Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Friday, 4 December 2009

pelajaran semalam



melihat dunia dengan mata hati

pelajaran semalam
dilahirkan tanpa apa-apa, buat kita rasa mahu berusaha mendapatkan sesuatu. akhirnya, rasa bahagia yang diperoleh itu bukan pada hasil. tapi pada nikmat usaha itu.

biarlah berada dibawah dari bila berada di atas buat kita lupa hakikat diri sebenar dan tidak bersyukur dengan apa yang kita ada

seseorang itu lebih menarik di pandangan mata, bukan pada apa dia ada. bukan pada harta berjuta, tapi pada kerendahan hatinya dan tahu bahawa segalanya bukan miliknya yang mutlak

;)

sunset belakang rumah sangat cantik. sawah padi yang ditengahnya ada pondok kecil untuk petani berehat itu. permandangan yang begitu cantik ini buat diri terfikir. benda yang simple ini pun boleh buat hati tersentuh. tak perlu berusaha keras untuk buat hati terasa. tapi hanya melihat sekeliling.

telitinya Allah itu menyusun segala sesuatu. Dia tahu, bila waktunya matahari patut terbenam. dimana letaknya bayang-bayang awan dan pondok. tona warna yang terindah untuk waktu senja. bila waktunya padi patut menguning dan dituai. segalanya mengikut kadar dan urusannya. segalanya perfect. subhanallah..subhanallah.

ketidak sempurnaan dimata kita, adakah sama di mata Allah?








p/s: tringat post hatim pasal, tak perlu lihat sejadah berdiri kalau nak tengok kebesaran Allah. :p

Monday, 30 November 2009

tak semua orang pun betul

aku rasa aku selekehlah

mana adalah, kau tak selekeh pun aku tengok


yela.. (baju berkelepet)


taklah. kau kan memang suka pakai tudung dan baju tak kena warna. rileks la


T_T


terbaca sesuatu di blog kak tirana tentang pandangan dari sudut berbeza. kisah hamdan dan lukisannya.

saya bersetuju. kadang-kadang kita seringkali mengikut rentak dan pandangan orang lain berbanding diri sendiri. sebagai contoh; saya merasakan diri saya selekeh. lalu saya tanyakan kepada kawan saya. katanya saya okay, lalu dikeluarkan pendapatnya yang meyakinkan. serta merta pandangan saya kepada diri sendiri yang selekeh berubah kepada sebaliknya.

bukan mudah, untuk menjadi seorang yang ignorant memandangkan kita ini berada di dalam kelompok ramai. kadang-kadang pendapat orang yang melihat kita juga penting.

seseorang yang mengikut kepala sendiri. adakah akan bertahan dalam satu komuniti? benar, kita memang perlu ada pendirian dan tidak mempedulikan kata orang lain. tapi, kalau sudah ternyata kebenaran, anggaplah ia satu teguran. terima dengan hati terbuka. selemah-lemah ukhwah bukankah dengan berlapang dada?

tapi, sekiranya terlalu mengikut dan bimbang tentang pandangan orang lain juga bukanlah pilihan utama. pernah dengar kisah seorang ayah dan anaknya yang menaiki keldai? sampai disatu pekan, keduanya naik keldai. orang di pekan itu mencemuh mereka kerana menyiksa keldai. keduanya punya beban yang begitu berat.

lalu keduanya pun berjalan, sampai satu lagi pekan, orang kata mereka ini jahil kerana sudah ada tunggangan tapi tidak di gunakan. lepas itu ayahnya naik, sampai di satu pekan, orang kata ayahnya ini selfish, kasihan pada anaknya yang kecil berjalan. lalu bila anaknya seorang yang naik keldai, orang kata anaknya ini tak kasihan kepada ayahnya yang sudah tua berjalan. lebih kurang macam itulah kisahnya. saya pun ingat-ingat lupa.

cuba bayangkan sekiranya terlalu mengikut kata orang. lebih baik, keldai dilepaskan berjalan sendiri.

pengaruh kata orang juga boleh merosakkan juga kan?

jadi yang pertama sekali, fikiran diri sendiri yang positif. sebelum menerima pendapat orang lain, cuba cari sudut pandangan yang terbaik. kedua, terima pandangan orang lain, tapi buat penilaian dengan pendirian diri sendiri.

jadinya, carilah jalan untuk mempunya fikiran yang positif. ya, bukan mudah untuk menjadi optimis dan realistik. tapi kita boleh cuba kan?

seorang yang agak pesimis dan negatif menulis tentang ini. this is so not me. tapi ini saya baru saja terfikir. benar, kadang-kadang sering bemonolog yang negatif dahulu sebelum yang positif. sebab itulah Allah kurniakan insan yang seringkali mengubah pandangan saya dari negatif kepada positif. ayah, kata-kata yang menenangkan. emak, nasihat yang bermakna, kawan-kawan, kata-kata perangsang. saya harus belajar berdikari mulai sekarang. positif biar dari diri sendiri.

ayah pernah kata kita perlu fikir negatif juga untuk kita jadi lebih berhati-hati. tapi ini special case.

saya masih ingat. seorang yang tak dikenali meninggalkan komen di sini. katanya, sebelum fikirkan hubungan dengan manusia, fikirkan dulu hubungan kita dengan Pencipta. tengok, orang tak dikenali pun boleh memberi kata-kata bermakna.

kenapa saya tulis ini? saya pun tak tahu. mungkin saya nak tegur diri sendiri. saya selalu tak percaya tulisan seseorang di blognya sama dengan karakter dirinya yang sebenar. bukan hipokrit. bukan2. contohnya, seorang yang tulisannya sentiasa sedih. tapi realiti, dia adalah seorang yang gembira. satu hari saya tanya kepada fatihah, kawan saya. kau rasa, aku dengan aku dalam blog, sama ke lain? lain kan?


tahu apa jawapannya? sama. penat saya nafikan. tapi kata-katanya masa dalam masjid lepas solat jemaah masa itu. sangat mengkesankan. saya terus rasa nak delete blog ini. (sikit2 je nk delete. dia ni memang)

sebab saya rasakan ia terlalu peribadi kalau benarlah apa yang saya tulis di sini adalah diri saya yang sebenar. saya segan orang tahu saya. saya lebih sukakan kemisterian. saya senang dengan itu. kenapa ya? mungkin sebab bimbang pandangan orang lain terhadap diri sendiri. baca balik post, rasa macam seorang yang emo, penyedih juga kadang-kadang. padahal saya rasa saya seorang yang kelakar dan periang (erk~)

tapi, fatihah kata rahsia. kan betul, Allah selalu ada. beri saya orang-orang yang menenangkan. betul kata kak E tentang kasih sayang. sekarang saya rindu kak E.

dah panjang sangat ini. lepas itu merepek pula. lari tajuk.

rajin kan dia ini update blog. oh, sebab dia nak exam. memang macam itulah. bila nak dekat exam. suka membebel. post bawah pasal overjet sebab mak suruh tulis sesuatu berbentuk pelajaran juga. oh ya, terima kasih sebab baca sampai habis.

ye, dah habis dah.

sekian. :)

Saturday, 28 November 2009

wajah itu


saya pernah kata dulu, saya agak takut dengan kanak-kanak. sebabnya, saya takut mereka menangis, menggigit, mengamuk, dan sebagainya. sebelum kita boleh uruskan seseorang, kita kena faham mereka dulu kan? ha, saya tak faham mereka. tapi, sejak dental health promotion di sekolah rendah di sini dulu, barulah saya macam suka juga bergaul dengan mereka. comel. ini post tentang pengalaman itu klik.

saya senang bergaul dengan golongan emas. entah kenapa, saya ingat lagi dulu-dulu. saya belajar di kulim kedah selama setahun. dekat sangat dengan rumah tok. balik hujung minggu mesti nak balik kampung. naik bas tongfong 70 sen sampai depan rumah tok. heh. hebatlah. sangat best. bas itu tak ada aircond dan tak tertutup. alah, macam bas mini dulu-dulu. bunyi enjin, sebatu boleh dengar itu. tapi yang best, sepanjang perjalanan nampak rumah-rumah kampung, padang hijau pekan kecil. cantik.

selalu yang naik bas masa itu, golongan emas. bawa payung. kenapa hi lite bawa payung. saya pun tak tahu. mungkin memang saya selalu nampak mereka bawa payung. tapi masa itulah saya terfikir. satu hari nanti, saya takkan biarkan emak dan ayah bawa payung naik bas tong fong. insyaALLAH.. saya cepat tersentuh melihat orang-orang tua.

masa cuti dua bulan lalu. ayah dan emak kerja. sibuk. jadinya, kesempatan cuti saya, ini ayah mengarahkan menyuruh saya melawat dan teman tok di kampung. ceyh, saya pun naiklah bas express ke sana. saya suka travel sebenarnya. konon-konon nak buat surprise kepada tok. tapi dalam perjalanan pak njang dah call. ceh ayah tak boleh simpan rahsia.

inilah satu-satunya nenek yang saya ada sekarang. dulu masa kecil, tok inilah juga yang masak makanan kegemaran gulai ketam bila cucu nak balik. nenek ini juga yang mandikan di telaga dekat kampung. nenek ini jugalah yang bersugguh belahkan kelapa sebab cucu nak minum airnya. ajar pakai kain batik. dulu, masa dia masih sihat. sekarang, hargainya sebaik-baiknya.

sepanjang bersama tok saya. memang betul kata mak su, tok dah berubah. dah lama sangat saya tak jumpa dengannya. lebih sensitif, cepat marah. maksu kata dah sampai fasa yang behaviour dia akan kembali kepada zaman kanak-kanak. saya tahu tok saya walaupun garang. hatinya baik. kalau taknak kena marah. ada tips yang perlu dipatuhi

jangan cakap dia lupa. kalau barang tak jumpa atau hilang. jangan sekalipun kata dia lupa letak tempat lain. tapi tolong dia cari tanpa sebarang omelan atau mengeluh. cari. ya, memang kena sabar. tapi ingat. kita juga nanti akan begini satu hari nanti.

teman dia. apa pun yang dia lakukan, tanam bawang, duduk dapur, sapu sampah. kita mesti take part. jangan tok tengah sapu sampah, kita dalam rumah tengok tv. tengok tv sama-sama dan bersembang bersama. saya tahu dia perlu perhatian. terlalu lama sunyi.

masa bersembang. tok saya orang kedah. kadang-kadang saya tak dapat tangkap apa yang dia cakap. tapi jangan banyak tanya. dengar saja. buat-buat macam faham. senyum tapi dengar. haha. ya, memang lawak. kalau dah pekat sangat, susah nak tangkap butirannya. tapi layan sajalah.

jangan biarkan dia buat kerja banyak. macam benda remeh pun kalau kita boleh buat. biar kita yang buat. macam cuci pinggan. sapu rumah. bersihkan toilet atau apa saja. masa dia penat, dia akan tidur. masa itulah kita buat sesuatu.

jangan buat perkara yang dia tak suka. tok saya tak suka betul kalau orang perempuan pakaian tak semenggah. ataupun anak dara bangun lambat. makanya, jangan buat. "jangan jadi anak dara penyegan". heh ini ayat dia.

adab. walaupun dah biasa, cuba jaga adab dengan orang lebih tua. masa nak lawat dia, walaupun nenek sendiri. belikan sesuatu dia suka. at least sesuatu. nenek saya suka mangga, buah delima, kacang rebus, kuaci. heh pilih nak bawa yang mana. kalau tak sempat. beli saja di R&R. ini nasihat ayah. tak kisah sesiapa pun. ini dah masuk silibus adab pergi lawat orang. bawa sesuatu. jangan bawa perut je.

rancangan televisyen juga. tok saya suka drama melayu. tengok sajalah walaupun drama astro dah ulang 8 kali. tapi bila ulang, dia akan komen yang sama. tak cakaplah dah tengok 8 kali. tapi layan saja. haha rasa macam lawak. sebab saya pun sama layan.

kalau dia marah. jangan cakap apa-apa. dengar saja. dan, kalau dah tahu diri tak pandai masak. belajarlah dengan orang macam ini. banyak tips berharga dia akan kongsi. serius. dia akan suka bila kita ambil tahu dan mahu belajar.

kakinya selalu lenguh. walaupun tak reti mengurut. ambilkan ubat. at least cuba bantu. kalau dia pening. ambilkan air dan ubat. papah dia bila berjalan. care.

bila jauh. tanya khabar.

kadang-kadang semua ini walaupun sikit je. boleh buat dia percaya kepada kita dan sayang kita. boleh share rahsia juga. pendapat kita, dia akan dengar. jarang tahu orang tua-tua nak dengar pendapat orang muda. walaupun saya balik jarang sekali, saya dapat rasa tok sayang saya. bila saya balik, mesti dia berusaha nak masak walaupun dia tak larat. masa itu, mak dan ayah balik nak ambil saya balik. tok saya macam tak bagi. dia nak hantar sendiri. fuh. haru juga. tak pasal-pasal pak njang kena turun KL.

paklang kata. tok saya dah semakin tak ingat. dia tak ingat orang lain, tapi dia ingat saya. saya terharu juga. semalam, saya telefon emak. semua dah ada di kampung. sebab ayah bertugas di penang. alang-alang melencong ke kulim. beraya. tapi mak dah sedih sebab rancangannya nak balik kelantan musnah. huhu~ masa saya cakap itu, mak buat loudspeaker. boleh dengar suara semua orang. maksu minta resepi coleslaw. sebab masa bbq hari itu, saya buat. hehe. tak pandai masak. coleslaw pun jadi eh. diingati pula. sukanya.

eh, terpesong. ada suara yang tanya, saya dah jumpa semua gigi ke belum. haha soalan itu pula yang ditanya. saya dengar tok saya tanya, saya makan apa. then, saya jawablah. roti. tengah tengok korban. katanya, tok nak buat korban seekor lembu hari ini. saya katalah: waaa tok kaya ah.. then semua macam gelak. suka dengar suara semua orang.

adoi~ homesick pula.

dan yang pasti. tok saya satu-satunya insan yang panggil saya ana. walaupun saya tak suka. saya senang. ana ada sebutan macam bunyi utara sikit. heh. serius tak suka kalau orang lain panggil nama tu. entah kenapa.



mood dengar classic music dah datang balik
. lagu atas ini lagi prefer instrument punya version.

p/s: kena virus sebab naive sangat pergi klik link ym. T__T tak boleh hilang pula.

p/s 2: terharu dengan donut. kau memang pandai mengambil hati.

Thursday, 26 November 2009

selamat hari raya aidiladha


serius sekarang rasa nak lari. jauh. tak dikenali.

kenapa kan kenapa. kadang-kadang kita terpaksa korbankan stand yang kita dah pegang teguh sebab terpaksa. sebab kita hanya orang kecil. dimanipulasi oleh orang besar. tapi, seorang sahabat baik kata, kadang2 itu, kita kena buat kejahatan kecil untuk elakkan kejahatan besar. yang boleh menimbulkan fitnah juga. selama ini saya selalu anggap. berpegang teguh dan tetap dengan pendirian adalah satu keberanian. tapi bila dah jadi macam ini, terasa macam mungkin diri ini masih belum cukup berani.

saya nak anggap ini satu pengorbanan.

kenapa kan kenapa. kadang-kadang itu, kita sangat-sangat tak bersetuju dengan sikap dan tindakan seseorang. memang rasa tak masuk akal. selama ini selalu terfikir semua orang adalah baik, cumanya mereka belum cukup matang untuk membezakan baik buruk suatu perkara. tapi sekarang baru belajar sesuatu. tiada manusia yang sama cara fikirnya. kita. saya. bukan boleh mengubah apa yang disekeliling. tapi menyesuaikan diri dengan sekeliling dan belajar untuk menerima.

adakah ini satu pengorbanan?

kenapa kan kenapa. kadang-kadang itu, kita anggap yang kita sudah berkorban sesuatu yang kita sangat sayang. lepas itu tak dihargai. kecewa. lebih-lebih lagi tentang berkorban hati dan perasaan. bila yang diberi tak setimpal seperti yang diterima dan diharapkan.

adakah ini dikira satu pengorbanan?

berkorban tenaga, masa senang, kesakitan untuk mencapai sesuatu yang baik di masa depan. ceh, ni mesti nak cakap pasal lab yang 3 jam tapi tiada hasil sebab kena rijek tu kan. heh. yela. tak jadilah point ini.

bercakap tentang ini. belum cukup mantap dengan pengorbanan siti hajar yang ditinggalkan di padang pasir dengan anak kecil oleh suaminya nabi ibrahim. berlari-lari diantara bukit safa dan marwah. mencari air. sanggup. sebab ianya perintah Allah. sudah pasti ada sebabnya. nampak sangat keyakinannya begitu utuh dengan apa yang dia percaya. dan kasih sayang Allah itu pasti.

tak ada tandingan dengan pengorbanan insan mulia yang tak pernah kisah dengan kerenah anak-anak. walau sudah separuh abad. masih menghadapi jerih untuk anak-anak berjaya. biarlah kadang-kadang anak terlupa. asalkan mereka membesar dengan berjaya dan menjadi orang berguna.

sebenarnya skopnya sangat besar. kalau tengok cerita pun ada nilai ini. contohnya children of heaven yang pasal kasut itu. walaupun pasal kasut je. bolehla mengalirkan air mata juga. (macam dah terpesong)

sambil menulis ini. saya tak boleh fokus. banyak celanya di sana sini. dan saya tak berpuas hati sangat dengan apa yang saya cuba convey.

tapi apa pun, aidiladha bukan saja tentang berkorban haiwan dan dan membahagi dagingnya. gotong royong melapah dan jamuan makan-makan. ianya ada sesuatu yang lebih besar dari itu. carilah yang tersirat. bukan hanya mencari gembiranya. mencari jawapan untuk suatu yang misteri itu lebih menyeronokkan. (macam dah terpesong lagi)

sebelum dah malu. baik berhenti. selamat berkorban.

p/s: dah lambat pegi kelas kul 7. selamat berjaya untuk presentation! (utk diri sendiri)

Friday, 20 November 2009

geram

what whut?
ceh, title nak exaggerate aje dia.

oh, hi.
pernah tak rasa macam. masa sekolah dulu. ada presentation atau group discussion. balik dari discuss rasa sangat geram. bukan dengan orang lain. tapi dengan diri sendiri sebab tak bagi yang terbaik.

atau

kita tahu tapi kita tak boleh nak explain. dalam kepala ni banyak sangat nak terangkan. tapi tak boleh keluar. geram tak? tak? ceh tak supportive langsung. geram ahh!

lebih-lebih lagi, ada orang lain yang macam pandai explain tapi kita tahu dia tak study sangat. sebab kita dengar. apa yang dia cakap itu semua orang dah tahu. cuma cara dia cakap macam confident. dan nampak macam kita sangatlah tak pandai. geramnya. okay dah. habis mood geram.

lepas itu kan. cuba cari punca. kenapa nak geram pula. itu sebab kita tak mampu nak explain. tak cukup latihan lagi. asalkan kita tahu. biarlah orang lain. heh. haaa...apesal nak geram? ni mesti sebab nak orang nampak yang kita sebenarnya pandai ape? oh, nak riak dengan apa yang kita tahu eh?

lupa ehh dulu-dulu pernah tulis pasal pentas dunia. diam tak bererti tak pandai. diam itu buat kita lebih banyak mendengar. dan berfikir. tiba masanya, gunakan lidah untuk berhujah. berjalan biar tunduk. bukan mendabik dada untuk mempamer bestari. luahkan kepada semua kebolehan akal. tak2. bukan cakap pasal kamu, atau kamu. saya sedang cakap dengan saya.

jangan nak terasa.

jangan memperbanyak perdebatan dalam semua urusan walau dalam bagaimana cara pun kerana mempamer kepandaian dan apa yang dinamakan riak itu tidak akan mendatangkan kebaikan. *wasiat imam HAB*

sekian. sila terasa kalau nak.

eh, satu kebaikan menjadi pemerhati bebas lagi ialah, kita akan jadi pendiam sekejap sambil berfikir. dan menganalisa. contohnya lah kan. contoh. setelah membaca kembali post sebelum ini tentang kenormalan human behavior pada diri sendiri. baru terperasan sesuatu.

ya, betul lah kata kamu. tentang berbaik sangka dengan diri sendiri serta orang lain. dan lagi satu. sifat mahukan diri sempurna di mata orang lain. itulah agaknya. dan ya lagi satu. hmm.. itu sajalah.

lepas nampak itu, ada dua perkara nak buat. pertama, nak delete post itu dan sembunyikan diri sendiri. kedua, biarkan post itu tersemadi dengan aman di sini tapi bertindak. at least berfikir sesuatu juga. keputusan dibuat dengan pilihan kedua. insyaALLAH.

kembali kepada tentang geram tadi, nak berkongsi tak apa. tapi bukan untuk nak buktikan kita paling betul antara semua. kalau rasa macam ada lain macam dengan hujah, cari jawapan sama-sama. buka buku sama-sama. heh tiada siapa betul tiada siapa salah. sebab bukan kita yang mengkaji, kita pun gali dari buku yang orang lain tulis. entah betul entah tak.

okayla. tu je nak cakap.

saya akhiri dengan peribahasa melayu yang tak berapa feymes untuk diri sendiri, tapi boleh lah sikit-sikit.

*Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh*


sekian untuk kali kedua. wassalam.

Tuesday, 17 November 2009

sudah cukup matangkah kamu?

tahun lepas. pangandaran.
A mature person is one who is does not think only in absolutes, who is able to be objective even when deeply stirred emotionally, who has learned that there is both good and bad in all people and all things, and who walks humbly and deals charitably -eleanor roosevelt

matang. sebenarnya, satu kematangan itu diukur dari segi apa? umur? sikap? personaliti? dari segi apa?

satu kematangan itu mungkin dari segi umur. bila umur sudah lanjut. seseorang itu sudah dikira matang. tapi ade je, makcik yang sudah lanjut usia tapi berpersonaliti tidak seperti usianya. habis tu matang itu dari segi personaliti bagaimana?

seorang yang berpersonaliti seperi seorang yang tidak melompat-lompat seperti kanak-kanak atau bermain atau berfesyen sesuai dengan usia? oh oh dan dan, seorang yang berpengalaman dan tahu dalam serba serbi kemahiran dalam kehidupan.

ngeng~ hari ini saya baru saja sedar sesuatu. ini adalah pada pendapat peribadi sendiri. bukan dirujuk dari buku motivasi HM Tuah iskandar. bukan bukan. ini dari permerhatian sendiri dan pemikiran sendiri. mungkin ada salahnya. sebab ini bukan berdasarkan kajian.

dan jangan salah faham dengan apa yang saya tuliskan. ianya tidak spesifik kepada contoh yang diberi. cuba bukakan minda dengan skop yang lebih besar. situasi yang lebih kritikal dan erm keadaan yang lebih mencabar. contoh yang saya berikan itu, alahai.. kanak-kanak darjah satu juga boleh berfikiran sebegitu.

okay, saya mahu mulakan hujah saya. satu kematangan itu adalah kesanggupan untuk berkorban. betul? salah? bagi saya matang itu bila seseorang sanggup berkorban. tidak kira kondisi. sebagai contoh. kita sebagai manusia, mempunyai pelbagai keinginan bukan? contohnya, ini contoh. saya menginginkan perfume DKNY be delicious yang apple shape itu. ya, yang itu lah. tapi mengenangkan masih belajar dan wang simpanan juga bukan dari titik peluh sendiri. maka, segala luxuries terpaksa di tangguh dahulu. gantikan dengan benda yang lebih murah atau tak perlu langsung. ini contoh saja. perempuan mana boleh berwangi-wangian disekeliling khalayak ramai. ini dari segi kebendaan. cuba dari segi lain.

contohnya, mengorbankan waktu senang demi seseuatu yang lebih penting dan mustahak. rasanya ini lebih kepada seseorang yang tahu mana priority lalu mementingkan apa yang berkeutamaan.

bagi saya lagi, kematangan itu, apabila dia rasa bertanggungjawab ke atas dirinya mahupun orang lain. contohlah kan, contoh mudah. balik rumah, penat-penat pun, nampak pinggan mangkuk dalam sinki, basuh walaupun bukan kita yang guna. kiranya jadikan diri berguna. di mana saja. pergi rumah orang jadikan diri berguna. balik rumah, jadi anak berguna, tak susahkan mak ayah. tapikan kalau diri sendiri punya pinggan mangkuk pun tak basuh dan tunggu orang lain basuhkan. ini ukuran sifat matang yang negatif. ini contoh mudah. ada lagi contoh berat. tapi tak payah lah.

sifat ini juga biasanya tak akan menyusahkan orang lain. lebih-lebih lagi masa. orang yang bertanggungjawab ke atas dirinya dan orang lain, akan menjaga ketat masanya supaya tak menyusahkan orang lain. ini contih dari segi masa.

lagi satu, seorang yang matang. beliau akan serius. serius bila patut serius. tak serius bila tak perlu serius. faham?

jujur. ya, jujur pada diri sendiri dan pada orang lain. tidak membuat alasan atau menipu untuk melindungi diri sendiri atau untuk kesenangan diri sendiri. jujur. teringat mak pernah kata, silap tak apa, tapi jangan tipu. tak kisahlah kena marah atau apa. tapi asalkan jujur.

boleh menerima sesuatu dengan baik walaupun dia tak suka pun apa yang diterimanya.

observant. sensitif terhadap perkara sekeliling. dan tahu apa yang dilakukan. dan lagi satu. berfikiran jauh dan tidak melatah. berfikiran jauh dengan serius dan bukan dengan angan-angan.

dan dan dan... tahu menghargai orang tua sebab dia tahu satu hari nanti dia pun akan jadi orang tua juga.

okay cukuplah. lain kali kalau teringat lagi. saya tambah lagi. ini saja yang dapat fikir. saya ada ciri-ciri itu atau pun tidak? tengah cuba muhasabah balik diri sendiri. hari ini baru belajar ini semua. satu kematangan seiring dengan pengalaman, silap di sana sini. itulah buat kita belajar.

pengorbanan itu masih agak perit untuk dilakukan. tapi tak apa kalau boleh membahagiakan adik beradik dan tak menyusahkan kedua ibubapa.

Monday, 16 November 2009

zulhijjah




jum tambah amal di bulan zulhijjah! ^__^

raya haji ini nak buat apa. mak suruh buat nasi dagang.. tak dapat..tak dapat.. heh~ periuk kukus, beras nasi dagang, halba, ikan aya, nak rebus lagi..tak dapat..lagipun, bukan pandai pun(-_-)!! sandwich tuna sardin roll..sip!

Wednesday, 11 November 2009

rindu waktu itu

suka hujan.
tapi bila hujan tak basah
suka baunya
suka suasananya

suka malam
tapi malam yang 'terang'
bukan yang gelita kiri kanannya
bukan yang gelap sekelilingnya
yang tenang dan cerah dalam tersiratnya

suka ramai
tapi ramai yang aman
bukan ramai yang gegak
tapi kosong isinya

suka juga sendiri
sendiri tapi terasa dilindungi
disayangi dan dihargai

sejuk aku tak suka
tapi tak bermakna aku senang bila panas.
yang sejuk hatinya beku
yang panas lancang katanya

bila nampak senang
tak bererti suka dengan semuanya
lafaz biar disimpan
hipokrit kepura-puraan?
aku lebih senang begitu
dari zalim menjadi laku
[ini bukan puisi]

teringat waktu itu. semasa saya baru saja kenal ukhwah. okaylah. cerita dari awal. saya mula tersedar kosongnya hati ketika Allah tunjukkan nikmat sabar masa sakit. kali pertama kenal islam sebenar masa pergi program sejarah. hati terbuka dan terfikir betapa ruginya diri sebab lambat. lambat tahu semua ini.

lepas program ini. kenal dengan kak D. beliau kenalkan dengan kak E yang masa itu belajar di ireland. masa itu baru kenal dengan kak E. start itu dah suka dengan kakak ini. lama-lama kami pun buat usrah online. dengan kawan lain. ingat lagi. liqa pertama kami tentang rahmat Allah. kan waktu ireland dan indonesia berbeza jauh. beliau masa itu dah clinical. kerja. balik kerja malam itu. terus buat usrah online dengan kami.

masa itu dah start rasa dekat dengan kak E bila dia bagi liqa yang seterusnya tentang surah duha. tak terfikir pun maksud tafseer surah itu sangat mendalam. since itu surah duha jadi favourite.

macam pelik. sebab suka usrah. happy pula tu. padahal dulu. sanggup menyorok bawah katil masa kat matrix. lari ikut pintu belakang sebab nak lari. geli gila dengan diri sendiri yang pelik bebenar. lagi suka penat lari dari pergi je duduk dalam surau. pelik kan? padahal bukan susah pun.

then, lama-lama.. balik cuti final dua bulan. contact kak E kat malaysia. then kami pergi daurah kat malaysia sama-sama. masa itu tak pernah jumpa. tengok gambar je dari ym. then die jemput kat rumah. ingat lagi masa awal-awal dulu dia kata "yana tak takut ke akak colek yana ni. percaya ke kat kak E?" i was like...huh? haah ehh..apesalla aku ikut akak ni selamba je, kena jual ke kang. kenal dari ym je kut. aku bukan suke pecaya2 kat orang ni. (monolog dalaman) wondering..she's really something ah kiranya.

pastu kami pun pergi daurah. sampai-sampai je. memang dah...wooo~ ape pasal suma orang pakai tudung labuh nih. tapikan tak ada seorang pun ignore atau pandang slek. tapi macam baik sangat-sangat like kawan baik masa sekolah rendah dulu. phew~ entah lah kan. rasa senang sangat. tak lah rasa insecure or apa-apa. sebab dari dulu macam ada satu perasaan. yang macam. orang yang 'baik-baik' tak suka kawan dengan orang yang bising and hoohah. perasaan prejudis itu macam dah pudar lah sikit.

masa itu yang join, student yang study dekat UK ire mesir jepun rusia france yang cuti. so macam kenal-kenal je la. then dengar daurah. but nak jadi cerita. mula-mula rasa macam seorang. tapi tetiba rasa macam adik beradik pula. yang paling ingat, masa tidur. tak ada selimut. tapi bila bangun, tetiba ada selimut. ada orang selimutkan. tak tahulah nak cakap apa. magic. terharu gila kut. yelah, cuba secara logic la kan. ade ke orang yang baru kenal. tetiba concern sampai orang ini tidur berselimut ke tak. pastu siap selimutkan. tapi sampai sekarang tak tahu siapa.

masa ini saya baru kenal kak N sebab satu group masa kelas bahasa arab. nanti cerita pasal kak N. pengisian yang diberi masa ini banyak pasal pengisian hati. bukan ilmu. agak-agak orang yang baru lepas terbuka hati dapat shahadatul haq tetiba dapat pula pasal ghozwul fikri pula, macam mana semangatnya.

bila kenal dengan semua. macam..entah tak tahu nak cakap macam mana. masa ini dah start rasa sayang dengan semua orang. baru tahu manisnya ukhuwah itu. bila solat bersama terasa dekat. entahlah. tak pasti ini kah ukhwah kerana Allah orang panggil itu. rindu waktu itu. sesungguhnya. perasaan bila berkumpul rasa nak solat sama-sama lagi. nak dengar kakak imam itu baca surah macam misyary lagi. merdu sangat. nak baca matsurat sama-sama lagi...ini ke ukhwah dan kasih sayang kerana Allah itu?

bersambung...sebab dah set masa...

Friday, 6 November 2009

terasa nak sangat pergi tempat macam dalam gambar ini

sunflower. ceria. sangat-suka.

zikir menjadi keperibadiannya

dunia ini menjadi syurga sebelum syurga yg sebenarnya

bumi,
menjadi masjid baginya

rumah,
menjadi musolla baginya

tempat ia berpijak,
hamparan sejadah baginya

kalau ia berbicara,
bicaranya dakwah

kalau ia berdiam,
diamnya zikir

nafasnya,
sepenting mengucap tasbih

matanya,
penuh rahmat Allah..penuh kasih sayang

fikirannya,
baik sangka dan optimistik

hatinya,
diam-diam berdoa

tangannya,
ikhlas bersedekah

kakinya,
berjihad di jalan Allah..ia tidak mahu melangkah sia-sia

kekuatannya,
silaturrahim

makananya,
majlis ilmu Allah…hidangan yg terlazat

kesibukkannya,
memperbaiki diri..tiada masa mencari kesalahan org lain

saya ambil ini dari sini

sebenarnya dah malu juga sejak dua menjak ini lebih banyak mengutamakan perkara yang entah apa-apa. tapi kan tapi. bagus juga ada refleksi diri. bila dah kena ketuk baru nak tersedar. malunya. malu dengan diri sendiri. malu dengan Allah.

makanya nak buat tulisan kecil mengekspresikan perasaan. nampak tak tulisan ni?
nampak? oh okay, bagi menebus perasaan ini. saya nak cakap tentang ibadah sunat. cakap saja. tapi harap-harap boleh amalkan. tak kisahlah apa pun yang kita lakukan, kalau sebut nama Allah dah dapat pahala. teringat pun dapat pahala. best kan? apa-apa pun yang kita buat atas nama Allah dah jadi satu ibadah. dulu-dulu selalu ingat kalau beribadah maknanya sembahyang atau puasa atau pergi masjid. atau pergi haji.

ibadah sunat selain dari solat sunat atau puasa atau apa saja yang sunat. macam kehidupan harian. kadang-kadang terlupa masa tadika dulu ada belajar doa masuk toilet, keluar toilet, tengok cermin dan sebagainya. tapi selalu terlupa nak baca doa bila dah besar. padahal senang sangat. cakap alhamdulillah lepas makan atau bersin. tak pun berzikir masa nak pergi kelas. selawat dan baca doa sebelum tidur. tak susah pun kan?

teringat pula masa dulu banyak tadika sebab start sekolah umur 3 setengah tahun. tapi yang paling ingat masa 5 tahun tadika islam lepas itu belajar semua doa dan amalan tetiba 6 tahun tukar tadika disney yang pakai skirt itu. dah terlupa doa makan dengan alif ba ta. tak pasal-pasal ayah kena ajar balik. haha. ehh liyana jangan terpesong.. jangan terpesong..ok kembali kepada topik utama.

jadinya, cubalah kumpul-kumpul setiap hari ibadah sunat. lama-lama jadi bukit kan. dan terjadi habit. ameen. simple reminder untuk diri sendiri. terjangkit kepada orang lain, bagus juga :)

lepas ini kena sibukkan diri baiki diri. taknak bila iman down, lebih down dari masa belum 'faham'. perlu bina semula tangga-tangga dan batu bata. maka, istiqamah..istiqamah.. tetiba tersentuh sebab cakap ini kepada diri sendiri. nak ternangis pula. haih. susah betul orang lembut hati ini.

mulakan dari sekarang! tambahkan sikit persikit senarai sunat dalam mutabaah ibadah.

p/s: ada report lagi nak kena buat ni. exam minggu depan. wee~ bersusah susah dahulu bersenang-senang kemudian.

Wednesday, 28 October 2009

aku menulis dengan rasa getik berbaur hampa

perasaan itu ibarat...

seorang ibu yang penat bekerja di siang hari. memasak untuk permata hati. tetapi di panggil setiap seorang tiada seorang pun yang peduli. seorang menonton televisyen. seorang berada di dalam bilik. seorang membaca surat khabar. ibu memanggil lagi untuk makan malam setelah penat bekerja di siang hari. namun tiada seorang anak pun yang peduli. melipat baju, membasuh pinggan, mengemas dapur. mahu anak-anak merasa air tangan yang penuh sayang. makanan yang penuh di atas meja belum berjamah. tiada siapa peduli. permaisuri hati yang melahirkan di abaikan demi kepentingan sendiri. mabuk dengan hiburan fana. tiada yang peduli.

perasaan itu ibarat...

kau menyimpan seleramu untuk makan malam supaya makanan itu disimpan ketika sahur nanti. ya, makanan yang kau masak sendiri. kau tak mampu makan berkali-kali. wang sakumu tinggal sesuku. malu menagih kepada ibubapa. sudah dewasa tapi masih meminta. namun di waktu dini. makanan licin dimakan insan yang kau tidak tahu gerangannya. bersahurlah engkau dengan air jernih berteman dingin. tiada yang peduli.

perasaan itu ibarat...

kau punya handai. kau ada keluarga. kau ada yang sayang. namun kau masih merasa dirimu seorang. tiada yang peduli. tiada yang sayang. merasa dirimu cukup membebankan untuk meluahkan segala. kau malu. sudah dewasa masih mahu mengadu. sudah tua masih mahu bermanja. melupakan dirimu itu jiwanya hawa. yang suka untuk di sayangi. yang gemar untuk dimanja. kerana kau tahu tiada yang peduli.

perasaan itu ibarat...

menjadi saksi seorang yang mempamerkan mahkotanya kepada yang haram. bersentuh mesra dengan yang haram. insan yang cukup ilmunya. tiada lagi hormat kepada dirimu yang bencikan batil. kau hanya tegar melihat. mulut terbisu. kaku. kau bencikan itu. tapi kau cacatkan deria. tegar kau biarkan dia tuna susila. walaupun sesungguhnya kau mahu jeritkan yang kau benci lakunya!!

keadaan itu ibarat...

kau sudah punya yang sayang. angan dipintal mahu bina bahtera bersama. cinta kasih tiada ragunya. tapi bekas makanmu sendiri dibiarkan bersisa. makan pakai masih ada yang menjaga. urusan dirimu masih ada yang perlu perlihat. perkara yang belum pasti sudah kau lakarkan citanya. tapi dirimu sendiri yang sudah pasti belum cukup didiknya tidak kau baiki. kini kau bahagia. esok lusa adakah akan sama? kau gembira, saksinya yang siksa.

perasaan itu ibarat...

seorang tukang masak yang hilang tangannya. seorang penulis yang kudung jarinya. seorang atlit larian yang patah kakinya. tiada siapa peduli sakitnya. simpati bukan hendaknya. berbakti kepada agama, bukan kamu. kebajikan kepada negara dan bangsa, bukan kamu. mahasiswa paling cemerlang bukan kamu. anak paling bijak juga bukan kamu. habis, untuk apa kamu di atas dunia ini? sekadar patung bergerak memenuhkan bumi yang sarat?

perasaan itu ibarat...

kau mula sedar yang perasaan menghargai orang lain itu sudah tidak wujud lagi didunia ini. tinggallah dirimu yang hampa. tapi kau bisingkan diri dengan gembira. kerana kau tahu tiada siapa yang peduli. kau biarkan dirimu hingar riuh. kekacauan dan kepiluan dalam dirimu mahu diselindung. kau tahu tiada yang peduli tentang duka. kau bukan siapa-siapa untuk dihargai dan disayangi. kau hanya insan yang singgah sebentar dalam hidup seseorang. kau hanya watak pipih dalam pentas layar kehidupan orang lain. tiada siapa peduli rasa hatimu. bicara sesukanya seperti kau tidak punya hati yang perlu dijaga. tiada siapa yang peduli

perasaan itu ibarat...

melihat waktu yang semakin pantas berlalu. manusia tiada lagi silu menjadi hina. tiada lagi malu berdosa. tiada lagi takut kepada Pencipta. kau tahu dunia semakin ke penghabisan. tapi hatimu masih sukar beriman dengan sesungguhnya. dibiarkan iblis menghiasi futhur. nafsu merajai hati. jiwa berlumus jijik. kenapa kau masih seperti dulu?

“Jika kamu tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” (hadith riwayat bukhari)


sudahlah surah qiyamah menggoncang gerunmu. janganlah engkau menjadi umat akhir zaman yang buta jiwanya, yang mati hatinya dan yang kematu akalnya. ayat firmanNya tiada tersentuh. kata sabda kekasihNya tidak terikut.

ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kesedihan, aku berlindng kepadaMu dari kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil, aku berlindung kepadaMu dari lilitan hutang dan dominasi manusia.


ku harap Kau dengar. walaupun aku ini penuh nodanya. tak tertampung hinanya. biarlah tiada siapa peduli diriku. asalkan Engkau masih peduli

Tuesday, 13 October 2009

sajak Adi Putra



Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa

duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’

di mana trillion di manakah billion,
di mana tahfiz Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini

aku berfikir rasional
aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku
hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu
alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka?

pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa

tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya

Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku

aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu

ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020

takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara

mengapa bersembunyi diri di sebalik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata..

serius nak menangis tengok ini. bukan kerana sedih. tapi bacalah tiap bait katanya. umur 21 tahun masih berfikir seperti keanak-anakan. buat malu pada kanak-kanak ini saja.

Thursday, 8 October 2009

jangan ada benci


hari ini di kuliah oral radiology, pensyarah minta kami melakarkan wajah kawan melalui pandangan atas, kanan dan pandangan hadapan. bagi saya yang tangan kurang berseni ini. terasa agak rumit. lebih-lebih lagi bila sampai di bahagian hidung. lakaran, tahu sajalah. dengan setiap bayangan untuk lekukan segala. bila sesuatu yang 3 dimensi di jadikan pandangan 2 dimensi.

"kemudian kami telah menciptakan manusia dalam bentuk sebaik-baiknya" at tin:8

lepas itu lab prosthodontic. mengukir gigi menggunakan lilin.. lagi. lekukan dan timbulan perlu sama seperti gigi sebenar. setiap kali siap saya perlihatkan kepada pensyarah. dia pun tanya "if u're the patient, do you want to wear this?" sebenarnya ini perli sebab bentuknya tak sempurna seperti gigi bersebelahan. gigi kapak (incisors). bila sesuatu yang 3 dimensi diukir dalam bentuk 3 dimensi juga. masih rumit. tapi saya suka pensyarah ini. silap ditegur dah sabar asyik datang tunjuk hasil kerja berapa kali entah. katanya, silap tak apa. "its a part of learning" kecewa juga tak sempat siapkan hari ini. kalau tak, boleh dapat markah bonus. nak taknak minggu depan sajalah. tapi tadi pun tangan dah melecur juga la terkena lecron panas.

"apakah yang lebih sulit penciptaannya ataukah langit?" an nazi'at:27

subhanallah..

hari itu, dapat mesej di ym dari seorang sister:

subhanallahh..waktu2 gempa di indonesia : di Tasik 15:04 , di Padang(gempa pertama) 17:16 , diPadang(gempa kedua) 17:58 , gempa di Jampi(ke esokkannya dr padang) 08:52...cuba lihat surah dan ayat Quran berdasarkan waktu2 ini..Ya Allah,MahaBesar Engkau...manusia memang menzalimi diri mereka sendiri..


sebenarnya macam terfikir. sejak dua menjak ini. banyak perkara besar berlaku. dengan gempa buminya di merata tempat. saya rasa bersyukur kerana semasa di malaysia, di sini terkena gegaran. kemudian bila saya di sini, ayah di putrajaya boleh merasa gegaran. tapikan, fikirkan balik. tanah yang dipijak setiap hari. bumi yang dihuni sepanjang hayat ini dihancurkan. mana nak lari. contoh yang paling dekat, yang mengorbankan 1100 orang. itu pun belum confirm.

tapikan persoalannya kenapa masih rasa macam tak ada apa-apa. macam boleh bermaksiat. benda yang salah tapi tak rasa macam salah. tak payahlah cakap contoh. cuba semasa tengah buat benda salah kena bencana. nau'zubillah..

yang paling tak boleh belah. sempat lagi fikir pasal permusuhan. provok itu ini untuk bermusuhan. menulis tulisan-tulisan yang tak jelas kesahihannya kemudian sebarkan kepada semua orang. penulis menulis sebab nak lariskan surat khabar tapi timbulkan kebencian. apa kata, pergi cari jalan buat rumah untuk orang yang tengah susah tak ada tempat tinggal, makanan, pakaian sekarang ini. ya Allah.. sabar sabar.

padahal kalau ikutkan kita semua sama. asal dari nabi adam. semua orang adik beradik. semua orang spesis yang sama. tak perlu nak rasa apa yang kita ada hak milik kita yang mutlak. sebab semua benda milik Allah.

bila manusia ini dah tak sedar diri dipenuhi nafsu. jelas terpampang ketidakmatangan dan ceteknya pemikiran. janganlah itu berlaku kepada kita. tercipta bijak. tapi buat perkara yang tak semenggah.

adakah ini tanda-tanda akhir zaman? bila nampak dengan jelas dunia semakin hancur tapi hati masih keras untuk membuat perubahan ke arah kebaikan.

Tuesday, 18 August 2009

tweet tweet

"ha kamu! yang makan chewing gum dari tadi nak elakkan tidur.. perang badar tahun berapa hijrah?"


mak aih..mata garfield tweet yang sedari tadi hampir nak jadi mata kero terbuka luas. habis! kematian! tweet sebelah aku!

"tahun kedua hijarah"


"betul betul.."


bagus tweet. tidur pun excell. aku? mantain tulis apa yang penceramah cakap..

"ha, yang sebelah tu yang buat-buat tengah sibuk menulis supaya tak disoal. perang uhud tahun ke berapa hijrah?"


"err..."


"ha..takpe takpe boleh bincang. silakan bincang bincang"


"err..."


kawan-kawan yang memberi jawapan untuk membantu dari tadi tak diendahkan.. terlalu cemas untuk berfikir. bertanya. memandang kawan-kawan juga tak mampu. leher keras membatu kedepan. berbincang apatah lagi.

"wah, taknak berbincang tu. tetap pendirian taknak berbincang."


jawab je lah..jawab je..separuh berbisik. kawan-kawan dah mendesak supaya membuka mulut

"err..tahun ke tiga hijrah"


"haa..hampir tepat. tahun ke tiga yang dah nak masuk ke empat hijrah"


RIGHT!

inilah akibatnya tak habiskan baca buku dr mustafa siba'i. bukan boleh baca maraton macam buku cerita. perlu baca dengan hati.

tweet! kau lah ni! siapa suruh kau tidur time Dr. tengah cakap kat depan? aleh-aleh aku yang kena!

siapa suruh kau tak kejut aku?

hekk...aku dah kejut banyak kali dah! ya Allah sabar je lah aku dengan dia nih.

sengihan tweet menyeringai. mata dah tak macam tadi. terus segar selepas apa yang berlaku tadi.

sebetulnya apa yang di perkatakan oleh penceramah di hadapan tadi adalah tentang marhalah dakwah. dah dapat sebelum ini tapi dapat untuk kali kedua diharapkan boleh diperkukuhkan semangat itu untuk dibawa ke tempat belajar nanti. kagum aku. penceramah ini seorang doktor perubatan. tapi punya bahagian masa untuk berkongsi pengisian rohani bersama kami di sini.

Lumpuh dan longlai selepas mantap adalah kerana permulaan yang tidak betul !

kata-kata ini membuatkan aku berfikir panjang sepanjang berada di sini. bimbang dengan diri sendiri yang sentiasa goyah. bingung juga, di mana kesilapan langkah bermula? apakah permulaan yang tidak betul? secara jujurnya. aku kurang gemar membaca rintihan hati seorang dai'e yang bersedih dengan diri sendiri yang tidak kuat atau sedih dengan keadaan kacau bilau yang berada di sekelilingnya.

ya, aku tahu aku tidak layak berkata apa. cuma ini hanya pandangan peribadi diri aku sendiri. bukankah sepatutnya mereka gembira setelah mengenal islam dan tahu apa itu tarbiyah. apa yang perlu di lakukan adalah. memaksa diri ketika malas dan tetap teguh menolak bisikan yang melalaikan. aku tahu ia bukan mudah bagi seorang manusia. manusia yang baru melangkah ke suatu revolusi hidup yang cukup berbeza dari dirinya yang sebelum ini.

terfikir betapa seronoknya kehidupan suka ria dahulu. aku akuinya aku sering rasainya. tapi sekarang juga aku boleh rasa kegembiraan. kegembiraan yang sudah pasti berbeza dari dulu. siapa kata kita hanya perlu bersedih.

walaupun tak habis baca lagi buku "perjalanan hidup nabi muhammad tulisan Dr. mustafa as-siba'i. ada satu part aku baca dalam bas hari itu yang aku suka.

seseorang da'ie yang istiqamah, dia akan sentiasa tenang dan tak perlu risau dengan masa lampaunya. musuh dakwah juga tak akan ambil sandaran dari "masa lalu yang buruk".

malu untuk diakui bahawa aku juga sama. suka bersedih dengan perkara serupa. merintih perkara yang sama.

T___T

Tuesday, 23 June 2009

i love you mr. M! oppps..

AMARAN : post ini terlampau 'pendek'. ni mesti sebab blog 3 colum. semak.



hai dan salam. oh, sebelum terlupa. terima kasih kak balqis kerana berkongsi video ini. sangat-sangat terima kasih. setelah berhari-hari dan berbulan-bulan menulis tentang diri sendiri yang entah memberi contoh yang baik atau tak. saya pun terasa lost beberapa ketika. lalu melihat-lihat entri entri lama yang berkepam. tapi masih lost lalu tersentak dengan video ini.

tujuan hidup. purpose of life. ramai yang mencari. adakah tujuan hidup ini untuk mencari pasangan hidup? atau untuk menjadi kaya raya? atau menjadi seorang yang terkenal? menjadi seorang yang dihormati? menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya? rasanya semua itu akan sampai ke mana? sebagai seorang islam. hidup kita bukan sampai di liang lahad saja. tapi kita ada satu kehidupan yang kekal dan infiniti iaitu akhirat. ah, boringlah dia ini. asyik nak berceramah

eh betullah. cuba fikir balik eh, adakah tujuan kita sampai ke mati saja kejayaannya? kata syed qutb dalam muqaddimah fi zilal alquran:

maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalaan. segala sesuatu yang di capai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di akhirat nanti.

ching! nampak tak? hah? tak?

hah itu tak bererti kamu perlu jadi ustazah. tak-tak. teruskan urusan duniamu. tapi perlu diingat yang ia bukanlah satu matlamat utama.

berbalik kepada video di atas. seronok bukan bila islam berada di atas. solat berjemaah sebaris. siapa pun gentar. zionist pun takut. siapa berani sentuh palestin. sekarang? orang islamlah yang termiskin harta, orang islamlah yang paling lemah, dalam pusat serenti, orang islamlah yang paling ramai. kenapa? kenapa? kenapa? ask yourself first before you blame others. macam mana dulu islam boleh berada di atas. adakah mereka seperti tamadun yang diatas sekarang? tak. mereka tetap kuat dengan pegangan iaitu Allah yang paling utama dalam hidup ini. malah semakin kuat bekerja untuk berjaya dan berjaya di dunia dan di mata ALLAH SWT. mereka menjadikan kejayaannya sebagai alat untuk capat matlamat.

macam mana? kawan-kawan. marilah kita perbaiki diri. yang miskin iman, miskin akhlak, miskin segala peri. bukan nak kata saya ini baik sangat. saya tengok gambar lama saya, baru perasan. baju saya lagi seksi dari kawan-kawan yang lain. sungguh dahsyat sekali. dulu tak rasa apa-apa pun. sekarang saya rasa sangat malu yang teramat paling bila tengok balik. malu sangat. seriusly. dah tak ada apa untuk dimisterikan lagi. saya suka lah jadi misteri sebenarnya. eh, kembali kepada topik asal.

pernah seorang kawan bukan muslim bertanya kepada saya. itu pun sebab baca blog saya yang miskin ini. hey, saya juga banyak soalan tentang hidup ini. betulkah ada Tuhan. kalau ada kenapa begitu banyak peperangan kerana agama. betulkah hidup selepas mati atau kita akan jadi hantu. dan banyak lagi soalan panjang. berpeluh juga masa itu. terima kasih kawan, kerana baca blog saya. marilah kita pergi program comparative religion. ching! ha ha. soalan sebegitu perlu di jawab personally. dan memberi kesedaran kepada saya betapa ceteknya ilmu saya dalam agama ini. sebab itu berpeluh tak ingat. islam sejak lahir tapi gentar dengan soalan berkaitan pegangan sendiri. watte.. (&^%$%^&*&^%$%

baiklah. macam mana nak baiki diri? marilah kita pergi usrah. ha ha. bosanlah dia ini. usrah untuk ustaz ustazah saja. taklah. usrah itu keluarga. keluarga sama-sama membentu individu muslim. ingat, hidup ini bukan sampai mati saja. cuba kita kira approximation umur mati kita

mungkin sampai 60 tahun bahagi akhirat yang infiniti. berapa? apa? syntax error? calculator pun tak boleh kira. maknanya infiniti. cukupkah amalan belajar mengenali pegangan selama hidup 60 tahun nak bayar balasan yang infiniti? cukupkah? mujur Allah itu pengampun. tapi kalau mati kufur? sempatkah diampunkan? nau'zubillah.

nak mengenal agama? belajar dari sejarah kita. belajar bagaimana sahabat dulu mengabdikan diri demi islam dan patuh. mereka boleh saja berjaya. belajar dari orang yang dekat dengan Rasulullah. kenali mereka. bagaimana? belajar lah sejarah kita. KITA.

tarbiyah diri. di samping mentarbiyah orang lain. supaya kita tak di kata selfish di akhirat kelak. ahha tengok video ini. panjang sikit. tapi menarik juga



sambungannya klik sini

sebab tak boleh embeded. ha ha

ya Allah tetapkan lah hati dalam mencari redhaMu.
tetapkanlah hatiku di jalan ini
sampai akhir hayatku
bukan sampai habis belajar saja
ameen
doa lagi panjang. baca sendiri. takyah tulis kat sini. malu ah.

okay okay serius serius. tak ada cara lain ke nak cari redha Allah? entahlah. awak cari lah cara lain yang membersihkan hati. dan menenangkan. lagi satu. boleh buat awak semakin rajin baca Alquran dan rasa seronok untuk solat. dulu kan saya selalu tak suka usrah itu. saya pun tak joinlah sebab saya ingatkan usrah itu sesi ceramah nak tegur kesilapan orang. tutup aurat, jangan couple, ah, panas saja telinga. tapi sebenarnya sekarang, bila jumpa saya sangat suka dan semakin bersemangat belajar. rujuk matlamat di atas. di samping boleh makan free. erk..haha saya belajar banyak. Alquran, siapa lagi nak tegur salah baca. belajar tajwid dan hafal sikit. dulu tak kenal pun al ma'tsurat itu apa. hadith itu ingatkan ulamak saja perlu belajar. islam itu hanya pada belajar hukum fiqh. hah kamu silap! rujuk usul 1 hassan al banna.

matlamat itu, nak kaya? semua ini hak milik Allah, cari redhaNya supaya diberi rahmat dan rezeki yang melimpah hah money minded punya orang $$$$$. rezeki kan dah tertulis di luh mahfuz sana. nak pasangan hidup? carilah redha Allah supaya disayangi dan kasih dan rahmatnya itu disalurkan melalui orang yang menyayangi kita. kita mana tahu siapa yang sayang kita dunia akhirat. Allah tahu. cari hormat dan terkenal? carilah redha Allah supaya supaya hubungan denganNya baik. baik hubungan denganNya insyaALLAH baiklah hubungan kita dengan makhluk lain walaupun kucing mahupun platipus.

oh ya. nak kongsi tak dengan saya tentang matlamat sila hubungi talian bebas tol 600 85 2022 smart shop. tak tak. hubungi saya. email. nombor talipon tak boleh tulis kat sini. heh~

maaf maaf maaf maaf kali seratus juta sebab terlalu panjang. sorry eh. terima kasih banyak banyak sebab baca sampai sini. ker...baca skip2? heh

dan lagi satu. bagi yang rasa dirinya daie. cukuplah nak berbalah sesama sendiri tentang sesuatu yang remeh. kerja banyak. okay bai.

Monday, 22 June 2009

wanita itu

sebelum apa-apa. ada satu soalan, siapa mahu ibu cuci baju dan kemas bilik?

satu malam jam 8 setengah kut. aku, donut cokelat dan lab partner dalam perjalanan pulang dari favorit kedai roti canai. sungguh best. teman si donut yang seperti hilang punca kesunyian. iyalah rakan-rakan yang lain keluar membeli belah..LAGI. tinggal kami. aku, dnut dan lab partner tinggal di rumah yang berlainan. di sini jam 830 itu semacam sudah gelap dan tak ramai orang. kedai-kedai juga kebanyakannya sudah ditutup.Justify Full

sedang kami berjalan sambil bersembang hal-hal yang aku juga kurang pasti butir isinya. di depan kami sedang berjalan seorang wanita yang tidak terurus gayanya. rambut tidak diikat kemas. nampak menggerbang sedikit. tidak beralas kaki. jalannya terenjut-enjut. kakinya tidak sempurna.

tiba-tiba dia menegur..

neng...

aku dan yang lain-lain mulanya mahu lari. siapa tak cuak. jalan laju-laju. dia memangil lagi

neng...

ahh aku tewas. aku hentikan langkah. yang lain juga ikut sama. huh? ya? dia menghampiri kami bertiga. ada mahu di kasi kerja cuci ga?

maaf ibu, saya dah ada ibu cuci.

terima kasih neng. tak sangka jumpa orang baik macam ini. selama ini semua orang lari. ibu bukan orang jahat. ibu sangat perlu wang. anak ibu sakit. ibu ditinggalkan suami. ibu tak jahat, cuma kaki ibu cacat.

tiba-tiba mata bergenang. mata ibu itu.

kami hanya diam seribu juta patah kata. errr.. ibu, nanti insyaALLAH kami tolong tanyakan pada kawan-kawan. tapi ramai anak malaysia dah nak balik bercuti.

kalau ada, ibu selalu ada di sini sampai jam 11 malam. kadang-kadang kalau hujan ibu akan ada juga disini. basah-basah.

lepas itu kami orang pun balik sambung bersembang. tapi tentang ibu ini. pelbagai persoalan timbul. sebetulnya aku pernah nampak ibu ini berlegar-legar di sini seorang di sini. masa itu aku nak print report di CC. biasalah last minit punya kerja. print malam sebelum dateline. dah seorang mestilah aku jalan buat tak nampak orang sekeliling. tapi aku nampak dia dengan seorang kanak-kanak kecil.

hah. sian ah. cumanya kenapa dia ada setiap malam sampai jam 11. tetiba rasa nak sedekah baju zaman jahiliyah dulu bagi anak dia ke kan. buat penuh wardrobe saja. bukan pakai pun. tapi seriuslah. kenapa hati terasa itchy sangat nih. nak tolong tapi tak tahu macam mana.

lepas itu, lab partner kata, orang sini kuat kan. semangat nak cari nafkah itu tinggi.

betul. aku? tak perlu mencari nafkah untuk hidup pun, tapi nak kumpul semangat untuk bekerja pun separuh mati. itu baru nak kumpul semangat. aku sering di uji perasaan semacam ini. ah, perasaan yang aku pun tak tahu nak cakap macam mana.

neng=panggilan untuk gadis slim bergaya

*dialog dah di translate mengikut ikut sedap gaya bahasa puding. dan ringkaskan sedikit untuk elakkan jadi satu cerita panjang penuh dialog pula. namun, isinya dikekalkan keasliannya. Allahua'alam
**oh, saja try tulis cerita guna kata ganti nama aku

Wednesday, 17 June 2009

melankolia



dah jumpa dua2 ayat yang saya terdiam.

bila tengok balik. tak tergelak. serius. ceritanya bagus. abaikan mood saya yang banyak bergelak itu. haih. tak habis lagi ke dengan cerita ini? hah. tak tak. post ini tak nak cerita pasal ini semua.

mula-mula tak puas hati juga, kenapa cerita yang menerapkan tentang islam mesti dimasukkan unsur cinta. bila cinta berlandaskan islam, kenalah kahwin. bila fikir balik, dah memang zaman sekarang orang lebih tertarik dengan cinta. nak dakwah melalui lagu pun kena masukkan unsur cinta. baru tertarik. teringat dulu saya begitu anti dengan nasyid yang berunsur cinta. sampai tak nak dengar langsung. walhal, lagu-lagu lain yang saya dengat pun ada unsur-unsur itu juga. cuma genre yang berbeza.

cinta cinta..semuanya berkait dengan hati. hati itu. saya rasa hati saya bernoda. kotor. kenapa? sebab saya ada admire orang. hmmm, adikku, perasaan itu lumrah manusia. kita tidak boleh menafikan perasaan itu. Allah telah menciptakan manusia itu berperasaan. cuma, ianya harus dikawal mengikut apa yang telah digariskan supaya kita tidak mengikut hawa.musibah.

saya tak suka cakap pasal ini semua sebenarnya. saya teringat dulu kawan baik saya ketika tingkatan 3. kami berkongsi semua cerita. tapi bila berkaitan kisah cintanya, dia tidak ceritakan kepada saya. sebab dia tahu, saya seorang yang negatif berkaitan ini. tapi, lama-lama buat dia semakin jauh. lama-lama saya belajar sesuatu. hait hait~ tutup cerita ini.

saya bimbang apa yang saya cakap di sini akan memakan diri saya sendiri. dan saya akan menyesal.

sometimes, something is better left untold


manusia memang mudah mengkritik segala kesilapan orang lain. tapi selalu terlupa dia juga boleh melakukan kesilapan yang sama.

mudah menerima kebaikan dan mudah juga melupakan kebaikan itu. sangat mudah menabur janji tapi lupa untuk kotakan. suka memberi nasihat dan saranan tapi lupa laksanakan untuk diri sendiri. sebab dia hanya melihat dan menafsir apa yang dilihat. tapi belum pasti dia melihat dirinya sendiri.

lagi satu yang saya belajar. kita selalu belajar dengan orang yang kita rasa begitu baik. tapi terlupa dia manusia biasa. bila dia silap, kita akan rasa sangat kecewa lalu meninggalkannya. sewajarnya, kita bersyukur kerana Allah memberi peringatan kepada kita melalui sesiapa saja yang kita belajar.

seseorang yang tak baik pada pandangan kita, tak bermakna buruk pada pandangan penciptanya. boleh jadi, orang ini yang banyak mengajar kamu mengenal erti hidup dan boleh menyentuh hati.

mudah mentafsir seseorang melalui cara dia berfikir, cara dia bertindak, tapi kita lupa, mereka punya hati untuk dibaca. bukan mudah membaca hati seseorang kerana sesetengah orang bertindak melalui hati, bukan fikirannya.

ahh, bila cakap pasal manusia. manusia mudah buat silap. manusia tak sempurna. selalu lupa. tapi tak bererti kesalahan wajar diabaikan lalu diulang ulang ulang ulang ulang ulang kali beratus ribu juta lemon.

puding
dysphoria








jatuh cinta dengan lagu ini. ^_^








kuiz di facebook kata hati saya hati pasir. ha ha. pasir boleh buat kristal.

Sunday, 31 May 2009

papendak deui


Hadis Riwayat Al-Hakim dan Abu Na’im.

Hiduplah kamu sebagaimana yang engkau kehendaki,
tetapi ingat kamu akan mati.
Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki,
tetapi ingat bahawa engkau akan berpisah dengannya.
Buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki,
tetapi awas kamu akan di balas atas apa yang dilakukan itu.
Dan ketahuilah bahawasanya kemuliaan orang beriman itu terletak pada Qiamullailnya dan kehebatannya bila dia tidak bergantung pada orang lain.

ayah pernah kata,

kalau kita nak sesuatu,
kita kena korbankan perkara lain
sebab kita manusia
we can't have it all

lama dulu
saya ingat sampai sekarang.
mungkin pengorbanan itu
boleh membayar satu kemanisan.
doakan saya menjadi bunga yang sentiasa mekar.
bukan bunga kuncup yang kembang tak jadi
tapi bunga di gaung batu, taruk kaca tangkainya embun.

kena berhenti dan selamat tinggal

papendak deui = sampai jumpa

Tuesday, 26 May 2009

acai berry pills


saya rasa status di ym ini memberi kesan kepada contact. itu bagi saya. kalau ada yang tak best macam kata-kata kesat, serius saya akan terus cakap saya tak suka. bukan saya nak menyibuk. tapi secara analogi, kalau anda tak suka tengok orang buang sampah merata-rata. anda tegur orang tu suruh buang kat tempat sepatutnya. kan? sama lah juga sekarang ini. saya tak suka. lagi-lagi kalau orang lain baca. sama juga. kalau boleh. jadikanlah diri kita ini sebagai penyebar ion-ion yang positif dan membahagiakan orang lain. sekurang-kurangnya sesuatu yang orang lain boleh fikirkan.

mak saya pun dah guna ym ini. best juga.

ada yang suka foward ayat-ayat AQ banyak-banyak. terima kasih. ada juga yang memang kaki chatting. ada yang on tapi malas nak layan. ada yang memang on waktu tertentu. ada yang invisible sepanjang masa. tak mahu diketahui availability. ahha, saya baru tahu, kita boleh tengok contact kita itu invi ke tak melalui satu laman web. taip saja id orang tersebut. dan klik. lepas itu dia tunjuk lah invisible atau apa. scary kan? gila stalker.

tapikan saya suka lihat status-status contact yang kadang-kadang memberi kesan dan menyentuh hati. ada yang meletakkan, hadith dan ayat AQ. ada yang meletak tapikan satu lah. saya selalu terkesan dengan beberapa status seperti

sifat tak seindah nama..muhasabah

will you marry you?

kalau memang untuk ummat, jangan di anggap sebagai beban

sebenarnya banyak lagi...

baru saya sedar yang status seperti ini nampak kecil, tapi memberi impak kepada sesetengah orang. saya teringat kata seseorang, walau apa pun yang kita lakukan, biarlah ianya memberi kebaikan kepada sesiapa saja di sekeliling kita. oleh itu, gunakan ia sebaiknya. saya pun, kadang-kadang tulis status yang merepek.

taknak beli acai berry pills


sekarang, spam yang entah apa-apa semakin berleluasa. mula-mula dapat ingatkan si penghantar tu perli. ada ke, promote pill kurus. terasa tau! tapi yang bagi tu sister-sister yang saya berkenalan di konsis dulu ada kawan sekolah dulu juga. dah la isi mesej sama. jue ann pun pernah hantar. tapi dah berhenti. katanya kena tukar password. bimbang juga. entah-entah saya pun sedang mempromosi pill ini tanpa saya sedari. kalau anda merupakan contact saya, saya ada terhantar. sila beritahu secepat mungkin. ASAP! sepantas kilat. segan wei. hari ini saja saya dah dapat 6 mesej percuma mempromosi pil ini. sorrylah. saya mula-mula tak tahu itu spam. tak patutlah buat status camtu.

terjumpa ini dari blog seseorang



boleh pula mereka ini buat lagu. eh, sila berbalik kepada topik asal.

apa pun dunia maya ini sangat-sangat scary sebenarnya. bayangkan. kadang-kadang tu kita tak kenal pun orang tu tapi kita main chat je dengan dia. cuba bayangkan kalau dalam dunia yang nyata, berani ke nak ramah macam itu. ayah pernah cakap, kita tak boleh percaya 100% orang yang kita kenal melalui jaringan komunikasi ini. serius. betullah. saya mula berjinak-jinak dengan dunia ini mula tingkatan dua. guna mirc. dan macam-macam. dahsyat kan. pelbagai ragam orang boleh jumpa. lagi-lagi kalau kamu ini seorang yang jujur dan suka berterus terang. cerita tentang lagi panjang. cukuplah satu point saja. tentang blog lain kali. lagi banyak personality dan behaviour boleh kita tafsir. serius. itupun kalau anda pemerhati yang komited.

kalau orang itu membayangkan dia ini seorang yang baik. saya pun tak tahulah. saya yang prejudis atau apa. bagi saya orang baik tidak akan mengakui dirinya baik. mungkin ini pengalaman. orang yang belajar syariah di negara islam tak semestinya dia benar-benar faham apa yang dia pelajari. maaf kalau saya melampau. tapi saya sedih. saya yang tidak arif tentang ilmu syariah dan agama. namun saya tahu makna fitnah di antara lelaki dan wanita. ikhtilat di alam maya. saya kecewa sebab, orang sebegini sepatutnya menjadi contoh dan role model. tapi saya menjadi prejudis. memanglah saya tak tunjuk terang-terang. tapi saya akan delete terus orang yang bagi saya boleh menyebabkan saya rasa terganggu dan tidak memberi kebaikan pun kalau bersahabat. saya harap saya tak berperasaan begini kepada semua orang. sebab bukan semua. astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

kesimpulannya. jangan percaya 100% walaupun ada orang yang boleh dipercaya. tapi jangan percaya sepenuhnyalah senang cerita. saya sebenarnya taknaklah cerita pengalaman-pengalaman yang tak best yang pernah saya lalui melalui internet. tapi nak share yang manis. saya berkenalan dengan kakak-kakak dari pelbagai pelosok dunia melalui seorang sahabat menggunakan ym juga. ia memberi impak besar dalam hidup saya. sebenarnya, kembali kepada Allah sebaik-baik perancang. terima kasih ya Allah.

yang paling-paling saya ingat nasihat tentang marah dan fitrah hati perlu diisi. lagi satu, tentang hati.

saya pun tak pasti. adakah saya akan terus hanyut dengan kehidupan lama sekiranya saya tak berfikir. apa pun terima kasih. sekarang saya layan je. tapi berhati-hati. BERHATI-HATI SANGAT-SANGAT. maksudnya tak bermakna kita ini terlalu tertutup. cuma berpada-pada. kalau tak berapa nak penting dan macam nak membuang masa dan berbau seperti berniat yang tidak berapa nak best. pandai-pandailah handle k? teringat konsep seorang 3%.

saya suka lihat ragam orang sebab ianya buat saya berfikir dan belajar. belajar melalui pengalaman orang lain. how to handle things. perkara yang tak perlu nak di hebahkan. tak payah lah cerita. nanti anda akan termalu sendiri.

nasihat saya, jagalah hati baik-baik. walau di mana pun kita berada. kalau suka berkawan. carilah sahabat yang boleh membawa kita kepada kebaikan.

apakah matlamat kita ber ym? cuba senaraikan matlamat yang jelas dan mempunyai satu pencapaian yang boleh memberikan pulangan yang baik. bukan meniaga. cari yang lain. kita fikir sama-sama.



[maaflah banyak video. tapi kata-kata dari video ini sungguh menyentuh. serius. tak rugi tengok insyaALLAH]

Allahua'lam

alamak..sorry tertulis panjang gila!!!

-entri bercakap dengan diri sendiri-

p/s: liyana nampaknya banyak bermain dari bekerja.

p/s2: suka kata-kata ibu mus dalam laskar pelangi: "aku yakin kita akan dapat 10 murid hari ini!" confident sungguh. tengok cerita ini, hari pertama sekolah dah nak nangis.

p/s3: janganlah sifat mazmumah saya di sini boleh mempengaruhi kehidupan orang lain.

p/s4: sangat susah bila kita berjauhan dengan sahabat seperjuangan. buat kita sering terhanyut sementara. internet saja buat rasa dekat. ya Allah, janganlah biarkan iman ini di bolak balik sangat kerap. takut nanti terleka sampai tak boleh nak tenangkan balik. tetapkanlah.. tarbiyah dzatiyah liyana..berdikari..

Saturday, 23 May 2009

keburu nafsu


kecelaruan jiwa. penuh marah dan berang. bergilir bimbang dan pilu. mengapa? adakah kerana hati di belenggu noda? bibir berukir keji dan nista. mata berhias hodoh dan cela. telinga di sapa riuh dan hingar. marah bukan sebarang marah. berbayang rasa keji. berang bukan sebarang berang. berteman amuk di pendam. sindir perli bukan asing. nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. di mana silapnya?

akhlak: refleksi iman.

muhasabah

"Orang2 yang beriman & hati mereka tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." [arRa'd:28]

Tuesday, 19 May 2009

syok sendiri

hari ini saya... waaaa~ okay2 cool2..tulis dengan tenang yang paling [harapnya. ayat pun dah caca marba]


situasi pertama

fatin farhana minta tolong topupkan kredit sebab dia cuti study week tak keluar rumah. dalam perjalanan balik kelas bahasa sunda tadi pukul 5. bagi nombor je kat pakcik topup tu. senang je. yang susah bila salah bagi nombor telefon. what?! pak!!! sedut balik kredit tu. oh nooo!!! 100 ribu rupiah beb! ibarat seratus ringgit. masuk ke nombor fatin nadirah. okay. nasib baik housemate. boleh kawtim. careless mung ni liyana.


situasi kedua

terkocoh-terkocoh kejar asar. bersiap-siap nak pergi jumpa permata2 hati. rindu sangat lepas daurah hari itu. tak tahulah saya syok sendiri ke apa. tapi biarlah. saya rindu pada mereka. nak berkongsi sesuatu juga. ada matlamat. janji solat maghrib bersama dan saya dah set MESTI habiskan sebelum isyak sebab mereka nak periksa dah, ada grup discussion juga.

okay2 sambung balik. saya ambil alternatif nak cepat sebab dah dengar orang mengaji kat masjid, ambil kenderaan awam yang common iaitu ojeg. laju wei. serius. nak dijadikan cerita. ojeg ini menyelit sebelah lori entah macam macam bergesel dengan lori putih bawak kambing [agaknya]. eh, bukan lori itu. lori kambing dah lepas. ini lori lain. orang ojeg tak dapat mengawal kenderaannya, terhuyung hayang kejap. lepas tu tumbang dan terseret di jalan. saya? oh, saya apa lagi jatuh berguling seperti ayam golek. beberapa struktur anatomi terasa trauma juga. tapi tak kisah lah. datang seorang gadis membantu saya bangun. uish, saya boleh bangun alhamdulillah. berdiri dan mengucapkan terima kasih berkali-kali.

dalam fikiran macam nak jalan kaki. tapi naik juga ojeg tu balik. mata dah berair dah sebab terkejut. tapi tak nangis lah. sebab sikit je tu kan? apa pun saya rasa sangat bersyukur masa jatuh itu, perkataan pertama saya sebut Allahuakbar. kan ini tindakan refleks. tak sebut adoi! woi! bawak elok2 sikit boleh tak? menyumpah seranah segala. alhamdulillah mulut tak buat camtu time ditimpa musibah. kan? uish, adalah itu hikmahnya. tak tahulah kambing-kambing dalam lori itu nampak saya ke tak sebab kambing-kambing itu dalam lori yang lagi satu. sebelum lori yang kena tadi. rupa kambing2 tu macam rupa llama pun ada actually. [tak ada kena mengena]

lepas itu, macam nak langgar motor lain depan gerbang. saya pun sound la pembawa kenderaan itu. "hati-hati sikit kang!". aish. sibbaik saya tak peduli sangat pasal jatuh saham ke apa. saya risau lambat je sekarang ini.

sampai kat masjid tak ada orang pun lagi. fuh, boleh la tenangkan diri kejap sebelum jumpa mereka. dibuatnya menangis. ish2!!! kuat2 cool2..

situasi ketiga

tengah solat. baru lepas niat. tetiba "pekkk!!!" anak cicak jatuh betul-betul depan sejadah. dalam banyak-banyak makhluk, cicak adalah spesis yang paling geli di dunia. geli gila. saya tahu cicak anti saya sebagaimana saya anti dia sejak sekolah menengah.

ya Allah..ya Allah..ya Allah...

pejam mata kuat-kuat. kamu kan tengah solat! aaaaaa~ khusyuk wei!

ibrah yang saya dapat hari ini.
bersyukur sebab tangan kaki kamu masih okay. terkejut sikit saja. sangat bersyukur sebab tak tergolek sebelah jalan ada kereta. tangan, aset penting pelajar pergigian selamat tak patah atau apa-apa. excersice lah sikit. jalan kaki. kalau takut lambat, rancang masa dengan baik. kreatiflah sikit. rasanya saya lemah bab menguruskan masa agaknya.

cubalah menyayangi cicak sebagaimana makhluk lain. erk geli wei serius geli!!!!!


lain-lain. biarlah saya simpan sendiri.

lepas jumpa dan berkongsi. balik itu, jueann sapukan ubat pada calar-calar. sikit je. wuwu~ terharu. jueann bersifat keibuan dan bergaya. terima kasih.


okaylah bye. nak kena melakukan sesuatu. post ini ditulis dalam masa 36 minit. nampak sangat rakus nak meluahkan kekejutan. tak ada dalam jadual pun nak menulis sekarang ini.

p/s: kang=panggilan untuk lelaki dalam bahasa sunda.

p/s2: jangan bagitahu mak saya ok?