Saturday 6 September 2008

baru sampai

assalamualaikum wbt

aku telah tiba di jatinangor bandung indonesia
aku dah berpindah di jalan sukawening..sebelum ini aku tinggal di jalan chikuda..di Chikuda aku akan melalu sawah padi sepanjang perjalanan ke kuliah

kini tidak lagi...jalan sukawening padat dengan kostan. aku tinggal di sebuah rumah 8 bilik..berwarna kuning..nama pon rumah kuning..aku bersama tujuh lagi kawan berkongsi rumah ini..ya..memang selesa..hopefully selesa sampai habis pengajian disini.

aku pilih untuk tinggal disini kerana lebih dekat dengan teman sekelas yang lain. senang kalau ada diskusi atau apa2 yang berkaitan..

kelas start pada 8 september. tugasan sudah diberi untuk discusion. wargh!~

suasana di jatinangor secara keseluruhan aku rasakan cuaca disini seperti biasa..kini sedang kemarau...terik mentari terasa disertai dengan angin dingin yang bertiup..begitulah keadaan kemarau di bandung

pelajar berkemeja putih dan seluar hitam atau skirt hitam membawa kayu api..(nampak sangat macam junior first year) ospek (orientasi) mesti ada kayu api. aku tak pasti apa fungsinya.
jalan macet (jam) sentiasa.

jatinangor sama seperti dua bulan lalu aku tinggalkan. kecuali pintu gerbang universiti sedang di'renovate' dan Plaza Padjadjaran (Plapad) dah ditutup..kata Diba ia sudah bankrupt.

p/s: sepanjang bulan posa..xsempat lagi merasa pisang ijo..huhu~

2 komen disini:

nur_amalina said...

salam yana wah akhirnye ko komen gak blog aku ek huhu puas aku tggu ko bile la nak on9 nye minah ni hehe best giler ko cuti lame benor 2 bulan well samat mule kan tahun kedue ko!! n samat berposa!!!

Liyana said...

hehe..makasih
slamat berposa...aku da balik bandung...