksudnya nota jawapan yang di bawa masuk ketika peperiksaan secara haram. atau apa saja maksud selain dari itu.

walau apa pun. saya yang tak dengar atau salah dengar. tapi masa dalam kereta mak pun ada sebut juga. mak kata itu syirik. apa-apa je lah.

walau apa pun. if nak elakkan bencana ke apa. bukan sebab poster atau apa-apa jenis objek. macam dah salah bunyinya. mungkin penceramah itu sedang membuat jenaka. (jenaka? lama tak guba perkataan ini)

semalam ayah ada majlis berbuka dengan rakan sekerja. makanya, yang ada mak, kak suhana, me dengan zati. yan dan hasif dah balik hostel. sunyi sekali sekarang ini. dan sedih pula. CEH. ayah selalu ingatkan supaya menghargai dirinya iaitu kaum yang hampir pupus. seorang saja jejaka di rumah. CEH lagi sekali. lagi beberapa hari akan pulang ke bandung. sedih bertambah. tak tak. sebab nanti balik raya. tihihi~

selamat berpuasa dan selamat bertarawih!

Thursday, 27 August 2009

subjek semester depan


subjek semester depan:

1) Infectious Oral Disease
2) Non-infectious Oral Disease
3) Nutrition
4) Research Methodology
5) Exa. (I think it's examination) of Stomatonagthic System
6) Health Management

lab pula,

1) Pedodontic Lab (I think thats what he meant)
2) Prosthodontic Lab
3) Radiology
4) Orthodontics
5) Conservative Dentistry

ini sanjit yang call pak furqon di jatinangor. thanks.

terkejut badak lah jugak. lab sampai 5. dulu ada 2 pun dah melepek. apa nak jadi, jadi lah. asalkan grad jadi pandai dan cekap. kalau ikut manja diri. tak dapat ah. T___T

hari ini ayah mengamuk dipagi hari. sebab makanan tak tutup dengan tudung saji kat dapur. hah siapa yang angkat food lepas sahur tadi? hasif..izyan? zati? kakak dia tak cek ke? TAK. kakak dia lepas basuh pinggan terus pergi solat. lepas itu tak masuk dapur langsung. lepas itu duduk depan komputer cek facebook. :P

kak suhana balik kampung. tak best ah.

p/s: masa usrah, ada cakap pasal seorang di RTM cakap masa bulan ramadhan ini orang sibuk tanya berbuka dengan apa. sahur dengan apa. di status-status facebook tapi tak tanya hari ini ibadah apa yang kita dah buat? semakin banyak dari semalam atau tak. HEH

hatim ada belog persendirian. eceyh. tahniah.

Friday, 21 August 2009

ramadhan


Nabi bersabda:

Wahai manusia, sungguh kalian akan dinaungi oleh bulan yang agung dan penuh berkah; yakni bulan yang di sana ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah jadikan puasanya suatu kewajiban dan ibadah di malam harinya suatu tathawwu’. Barangsiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu amalan (sunnah) di bulan itu, maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan amalan fardhu di bulan lain. Dan barangsiapa mengerjakan amalan fardhu di bulan Ramadhan, samalah dia dengan orang yang mengerjakan tujuh puluh fardhu di bulan lainnya.”

(HR. Ibn Khuzaimah dari Salman r.a.).

selamat menyambut bulan ramadhan bulan keberkatan

terasa teruja semacam tak tahu apesal.



Tuesday, 18 August 2009

tweet tweet

"ha kamu! yang makan chewing gum dari tadi nak elakkan tidur.. perang badar tahun berapa hijrah?"


mak aih..mata garfield tweet yang sedari tadi hampir nak jadi mata kero terbuka luas. habis! kematian! tweet sebelah aku!

"tahun kedua hijarah"


"betul betul.."


bagus tweet. tidur pun excell. aku? mantain tulis apa yang penceramah cakap..

"ha, yang sebelah tu yang buat-buat tengah sibuk menulis supaya tak disoal. perang uhud tahun ke berapa hijrah?"


"err..."


"ha..takpe takpe boleh bincang. silakan bincang bincang"


"err..."


kawan-kawan yang memberi jawapan untuk membantu dari tadi tak diendahkan.. terlalu cemas untuk berfikir. bertanya. memandang kawan-kawan juga tak mampu. leher keras membatu kedepan. berbincang apatah lagi.

"wah, taknak berbincang tu. tetap pendirian taknak berbincang."


jawab je lah..jawab je..separuh berbisik. kawan-kawan dah mendesak supaya membuka mulut

"err..tahun ke tiga hijrah"


"haa..hampir tepat. tahun ke tiga yang dah nak masuk ke empat hijrah"


RIGHT!

inilah akibatnya tak habiskan baca buku dr mustafa siba'i. bukan boleh baca maraton macam buku cerita. perlu baca dengan hati.

tweet! kau lah ni! siapa suruh kau tidur time Dr. tengah cakap kat depan? aleh-aleh aku yang kena!

siapa suruh kau tak kejut aku?

hekk...aku dah kejut banyak kali dah! ya Allah sabar je lah aku dengan dia nih.

sengihan tweet menyeringai. mata dah tak macam tadi. terus segar selepas apa yang berlaku tadi.

sebetulnya apa yang di perkatakan oleh penceramah di hadapan tadi adalah tentang marhalah dakwah. dah dapat sebelum ini tapi dapat untuk kali kedua diharapkan boleh diperkukuhkan semangat itu untuk dibawa ke tempat belajar nanti. kagum aku. penceramah ini seorang doktor perubatan. tapi punya bahagian masa untuk berkongsi pengisian rohani bersama kami di sini.

Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !

kata-kata ini membuatkan aku berfikir panjang sepanjang berada di sini. bimbang dengan diri sendiri yang sentiasa goyah. bingung juga, di mana kesilapan langkah bermula? apakah permulaan yang tidak betul? secara jujurnya. aku kurang gemar membaca rintihan hati seorang dai'e yang bersedih dengan diri sendiri yang tidak kuat atau sedih dengan keadaan kacau bilau yang berada di sekelilingnya.

ya, aku tahu aku tidak layak berkata apa. cuma ini hanya pandangan peribadi diri aku sendiri. bukankah sepatutnya mereka gembira setelah mengenal islam dan tahu apa itu tarbiyah. apa yang perlu di lakukan adalah. memaksa diri ketika malas dan tetap teguh menolak bisikan yang melalaikan. aku tahu ia bukan mudah bagi seorang manusia. manusia yang baru melangkah ke suatu revolusi hidup yang cukup berbeza dari dirinya yang sebelum ini.

terfikir betapa seronoknya kehidupan suka ria dahulu. aku akuinya aku sering rasainya. tapi sekarang juga aku boleh rasa kegembiraan. kegembiraan yang sudah pasti berbeza dari dulu. siapa kata kita hanya perlu bersedih.

walaupun tak habis baca lagi buku "perjalanan hidup nabi muhammad tulisan Dr. mustafa as-siba'i. ada satu part aku baca dalam bas hari itu yang aku suka.

seseorang da'ie yang istiqamah, dia akan sentiasa tenang dan tak perlu risau dengan masa lampaunya. musuh dakwah juga tak akan ambil sandaran dari "masa lalu yang buruk".

malu untuk diakui bahawa aku juga sama. suka bersedih dengan perkara serupa. merintih perkara yang sama.

T___T

Thursday, 9 July 2009

baabun pintu


hari itu. angin begitu kuat menghempas dedaun pintu di asrama puteri. sudah menjadi rutin, di kala pelajar putera menunaikan solat jumaat, pelajar puteri diulit mimpi. itupun kalau tiada usrah dari ustazah yang menjadi warden ketika itu. jarang sekali ada.

hah, dengar bunyi ini. GANG!! kreeeeet GANG!! [ini bunyi pintu tertutup dengan ganas]

lagi beberapa minit waktu prep petang akan bermula. aku bingkas dari katil double dec [panggilan katil dua tingkat oleh eika, kawan satu katil dua tingkat] pergi buang plastik air teh ais yang tersangkut di tingkap. dibeli ketika balik kelas tadi. berjalan perlahan ke tong sampah. mamai tidur siang masih bersisa.

aku campak plastik air teh ais ke dalam tong sampah hitam di luar dorm dengan gaya menjaringkan gol bola keranjang. GOL!! bersorak dalam hati. aku buat pusingan tubuh 180 darjah berpaling ke belakang dengan penuh gaya untuk kembali ke dorm c2.4.

tiba-tiba..

kreeet GANG!!! tepat kekisi pintu kayu yang begitu gah lagi sasa fizikalnya mengena kepala. Aduh! aku hilang imbangan. terhuyung-hayang sekejap. pening lalat. cepat-cepat kembali keadaan waras. aku toleh ke kiri dan kanan. bimbang junior lalu lalang untuk ke bilik air. uish, kalau sesiapa nampak. memang jatuh standard! kakak senior langgar pintu!! KAHKAHKAH. (*&^%$@#$%^&(*&^ nasib menyebelahi diri, tiada sesiapa. syukur alhamdulillah. jika tidak, sudahlah sakit, ditambah malu pula.

tak semena-mena aku rasakan seperti sesuatu mengalir dari kening. merah. DARAH! panik! mula terasa pedih dan berdenyut yang teramat sangat di bahagian luka. aku tekup tempat luka untuk hentikan pendarahan. namun, gagal. cepat-cepat meluru ke dalam dorm. panik! rakan-rakan yang lain juga. mana tidak, darah tidak berhenti mengalir. eika, menghulur sekotak tisu. mardex dan yang lain mendapatkan aku. tanpa sedar aku menangis. menangis dengan dahsyat. tapi jujur aku katakan, aku menangis bukan kerana sakit. tapi terkejut. eh, tak. terkejut mungkin sedikit saja peratusannya. tapi yang paling aku ingat aku menangis kerana aku bimbang BERPARUT! wah, baru belasan tahun ketika itu tapi wajah sudah seperti samseng. Oh, TIDAK!!!!

mardex bawa aku ke bilik operasi pengawas ketika itu. kak ida, ketua pelajar ketika itu menyuruh aku berbaring, untuk mengelakkan darah terus mengalir. semua mengandaikan keningku perlu di jahit kerana bukaan pada luka itu agak dalam. warden bertugas yang membawaku ke klinik juga!! aku panik! serius. adalah satu dua ayat yang agak dungu aku keluarkan yang buat mereka tergelak. hah, aku tak mahu di jahit oleh sesiapa!!

cikgu warden yang paling di sayangi dan agak garang ketika itu membawa aku ke klinik. wee~ tak kena jahit! doktor itu tere sekali. adalah, cara dia merawat aku ketika itu tapi yang pasti beberapa hari juga kening berbonjol bandage. dan yang paling pasti, LUKA ITU MENINGGALKAN PARUT. tanda ingatan kasih sayang pintu dorm sebelah mahu aku simpan. mungkin. terima kasih incek pintu.

tulisan ini kenangan yang aku mahu semadikan di sini. ayat yang entah apa-apa yang aku keluarkan itu, biarlah aku rahsiakan. hanya mardex yang tahu. dan ianya sungguh memalukan. entah mardex masih ingat atau tidak aku tidak pasti.

Tuesday, 23 June 2009

i love you mr. M! oppps..

AMARAN : post ini terlampau 'pendek'. ni mesti sebab blog 3 colum. semak.



hai dan salam. oh, sebelum terlupa. terima kasih kak balqis kerana berkongsi video ini. sangat-sangat terima kasih. setelah berhari-hari dan berbulan-bulan menulis tentang diri sendiri yang entah memberi contoh yang baik atau tak. saya pun terasa lost beberapa ketika. lalu melihat-lihat entri entri lama yang berkepam. tapi masih lost lalu tersentak dengan video ini.

tujuan hidup. purpose of life. ramai yang mencari. adakah tujuan hidup ini untuk mencari pasangan hidup? atau untuk menjadi kaya raya? atau menjadi seorang yang terkenal? menjadi seorang yang dihormati? menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya? rasanya semua itu akan sampai ke mana? sebagai seorang islam. hidup kita bukan sampai di liang lahad saja. tapi kita ada satu kehidupan yang kekal dan infiniti iaitu akhirat. ah, boringlah dia ini. asyik nak berceramah

eh betullah. cuba fikir balik eh, adakah tujuan kita sampai ke mati saja kejayaannya? kata syed qutb dalam muqaddimah fi zilal alquran:

maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalaan. segala sesuatu yang di capai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di akhirat nanti.

ching! nampak tak? hah? tak?

hah itu tak bererti kamu perlu jadi ustazah. tak-tak. teruskan urusan duniamu. tapi perlu diingat yang ia bukanlah satu matlamat utama.

berbalik kepada video di atas. seronok bukan bila islam berada di atas. solat berjemaah sebaris. siapa pun gentar. zionist pun takut. siapa berani sentuh palestin. sekarang? orang islamlah yang termiskin harta, orang islamlah yang paling lemah, dalam pusat serenti, orang islamlah yang paling ramai. kenapa? kenapa? kenapa? ask yourself first before you blame others. macam mana dulu islam boleh berada di atas. adakah mereka seperti tamadun yang diatas sekarang? tak. mereka tetap kuat dengan pegangan iaitu Allah yang paling utama dalam hidup ini. malah semakin kuat bekerja untuk berjaya dan berjaya di dunia dan di mata ALLAH SWT. mereka menjadikan kejayaannya sebagai alat untuk capat matlamat.

macam mana? kawan-kawan. marilah kita perbaiki diri. yang miskin iman, miskin akhlak, miskin segala peri. bukan nak kata saya ini baik sangat. saya tengok gambar lama saya, baru perasan. baju saya lagi seksi dari kawan-kawan yang lain. sungguh dahsyat sekali. dulu tak rasa apa-apa pun. sekarang saya rasa sangat malu yang teramat paling bila tengok balik. malu sangat. seriusly. dah tak ada apa untuk dimisterikan lagi. saya suka lah jadi misteri sebenarnya. eh, kembali kepada topik asal.

pernah seorang kawan bukan muslim bertanya kepada saya. itu pun sebab baca blog saya yang miskin ini. hey, saya juga banyak soalan tentang hidup ini. betulkah ada Tuhan. kalau ada kenapa begitu banyak peperangan kerana agama. betulkah hidup selepas mati atau kita akan jadi hantu. dan banyak lagi soalan panjang. berpeluh juga masa itu. terima kasih kawan, kerana baca blog saya. marilah kita pergi program comparative religion. ching! ha ha. soalan sebegitu perlu di jawab personally. dan memberi kesedaran kepada saya betapa ceteknya ilmu saya dalam agama ini. sebab itu berpeluh tak ingat. islam sejak lahir tapi gentar dengan soalan berkaitan pegangan sendiri. watte.. (&^%$%^&*&^%$%

baiklah. macam mana nak baiki diri? marilah kita pergi usrah. ha ha. bosanlah dia ini. usrah untuk ustaz ustazah saja. taklah. usrah itu keluarga. keluarga sama-sama membentu individu muslim. ingat, hidup ini bukan sampai mati saja. cuba kita kira approximation umur mati kita

mungkin sampai 60 tahun bahagi akhirat yang infiniti. berapa? apa? syntax error? calculator pun tak boleh kira. maknanya infiniti. cukupkah amalan belajar mengenali pegangan selama hidup 60 tahun nak bayar balasan yang infiniti? cukupkah? mujur Allah itu pengampun. tapi kalau mati kufur? sempatkah diampunkan? nau'zubillah.

nak mengenal agama? belajar dari sejarah kita. belajar bagaimana sahabat dulu mengabdikan diri demi islam dan patuh. mereka boleh saja berjaya. belajar dari orang yang dekat dengan Rasulullah. kenali mereka. bagaimana? belajar lah sejarah kita. KITA.

tarbiyah diri. di samping mentarbiyah orang lain. supaya kita tak di kata selfish di akhirat kelak. ahha tengok video ini. panjang sikit. tapi menarik juga



sambungannya klik sini

sebab tak boleh embeded. ha ha

ya Allah tetapkan lah hati dalam mencari redhaMu.
tetapkanlah hatiku di jalan ini
sampai akhir hayatku
bukan sampai habis belajar saja
ameen
doa lagi panjang. baca sendiri. takyah tulis kat sini. malu ah.

okay okay serius serius. tak ada cara lain ke nak cari redha Allah? entahlah. awak cari lah cara lain yang membersihkan hati. dan menenangkan. lagi satu. boleh buat awak semakin rajin baca Alquran dan rasa seronok untuk solat. dulu kan saya selalu tak suka usrah itu. saya pun tak joinlah sebab saya ingatkan usrah itu sesi ceramah nak tegur kesilapan orang. tutup aurat, jangan couple, ah, panas saja telinga. tapi sebenarnya sekarang, bila jumpa saya sangat suka dan semakin bersemangat belajar. rujuk matlamat di atas. di samping boleh makan free. erk..haha saya belajar banyak. Alquran, siapa lagi nak tegur salah baca. belajar tajwid dan hafal sikit. dulu tak kenal pun al ma'tsurat itu apa. hadith itu ingatkan ulamak saja perlu belajar. islam itu hanya pada belajar hukum fiqh. hah kamu silap! rujuk usul 1 hassan al banna.

matlamat itu, nak kaya? semua ini hak milik Allah, cari redhaNya supaya diberi rahmat dan rezeki yang melimpah hah money minded punya orang $$$$$. rezeki kan dah tertulis di luh mahfuz sana. nak pasangan hidup? carilah redha Allah supaya disayangi dan kasih dan rahmatnya itu disalurkan melalui orang yang menyayangi kita. kita mana tahu siapa yang sayang kita dunia akhirat. Allah tahu. cari hormat dan terkenal? carilah redha Allah supaya supaya hubungan denganNya baik. baik hubungan denganNya insyaALLAH baiklah hubungan kita dengan makhluk lain walaupun kucing mahupun platipus.

oh ya. nak kongsi tak dengan saya tentang matlamat sila hubungi talian bebas tol 600 85 2022 smart shop. tak tak. hubungi saya. email. nombor talipon tak boleh tulis kat sini. heh~

maaf maaf maaf maaf kali seratus juta sebab terlalu panjang. sorry eh. terima kasih banyak banyak sebab baca sampai sini. ker...baca skip2? heh

dan lagi satu. bagi yang rasa dirinya daie. cukuplah nak berbalah sesama sendiri tentang sesuatu yang remeh. kerja banyak. okay bai.

Monday, 22 June 2009

wanita itu

sebelum apa-apa. ada satu soalan, siapa mahu ibu cuci baju dan kemas bilik?

satu malam jam 8 setengah kut. aku, donut cokelat dan lab partner dalam perjalanan pulang dari favorit kedai roti canai. sungguh best. teman si donut yang seperti hilang punca kesunyian. iyalah rakan-rakan yang lain keluar membeli belah..LAGI. tinggal kami. aku, dnut dan lab partner tinggal di rumah yang berlainan. di sini jam 830 itu semacam sudah gelap dan tak ramai orang. kedai-kedai juga kebanyakannya sudah ditutup.Justify Full

sedang kami berjalan sambil bersembang hal-hal yang aku juga kurang pasti butir isinya. di depan kami sedang berjalan seorang wanita yang tidak terurus gayanya. rambut tidak diikat kemas. nampak menggerbang sedikit. tidak beralas kaki. jalannya terenjut-enjut. kakinya tidak sempurna.

tiba-tiba dia menegur..

neng...

aku dan yang lain-lain mulanya mahu lari. siapa tak cuak. jalan laju-laju. dia memangil lagi

neng...

ahh aku tewas. aku hentikan langkah. yang lain juga ikut sama. huh? ya? dia menghampiri kami bertiga. ada mahu di kasi kerja cuci ga?

maaf ibu, saya dah ada ibu cuci.

terima kasih neng. tak sangka jumpa orang baik macam ini. selama ini semua orang lari. ibu bukan orang jahat. ibu sangat perlu wang. anak ibu sakit. ibu ditinggalkan suami. ibu tak jahat, cuma kaki ibu cacat.

tiba-tiba mata bergenang. mata ibu itu.

kami hanya diam seribu juta patah kata. errr.. ibu, nanti insyaALLAH kami tolong tanyakan pada kawan-kawan. tapi ramai anak malaysia dah nak balik bercuti.

kalau ada, ibu selalu ada di sini sampai jam 11 malam. kadang-kadang kalau hujan ibu akan ada juga disini. basah-basah.

lepas itu kami orang pun balik sambung bersembang. tapi tentang ibu ini. pelbagai persoalan timbul. sebetulnya aku pernah nampak ibu ini berlegar-legar di sini seorang di sini. masa itu aku nak print report di CC. biasalah last minit punya kerja. print malam sebelum dateline. dah seorang mestilah aku jalan buat tak nampak orang sekeliling. tapi aku nampak dia dengan seorang kanak-kanak kecil.

hah. sian ah. cumanya kenapa dia ada setiap malam sampai jam 11. tetiba rasa nak sedekah baju zaman jahiliyah dulu bagi anak dia ke kan. buat penuh wardrobe saja. bukan pakai pun. tapi seriuslah. kenapa hati terasa itchy sangat nih. nak tolong tapi tak tahu macam mana.

lepas itu, lab partner kata, orang sini kuat kan. semangat nak cari nafkah itu tinggi.

betul. aku? tak perlu mencari nafkah untuk hidup pun, tapi nak kumpul semangat untuk bekerja pun separuh mati. itu baru nak kumpul semangat. aku sering di uji perasaan semacam ini. ah, perasaan yang aku pun tak tahu nak cakap macam mana.

neng=panggilan untuk gadis slim bergaya

*dialog dah di translate mengikut ikut sedap gaya bahasa puding. dan ringkaskan sedikit untuk elakkan jadi satu cerita panjang penuh dialog pula. namun, isinya dikekalkan keasliannya. Allahua'alam
**oh, saja try tulis cerita guna kata ganti nama aku

?


soalan kejutan public health. siap!

tiba-tiba pak furqan mengumumkan yang dr sazali nak buat periksa 100 soalan. [sebenarnya tak tahu ini subjek apa, mungkin epidemiology atau demography atau biostatistic -teruknya awak ni liyana-]
hah sudah! tak belajar langsung. tak tahu bila kali terakhir kelas bersama dr sazali itu. soalan pun entah bila belajar pasal begitu banyak persamaan kimia diantara asid dan fluoride. stanum fluoride bla bla. fluoride bercampur saliva watte *(&^%$%^&* okay okay tak nak merungut kan.

baiklah! ini semua latihan untuk bila sudah kerja, sering ada kejutan. bila perkara kejutan sebegini terjadi tak kira kamu tidur atau tak malam itu, kamu harus berkorban dan laluinya juga. takkan nak mengadu kepada emak, ayah, blog. merungut dengan kakak sedara, atau pun sahabat handai yang begitu rapat. berdikari!

saya rasa sangat penat. tapi, tak berani nak cakap penat. orang lain ada yang lagi dahsyat dari ini. ini baru ringan. okaylah. lepas ini ada periksa kejutan lagi tak? silakanlah.

terima kasih dr sazali

p/s: tadi jawab ikut common sense saja tentang fluorosis, penyakit abiotic dan biotic. maafkan saya wahai diri sendiri. kerana tak bersedia.

Sunday, 21 June 2009

selamat hari ayah untuk ayah saya.


sedikit sebanyak saya ada tulis tentang ayah di post ini

ayah saya adalah seorang yang perfectionist. ini betul. marah di mana silap sedikit. lepas itu dia juga garang tapi ikut tempat. saya pernah hampir dipotong tangan kerana menggunting langsir emak saya. abang pun hampir kena potong tangan kerana conteng dinding bilik stor. ahah. berjiwa seni. kalau SPMnya tak cemerlang. ayah tak suruh dia ambil perubatan, mungkin sekarang menjadi pelukis dinding terkenal. ha ha namun begitu. ayah tak pernah pukul kami. cuma kata-katanya lebih menyakitkan dari di pukul. suara tidak tinggi tapi mampu menghiris.

sejak saya menginjak remaja. hubungan dengan ayah semakin tak berapa baik. faham-faham sajalah jiwa remaja. saya suka memberontak sikit. ayah pula seorang yang perfectionist [diulang 2 kali. maknanya memang perfectionist] lagi-lagi di sekolah asrama. pernah satu ketika, sekolah saya kena pakai baju batik setiap kali keluar masuk asrama. heh. saya tak suka patuh kepada peraturan. pakai t-shirt biasa. nak dijadikan cerita. dah siap nak balik sekolah. ayah tanya kenapa tak pakai baju batik? hm, tak bawa balik. huh? bukan ke peraturan kena pakai uniform? erk.. tak ada baju batik, pakai uniform sekolah sekarang. pergi tukar baju. uish~ bengang juga. tapi memberontak dalam hati. dalam kereta itu kena sedas dua kalau kita tak patuh peraturan, siapa nak patuh?

kalau kita tak patuh kepada peraturan. siapa yang akan patuh? ayah tahulah sekolah asrama. kalau ayah jadi warden dah lama ayah lempang.


cuak gila!!!! *&^%$%^&*

sampai sekolah memang kena perli ah. wei skema gila. apsal pakai baju skolah hahaha skema. gua buat muka sebal je. peh.

bila saya merengek nak mak dan ayah datang melawat ketika hujung minggu. sure ayah akan kata ayah dulu dua kali saja paklong datang melawat. tok tak pernah pun. tapi ayah datang juga walaupun cakap macam itu.

habis sekolah. kena pilih matriks di kulim kedah sebab dekat dengan rumah tok. walhal kawan-kawan ramai pergi melaka, negeri sembilan. saya kulim. seorang pula tu. #$%^(*&^% eh, tak tak, ada lagi sorang yang sama. henen. tapi kawan satu geng tak ada. rupanya memang saja mahu saya duduk dekat dengan tok di kampung. uish, sibbaik saya flexible. duduk kampung, adapt je. setiap minggu balik kampung. best gila. tok dah lah tere masak.

lepas itu, bila cuti ayah suruh belajar berenang. yang masuk kelas itu makcik-makcik saja. saya paling muda. argh~ kurus sekejap. hakhak tipu gila. mula-mula boring. lama-lama best pula.

ayah suka minum air nescafe. sangat suka. lagi-lagi yang emak buat. suka makan pisang. suka kari juga. tok kata memang ada keturunan pencipta makanan kari itu. eheh faham sajalah dah duduk belah-belah utara camtu. kalau ayah balik kerja, rumah tak boleh bersepah. dilarang tidur petang. bangun mesti awal. semuanya mesti kena pada tempatnya. dulu saya selalu tak puas hati. biasalah, duduk asrama. balik rumah mesti rasa nak qada tidur. adik-adik yang lain pun sama. bila tanya kawan-kawan yang lain pun sama. uish~

sekarang saya terfikir. semua yang ayah buat. tidak terlalu dimanja. tidak terlalu tegas.

marah kerana tak mahu saya silap. tegas kerana tidak mahu saya terlalu manja. begitu berhati-hati mengawal kebebasan saya. makan minum saya juga betul-betul dijaga walaupun berjauhan. bila fikir balik. kalau ikut jiwa remaja, qada tidur menjadi satu tabiat. saya baru sedar sekarang. banyak sangat ayat ayah yang saya simpan dan begitu bermakna. setiap kali hantar saya balik asrama pesanan yang begitu sebati : dont do anything that i wouldnt do

saya memang degil. tapi apa pun, perkara pertama yang saya fikir sebelum buat sesuatu adalah ayah dan emak. taknaklah mereka sedih sebab saya.

degil pun, saya pernah takut tidur seorang sebab apa entah. lepas itu yang temankan saya adalah ayah saya. wuwu~ [tetiba rasa nak nangis pula] cuba bayangkan tengah-tengah malam menangis sebab mimpi takut. ayah dah lah kerja awal. tapi dia bangun temankan saya. T_T tsk~

pernah di matriks telefon rosak. kebetulan ayah ada mesyuarat di penang. terus dapat telefon baru. wallah~ sebab susah nak berhubungan. huh. terharu sangat. bukan sebab disogok kebendaan. tapi sebab katanya susah nak hubungi saya. T___T sweet gila. eh lupa. walaupun macam garang sikit. sikit je. ada juga sense of humornya. by nature agaknya.

ayah selalu outstation. sekarang ini sangat jarang bercakap dengan ayah sebab entah. mungkin lebih senang bersembang dengan emak sampai mak kata ayah merajuk. huhu~ bukan apa, bila nak cakap dengan ayah saja. saya hilang kata. lepas itu terus nak nangis. entah kenapa. saya rindu tapi tak tahu nak cakap macam mana.

pernah satu hari saya call ketika ayah di pejabat. bila dia kata terpaksa putuskan talian sebab ada meeting saya rasa sangat sedih. sangat. padahal saya bukan nak cakap apa pun. entah ahh.

tahun lepas. mak kata, ayah kata saya semakin jauh dengan ayah, lalu saya dapat ini dari ayah:


tulisan pada kotak ini:
your smile melts my heart
love me not?

returning kiss

huruf L


dalam kotak ini ada coklat. sweet gila. 9 bulan tak jumpa ayah.

ayah. selamat hari ayah. saya tulis ini jam 2 pagi. lepas liqa. semua orang tengah tidur sekarang. nak tidur juga ni. sebenarnya saya rindu ayah. ah, malu gila. okay bye.

Wednesday, 17 June 2009

melankolia



dah jumpa dua2 ayat yang saya terdiam.

bila tengok balik. tak tergelak. serius. ceritanya bagus. abaikan mood saya yang banyak bergelak itu. haih. tak habis lagi ke dengan cerita ini? hah. tak tak. post ini tak nak cerita pasal ini semua.

mula-mula tak puas hati juga, kenapa cerita yang menerapkan tentang islam mesti dimasukkan unsur cinta. bila cinta berlandaskan islam, kenalah kahwin. bila fikir balik, dah memang zaman sekarang orang lebih tertarik dengan cinta. nak dakwah melalui lagu pun kena masukkan unsur cinta. baru tertarik. teringat dulu saya begitu anti dengan nasyid yang berunsur cinta. sampai tak nak dengar langsung. walhal, lagu-lagu lain yang saya dengat pun ada unsur-unsur itu juga. cuma genre yang berbeza.

cinta cinta..semuanya berkait dengan hati. hati itu. saya rasa hati saya bernoda. kotor. kenapa? sebab saya ada admire orang. hmmm, adikku, perasaan itu lumrah manusia. kita tidak boleh menafikan perasaan itu. Allah telah menciptakan manusia itu berperasaan. cuma, ianya harus dikawal mengikut apa yang telah digariskan supaya kita tidak mengikut hawa.musibah.

saya tak suka cakap pasal ini semua sebenarnya. saya teringat dulu kawan baik saya ketika tingkatan 3. kami berkongsi semua cerita. tapi bila berkaitan kisah cintanya, dia tidak ceritakan kepada saya. sebab dia tahu, saya seorang yang negatif berkaitan ini. tapi, lama-lama buat dia semakin jauh. lama-lama saya belajar sesuatu. hait hait~ tutup cerita ini.

saya bimbang apa yang saya cakap di sini akan memakan diri saya sendiri. dan saya akan menyesal.

sometimes, something is better left untold


manusia memang mudah mengkritik segala kesilapan orang lain. tapi selalu terlupa dia juga boleh melakukan kesilapan yang sama.

mudah menerima kebaikan dan mudah juga melupakan kebaikan itu. sangat mudah menabur janji tapi lupa untuk kotakan. suka memberi nasihat dan saranan tapi lupa laksanakan untuk diri sendiri. sebab dia hanya melihat dan menafsir apa yang dilihat. tapi belum pasti dia melihat dirinya sendiri.

lagi satu yang saya belajar. kita selalu belajar dengan orang yang kita rasa begitu baik. tapi terlupa dia manusia biasa. bila dia silap, kita akan rasa sangat kecewa lalu meninggalkannya. sewajarnya, kita bersyukur kerana Allah memberi peringatan kepada kita melalui sesiapa saja yang kita belajar.

seseorang yang tak baik pada pandangan kita, tak bermakna buruk pada pandangan penciptanya. boleh jadi, orang ini yang banyak mengajar kamu mengenal erti hidup dan boleh menyentuh hati.

mudah mentafsir seseorang melalui cara dia berfikir, cara dia bertindak, tapi kita lupa, mereka punya hati untuk dibaca. bukan mudah membaca hati seseorang kerana sesetengah orang bertindak melalui hati, bukan fikirannya.

ahh, bila cakap pasal manusia. manusia mudah buat silap. manusia tak sempurna. selalu lupa. tapi tak bererti kesalahan wajar diabaikan lalu diulang ulang ulang ulang ulang ulang kali beratus ribu juta lemon.

puding
dysphoria








jatuh cinta dengan lagu ini. ^_^








kuiz di facebook kata hati saya hati pasir. ha ha. pasir boleh buat kristal.

Monday, 1 June 2009

terima kasih kakak yang comel


okay. i break the rule. rule number 342 sila fokus

sebenarnya tengah baca topik temporomandibular joint disorder. tapi tak tahan sangat nak tulis juga. semalam dengan gembiranya pergi kedai baju Rabbani yang tengah promosi baju sempena cerita "ketika cinta bertasbih" iyalah, baju-baju pelakon dalam cerita itu. selepas itu dengan penuh semangat memilih baju yang ala-ala artis [eh tak delah. yang paling simple dan selesa adalah yang paling suka] mula-mula pilih satu baju, kemudian tiba-tiba kakak promosi kedai Rabbani telah berjaya mempengaruhi untuk membeli satu lagi baju yang kainnya begitu lembut dan selesa. maka telah membuat keputusan membeli 2 baju. serius dah macam tak ada baju saja. macam-dah-tak-ada. [oh, tak faham jiwa wanita. sila senyap]

lepas itu nak di jadikan cerita. seorang wanita yang bergelar naqibah telah membayar baju-bajuan itu. terkesima tapi masih bajet cool, menarik wang itu dari kakak cashier dengan automatik berkata "jangan!" insiden tarik menarik duit ini berlaku beberapa minit. akhirnya, terpaksa mengalah kerana kakak cashier di bantu keras oleh gadis-gadis disebelah. maka, dengan rasminya anda telah bergelar seorang gadis yang di belanja membeli dua helai baju ala-ala artis dalam cerita "ketika cinta bertasbih"

kalau tahu, dah lama ambil lagi dua tiga helai. eh, tak adalah! waaa... macam nak menangis saja. apakah ini semua? adakah kerana saya nampak seperti seorang anak kecil yang bersedih hati, jiwa nestapa. macam mana nak fokus kalau camni. terpaksa melirik jeling baju baru yang di belanja. gua sayang nak pakai.

oh, terima kasih. xie xie ni. post ini adalah entri khas mengucapkan terima kasih kepada kakak yang comel lagi bergaya. okaylah. itu sahaja. sebelum itu, kakak itu telah meninggalkan beberapa perenggan bermakna sebelum beliau pulang ke tempat asalnya.

Berjuang Menempah Susah,
Menanggung Derita Menongkah Fitnah,

Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka,
Seorang Mujahid Memburu Syahid.


Dibuang Dia Berkelana,
Dipenjara Dia Uzlah Dibunuh Syahid,

Namun Jiwa Tetap Mara Menuju Cita,
Membara Demi Allah Dan Rasul-Nya.

Berjuang Tak Pernah Senang,
Ombak Derita Tiada Henti,
Tenang Tegang Silih Berganti,
Inilah Sunnah Orang Berjuang.

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu,
Dihiris Dosa Air Mata,
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba,
Memerah Keringat Mencurah Tenaga.

Berjuang Memang Pahit,
Kerana Syurga Itu Manis,
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar,
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih.

Berjuang Ertinya Terkorban,
Rela Terhina Kerna Kebenaran,
Antara Dua Pasti Terjadi,
Tunggulah Syahid Atau Menang...
-khas utk awk-

sangat sesuai dengan masalah dan kerunsingan yang dihadapi oleh anak kecil ini sekarang. [air mata bergenang]


okay. boleh lah menyambung perjuangan harmoni membaca buku. periksa bermula pada 8 jun ini. sangat gembira. erk? sedang cuba untuk bergembira. terbaca post kak Balqis di blognya tentang rumus dari profesor Volchenco supaya tidak panik. okay2 baiklah. tidak panik dan sedang riang gembira meng update blog tanpa sebarang gusar. oh, okay, tipu. sedang cemas sekarang. tapi masih terkawal. baik, sila baca buku sekarang.

anda perlu mengukuhkan ilmu sihir! serius kena serius no matter what! [rujuk: hadith ghulam]

itu sahaja untuk hari ini. selamat maju jaya kepada semua yang akan menghadapi peperangan yang menduga minda dan emosi. gyabo!



p/s: memori semakin parah. sangat.

p/s2: kak suhana jual contact lense berharga RM35 sepasang. siapa mahu?

p/s3: mak dah tanya bila nak keluar shopping barang. selepas exam akan ku serang itu bandung.