Thursday 10 September 2009

penat je beli penampal periuk bocor tapi periuk hilang.


tajuk agak panjang dan tak ada kaitan. maaf, sudah kering idea nak letak tajuk.

semalam berjalan balik dari beli jus. tetiba tak pasal-pasal orang yang tengah melepak di tepi jalan bangun bila kami menghampiri dan berkata dua patah perkataan yang tak berapa nak best di dengar kepada kami. huwu~ dah berjalan penuh sopan pun kena maki juga. adeih. sape baca paper tahulah sebab apa tak pasal2 kena maki sebegini.

(haiwan) (perlakuan yang tak best)

contoh bunyinya begini : @&)!&& *^(!&&

tak apa. itu tak sakit pun. lainlah dilempar mercun lalu terkejut badak sehingga mengakibatkan tachycardia. ini kan bulan ramadhan. bertabahlah. azam untuk menjadi pendiam dan tenang harus diteruskan. lagipun mak pun pesan jangan lawan. buat tak tahu lebih baik.

alhamdulillah selesai juga presentation yang hari tu. hip hip hoooray! opp opp sila bertenang. sebenarnya kerja presentation ini berlarutan sehingga akhir semester ini. mencabar sekali. tentang 5 lab itu alhamdulillah. saya sangat mensukai orthodontic kerana lecturer yang baik hati dan kerja yang tenang. penat itu tak dapat dinafikanlah. tapi kalau penat tapi lecturer baik hati dengan senyum yang tak lekang di bibir. penat pun tak terasa sangat.

lab partner kata rasa nak menangis sebab terharu. iyalah, spiritus pun orang lab tu nak tuangkan. tak pernah kami di layan sebegini baik. barang lab yang diberi setiap seorang pun telah tersedia tersusun. tunggu kami ambil simpan saja. watte)(*^%%^&*(&^%^& aneh sangat!!! serius rasa nak menangis sebab terharu. macam tipu tapi ini betul!

yang terpaling the best. jadual setiap hari adalah penuh hingga petang. yeah. ini bunyi sinis sedikit. ha ha. setiap hari ada lab kecuali selasa kerana ada presentation dan mini lecture yang begitu menceriakan hari-hari seterusnya. oh, ini pun bunyi sinis juga. haha

oh internet. berjaya mendapatkan nombor telefon pakcik yang tolong belikan modem baru sekali. wah lega. kalau tak, memang tak sempat nak keluar cari kedai. sini mana ada macam strymx yang pergi daftar terus dapat modem in package. CEH.

prostodontic juga menarik sekali. entah gigi siapa saya dapat. tapi lab pertama perlu membuat jacket crown. bau gigi yang di asah seperti bau tulang terbakar. apa pun sesiapa yang nak sedekahkan gigi satu set masih diperlukan okay. pakcik jual gigi tak buka kedai kuih sebab bulan puasa. pakcik jual kuih yang jual gigi itu. macam pelik kan? tapi ini tak tipu. tak percaya tanya donut.

okaylah. sebelum saya merepek dengan lebih lanjut. lebih baik saya berhenti.

ching!

p/s: harapnya cik cekodok tidak lupa seperti peristiwa sebelum ini.

p/s2: somchan sihat! purr pun dah gemuk

12 komen disini:

hatim a.r said...

ceh tajuk x kene mengena huhu

Balqis Riza said...

kt J town ade buluh2 tak??? hihi
takot la nk blk~

ibnu yazid said...

kekarutan dingcaram..hehe

Balqis said...

Cak! haha...

kabare?

Wah, seronoknya dapat baca balik all your adventures dekat sana...

harap sihat-sihat di bulan puasa ini, ya! Dan selamat menempuh semester baru! Semoga tabah hadapi dugaan di sana dan er, kirim salam sama Somchan, walaupun di tak kenal saya! (^_^)

nur_amalina said...

wah2 same la ngan aku setiap hari ade lab, sampailah hari sabtu juga, penat sungguh, tapi nak wat camne saba je la n teruskan lah usaha! chaiyok2!

Liyana said...

hatim; tak de idea. sila beri tajuk yg sesuai :p

Liyana said...

malqisriza: xsure la buluh. aact ok je sini. certain org je.. ko jgn risau. balikla sini cepat

Liyana said...

ibnuyazid: mengarut is my middle name. sometimes :p

Liyana said...

kak balqis: bubu~ haha dah kirimkan salam..hehe.. oh ya, semoga ramadhan thn ni lebih baik dr thn lepas..

lama sangat tak berkomen2..blog ini pun entah bila hendah bertukar wajah lebih baik macam blog akak..

huwu~ selamat menghadapi tahun akhir di sana...tak lama dah lagi

Liyana said...

nur_amalina: lab penat huwu~ sibbaik tak kacau sabtu...report untuk presentation lagi..assignment..tapi tak boleh nk merungut dah ini jalan yg dipilih..

eAsy-aN said...

ckp somcan da gemok??
die tu sme je..

Liyana said...

somchan sihatlah purr yang gemuk..ek eleh