Monday 19 January 2009

senyap dalam gua sendri

benar kata emak. kurangkan bercakap banyakkan mendengar. dengan mendengar, kita akan lebih banyak berfikir. bercakap bila perlu. bercakap perkara yang tidak perlu, akhirnya membawa kepada konflik dalaman tak kurang luaran.

ya, bila aku banyak bercakap. aku akan menyesal. bercakap banyak, lebih mendedahkan kelemahan berbanding kelebihan.

tak tahu dari mana aku dapat sikap ini. kata emak, dari pengasuhku. ayah pendiam. mak juga.

tapi serius. aku akan menyesal empat ratus lapan puluh darjah. kalau satu hari aku terlalu banyak bercakap.

aku akan diam sebentar. mungkin bukan sebentar.

kemudian hatiku jadi gundah dan rapuh.

kalau kita tak pelihara maruah orang lain, maruah diri kita juga tak terjaga.

betul kata emak lagi. emak memang selalu betul.

*baik diam dari bercakap perkara yang menyakitkan*

-senyap-

kalau aku sedang bersabar. aku takkan pandang mata seseorang yang berbicara denganku. aku akan tunduk ketika berbicara. aku bimbang air mata aku mudah tumpah.

aku malu orang nampak kelemahanku.

betapa lemahnya engkau ini.

rasa bersalah bila aku tulis entri yang tiada kaitan dengan ingatan kepada semua. bukankah setiap hari aku perlu ingat ini semua? tentang dunia akhirat. tentang Gaza. tentang dunia. tentang kekejaman si yahudi.

semua orang perlu tahu! semua orang islam wajib tahu. hal umat. hal KITA.

teringat semasa di HAMKA. semangat yang ada bukan setakat di sana. perlu kekal hingga kini.

tiada yang lebih penting untuk difikirkan selain ini. perasaan, hati. persampahkan. bukannya kalau terluah disini 1000 nyawa terselamat dari si pengganas itu.

aku?

berada di dunia ku sendiri. hati yang mudah rapuh. jangan siapa berani sentuh, pasti akan berkecai. maka berderailah air mata.

lemah.

selepas satu, satu hati aku sakiti.

bukan aku sengaja.

aku juga punya rasa. mungkin sudah tertulis yang aku akan terima layanan serupa ini.

aku tidak mahu menjadi seperti epal yang kelmarin aku tulis.

aku pun tak tahu kenapa, aku perlu kembali kepada kisah silam.

kisah silam itu telah lama aku lupa. kembali lagi.

mungkin Allah mahu menguji.

kata kasihku padaNya. benarkah ikhlas?

maaf entry ini hanya karutan. bukankah aku sudah katakan. tulisanku juga untuk diriku?

6 komen disini:

dolat said...

eh kamu,
chill la.
berilah peluang untuk diri kamu.
kalau kamu xselesa dengan diri sendiri macam mana orang lain?
macam mana kamu nak ingatkan orang lain tentang akhirat, gaza dsb.
jadilah diri kamu --> si puding.

adakah aku juga karutan?

duchess11 is DiBaH said...

aisssh..
aku xbce habis tau post kali ni...

tpi aku bleh kata laa..
maybe kdg2 kite rase kite tlalu byk ckap kan? dlm satu hari byak btol aku ckap...
xbenti2..
satu satu kuar dri mulut..
non-stop..

so do i yana,so do i..;)
huhuuu..

Anonymous said...

susahla nak jd pendiam
aku pn pnh tepikir bnd ni
tp ssh btol nk praktikkan
at last, mnyesal sbb dh terlepas ckp
aiseh..

how are u yana?
lame xdgr cite
sori...

Anonymous said...

=) salam, cik yana~

diam itu baguz..
but if diam tatkala dlam situasi yg perlukan suara kita utk menolong ummah, perlukah kita diam?

hehe, apepun kene ingat balik hadis yg kita hafal d hamka dolu2.. hadis 1st..

tiap amalan bergantung pd niatnya..

=) mari kita ikuti akhlak Rasulullah S.A.W.

*sama2 pikirkan...*

misoshiru2312 said...

salam liyana..=)

"aku pun tak tahu kenapa, aku perlu kembali kepada kisah silam.
kisah silam itu telah lama aku lupa. kembali lagi.
mungkin Allah mahu menguji.
kata kasihku padaNya. benarkah ikhlas?"

walaupun mungkin liyana rasa tulisan ini satu karutan..
tapi kata2 diatas buat akak muhasabah diri hari ini..

setiap ayat xkan pernah jadi karutan, kalau ia hadir dari hati
yang rindukan sentuhan tarbiyyah terus dari Dia..

teruskan mujahadah di bumi nusantara..

salam sayang dari jepun..

Liyana said...

donut: kamu bukan karutan. terkadang. real life buat aku rasa aku tak sesuai berada dalam kelompok ini. aku rasa seperti asing.

duchess: bercakap bila perlu. bukan tak bercakap langsung. =)

hamiza: hehe..dah tau ko cmana. haha ok je. act ko cakap banyak ngan cloze frens je kan. xyah mnyesal. dah nk jadi. kang mnyesal jd salahkn taqdir pulak.

me? fine! happy in loneliness!! ya right!

ana: diam tapi bila bersuara. di tidakkan. aku kecil hati.

ye betul hadith first yang kita kena hafal itukan? haha aku masih ingat. besar maksudnya.

kak rahmah: terima kasih sis. betul, perlukan sentuhan tarbiyah terus dari Dia. hidup ini terasa kosong tanpanya. serius.