Saturday 7 February 2009

sabtu yang sejuk. [tak tahan sejuk mode]

gambar ini tidak sharp
tulisan: your smile melts my heart. aku yang melted dapat ini box dalamnya ada coklat. ohh dari orang tersayang.
bila orang tengok ini box, orang kata sweetnya orang yang bagi. satu
permukaan ada huruf L [untuk liyana]. permukaan lain ada gambar teddy tulis: love me not? satu permukaan lagi ada tulis: returning kiss. emak yang tolong bagikan box ini masa cuti panjang itu hari. mak kata si pemberi kata aku makin dingin dengannya. aku pun tak perasan. dinginkah? bila tengok box ini buat aku rindu orang yang bagi box ini. lalu aku pun telefonlah orang itu.

sengaja kasi kontroversi. ayah yang bagi la.

hari ini telefon mak dan ayah. rindu sangat. mereka sedang bersarapan bersama. pagi sabtu kata ayah. semua tak bangun lagi. esok Hasif akan di hantar ke MRSM Balik pulau. [MRSM?] risau juga adikku yang seorang itu. izyan juga ada di rumah, pulang bermalam, sekarang di sekolah sains kuala selangor. sekolah abang yang dulu [syazwan]. emak beritahu yang abang mungkin tidak ke indonesia. katanya JPA tak mahu menghantar pelajar ke sana lagi. tak mengapa. mungkin ada hikmah. dapat tempat yang lebih baik insyaALLAH.

abang SMS semalam : between india n rusia. tp dye ckp tgk dlu. 4 the tyme being, takde yg fly ke indo under jpa. abes ar kakna jadi doc tak diiktiraf :p

what the...cis kau abang.

teringat semasa kecil dulu. ayah akan pastikan aku bangun awal, kemas tempat tidur. sekarang? adik-adik tidak begitu. kasut sekolah, aku dan syazwan mesti basuh sendiri. sekarang? pembantu rumah basuhkan. segalanya mudah. kata kawan-kawan ibu bapa mereka juga begitu. mungkin usia semakin lanjut. ayah dan emak sudah penat untuk marah. kakak dan abang sepatutnya menyambung mendidik adik-adik. rugi. mereka tak dapat merasa bagaimana ayah marah mahu memotong tangan dulu. potong tangan kerana menconteng dinding. potong tangan kerana menggunting langsir. conteng dinding itu syazwan, bukan aku. nasib baik yang diconteng itu bilik stor. bukan ruang tamu. aku tahu, itu cara mereka mendidik. menggertak. marah. tapi tidak memukul. tapi itu sudah cukup buat aku dan syazwan patuh. bila teringat waktu kami kecil dulu, buat aku tersenyum.

belaja apa pun bukan sebab mahu pass exam, graduate, senang dapat kerja. give passion in what you study. itu lah yang membezakan antara doktor yang berkualiti dan tidak. passion dengan apa yang di pelajari. rajin-rajinkan ke majlis ilmu. jangan mengelak. cuba ambil ilmu sebanyak mungkin.

kata ayah. aku mengadu aku nyatakan bimbangku tentang JPA yang emak katakan itu. bagaimalah kami yang graduate di sini akan hadapi alam pekerjaan nanti. dan juga jadual untuk semester depan yang agak menekan

itulah baru betul. ayah pelik last semester yana banyak break. bersyukurlah sebelum ini boleh rehat. kali ini kena betul-betul belajar.


teringat kata ayah tentang momentum belajar. ohh. aku rindu kata-kata ayah. aku suka dengar dia memberi nasihat. bukan membebel tapi mendidik. aku tahu itu. itu caranya. terkadang pedas kalau aku salah. perit untuk ditelan. terkesan hingga menangis. tapi itulah caranya. buat aku ingat.

aku ceritakan bagaimana perjalanan aku ke pangandaran. jalan yang bersimpang siur. menaiki bas. adventurous kataku. dentinasi bajet. susah. tapi tempat yang kami tuju itu sangat cantik

belajar dengan yang susah itu. menjadikan kita lebih kuat. ambil itu sebagai pengajaran.

lega. kata-kata perangsang dari ibu bapa itu perlu. patut. mesti. aku bahagia. gembira. suara mereka menenangkan. memberi inspirasi. memberi semangat. sayang emak dan ayah. tapi sering sukar diungkap melalui kata. egonya engkau ini. kata emak, aku warisi itu dari ayah. iyakah?



2 komen disini:

Nini Marini said...

salam liyana..

menjadi lah kontroversi tu.hehe.=)

so sweet ur father.buat sy rindu ayah saya jugak.=)

~$#ef@# =)~ said...

liyana!!!!
ko salu camni..
ak tertipu lagi!!!!
wahaha~