Monday, 30 November 2009

tak semua orang pun betul

aku rasa aku selekehlah

mana adalah, kau tak selekeh pun aku tengok


yela.. (baju berkelepet)


taklah. kau kan memang suka pakai tudung dan baju tak kena warna. rileks la


T_T


terbaca sesuatu di blog kak tirana tentang pandangan dari sudut berbeza. kisah hamdan dan lukisannya.

saya bersetuju. kadang-kadang kita seringkali mengikut rentak dan pandangan orang lain berbanding diri sendiri. sebagai contoh; saya merasakan diri saya selekeh. lalu saya tanyakan kepada kawan saya. katanya saya okay, lalu dikeluarkan pendapatnya yang meyakinkan. serta merta pandangan saya kepada diri sendiri yang selekeh berubah kepada sebaliknya.

bukan mudah, untuk menjadi seorang yang ignorant memandangkan kita ini berada di dalam kelompok ramai. kadang-kadang pendapat orang yang melihat kita juga penting.

seseorang yang mengikut kepala sendiri. adakah akan bertahan dalam satu komuniti? benar, kita memang perlu ada pendirian dan tidak mempedulikan kata orang lain. tapi, kalau sudah ternyata kebenaran, anggaplah ia satu teguran. terima dengan hati terbuka. selemah-lemah ukhwah bukankah dengan berlapang dada?

tapi, sekiranya terlalu mengikut dan bimbang tentang pandangan orang lain juga bukanlah pilihan utama. pernah dengar kisah seorang ayah dan anaknya yang menaiki keldai? sampai disatu pekan, keduanya naik keldai. orang di pekan itu mencemuh mereka kerana menyiksa keldai. keduanya punya beban yang begitu berat.

lalu keduanya pun berjalan, sampai satu lagi pekan, orang kata mereka ini jahil kerana sudah ada tunggangan tapi tidak di gunakan. lepas itu ayahnya naik, sampai di satu pekan, orang kata ayahnya ini selfish, kasihan pada anaknya yang kecil berjalan. lalu bila anaknya seorang yang naik keldai, orang kata anaknya ini tak kasihan kepada ayahnya yang sudah tua berjalan. lebih kurang macam itulah kisahnya. saya pun ingat-ingat lupa.

cuba bayangkan sekiranya terlalu mengikut kata orang. lebih baik, keldai dilepaskan berjalan sendiri.

pengaruh kata orang juga boleh merosakkan juga kan?

jadi yang pertama sekali, fikiran diri sendiri yang positif. sebelum menerima pendapat orang lain, cuba cari sudut pandangan yang terbaik. kedua, terima pandangan orang lain, tapi buat penilaian dengan pendirian diri sendiri.

jadinya, carilah jalan untuk mempunya fikiran yang positif. ya, bukan mudah untuk menjadi optimis dan realistik. tapi kita boleh cuba kan?

seorang yang agak pesimis dan negatif menulis tentang ini. this is so not me. tapi ini saya baru saja terfikir. benar, kadang-kadang sering bemonolog yang negatif dahulu sebelum yang positif. sebab itulah Allah kurniakan insan yang seringkali mengubah pandangan saya dari negatif kepada positif. ayah, kata-kata yang menenangkan. emak, nasihat yang bermakna, kawan-kawan, kata-kata perangsang. saya harus belajar berdikari mulai sekarang. positif biar dari diri sendiri.

ayah pernah kata kita perlu fikir negatif juga untuk kita jadi lebih berhati-hati. tapi ini special case.

saya masih ingat. seorang yang tak dikenali meninggalkan komen di sini. katanya, sebelum fikirkan hubungan dengan manusia, fikirkan dulu hubungan kita dengan Pencipta. tengok, orang tak dikenali pun boleh memberi kata-kata bermakna.

kenapa saya tulis ini? saya pun tak tahu. mungkin saya nak tegur diri sendiri. saya selalu tak percaya tulisan seseorang di blognya sama dengan karakter dirinya yang sebenar. bukan hipokrit. bukan2. contohnya, seorang yang tulisannya sentiasa sedih. tapi realiti, dia adalah seorang yang gembira. satu hari saya tanya kepada fatihah, kawan saya. kau rasa, aku dengan aku dalam blog, sama ke lain? lain kan?


tahu apa jawapannya? sama. penat saya nafikan. tapi kata-katanya masa dalam masjid lepas solat jemaah masa itu. sangat mengkesankan. saya terus rasa nak delete blog ini. (sikit2 je nk delete. dia ni memang)

sebab saya rasakan ia terlalu peribadi kalau benarlah apa yang saya tulis di sini adalah diri saya yang sebenar. saya segan orang tahu saya. saya lebih sukakan kemisterian. saya senang dengan itu. kenapa ya? mungkin sebab bimbang pandangan orang lain terhadap diri sendiri. baca balik post, rasa macam seorang yang emo, penyedih juga kadang-kadang. padahal saya rasa saya seorang yang kelakar dan periang (erk~)

tapi, fatihah kata rahsia. kan betul, Allah selalu ada. beri saya orang-orang yang menenangkan. betul kata kak E tentang kasih sayang. sekarang saya rindu kak E.

dah panjang sangat ini. lepas itu merepek pula. lari tajuk.

rajin kan dia ini update blog. oh, sebab dia nak exam. memang macam itulah. bila nak dekat exam. suka membebel. post bawah pasal overjet sebab mak suruh tulis sesuatu berbentuk pelajaran juga. oh ya, terima kasih sebab baca sampai habis.

ye, dah habis dah.

sekian. :)

8 komen disini:

Tirana said...

Tabiat manusia suka mengkritik manusia lain.. Sebenarnya tak salah pun nak bagi kritikan cuma ada caranya supaya tiada hati yang terluka.

hansuke said...

we can't satisfied everyone. ni la sy dah belajar masa zaman pak kadok dulu.

baik macam mane sekali pon kita, mesti ade jugak org yg mengkritik, dah jadi lumrah manusia, ape bole buat.

ape yg kita tulis sebenarnya adalah serba sedikit cermin diri sendiri (self-reflection), mane bole hipokrit, len la copy and paste kan? :)

ilham datang dalam perbagai bentuk. bila sedih kita tulis sedih, bila hepi kita tulis hepi, kalu nk bagi pendapat kita bagi pendapat, kadang2 perasaan kosong kita tulis entah apa2, janji keluar dari otak kita je. hehe~ ni la sbrnya bagi saya, ia adalah pantulan cermin diri sendiri.

tapi kadang2 ade jugak org cm awak sebut tu, penulisan dia atau idea dia tak sama dengan karektor yg ade pada dirinya. kita pon tak pasti mane satu yg benar sebab di alam cyber cm internet ni mane bole nampak kan, len la org yg kita betul kenal.

perasaan, pendapat, idea semuanya datang dari hati dan pandangan org akan berbeza, mustahil semua org akan setuju dengan satu pendapat sahaja.

yg paling penting kita suke ape yg kita suke buat (iaitu menulis), apa sekali pon pandangan org terhadap tulisan kita, itu diorg punya hal.

Liyana said...

kak tirana: nak kena cara itulah yang payah. sebab hati orang susah nak baca. tapi mungkin ini yang orang selalu cakap tentang berhikmah.

Liyana said...

hansuke: wah2 panjangnye!!!

betulla, kita xboleh nak puaskan hati semua org. tapi ikut situasi.

selagi boleh buat yang terbaik, teruskan je. selalu fikir. klu kena kritik maybe sebab tak cukup baik lg. last2 br blaja. klu nk jaga ati semua org diri sendiri xterjaga. itu situasi pasal jaga hati. lain2 tu ade lg.

da blaja sejak zmn tok kaduk. kre mkn garam dululah ni :p

self reflection. betul, satu tulisan menceriminkan si penulis.

tp dlm dunia intenet ini kan macam satu pentas. luas. orang yg tak kenal pun tetiba kenal. faham x? kdg2 apa yang tersurat tu xsama dgn tersirat. bila terlalu terbuka sgt. dgn apa yang kite rasa, rasa mcm insecure. org boleh judge, org boleh kritik, org boleh beri apa saja pandangan secara tbuka atau tertutup. tpkan. siapa suruh ambil risiko.

ape dah merepek ni. haha xpelah abaikan.

apa pun. komen yang mengkesankan. tQ3~ ^__^

hansuke said...

haha. tula tak perasan panjang, cm bole jadi satu entry plak..:P

sbrnya ms zaman sekolah je, zaman pak kadok cm over la plak..nk tarik balik..ehe.

hm..kadang2 dunia internet ni cm tempat tuk menyorok pon ade gak, nk bagi pendapat tapi tak nk bagi org kenal sepenuhnya. (cm ckp kat diri sendiri je)..:P
len la awk, siap ade letak gambar diri n family, it's good in a way sebab awak tak secretive cam saya. in this case u'r more secure than me. V(^_^)

Balqis Riza said...

yg penting self confidence..
eh ade kne mngena ke?

Liyana said...

balqis: adalah kot. sebab tak confident nak voice out pendapat sendiri dengan berani sebab takut ada orang tak puas hati sebab tak semua boleh terima. balqis, kau ni qada baca entri pastu bagi komen ek? :p

Liyana said...

hansuke: :)

haha mane boleh tarik2 balik.. :p

ha, itulah. yang tersurat itu tak semestinya sama dengan tersirat.
bg saya klu kite tahu org itu, tapi xsemestinya kite kenal dia. apa yang dia tahu, apa dia rasa, itu diri dia yg sebenar.