Friday 13 March 2009

saya <3 emak saya.



saya dan ibu saya punya perangai yang berbeza [saya rasa]. kecuali sifat cuak/kelam kabut [mungkin?]. saya seorang yang 'agak' sentimental dan sensitif. suka berfikiran dengan mendalam. emak pula seorang yang 'cool'. tidak sentimental, tidak sensitif [nampak macam tu la]. nampak seperti tiada perasaan. contohnya, kalau saya, saya akan cepat menangis bila melihat sesuatu yang menyentuh jiwa. emak saya, cool saja. katanya "lek la." ohh ya, kami punya habit di dapur yang sama. iaitu sepahkan selepas masak. ahha ada sikit, saya agak lambat pickup atas sesuatu perkara buat saya juga nampak seperti tiada perasaan.

saya tidak pernah melihat emak menangis. ohh tak. pernah sekali ketika umur saya empat tahun. saya bergaduh dengan abang [adik saya]. lepas tu mak menangis. katanya teringat arwah nenek saya yang beru meninggal ketika itu. kami panggil 'makwe' [sebutan orang KL]. tapi sebetulnya sebutannya 'mokwo' [bahasa kelantan]. dulu-dulu masa kecil, apalah yang saya tahu sangat. tapi sedih juga lihat emak tiba-tiba mengalirkan air mata. saya dan abang pun berhenti bergaduh. teringat pula mokwo selalu panggil saya amanina walaupun nama saya liyana. dan abang, 'awe'. menangis abang, sebab nama tu tak komersial. awe awe awe..ha ha

semasa kecil, mokwo selalu ribakan saya dan bacakan al-quran, bawa pergi kebun. saya suka, sebab saya agak 'jakun'. kat rumah mana ada. tengok kambing pun dah happy. [melalut pula]

walau apa pun, saya sangat-sangat sayangkan emak saya. emak selalunya tidak menunjukkan perasaannya kalau dia risau, sedih, marah. [biasanyalah]. ehh jap, kalau marah, ada kot. kadang-kadang. biasalah, marah sayang masa kami kecil dulu. tapi kalau sedih, kecewa memang tak pernah emak tunjukkan.

semalam saya call emak, tapi tidak berjawab. malam ketika saya berjalan mahu pergi majlis berbuka puasa, emak call. katanya baru pulang dari outstation. sekarang rumah juga sunyi. tinggal izzati dan ayah saja di rumah. semua tinggal di asrama berjauhan dari rumah. kami 5 beradik. kalau semua ada, pasti riuh juga. bila semua tiada walau seorang, pasti terasa kehilangan dan sunyi rumah itu.

emak call, tanya bila saya nak exam. saya kata minggu depan, hari jumaat. kami pun berborak panjang. tiba-tiba emak kata dengan nada biasa.

"mak nak operate 19 haribulan ni."


"huh?" [saya terkejut]


"doktor suruh. bla bla bla..."


saya terkejut. sebab selama ini saya tak tahu pun mak sakit. satu organnya terpaksa dibuang. saya sangat-sangat takut dan risau sebab kami berjauhan. jauh sangat. saya mahu berada di sisi emak sekarang.

sebenarnya saya betul-betul risau. [nak nangis] sehari sebelum saya exam pula operation itu. saya rasa seperti mahu pulang. jaga emak. tengok emak. masakkan untuk emak. duduk di sebelah emak 24 jam.

"alaaah..rilek la..mak tak takut pun. tak payah fikir. belajar rajin-rajin nak exam."


waaaa mak selalu macam ini. mana pernah tunjuk perasaan. saya hubungi abang, minta dia tengokkan mak.

Ya Allah, permudahkanlah. janganlah Kau biarkan ibuku terseksa dengan kesakitan dunia ini.

saya tak mahu emak saya sakit walau sedikit. tak sanggup saya lihat dia menderita. aduh, kenapalah air mata ini senang betul keluar sejak akhir-akhir ini. lupa pula saya memang sentimental. maaf ye. ter emo pula. sebenarnya, saya tak mahu biarkan 'life is like a dream' selalu dirudung sedih. hilang cerianya asyik bersedihan saja tuan rumah ini, sebenarnya, puding caramel adalah seorang yang happy go lucky dan ceria!

titip doa buat ibu yang dicintai. selalu, sentiasa, setiap hari. sungguh, saya sangat bimbangkan ibu saya sekarang ini.


p/s: tulis 5.00am-6.27am. 13 mac 2009. hari ini birthday abang. dah wish semalam :) :) :) kamu memang cool lah brother!~

12 komen disini:

rafizzi said...

assalamualaikum

saya betul² terpanggil utk beri komen di entry awak ni.. terharu dan speechless sebentar... saya doakan mak awak selamat bersalin.... moga selamat semuanya... ameen..


(maaf lah, sy mmg sensitif sgt psl famly² ni, lg² berada jauh skrg ni dr kluarga...itu shj... )

Anonymous said...

i cant see ur tears...
but i really hope that u will be able to really cope with that...
doa itu senjata mukmin
kita ada Tuhan yg maha kuasa kan?
sabarlah
redhalah
yakinlah.....
talk to me coz i luv to listen 2 u..
saya tinggalkan kamu dengan DIA

DAMAI said...

salam liyana sayang...

kesedihan kamu dapat sejadahijau rasakan...

banyakkan sabar dan berdoa ya ^^

insyaAllah,semuanya akan dipermudahkan-Nya...

kalau mampu,baca surah Yaasin setiap hari selepas solat subuh mohon bantuan dari Allah....

semoga kejayaan menjadi milik kamu ^^

aziraliyana said...

sabar ek...sama2 kita doakn mak yana selamat...
u

dayah mad said...

salam yana .. be tough k.. saye doakan mak yana selamat..sabar ek..Allah tu sentiasa bersama kita..berdoalah kepadaNya..

nur_amalina said...

salam yana
aku pun terkejut bile ko cakap mak ko nak operate
aku pun takde dgr cite dari mak aku pun pasal mak ko k ape2 k
insyaAllah aku pun akan doakan mak ko selamat
bersabar dan bnykkan doa yer
Allah sayang ngan ko dats y Die duga ko kuat kan semangat yer
aku sebagai jiran ko sentiase ade untuk mendengar or tolong2 ko
ok contac2 la aku yer... take care...

Anonymous said...

yana,moga segalanya dipermudahkan Allah..
tabahkn hati tau!
^^

duha said...

salam kak yana..
sedih bace..duha pun jd nak nanges..hu~

tapi..ape2 pun..bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang2 yang bersama..

"dan mintalah perrtolongan pada Allah dengan kesabaran dan solat"

duha doakan moga semua berjalan lancar n kak yana n family dapat lalui ujian ini dgn baik..

think positive!

:)

Anonymous said...

Semua sibuk bercerita tentang kampung halaman. Kisah sedih... Namun, saya rasa kamu berhak untuk lebih sedih daripada yang lainnya. Semoga ibumu lekas sembuh... salam

cactus biru said...

assalamualaikum kak yana..

has doakan kak yana tabah mghadapi ujian ni..
kuatkan semangat,doa banyak2..has pun doakan smg semua nya berjalan lancar..
Allah syg kak yana, tu yg bg ujian tu..=)
jgn sedih2 tau..insyaAllah, semuanya akn dipermudahkan..

Nisa Tarmizi said...

yana.. aku kalo bace blog ko ni mesti teringat famili ko.. indu giler wei.. tp kalo la aku pi sleepover kt umah ko lg.. mesti dh x mcm dlu kan.. dlu2 adik ko kcik2.. kecoh je satu rumah.. tgk tb rmai2 sambil makan coklat ngan buah... skang ni sume dah besar... diorg pon mesti dh x igt aku.. tp aku rindu sgt diorg... lg2 parents ko... sdey lak bile igt balik... huhu~

dibby bus-bus said...

semoga tabah sahabat..
Allah sdg menguji anda dgn harta yg pling anda syg..=)